Wednesday, December 13, 2017

3 Langkah Mudah Semua Wanita perlu Beri Perhatian untuk Dapat Kesihatan Optimum



Kesejahteraan sering dikaitkan dengan keadaan di mana kita bebas dari sebarang penyakit. Kita dianggap seorang yang sihat seandainya kita tidak menghidap sebarang penyakit. Namun, ada juga yang beranggapan walaupun kita tidak berpenyakit, kita tidak semestinya sihat.

Kesejahteraan sebenarnya berkait rapat dengan GAYA HIDUP seseorang. Setiap kita punya tanggungjawab untuk jaga kesihatan diri; 
  • Berikan pemakanan asas terbaik pada tubuh
  • Kawal berat badan
  • Tidak lupa bersenam
Di samping itu, risiko kesihatan seperti merokok, pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah haruslah dielakkan bagi memelihara kesejahteraan dan kesihatan diri.

Langkah 1 : Anti Penuaan

Penuaan sebenarnya bermula di peringkat selular. Ia berlaku akibat daripada kerosakan molekul seperti DNA yang merupakan asas sel tubuh.

Apabila semakin hari DNA kian lusuh dan haus, kesihatan pun turut terjejas. Kita boleh dapati kini pelbagai penyakit kesan penuaan semakin meningkat seperti penyakit jangtung, kanser, diabetis, arthritis, nyanyuk, Parkinson dan sebagainya.

Polifenol pada tumbuhan menunjukkan ianya lebih berkesan dalam memulihkan intrasel termasuk pemulihan DNA dengan berikan perlindungan antioksidan yang penting kepada sel. Saintis dapati yang polifenol tumbuhan sebenarnya rahsia bagi usia yang lebih panjang dan lebih sihat. Polifenol tumbuhan mempunyai banyak faedah kesihatan daripada melambatkan proses penuaan hinggalah mencegah penyakit berkaitan dengan penuaan yang serius.

Kolagen adalah salah satu rahsia awet muda. Semakin meningkat usia, kolagen iaitu protien yang amat diperlukan tubuh turut berkurang. Menambah dan gantikan kolagen yang hilang dapat bantu tegangkan kulit, kurangkan kedutan dan tingkatkan keanjalan serta kelembutan kulit.

Langkah 2 : Makanan untuk kesuburan

Setiap tubuh kita perlukan nutrient bagi menjana, menyegarkan dan baiki sel-sel. Jadi, berikan nutrient semulajadi pada tubuh seperti protien-soya yang organismanya tidak diubahsuai secara genetik (bukan GMO). Pelbagai vitamin, mineral dan elektrolit bukan saja amat penting untuk asas selular dan fungsi tubuh yang sihat, malah ia turut penting dan diperlukan untuk jana dan baiki semua sel tubuh, menyelenggara dan perbetulkan tisu, keluarkan enzim dan hormon serta seimbangi cecair tubuh dan penyaluran tenaga.

Langkah 3 : Perlindungan

Setiap hari sel tubuh sentiasa diserang dan diasak oleh radikal bebas seperti pencemaran, toksin, tekanan, makanan tak seimbang dan jutaan mikrob berbahaya yang ancam sistem imun. ini seterusnya meningkatkan risiko mendapat asma, alahan, jangkitan kuman, kanser, influenza dan sebagainya. Jadi, sistem imun amat memerlukan pelbagai vitamin dan mineral untuk berfungsi secara teratur.

Jadi, bagaimana anda rasa boleh lakukan 3 langkah mudah ini?




Monday, December 11, 2017

Ambil Masa untuk Penjagaan Kesihatan Anda.


Photo kredit : FDA

Wanita sering menghabiskan banyak masa untuk membantu orang lain, tapi ramai yang lupa nak jaga kesihatan dan diri mereka sendiri.


Wanita terutama ibu-ibu perlu stay "fit dan strong". Jaga kesihatan kita untuk ibadat dan keluarga tercinta. Penampilan juga pasti menjadi top priority kan? Pasti sakit mata kan bila tengok cermin atau gambar selfie sendiri, garis-garis halus di tepi dan bawah mata.

Memandangkan saya bakal menjejakkan 2 kaki ke club 40-an dan anak gadis bakal memasuki alam remaja soon, maka wajiblah saya siap sedia dengan ilmu “universiti kehidupan” dan selok belok setiap masalah wanita dari alam remaja ke alam super wanita. Huhu, nervers pula rasa.
Sukar untuk beri masa dan tumpuan kepada kesihatan yang baik? Atas kesedaran dan persedian untuk diri dan teman-teman, nantikan perkongsian saya untuk penjagaan kesihatan pada semua peringkat usia.
Ingat ya, ianya bermula dengan DIRI KITA! Dari mahu datang tahu. #BeTheChange
Untuk permulaan saya akan fokus kepada 10 Top Trending Health topik berikut
  • Kitaran Haid
  • Menopause
  • Penuaan sihat
  • Kehamilan
  • Penyusuan
  • Sindrom PCOS
  • Wanita dan diabetis
  • Kesihatan jantung untuk wanita
  • Tekanan dan kesihatan
  • Jangkitan salur kencing (UTI)