Friday, December 15, 2023

Pelega Kesakitan dan Keselesaan Sendi dan Otot


Kesakitan adalah rasa tidak selesa yang biasanya disebabkan oleh tekanan atau kecederaan. Kesakitan juga adalah satu simptom keradangan - pengumpulan cecair yang menyebabkan bengkak, lebam dan sakit yang menekan hujung saraf.

Tahukah anda berikut adalah 3 jenis aduan kesakitan yang sering dilaporkan di Malaysia.




Sakit Abdomen seperti sakit PMS, sakit perut diikuti Kesakitan Muskuloskeletel yang berkaitan kesakitan sendi dan otot dan Sakit Kepala.

Sakit abdomen dan sakit kepala biasanya akan datang dan pergi. Namun, kesakitan Muskuloskeletel sering berlanjutan dan berpanjangan agak lama seperti sakit lutut, sakit belakang, sakit sendi dan otot. 

Seram ke Serammm?


Menurut statistik, sakit lutut biasanya terjadi kepada individu 40 tahun ke atas dan kadar ini meningkat mengikut usia. Namun, sakit lutut boleh dihidapi oleh pelbagai usia termasuk orang muda.

Sakit lutut boleh mengganggu kebolehan untuk bergerak dengan selesa dan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti hidup dalam aktiviti seharian yang mudah seperti berjalan, naik turun tangga, masuk keluar dari kereta dll. 

PERHATIAN!
Sakit lutut adalah masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh ramai wanita di seluruh dunia. Fakta menyatakan bahawa kaum perempuan 5 kali ganda lebih ramai alami kecederaan lutut yang serius berbanding kaum lelaki terutama ketika bersukan.

Manakala sakit sendi badan adalah keadaan yang melibatkan keradangan, kemerahan, dan kesakitan pada sendi-sendi tubuh kita. Bagi kebanyakan orang, sakit sendi sering disertai dengan sakit otot – dari yang ringan hingga yang teruk. Ia boleh berlaku pada sendi-sendi utama seperti lutut, siku, bahu, dan pinggul di mana tempat 2 tulang di badan kita saling bersambung.




Punca Kesakitan Sendi


1- Penggunaan sendi yang berterusan menyebabkan keradangan dan degenerasi sendi, akibatkan kesakitan dan sengal pada lutut, pinggul, bahu dan sendi tengah jari-jari anda. Sendi anda boleh jadi kaku dan kurang fleksibel.

2- Penggunaan keterlaluan, berulang kali atau sentapan boleh sebabkan kesakitan sendi dan otot. Penggiat sukan, khasnya mempunyai jadual latihan ketat dan individu yang amalkan gaya hidup aktif akan lebih mudah alami otot yang haus. Ada kala, aktiviti lasak juga boleh sebabkan ketegangan otot yang membawa kepada kesakitan.

3- Keletihan otot yang berterusan boleh sebabkan masalah sendi yang lebih serius dan sakit belakang. Pergerakan keterlaluan berlaku apabila terlalu banyak tekanan ditanggung oleh sendi atau otot tertentu, biasanya disebabkan oleh tugas yang berulang kali, duduk yang berpanjangan, postur yang lemah, membongkok dan mengangkat objek berat. Akibatnya otot menjadi tegang dan tubuh jadi sakit. Dalam jangka masa panjang boleh sebabkan kesakitan kronik yang serius.

4- Lebih daripada satu pertiga wanita menderita sakit belakang walaupun selepas 1 tahun melahirkan anak. Para ibu yang baru dapat anak biasanya alami ketegangan akibat berulang kali mengangkat dan mendukung bayi. Tambahan pula, mereka melakukan kerja rumah, membasuh dan kurang rehat. Lama kelamaan, pergerakan ini akan jadikan otot menegang seterusnya sebabkan ketidakselesaan dan kesakitan. 


Sendi dan Otot yang Sihat Sangat Penting!


Shaklee menawarkan penyelesaian jangka panjang untuk melegakan kesakitan sendi dan ketidakselesaan otot secara semulajadi. Selamat dan semulajadi.

Berikan sendi dan otot anda nutrisi, sokongan dan perlindungan yang ia perlukan. Legakan ketidakselesaan dan kesakitan secara semula jadi, supaya kita dapat menikmati kehidupan yang aktif dan sihat. 


1- Pelega Kesakitan dan Keselesaan Sendi Secara Natural  dengan Pain Relief Caplet


Pain Relief Caplet mengandungi gandingan berpaten ekstrak Boswellia dan ekstrak Safflower yang diuji secara klinikal, untuk bantu sendi yang bekerja secara berlebihan. la sesuai untuk mereka yang kerjanya banyak beri tekanan kepada sendi dan mahukan penyelesaian semula jadi bagi melegakan kesakitan sendi dan otot.

Pain Relief Caplet bertindak bantu Melegakan . Melindungi dan Memulihkan! 


Paling best ianya lembut pada perut, tidak sebabkan gastrik atau pedih perut. Ianya juga tiada aspirin dan selamat untuk kegunaan jangka panjang. 

Terbukti berkesan secara saintifik
  • Kurangkan ketidakselesaan dan kesakitan yang disebabkan pergerakan keterlaluan.
  • Sokong pergerakan dan fleksibiliti sendi.
  • Melegakan kesakitan otot.



2- Kurangkan Serangan Sakit Sendi, amalkan Nutrisi Kaya Omega-3 dan Antioksida


Makanan yang kita pilih untuk makan boleh galakkan atau memerangi keradangan. Makanan "pro-radang" boleh merangsang tindak balas keradangan dalam badan, manakala makanan anti-radang boleh kurangkan keradangan dalam badan.

Keradangan yang berterusan untuk masa yang lama, dapat menyumbang kepada hampir setiap penyakit kronik, termasuk penyakit jantung dan kanser.

Asid lemak omega-3 adalah makanan anti-radang yang sangat penting untuk melawan jangkitan dan membaiki kerosakan di dalam badan. Ia boleh kurangkan pengeluaran molekul dan bahan yang dikaitkan dengan keradangan, seperti eicosanoid dan sitokin - yang dapat kurangkan sakit di sendi dan saraf, sama seperti ubat-ubat tahan sakit. Tapi yang bestnya kesan sampingan dia kurang berbanding ubat-ubat tersebut. 



Badan kita tidak boleh hasilkan Omega-3. Jadi, kita perlu dapatkannya daripada makanan. Amalkan Omega Guard Shaklee setiap hari.


3- Untuk Tulang dan Sendi yang Sihat Tambahkan OsteNutrix


OsteNutrix - supplemen kalsium yang dilengkapi dengan pelbagai zat dan mineral penting yang lain seperti Magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zink, Kuprum, Manganes dan Boron.

Lindungi tulang anda. Kurangkan risiko osteoporosis. 

 
Osteoporosis adalah penyakit tulang biasa yang sebabkan tulang jadi lemah dan rapuh. Ini boleh sebabkan patah tulang, walaupun dari jatuh kecil atau daripada tekanan ringan seperti membongkok atau batuk. Patah tulang yang berkaitan dengan osteoporosis paling kerap berlaku di pinggul, pergelangan tangan atau tulang belakang. 
 
Risiko osteoporosis meningkat dengan usia, dan juga lebih tinggi untuk wanita, orang yang kurus atau putih, dan orang yang mempunyai sejarah keluarga osteoporosis. 
 
Ambil suplemen membina tulang, OsteNutrix!

 

Ostematrix terbukti secara klinikal menyediakan matriks nutrien penting bagi bina dan kekalkan tulang serta gigi yang kuat. 


Cubalah dan rasai Kesannya


 
  
 

Kesimpulan


Pilih untuk amalkan Pelega kesakitan dan keselesaan sendi solusi jangka panjang untuk sendi dan otot yang sihat dan selamat, dengan Pain Relief Shaklee, Omega Guard dan OsteNutirx.

Hubungi saya dengan klik link Wasap di bawah, untuk bantu anda dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat apabila daftar sebagai ahli Shaklee. Saya juga boleh bimbing anda, cara pengambilan berkesan yang eksklusif untuk kesan yang optimum. InsyaAllah.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023