Showing posts with label Bisnes Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Shaklee. Show all posts

Saturday, July 29, 2023

Percutian Shaklee 5 Star Percuma Setiap Tahun


Setiap kali sebut sahaja percutian Shaklee, pasti teruja. Siapa yang tak suka pergi melancong ke negara yang best dan PERCUMA?! Shaklee tanggung 100% perbelanjaan dan pengurusan dari pengangkutan, penginapan, makan minum dan aktiviti sepanjang percutian, baik di dalam mahupun luar negara. 

Inilah salah satu 3C dalam Shaklee


Apa Keistimewaan Percutian Bersama Shaklee?


1- Shaklee adalah bisnes keluarga. Manfaat bisnes untuk seisi keluarga dan ianya PERCUMA.


Manfaat bisnes Shaklee bukan untuk kita seorang atau kita dengan suami sahaja, tetapi untuk seisi keluarga. Jumlah tiket bergantung kepada points yang kita kumpul setahun. Boleh saja 1 atau 2 atau 3 atau 4 hatta berapa sahaja tiket yang mampu kita kumpulkan dalam 12 bulan. 

Paling penting, SEMUANYA PERCUMA! Semuanya Shaklee sediakan, daripada beg bagasi, tiket kapal terbang pergi balik, penginapan di hotel 5 -6 bintang, makan-minum dan kos-kos jika masuk ke tempat-tempat tertentu, malah hingga ke pakaian seperti jaket, baju tradisional negara dilawati, telekung, kain ihram pun Shaklee sediakan. Memang puas hati lah!

Belanja yang perlu kita keluarkan pun adalah hanya buat passport sahaja. Lain-lain  Kita cuma bawa duit  shopping saja. Allahu, best sangat kan? Jumlah tiket percutian yang terkumpul boleh melayakkan kita bawa bersama 
  • Anak-anak
  • Ayah
  • Mak
  • Ayah Mertua
  • Mak Mertua
  • Adik beradik kandung (untuk leaders yang belum berkahwin)

Bersama Suami dan anak-anak di Shaklee HQ di Pleasanton, California. Alhamdulillah

 
 (Kiri) Bersama anak-anak dan suami di Regional Trip Langkawi. 
(Kanan) Ibu Ayah bersama di Abu Dhabi


2- Penginapan Mewah Hotel 5-6 Bintang


Hotel bukan biasa-biasa. Masuk bilik hotel, lugage kita dah ada dalam bilik. Semua Shaklee uruskan. Diatas katil juga selalu ada hadiah dan Welcome wish card.  Keselesaan sangat diutamakan. Best ke best? 

Penginapan untuk International trip, Dubai dan Umrah, 2013

Penginapan untuk Umrah bersama Shaklee, 2015


3- Hadiahkan ibu dan ayah serta orang tersayang Umrah VVIP bersama Shaklee.


Tahun 2015, alhamdulillah kami berpeluang hadiahkan 2 tiket untuk trip UMRAH/Abu Dhabi selama 11 hari 10 malam - 3n Abu Dhabi, 3n Madinah dan 4n Mekah buat ibu ayah. Paling paling best penginapan mereka ketika di Madinah dan Mekah bersebelahan dengan Masjid jer. Tak payah nak berjalan jauh. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang santuni mereka sepanjang disana.

 


4- Pengalaman luar biasa. Sertai aktiviti dan lawatan ke tempat yang rare, best dan enjoy sangat.


ATV, Phuket

 
Di Shiragawa Go, Japan
Perkampungan yang mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai
kampung bersejarah dan tercantik di Japan


 
Menjejakkan kaki di Kurobe Alphine Route, Japan.


5- Duit poket Shaklee


Walau makan minum ditanggung sepanjang percutian, ada kala kami diberi lagi wang saku, untuk waktu-waktu free and easy dan cari makan sendiri. Tak risau tak cukup makan bila sertai percutian Shaklee ni tau. Semuanya ditanggung dan disediakan. Syiok sangat. Hihihi.

 
(Kiri) Duit saku semasa Trip ke Bangkok. Setiap orang dapat 1,400TB
(kanan) Duit saku semasa Trip ke Japan.


6- Dapat Surprise gift.


Shaklee memang suka buat suprise setiap kali trip Shaklee, baik dalam dan luar negara. Setiap kali buka pintu bilik selalunya diiringi debaran hebat. Ada supriseee tak ni? Hahahaha! 

 
 
Barang rare nih! Sebelah kiri tu adalah 1 bungkusan Furoshiki - iaitu kain pembungkus tradisional Jepun yang digunakan secara tradisional untuk membungkus dan/atau mengangkut barang. Ia telah digunakan di Jepun sejak 1200 tahun dahulu tau. Sebelah kanan pula adalah Produk Shaklee Jepun yang memang tiada di Malaysia. Feeling soooo special wooo!

Ole-ole bantal semasa Trip Langkawi. Happy sangat.


7- Dapat raikan kejayaan bersama business team


Bertambah seronok apabila dapat travel bersama business team kita tersayang. Setelah berpenat fight usahakan bisnes, selepas itu dapat spent masa together-gether pula. Sangatlah best? Umpama dapat travel dengan BFF dunia akhirat kita gitu. Happy for them.

Bersama Master Puteri dan Suami di Trip US

Bersama Aini, Master Aishah, Sue dan Ctz semasa trip Langkawi.


Begitulah pengalaman manis cam chocolate kindeBueno bersama rakan rakan sepanjang percutian bersama Shaklee. Sangat enjoy. Selalu rasa tak puas. Thank you Shaklee.


Percutian memerlukan belanja yang besar. Jadi bagaimana untuk dapatkan secara percuma?


Langkah pertama, DAFTAR SEBAGAI AHLI dan mulakan langkah untuk bina empayar bisnes Shaklee anda. 

Trip Percutian Shaklee ini sangat EKSKLUSIF. Ia hanya ditawarkan PERCUMA kepada leaders Shaklee yang layak dengan kiraan jumlah points yang terkumpul sepanjang setahun berbisnes. TIDAK BOLEH di tambah wang tunai, jika tak cukup points atau nak tambah tiket. Cukup point, dapat. Tak cukup,  tak dapat. 


Tahun depan #seeyouinJepun atau pelayaran Royal Caribbean. 
Hubungi saya untuk lebih info lagi ya.




Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


Monday, July 17, 2023

Kerja Dari Rumah - Tambah Pendapatan Tengah Bulan, Pilihan Kerjaya Terbaik

Bila serba serbi naik harga, percaya tak, bekerja dari rumah boleh bantu kita untuk jana pendapatan. Pucuk pangkalnya, kena rajin berusaha dan tak cepat give up. Duduk goyang kaki di rumah boleh dapat pendapatan, yang ini memang tak ada!

Bayangkan betapa mudahnya urusan perniagaan boleh diuruskan hanya dari rumah atau di mana sahaja kita berada. Paling penting ada internet dan wifi, semua nya boleh onzzz.

Namun saya melihat perlu ada syarat untuk kita mula berkerja dari rumah.
  • Boleh menulis, membaca dan faham B.Inggeris.
  • Mempunyai Komputer atau Laptop atau handphone sendiri serta mampu gunakan internet dengan baik.
  • Mampu bekerja sendiri tanpa sebarang pengawasan.
  • Bersedia untuk bekerja keras, dan punya disiplin diri yang tinggi.
  • Bermotivasi dan mahu belajar perkara baru.

Kerja dari rumah ini adalah jenis pekerjaan bebas (freelance) dan memerlukan seseorang yang serius mahu bekerja, bermotivasi tinggi dan sanggup bekerja keras. Kita juga tidak terikat dengan sebarang kontrak dan waktu bekerja adalah fleksibel hanya perlu mematuhi tempoh masa tugasan kerja yang di pohon.

Realitinya, ianya bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan, namun itu hanyalah pada permulaannya sahaja. Dengan panduan dan sokongan, anda pasti boleh lakukan.


Pengalaman saya Bekerja Dari Rumah


Semuanya bermula dengan impian saya untuk jadi suri rumah sepenuh masa BERGAJI. Kira stay at home dengan solid income tengah bulan. Saya melihat bisnes Shaklee berpotensi untuk jadikan impian saya satu kenyataan. 

Saya bermula bisnes Shaklee secara sambilan, dengan hanya makan sendiri produk untuk jayakan penyusuan susuibu anak-anak 2 tahun. Selepas 3 tahun bisnes secara sambilan, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja, dan mulakan bisnes Shaklee secara sepenuh masa. 

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk 10 tahun saya berkecimpung secara sepenuh masa bekerja dari rumah dalam bisnes Shaklee


Team Shaklee saya - Team Rise Network kini sudah masuk tahun ke-13. Majoriti team saya dari kalangan ibu-ibu. Ada yang berkerjaya, ada yang suri rumah malah ada juga pelajar Universiti. Kami bermula dari bawah, sebagai pengedar biasa dan nekad rank up Supervisor (jadi leader) sehingga ada yang berjaya ke pangkat Master Coordinator. Tahniah Master Puteri, Master Aishah dan Master Nurlia.

Kami semua bermula buat Shaklee dengan menulis blog, FB dan semua medium online. Anda sejenis pemalu? Saya sangatlah, kihkihkih. Nak promote barang dan cakap secara berdepan mata dengan mata, bukan saya. Blog la yang bantu saya. Meskipun pada awalnya medium blog ini tidak banyak income masuk, tetapi bila lama kelamaan kita bina keyakinan pembaca, ramai yang respons dan mengikuti blog kita, ia boleh menjana pendapatan pasif. Apa yang penting, kena banyak bersabar.

Akan ada yang datang dan ada yang pergi, yang datang balik selepas pergi pun ada. InsyaAllah, saya akan tetap disini setia untuk bina dan luaskan lagi kebaikan demi kehidupan dan kesihatan yang lebih baik yang Shaklee tawarkan.  


3 Sebab Saya Pilih Bisnes Shaklee


1- Syarikat yang kukuh dan dipercayai. 


Apa guna punya produk yang bagus dan plan pampasan bonus yang tinggi jika syarikat tidak kukuh dan bertahan lama. Setuju tak? 

Shaklee ada rekod pencapaian yang berkembang maju sejak 65 tahun lalu dalam perniagaan dan lebih daripada 100 tahun inovasi dalam produk makanan tamahan.  Inilah bukti Shaklee adalah syarikat yang kukuh dan stabil. 

Tahukah anda, Shaklee perintis industri kesihatan dan kesejahteraan yang berkembang pesat. Tahukah anda, menurut Permintaan perniagaan dan pendapatan tambahan akan terus meningkat dan cara yang lebih baik untuk anda lakukannya ialah dengan Shaklee. Biiznillah.

Dari 1995 Shaklee Malaysia telah sentuh dan bantu berbakti kepada mereka yang inginkan kehidupan dan kesihatan yang lebih baik serta tidak pernah gagal bayar bonus kepada semua pepngedar Shaklee yang layak.


2- Produk berkualiti, berkesan dan repeat order yang tinggi. 


Jaminan produk Shaklee yang semulajadi dan selamat menambah keyakinan saya terhadap bisnes ini. Kita tentu tidak mahu produk yang dijual kepada orang ramai memberi risiko terhadap kesihatan sendiri, keluarga apatah lagi kepada orang lain kan? 

Sebab itulah saya tidak ragu-ragu amalkan produk Shaklee dalam setiap fasa kehidupan saya, baik ketika bekerja, hamil, menyusukan anak, berpantang. Malah saya juga sangat yakin untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan suami, anak-anak dan ibu ayah serta adik beradik saya kerana yakin ianya ada kajian klinikal, dan bukanlah produk sebarangan timbang kilo.

Shaklee juga turut punya kekuatan pada repeat order. Kebiasaanya orang akan order lagi dan lagi. Kenapa? Sebab produk Shaklee berkualiti dan sangat berkesan. Buktinya, saya lihat permintaan pelanggan saya yang setia sejak 10 tahun yang lepas. Ini menunjukkan permintaan terhadap produk Shaklee tidak pernah putus dan sentiasa ada permintaan di pasaran. Ini lah yang saya mahukan dalam bisnes saya. Shaklee bukan produk bermusim. 


Terkini, Shaklee Malaysia telah diikhtiraf sekali lagi sebagai Trusted Brand Vitamin Suplemen di Malaysia, bagi kategori vitamin dan suplemen untuk tahun 2021, 2022 dan 2023 yang dibuat oleh Reader Digest  (diundi oleh pengguna). Anugerah Trusted Brand adalah satu anugerah berprestij yang dibuat pihak ketiga. Maknanya bukan Shaklee yang buat survey. Lebih 25 tahun berada dipasaran - bermakna produk Shaklee ini dipercayai oleh seluruh rakyat Malaysia. 

Terima kasih rakyat Malaysia khususnya semua pengguna kami.


3- Jana Income Tanpa Had


Di Shaklee, potensi pendapatan tanpa had. Selain dari dapat beli produk dengan Harga Ahli, dan dapat Cash Bonus (5%-21%), Shaklee juga ada menawarkan lebih dari itu bagi ahlinya yang berminat dan SERIUS BERBISNES. 

Shaklee ada 13 cabang income, bukan sekadar Untung Runcit, malah ada Bonus Peribadi, Bonus Kepimpinan, Bonus Insentif Rank Coordi, Key dan Master serta Bonus Subsidi Kereta.

Tidak pernah sehari pun Shaklee terlewat nak bayar "gaji" pengedarnya pada setiap 14hb, dimasukkan terus dalam akaun bank. Malah ada masa dibayar lebih awal lagi. Ya Allah, seronok sangat!

BERAPA BONUS SHAKLEE BAYAR SETIAP BULAN?


Sikit banyak Bonus Shaklee bergantung kepada Jualan dan kedalaman organisasi yang kita bina. Semua pengedar ada peluang untuk jana income yang besar, baik yang baru, makan sendiri atau yang serius berbisnes. Asalkan rajin dan usaha lebih, dapatlah lebih.

Bonus pertama saya hanya RM32 sahaja. Kemudian meningkat jadi RM211, RM531, RM566 dan cecah 4 angka selepas serius dan komited 4 bulan berkongsi kebaikan Shaklee secara part time. Siapa nak bagi kan? Hanya guna produk sendiri & berkongsi manfaat produk, dapat tambahan pendapatan tengah bulan. Tak perlu nak paksa-paksa atau pujuk rayu orang pun untuk membeli. Happy tau!

Total jumlah bayaran bonus Shaklee kepada ahli sepanjang 3 tahun 
2020 sehingga 2022. RM372 Juta gais. Best ke best sangat?!

SISTEM BONUS SHAKLEE ADIL DAN PATUH SYARIAH


Di Shaklee tiada istilah siapa masuk dulu, dia dapat income lebih! Malah ramai sahaja leaders yang ada upline yang tiada pangkat apa-apa, malah ada yang tak layak dapat bonus pun ada. 

Nak tak jika anda boleh dapat bonus tengah bulan seperti di atas?

Tiada hasil RM, jika kita tidak buat apa-apa jualan pun. Malah orang dibawah juga boleh potong bonus dan pangkat orang diatasnya jika dia usaha lebih. Adilkan?




Rasa Terbeban dengan Masalah Kewangan dan perlukan Tambahan Pendapatan Tengan Bulan?


Jika anda rasa terbeban dengan masalah kewangan dan perlukan tambahan pendapatan dengan hanya perlu kerja dari rumah, maka anda perlu pertimbangkan peluang yang terhidang ini.

Peluang tambah pendapatan secara part time dan juga fulltime. Anda disekitar Selangor dan Kuala Lumpur? Boleh jumpa sendiri dengan Alin face to face. Kita set appointment. Capai jer henfon dan klik link wasap dibawah ya. 

Say Yes & join us today!




Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


9 Ciri Utama Buat Bisnes Online Shaklee

Tiada istilah mudah di dalam bisnes online bila bekerja dari rumah. Kita cari yang paling tidak susah. Bukan senang, bukan mudah tetapi yang paling kurang susahnya. Bisnes kategori 'Pengedaran' bukan tidak susah, tetapi boleh dikatakan paling kurang susah dan rendah risikonya. 



9 Ciri Utama Buat Bisnes Online Shaklee, Anda perlu Tahu


1- Pihak lain sediakan produk dan servis, kita hanya mengedarkan produk kepada yang memerlukan.

2- Bahagian kita hanya edarkan produk dan bina bisnes. Produk atau servis, kajian pemasaran, penyelidikan produk dan pasaran dilaksanakan oleh pihak syarikat. Tugas kita hanya menjual sahaja.

3- Modal kecil, potensi besar. Bukan tak guna modal. Dalam apa sahaja bisnes modal itu wajib. Dengan hanya bermodalkan RM35 sahaja, iya RM35 sahaja, anda sudah boleh jadi ahli Shaklee. Tak payah pun nak buat loan beribu-ribu. Dengan RM35, anda pilih nak makan sendiri atau nak mulakan bina bisnes. Tepuk dada tanya hati, anda decide!

Selepas Daftar Ahli, anda sudah boleh terus beli produk Shaklee dengan Harga Ahli (20% diskaun) dan mula belajar cara nak mulakan bisnes Shaklee anda. Mudah je kan!

4- Menceburkan diri dalam bisnes tanpa ilmu pengurusan bisnes adalah sama dengan sengaja mencebur diri ke dalam sungai yang berarus deras, tanpa menyedari diri tak tahu berenang. Mesti berilmu untuk berbisnes. Elakkan ceburkan diri jikalau enggan berilmu. Ilmu apa? Semestinya ilmu pengurusan bisnes dan simpan kira/akaun mudah.

5- 100% berasaskan bisnes. Produk menjadi keutamaan kerana dari produk datangnya bisnes! Kenali produk dan cintai produk, bukan jual tanpa ilmu kerana tanpa ilmu kita sebenarnya tidak berlaku adil pada customer kita kerana kita hanya mementingkan duit semata-mata. Bisnes yang cerita pasal duit takkan kekal lama. Produk juga harus mempunyai permintaan yang berterusan bukan bermusim. 

6- Pengedar lebih banyak bercakap dengan kelebihan dan impak produk berbanding bercakap tentang "boleh jadi jutawan". 

7- Hindari jauh-jauh jika bisnes  kedengaran, "Tidak perlu menjual". Dari mana datangnya pendapatan jika tidak menjual. Ada yang tak kena jikalau bisnes  apa sahaja tidak perlu menjual. 

8- Pilihan juga berdasarkan kemahuan menjual. Tidak mengapa jikalau tidak tahu menjual, sebab boleh belajar berdikit-dikit. Asal ada kemahuan untuk belajar.

9- Kenali sistem perniagaan (Marketing Plan) – untuk berkembang perlu tahu syarat dan keperluan untuk terus kembangkan sayap bisnes kita.


Perasan tak, simpan stok bukanlah ciri utama untuk buat bisnes online. Namun, jika ada sedikit stok ianya bonus.


Mari kita mulakan sekarang


Jíka bukan sekarang bila lagi? Jadikan 9 ciri utama buat bisnes online yang saya kongsikan ini sebagai panduan untuk anda memiliki bisnes yang bertahan lama. 

Bila bekerja dari rumah, anda bukan bersaing dengan orang lain, tetapi bersaing dengan diri kita sendiri. Paling penting ialah kesungguhan dan kemahuan. Kemahuan yang amat sangat akan hasilkan 'tahu dan cara'. Jikalau tidak mahu apa cara sekali pun tiada gunanya. Dari mahu datang tahu. 

Jika anda ingin mulakan bisnes online sebagai ejen Shaklee, boleh terus hubungi saya, di nombor berikut dengan terus klik link whatsaapp di bawah ya.




Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


Wednesday, June 14, 2023

PENGEDAR SHAKLEE AKTIF DENAI ALAM, SHAH ALAM

Assalamualaikum, 
Hi, saya Azlin. Pengedar Aktif Shaklee Denai Alam, Shah Alam yang berdaftar di bawah akta jualan langsung Malaysia. Anda tak perlu risau. Saya merupakan Shaklee Distributor yang aktif dan sah, Ejen Res-Vivix Shaklee yang mempunyai pengalaman dalam shaklee lebih daripada 12 tahun. Saya turut mendapat bimbingan daripada Doktor dan Pakar Nutrisi Bertauliah serta Saintis Shaklee.
COD area Denai Alam, Bukit Subang, Elmina, Subang Bestari, Saujana, Bukit Jelutong, TTDI Shah Alam dan kawasan sekitarnya dengan cepat dan efektif. Ini kerana saya mempunyai Stock Produk Shaklee yang baru & fresh ditangan. InsyaAllah. 

Penghantaran POS ke seluruh Malaysia, Singapore, Brunie juga disediakan. Nak order SHAKLEE dan dapatkan konsultansi terbaik buat anda? 
Jom order secara Whatapps sekarang.

SEBAB MENGAPA ANDA PERLU JOIN AHLI DAN BELI PRODUK SHAKLEE, RES-VIVIX SHAKLEE DAN YOUTH SKINCARE DENGAN SAYA


1- DAPAT PANDUAN & BIMBINGAN DARI PAKAR 


Anda bukan sahaja boleh tanya soalan, malah saya boleh aturkan untuk anda  berhubung secara terus 1-1 kepada pakar nutritionist Shaklee selepas menjadi ahli Shaklee dengan saya. 

Saya mempunyai sijil Certified Product Trainer dari Shaklee. Sangat EXCLUSIVE sebab anda akan dapat FREE CONSULTATION dan MONITORING dari saya tentang cara makan yang betul dan berkesan serta 1001 panduan kesihatan dan gaya hidup yang sihat. 

Bersama Dr Sonhee Park, Saintis Shaklee
Kelas tentang Kepentingan Nutrisi untuk Sokong 
Pra-Kehamilan, Kehamilan dan Post-Kehamilan


Bersama Chris Kyrou, 
Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan Kecantikan
Penjagaan Kulit YOUTH
 

Ini antara kelas kesihatan yang kami hadir setiap bulan untuk belajar terus dengan doktor pakar berkaitan nutrisi & kesihatan. Anda akan dapat consultation dari  ilmu yang bukan main google-google sahaja tetapi direct daripada perkongsian kelas doktor yang saya hadiri. Saya sentiasa upgrade ILMU untuk pastikan saya dapat berikan servis yang terbaik untuk anda.

Kelas Antioksida Master Defender Against Diseases.
bersama Dr. Haresh Kumar

Workshop Nutrivention for Nutraceuticals bersama 
Dr Redza Rahman, Profesional Medical Scientist

2- DAPAT PANDUAN & BIMBINGAN CARA MAKAN YANG BETUL 


Saya merupakan Pengedar Shaklee Denai Alam, Shah Alam & mempunyai kedai shaklee di Shah Alam secara online. Saya sudah consume Shaklee sejak 13 tahun lepas lagi, bermula dengan penyusan anak ke-2 saya sehingga berpengalaman menjayakan penyusuan anak lebih dari 2 tahun seramai 3 orang. Saya turut sudah rasai pengalaman hamil, menyusu serta berpantang bersama Shaklee. Hampir 99% produk shaklee saya sudah makan. 

InsyaAllah saya akan bantu anda dan berikan konsultasi cara makan yang terbaik mengikut kondisi dan keperluan anda.

Saya juga komited dalam penjagaan kesihatan dan telah merasai sendiri pengalaman dalam No sugar Challenge 100 hari, Proof it Challenge Shaklee, Detox Shaklee way serta diet Intermittent Fasting dan turut berjaya turunkan berat badan. Ini antara komitmen saya untuk buktikan kepada team, bahawa kami bersedia untuk bantu lebih ramai lagi yang  inginkan kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik.

3- DAPAT CASH BACK DARI 5% SEHINGGA 21%* 


Jika selama ini anda tak pernah jadi ahli Shaklee dan hanya membeli Shaklee sahaja tetapi tak dapat apa-apa cash rebate. Now! dengan pembelian produk hatta hanya untuk makan sendiri sahaja anda boleh dapat UV point. Dari belian UV terkumpul selama sebulan, minimum belian terkumpul jika 150uv dah layak dapat cash rebate 5% ke akaun ID anda. Malah anda boleh dapat sehingga 21%. Best kan? Geli-geli beli untuk makan sendiri pun boleh dapat cash back.

Peluang bisnes juga ditawarkan bagi yang ingin mencari extra income tengah bulan. 

.
Dahulu saya merupakan jurutera di sebuah syarikat swasta oil & gas. Tahun 2023 ini, genap 10 tahun saya sudah menjadi ''Suri Bisnes Bergaji" sepenuh masa. Alhamdulillah.

Salam perkenalan ya!

Bermula join Shaklee selepas habis berpantang anak ke-2 
sehingga sudah beranak 4 & masih counting.

Jika berada disekitar area Besut dan mencari Pengedar Aktif Shaklee Besut, Terengganu boleh hubungi ››› Sumaiyah. Yang berada diluar kawasan lain boleh semak list Pengedar Aktif. InsyaAllah service tip top.

Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


Sunday, May 28, 2023

Cash Rebate - Peluang Makan Vitamin Percuma




Salam A-May-Zing!

Hari ini Alin nak berkongsi dengan anda tentang peluang makan vitamin Shaklee secara PERCUMA! Teruja tak? Sebelum itu apakah Cash Rebate Shaklee dan bagaimana nak dapatkannya?


CASH REBATE SHAKLEE



Cash Rebate Shaklee atau Bonus Shaklee dibayar setiap bulan. Paling best ia di bayar setiap tengah bulan. Lagi lagi best, tidak pernah sehari pun Shaklee terlewat nak bayar pengedarnya pada setiap 14hb, dimasukkan terus dalam akaun bank. Malah ada masa dibayar lebih awal lagi. Ya Allah, seronok sangat!

Sistem pembayaran bonus Shaklee ADIL DAN PATUH SYARIAH. Di Shaklee tiada istilah siapa masuk dulu, dia dapat income lebih! Malah ramai sahaja leaders yang ada upline yang tiada pangkat apa-apa, malah ada yang tak layak dapat bonus pun ada. Anda usaha anda layak dibayar atas usaha anda.

Tiada hasil RM, jika anda goyang kaki tidak buat apa-apa jualan pun. Malah orang dibawah juga boleh potong bonus dan pangkat orang diatasnya jika dia usaha lebih. Adilkan?

Sikit banyak Bonus Shaklee bergantung kepada Jualan dan kedalaman organisasi yang kita bina. Semua pengedar ada peluang untuk jana income yang besar, baik yang baru, makan sendiri atau yang serius berbisnes. Asalkan rajin dan usaha lebih, dapatlah lebih.


BAGAIMANA CARA UNTUK DAPATKAN CASH REBATE SHAKLEE


A- DAFTAR AHLI


Untuk daftar sebagai ahli shaklee anda mesti sekurang-kurangnya
    • Umur 18 tahun.
    • Warganegara Malaysia atau Penduduk tetap.
    • Anda boleh mendaftar secara individu atau bersama pasangan anda.
    • Pasangan anda mungkin tidak mempunyai pengedaran berasingan.

Peringatan!!
Pastikan prospek anda bukan aktif member dari kumpulan lain sebelum mendaftar. Jika pernah join dan telah expired keahlian sebelumnya, tiada masalah


CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE


1- Anda boleh Daftar ahli secara EXPRESS dengan klik link pautan DISINI atau berikan maklumat anda yang lengkap seperti berikut untuk saya bantu santuni dan mudahkan pendaftaran anda melalui website Shaklee.

Sila berikan maklumat seperti berikut:
  • 1. Nama penuh seperti di dalam IC
  • 2. Ic no
  • 3. Bangsa
  • 4. Status jika sudah bersuami/isteri
  • - nama suami/isteri as per ic
  • - no ic suami/isteri
  • - no hp suami/isteri
  • 5. No hp
  • 6. Email
  • 7. Alamat 
  • 8. Nama bank & no account untuk shaklee bank in cash bonus secara terus setiap 15hb (Jika layak setiap bln)

2- Login ke website Shaklee dengan masukkan ID dan pasword sementara anda dan terus boleh buat belian dan bayar yuran ahli.

3- TAHNIAH! Anda kini Shaklee Independent Distributor yang sah. Kami gembira mengalu-alukan anda untuk menjadi sebahagian daripada Keluarga Shaklee kami #TogetherWeRise

Mudah kan?


B- KUMPUL POINT PRODUK


Saya sendiri bermula dengan makan sendiri produk Shaklee. Jadikanlah diri kita sebagai testimoni terbaik dan nikmati hidup sihat serta faedah kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat. 

 
Alhamdulillah dengan Shaklee saya berjaya menyusukan anak lebih 2 tahun ketika bekerja mahupun selepas bekerja dari rumah. Paling happy bukan saya saja malah dapat bantu ibu-ibu lain turut berjaya dalam penyusuan susibu anak mereka. 

Asbab berkongsi kisah penyusuan saya dengan anak-anak di blog, ramai yang berminat untuk mencuba Shaklee produk. Setiap belian dalam sebulan, kita akan dapat points atau dalam Shaklee istilahnya UV (Unit Volume), UV ni terkumpul selama sebulan dan daripada UV nilah, Shaklee akan bayar kita Cash Rebate. Bergantung kepada UV setiap produk, Shaklee akan kira dan kumpulkan sepanjang sebulan.

Berapa RM dapat untuk UV terkumpul? Haaa boleh tengok jadual dibawah.

Nota:
Pembelian minimun untuk layak dapat bonus tunai Shaklee
ialah sebanyak 150UV = 5%. Pengiraan di atas adalah hanya
anggaran sahaja.


Jadi dari mana kita dapat UV ni? Boleh jadi dari belian kita sendiri, atau kawan-kawan guna ID kita, atau kita belikan untuk adik-beradik, saudara mara, jiran dan sebagainya.

Saya merasa Bonus pertama saya sebanyak RM32. Kemudian meningkat jadi RM211, RM531, RM566 dan cecah 4 angka selepas serius dan komited 4 bulan berkongsi kebaikan Shaklee secara part time. Siapa nak bagi kan? Hanya guna produk sendiri & berkongsi manfaat produk, dapat tambahan pendapatan tengah bulan. Happy sangat tau! Duit gaji untuk beli vitamin tak usik pun. Kira Shaklee tolong bayarkan vitamin saya setiap bulan gitu.

Best kan?


C- SIAPA YANG LAYAK UNTUK DAPAT CASH REBATE


Setiap ahli Shaklee memang layak untuk menikmati cash rebate atau bonus tunai ini walaupun TIADA apa-apa rank ya. Pastikan setiap belian anda menggunakan ID Shaklee anda bukan ID orang lain.

Jadilah pengguna bijak, beli produk Shaklee, amalkan untuk kesihatan, kongsikan dengan orang sekeliling dan kaut sebanyaknya bonus tunai yang Shaklee tawarkan. Dengan hanya sebagai pengguna setia produk Shakee, kita dapat bonus tunai setiap tengah bulan, tidak pernah gagal. Seronok tak? Jadi ambil peluang ini.

Berikut antara contoh ahli makan sendiri team saya, dapat bonus dia.



KESIMPULAN


Hidup ini bukan dari mana kita bermula tapi ke mana kita nak tuju. Semua orang boleh bermula. No Perfect time untuk bermula. Jadi, nak makan vitamin FREE dan nikmati Cash Rebat Shaklee? Jom hubungi saya!



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023