Kebahagiaan dan hormon wanita tidak boleh dipisahkan kerana hormon memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal emosi, tenaga dan kesejahteraan mental wanita setiap hari.
Naik turun hormon yang berlaku sepanjang hidup wanita, seperti semasa haid, kehamilan, berpantang, menopause atau stres, tanpa sedar beri kesan kepada mood, emosi, tenaga, produktiviti, hubungan, keseimbangan hormon dan prestasi harian seorang wanita.
BAGAIMANA GANGGUAN HORMON BOLEH MENCURI KEBAHAGIAAN WANITA?
1. Hormon Estrogen dan Mood:
Tahukah anda, Estrogen memainkan peranan utama dalam mengawal mood wanita. Apabila tahap estrogen tinggi, seperti semasa fasa folikular (hari 1-13, sebelum ovulasi), wanita cenderung untuk merasa lebih cergas, ceria, positif, mood lebih stabil dan bertenaga.
Namun, bila estrogen rendah, mood jadi turun naik macam rollercoaster, terutama semasa PMS, menopaus, atau ketidakseimbangan hormon, seterusnya menyebabkan perubahan mood yang ketara, termasuklah kemurungan, kerisauan dan rasa cemas (anxiety).
Estrogen juga mempengaruhi neurotransmitter seperti serotonin, yang bertanggungjawab untuk rasa bahagia. Oleh itu, gangguan hormon estrogen sering “mencuri” kebahagiaan seorang wanita setiap bulan.
2. Hormon Progesteron dan Keseimbangan Emosi:
Progesteron adalah hormon yang berfungsi untuk menenangkan tubuh, tetapi perubahan tahapnya boleh beri kesan besar kepada keseimbangan emosi seorang wanita.
Semasa fasa luteal (selepas ovulasi), tahap progesteron meningkat. Semasa fasa ini seorang wanita boleh mengalami perasaan mudah marah, ketegangan, kerisauan dan keletihan mental yang turut kurangkan kebahagiaan wanita.
Wanita yang mengalami ketidakseimbangan hormon sering meluahkan perasaan kehilangan minat dalam aktiviti harian dan rasa susah untuk rasa gembira. Ketidakseimbangan ini “mencuri” kebahagiaan wanita.
3. Kortisol dan Stres:
Kortisol adalah hormon yang mengatur stres, metabolisme dan sistem imun. Ia dihasilkan apabila tubuh berhadapan dengan tekanan. Tahap kortisol yang tinggi, akibatkan stres kronik, turunkan kualiti tidur, tingkatkan kerisauan dan mengganggu keseimbangan emosi sesiapa sahaja.
Wanita yang mengalami stres berpanjangan lebih cenderung untuk mudah tertekan dan kurang bersemangat. Paling teruk, jika kortisol tidak dikawal, ia boleh menyebabkan 'cortisol belly'—lemak perut berlebihan yang sukar dikurangkan. Ini kerana kortisol meningkatkan selera makan dan memperlambatkan metabolisme, seterusnya jadikan penurunan berat badan lebih mencabar terutama wanita 40-an ke atas.
Bukan itu saja, pengumpulan Lemak viseral juga turut dirangsang di dalam rongga abdomen dan di sekitar organ-organ seperti hati, pankreas dan usus. Lemak visceral ini berbahaya kerana meningkatkan risiko bukan sahaja penyakit jantung, malah diabetes dan tekanan darah tinggi turut sama datang tanpa diundang.
4. Oxytocin dan Ketenangan:
Oksitosin adalah hormon yang penting dalam tubuh wanita, terutamanya semasa proses kelahiran dan penyusuan serta bantu dalam penyembuhan selepas bersalin, dengan kurangkan pendarahan dan merangsang pengecutan rahim.
Oksitosin juga dikenali sebagai “hormon cinta” kerana ia memperkuatkan ikatan emosional antara ibu dan bayi serta dalam hubungan sosial, meningkatkan perasaan kepercayaan, kasih sayang dan keintiman.
Dalam kurangkan stres dan rasa cemas, oksitosin bertindak sebagai agen penenang dan bahagia untuk memberi keseimbangan hormon dan kedamaian. Oksitosin juga berperanan dalam tingkatan hubungan sosial dan pengurusan emosi positif.
Namun, ketidakseimbangan atau kekurangan hormon ini terutama akibat stres atau isolasi sosial, boleh sebabkan perasaan kesunyian, kerisauan malah kemurungan. Wanita yang kurang oksitosin mungkin merasa lebih terasing dan kurang berhubung dengan orang lain, seterusnya mengganggu kesejahteraan emosi mereka.
APA PERLU DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEBAHAGIAAN & MENGIMBANGI HORMON WANITA?
1. Pemakanan Sihat
Untuk keseimbangan Estrogen;
- Pilihlah makanan yang tinggi fitoestrogen, iaitu sebatian tumbuhan yang menyerupai estrogen dalam tubuh. Contoh makanan seperti soya (tahu, tempe, edamame), flaxseeds (biji rami), biji chia, biji labu, kacang-kacangan, dan bawang merah mengandungi fitoestrogen yang boleh bantu menstabilkan paras estrogen.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti Delima dan anggur kaya juga dengan bahan fitokimia yang boleh bantu tingkatkan metabolisme estrogen. Sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis, dan kale mengandungi sulforaphane yang bantu proses detoksifikasi estrogen berlebihan dalam tubuh.
Untuk keseimbangan Progesteron;
- Ambil makanan tinggi magnesium seperti Almond, bayam, kacang hijau, dan biji labu, yang penting untuk pengeluaran progesteron yang seimbang.
- Vitamin B6: Makanan seperti ikan berlemak (salmon, tuna), pisang, kentang, dan kekacang membantu penghasilan progesteron.
- Zinc: Daging tanpa lemak, biji bunga matahari, dan tiram adalah sumber zink yang penting untuk kesihatan hormon wanita.
Untuk kurangkan Stres dan tingkatkan Kesejahteraan wanita;
- Tingkatkan makanan anti-radang seperti Ikan berlemak seperti salmon dan makarel yang kaya dengan omega-3, yang bantu kurangkan keradangan dan stres.
- Alpukat dan kacang-kacangan, mengandungi lemak sihat yang boleh bantu stabilkan paras kortisol.
- Dark Coklat (minima 70% koko) — ada flavonoid yang dapat bantu turunkan paras kortisol dan tingkatkan mood.
- Teh hijau — Mengandungi L-theanine, yang bantu kurangkan stres dan turunkan kortisol.
Untuk tingkatkan rasa kasih sayang dan rasa ketenangan;
- Ambil makanan kaya dengan probiotik, seperti Yogurt, kimchi, tempe, dan sauerkraut dapat tingkatkan kesihatan usus, dalam mempengaruhi pengeluaran oksitosin.
- Ambil juga makanan yang meningkatkan serotonin, seperti Pisang, nasi perang dan oatmeal yang bantu tingkatkan paras serotonin dan rangsang pengeluaran oksitosin.
- Dark Coklat (minima 70% koko), bantu tingkatkan mood, merangsang pengeluaran oksitosin dan berikan rasa tenang.
2. Senaman
Aktiviti fizikal seperti berjalan, yoga, atau latihan kardiovaskular membantu kurangkan stres, tingkatkan endorfin (hormon kebahagiaan) dan stabilkan hormon seperti estrogen dan progesteron.
3. Pengurusan Stres
Teknik seperti meditasi, deep breathing, dan relaksasi bantu turunkan paras kortisol, hormon stres yang boleh mengganggu keseimbangan hormon lain.
4. Tidur yang Cukup
Tidur yang cukup adalah kunci untuk keseimbangan hormon dan mood yang stabil. Pastikan tidur anda cukup 7-8 jam, untuk bantu tubuh perbaiki sel badan dan stabilkan hormon, termasuk hormon insulin dan hormon ghrelin yang mengatur rasa lapar dan metabolisme.
5. Hubungan Sosial Positif
Berinteraksi dengan keluarga, teman, atau pasangan dapat merangsang pengeluaran oksitosin, hormon yang tingkatkan rasa kebahagiaan dan kurangkan rasa cemas (anxiety).
6. Kurangkan Pendedahan kepada Toksin
Bahan kimia dalam produk harian (seperti plastik atau bahan kimia dalam makanan, pencuci tandas serta pewangi) boleh mengganggu sistem endokrin. Elakkan bahan kimia berbahaya untuk jaga keseimbangan hormon wanita.
7. Suplemen atau Herba
Beberapa suplemen berikut boleh bantu seimbangkan hormon dan tningkatkan kesejahteraan mental wanita. Cubalah.
KESIMPULANNYA
Kebahagiaan wanita sangat bergantung pada keseimbangan hormon. Apabila hormon terganggu, emosi dan kesejahteraan mental turut terjejas. Oleh itu, menjaga dan mengurus keseimbangan hormon wanita adalah kunci untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup wanita secara keseluruhan. Setuju ke setuju?
Jika anda rasa info ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan dan keluarga anda ya.
Salam Sayang,
Azlin M. Atan | Wasap. 019-2682709 | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .
No comments:
Post a Comment