Showing posts with label Bcomplex. Show all posts
Showing posts with label Bcomplex. Show all posts

Thursday, October 23, 2025

Gabungan power: Vitamin B + Omega-3 Bantu Uruskan Stres dan Mood lebih baik & Otak lebih tajam

Hari ini, masalah stres dan gangguan emosi semakin membimbangkan di seluruh dunia. Gaya hidup moden, tekanan kerja, media sosial, dan kurang rehat menyumbang kepada peningkatan keresahan dan kemurungan. Kanak-kanak dan wanita antara golongan paling terkesan – kanak-kanak sukar fokus dan membina keyakinan diri, manakala wanita berisiko alami ketidakseimbangan hormon dan keletihan mental. 

Mengatasi isu ini penting untuk membina masyarakat yang sihat, seimbang emosi, dan generasi masa depan yang lebih kuat dari segi mental.


Dalam kehidupan seharian yang sibuk, tekanan atau stres jadi sesuatu yang hampir tidak dapat dielakkan. Namun, dengan sokongan nutrisi yang tepat, tubuh kita boleh lebih tenang dan emosi lebih stabil. Vitamin B-Complex dan asid lemak Omega-3 kedua-duanya memainkan peranan penting dalam sokong kestabilan emosi dan kurangkan tekanan, walaupun melalui mekanisme yang berbeza. 

Vitamin B seperti B6, B9 dan B12 bantu penghasilan neurotransmitter penting seperti serotonin dan dopamin yang kawal mood dan tindak balas terhadap stres. Omega-3 (EPA dan DHA) pula bertindak sebagai anti-radang otak, menyokong struktur sel otak dan memperbaiki kepekaan isyarat saraf.
 
Jom kita telusuri dengan lebih lanjut.

VITAMIN B-COMPLEX: VITAMIN ANTI-STRES 


Suplemen Vitamin B, terutamanya vitamin B-kompleks, memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga dan fungsi otak, menjadikannya salah satu penyelesaian utama untuk keletihan dan ketidakseimbangan emosi. B-Complex mengandungi gabungan vitamin B penting seperti B1, B2, B3, B5, B6, B9 (folate), dan B12 yang memainkan peranan besar dalam kesihatan sistem saraf dan pengurusan tekanan.

 Berikut adalah peranan vitamin B tertentu:

  • Vitamin B1 (Tiamina): Bantu memecahkan karbohidrat kepada tenaga yang boleh digunakan.

  • Vitamin B2 (Riboflavin): Sokong penghasilan ATP yang bekalkan tenaga kepada sel badan.

  • Vitamin B3 (Niasin): Sokong metabolisme tenaga dan perbaiki peredaran darah.

  • Vitamin B5 (Asid Pantotenik): Bantu penghasilan koenzim A yang penting dalam penghasilan tenaga.

  • Vitamin B6 (Piridoksina): Terlibat dalam metabolisme glukosa dan penghasilan neurotransmitter.

  • Vitamin B12 (Kobalamin): Penting untuk pembentukan sel darah merah dan pengangkutan oksigen — mencegah keletihan.


Siapa yang paling mendapat manfaat?

  • Mereka yang kekurangan B12 atau B6, terutamanya vegetarian, warga emas, dan mereka yang mengalami gangguan pencernaan.

  • Individu yang mengalami stres kronik atau kerja berlebihan, kerana stres boleh kurangkan simpanan vitamin B dalam badan.

  • Mereka yang alami anemia, kerana B12 dan folat penting untuk penghasilan sel darah merah.

  • Vitamin B, terutamanya B6, B9 (folat), dan B12, sangat penting untuk sintesis neurotransmitter seperti serotonin, dopamin, dan GABA yang penting untuk keseimbangan emosi. Neurotransmitter ini kawal emosi, tidur, dan fungsi sistem saraf secara keseluruhan.
  • Penghasilan Tenaga dan Metabolisme. Vitamin B diperlukan untuk menukar makanan kepada tenaga, bantu kurangkan rasa letih dan tingkatkan tahap tenaga secara keseluruhan. Ini secara tidak langsung boleh kurangkan tekanan yang berpunca daripada keletihan atau rasa terlalu terbeban.
  • Kesihatan OtakVitamin B6, B9 dan B12 juga menyokong metabolisme homosistein – tahap homosistein yang tinggi dikaitkan dengan risiko kemerosotan kognitif dan demensia. Oleh itu, ia menyumbang kepada kesihatan otak jangka panjang dan dapat kurangkan tekanan yang berpunca daripada kebimbangan berkaitan fungsi otak. 
  • Sokong Keseimbangan Hormon Wanita. Sangat membantu untuk wanita yang mengalami mood swing sebelum haid atau semasa menopaus.


OMEGA-3 (Minyak Ikan): LEMAK BAIK UNTUK OTAK & EMOSI 


Omega-3 (terutama EPA dan DHA) adalah lemak sihat yang penting untuk fungsi otak dan kesihatan saraf. Bagaimana Omega-3 membantu? 

  • Kesan Anti-Radang

Omega-3, terutamanya EPA dan DHA, terkenal dengan sifat anti-radang yang kuat. Inflammation yang kronik dalam otak boleh menyebabkan mood tidak stabil – Omega-3 bantu meredakannya. 
  • Fungsi dan Struktur Otak
Omega-3 sangat penting untuk fungsi dan struktur otak, termasuk membran sel dan isyarat neurotransmitter. Ia membantu meningkatkan prestasi kognitif, kurangkan keradangan di otak, dan melindungi daripada penyakit neurodegeneratif. DHA adalah komponen penting dalam struktur otak – bantu memelihara memori dan tumpuan.
  • Pengawalan Mood :Tingkatkan Mood dan Kurangkan Kemurungan

Omega-3 dipercayai mempengaruhi mood dengan kawal aktiviti neurotransmitter dan kurangkan penghasilan penanda keradangan. Ini boleh bantu melegakan simptom kemurungan dan keresahan.

Kajian menunjukkan pengambilan Omega-3 secara konsisten sangat membantu kurangkan simptom kemurungan dan keresahan. 

  • Perlindungan daripada Kesan Tekanan
Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh bantu kurangkan perubahan biopenanda (biomarkers) yang berkaitan dengan stres, seperti kortisol dan telomerase, yang menunjukkan potensi kesan perlindungan terhadap tekanan. Secara tak langsung, ia bantu tubuh bertindak balas terhadap stres dengan lebih tenang, tanpa terlalu cepat panik atau tertekan.


GABUNGAN VITAMIN B + OMEGA-3 = "NATURAL MOOD BOOSTER" SEMULAJADI 


Berikut adalah 5 kajian utama yang menyokong kenyataan bahawa gabungan Vitamin B (terutamanya B12) dan Omega‑3 berkesan sebagai “Mood Booster” semula jadi, lengkap dengan rujukan untuk bacaan lanjut:

1. Kajian haiwan (Wistar rats) – Vitamin B12 + Omega‑3 meningkatkan BDNF & prestasi kognitif

Dalam kajian lintas generasi ke atas tikus Wistar, suplementasi kombinasi vitamin B12 dan omega‑3 menghasilkan peningkatan yang signifikan dalam tahap brain-derived neurotrophic factor (BDNF) dan DHA di korteks serta hippocampus. Ia juga memperbaiki prestasi kognitif berbanding kumpulan yang hanya B12 sahaja. Ini menunjukkan sinergi nutrien dalam menyokong kesihatan otak & mood. Rujuk Pubmed untuk lebih lanjut.

2. Ulasan dari Journal of Biomedical Science 2016 – Peranan B12 dan Omega‑3 dalam fungsi otak

Kajian ini memberikan gambaran jelas tentang bagaimana kekurangan vitamin B12 dan omega‑3 memberi kesan negatif pada fungsi otak dan plasticity sinaptik. Penyediaan sinergi antara kedua nutrien ini disarankan untuk mencegah gangguan neurobehavioural—seperti mood tidak stabil & penurunan kognitif. Rujuk Jurnal BioMedical Science untuk info lanjut.

3. Meta-analisis & Ulasan Vitamin B‑Group – Manfaat terapi terhadap stres di kalangan dewasa

Ulasan meta terhadap beberapa percubaan terkawal secara rawak menunjukkan bahawa suplementasi vitamin B-group (≥3 jenis) sebahagian besarnya membantu mengurangkan stres dalam populasi sihat dan “at-risk” (SMD ≈ 0.23; p = 0.03). Ia menyokong kestabilan mood walaupun data mengenai kemurungan kurang konsisten. Rujuk Jurnal MDPI .

4. Ulasan komprehensif Omega-3 dalam gangguan mood & kemurungan

Beberapa meta-analisis RCT mendapati omega‑3, terutamanya EPA, memberikan kesan sederhana dalam mengurangkan simptom kemurungan (SMD ≈ 0.4–0.6) sama ada sebagai terapi tambah kepada antidepresan atau terapi sendirian. Bukti juga menyokong pengaruh pada neurotransmitter dan mengurangkan keradangan otak.

5. Kajian Anxiety Meta-Analysis 2024 – Omega‑3 menurunkan stres & keresahan

Meta-analisis terbaru dalam BMC Psychiatry (2024) menunjukkan omega‑3 berkesan mengurangkan simptom anxiety dan tekanan apabila diambil dalam dos terapeutik (EPA/DHA) dalam jangka waktu ≥3 minggu. Hasil ini menunjukkan peranan penting dalam mengawal stres & mood secara klinikal.

Kajian menunjukkan bahawa gabungan vitamin B-Complex dan asid lemak Omega-3 boleh memberi kesan sinergi dalam sokong kestabilan emosi dan kurangkan tekanan.


SIAPA SESUAI AMALKAN? 

  • Ibu bekerja yang sering penat dan tertekan
  • Ibu menyusu atau ibu berpantang
  • Wanita dalam fasa perimenopaus atau menopaus
  • Pelajar sekolah mahupun universiti atau sesiapa yang hadapi tekanan belajar/kerja
  • Mereka yang sedang alami gangguan emosi, anxiety atau mood swing.


KESIMPULAN


Mulakan hari ini dengan mengamalkan gabungan Vitamin B-kompleks dan Omega-3 sebagai langkah semula jadi menyokong kestabilan emosi, fokus dan kesihatan mental. B-kompleks bantu penghasilan hormon mood seperti serotonin, manakala Omega-3 kurangkan keradangan otak dan tingkatkan fungsi saraf.

Remaja, pelajar dan wanita sangat disarankan amalkan vitamin ini kerana kelompok ini paling terdedah kepada stres, keletihan mental dan ketidakseimbangan hormon. Jangan tunggu hingga emosi terganggu—mulakan rutin sokongan nutrisi ini hari ini untuk minda yang lebih tenang, fokus dan seimbang.


Salam Sayang, 
 Azlin M. Atan | Wasap. 019-2682709 | azlin.mohdatan@gmail.com 
#PengedarShakleeDenaiAlam 
 COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam

 * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Sunday, November 17, 2024

Gaya Hidup Sihat vs Suplemen: Mana Lebih Berkesan untuk Tingkatkan Tenaga?

Apabila kita memasuki usia 30-an, ramai di antara kita mula rasakan perubahan besar dalam badan dan tahap tenaga harian. Perubahan hormon, tanggungjawab kerja, tekanan keluarga, kesibukan harian, stres, kurang tidur, serta kekurangan nutrisi penting dalam diet semuanya menyumbang kepada keletihan. Keletihan yang berpanjangan boleh beri kesan kepada kualiti hidup, produktiviti serta kesihatan mental dan fizikal. 

Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk pastikan kita kekal bertenaga dan produktif? 



Adakah gaya hidup sihat mencukupi atau perlu ditambah dengan suplemen? Dalam artikel ini, kita akan meneroka peranan kedua-duanya dan bagaimana anda boleh manfaatkannya untuk tingkatkan lagi tenaga harian anda.

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN SECARA MUDAH UNTUK TINGKATKAN TENAGA ?


Gaya hidup sihat bukan sahaja melibatkan makan makanan yang betul dan bersenam, tetapi juga mengamalkan rutin harian yang sokong kesihatan fizikal dan mental. Gaya hidup sihat—termasuk pemakanan seimbang, senaman, pengurusan stres dan tidur berkualiti, bantu kekalkan kesihatan, tingkatkan daya tahan dan elakkan keletihan. Antara asas gaya hidup sihat yang boleh bantu, termasuklah:

  • 1. Pemakanan Seimbang: Tenaga dari Sumber Semula Jadi


Pastikan diet anda kaya dengan nutrien penting, seperti protein, karbohidrat kompleks, lemak sihat, dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan seimbang bantu kekalkan tenaga sepanjang hari. 

Karbohidrat kompleks seperti oat, quinoa, dan beras perang sediakan tenaga berpanjangan kerana ia dilepaskan perlahan-lahan ke dalam aliran darah. Sebaliknya, karbohidrat ringkas seperti gula dan roti putih hanya berikan lonjakan tenaga yang sementara tetapi sering diikuti dengan rasa penat yang berpanjangan.

Selain karbohidrat, protein turut mainkan peranan penting dalam pembaikan dan pembinaan tisu otot, yang bantu kita kekal cergas dan bertenaga. Pastikan makanan kita mengandungi sumber protein seperti ayam, ikan, telur dan kekacang. 

Lemak sihat seperti avokado, kacang, dan minyak zaitun juga penting untuk keseimbangan hormon yang sihat, terutamanya bagi wanita yang alami perubahan hormon pada usia 30-an.

  • 2. Senaman Berkala: Meningkatkan Tenaga Secara Semula Jadi


Ramai orang beranggapan bahawa senaman akan buat mereka lebih penat, tetapi sebenarnya, senaman adalah salah satu cara terbaik untuk tingkatkan tahap tenaga. Latihan kardiovaskular seperti berjalan laju, berlari, atau berbasikal bantu tingkatkan peredaran darah dan oksigen, yang boleh berikan rangsangan tenaga segera. Latihan kekuatan, seperti angkat beban atau bodyweight training pula bantu tingkatkan jisim otot, seterusnya tingkatkan metabolisme dan bakar lebih banyak kalori.

Latihan secara berkala juga merangsang pengeluaran endorfin, hormon yang buat kita berasa gembira dan lebih bertenaga. Tidak perlu lakukan senaman yang terlalu berat; 20-30 minit senaman ringan setiap hari sudah cukup untuk berikan hasil yang positif. Sungguh, cubalah!

  • 3. Pengurusan Stres dan Kualiti Tidur


Penting untuk menguruskan stres dengan baik. Amalkan teknik relaksasi seperti meditasi, pernafasan dalam atau lakukan aktiviti santai boleh bantu kurangkan stres yang jadi punca utama keletihan.

Selain itu, tidur yang berkualiti adalah asas utama dalam tingkatkan tenaga. Pastikan dapat tidur yang cukup (7-8 jam) setiap malam, kerana tidur yang berkualiti sangat penting untuk pemulihan tenaga dan perbaiki tisu badan. Elakkan skrin digital sebelum tidur dan cipta rutin tidur yang konsisten untuk  bantu tidur dengan lebih nyenyak.
 

PERANAN SUPLEMEN DALAM SOKONG TAHAP TENAGA


Walaupun gaya hidup sihat adalah penting, kadang-kadang sukar untuk dapatkan semua nutrien yang kita perlukan hanya melalui diet. Di sinilah suplemen mainkan peranan penting. Suplemen bukan pengganti kepada pemakanan yang sihat, tetapi ia bantu mengisi jurang pemakanan dan sokongan tambahan untuk tubuh.

1.    Vitamin dan Mineral Penting untuk Tenaga

  • Vitamin B Kompleks: penting untuk penghasilan tenaga. Vitamin B12 dan B6 bantu tubuh memproses makanan kepada tenaga yang boleh digunakan. Wanita yang kekurangan vitamin B mungkin alami keletihan, kekeliruan, dan mood yang rendah. 
  • Zat Besi: Wanita dalam usia 30-an mungkin mula alami kekurangan zat besi, terutamanya jika mereka alami haid yang banyak. Kekurangan zat besi sebabkan anemia, kurangkan tahap oksigen dalam darah dan sebabkan keletihan yang melampau. 
  • Energizing Soy Protein Isolate (ESP): Protein adalah asas untuk kesihatan tubuh dan penting untuk perbaiki tisu serta otot yang rosak. ESP sediakan sumber protein berkualiti tinggi yang beri tenaga berpanjangan, bantu stabilkan gula darah dan perbaiki tahap tenaga secara keseluruhan.
  • Res-Vivix®: minuman berasaskan Resveratrol yang mengandungi antioksidan tinggi. Ia bantu melawan kerosakan pada sel-sel tubuh yang boleh sebabkan keletihan dan penuaan. ResVivix juga tingkatkan fungsi mitokondria, yang merupakan "penjana kilang tenaga" dalam setiap sel tubuh untuk pastikan tubuh sentiasa bertenaga. Hanya satu sudu Vivix® atau 2 biji ResV, setiap hari untuk tenaga yang berpanjangan.
  • Ostematrix (Kalsium, Magnesium, Vitamin D): Mineral penting untuk penghasilan tenaga dan bantu mengendurkan otot, yang boleh tingkatkan kualiti tidur. Wanita berusia 35 tahun ke atas berisiko untuk kehilangan kepadatan tulang yang boleh sebabkan rasa sakit dan keletihan. Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, dan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang dan bantu kurangkan kekejangan otot yang sering cetuskan rasa letih. 
 
Baca juga : Taurine dan Teh Campuran - Boost Tenaga, Kurangkan Cravings, Bakar Kalori Lebih Banyak!

2.    Sokongan Hormon dengan Adaptogen dan Omega-3


Adaptogen seperti Ashwagandha dan Rhodiola bantu tubuh uruskan stres dan stabilkan tahap kortisol. Ini sangat berguna untuk wanita yang hadapi tekanan harian yang tinggi. Selain itu, omega-3 turut bantu kurangkan keradangan dan sokong keseimbangan hormon, yang dapat kurangkan gejala seperti keletihan dan mood yang tidak stabil. 

3.    Suplemen Penghidratan: Meningkatkan Tenaga dan Fokus


Dehidrasi boleh jadi penyebab utama keletihan. Suplemen seperti Performance® Drink bantu kekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan, terutamanya selepas senaman atau semasa cuaca panas. Minuman ini bukan sahaja menghidrasi tetapi juga berikan tenaga tambahan tanpa lonjakan gula darah seperti minuman tenaga isotonik biasa. Menarik bukan?!



GAYA HIDUP SIHAT VS SUPLEMEN : MANA LEBIH BERKESAN?


Sekarang kita tahu bahawa kedua-dua gaya hidup sihat dan suplemen mempunyai peranan penting dalam tingkatkan tenaga. Tetapi mana satu yang lebih berkesan?
  • Gaya Hidup Sihat: Gaya hidup sihat adalah asas. Tanpa pemakanan seimbang, senaman berkala, dan pengurusan stres, suplemen sahaja tidak akan berikan kesan yang diinginkan. Gaya hidup sihat berikan hasil jangka panjang yang menyeluruh dan perbaiki kesihatan secara menyeluruh.
  • Suplemen: Suplemen adalah sokongan tambahan. Ia bantu isi jurang nutrisi dan berikan peningkatan tenaga segera, terutamanya jika badan kekurangan vitamin atau mineral tertentu. Namun, suplemen tidak boleh gantikan amalan gaya hidup sihat dan hanya berkesan jika digunakan bersama gaya hidup yang baik.

KESIMPULAN


Gaya hidup sihat adalah langkah pertama yang perlu diambil untuk tingkatkan tenaga dan kesihatan keseluruhan. Namun, pengambilan suplemen yang tepat boleh berikan sokongan tambahan yang diperlukan, terutamanya bagi mereka yang sukar memenuhi keperluan nutrisi harian setiap hari, namun inginkan kualiti hidup yang lebih baik.

Jadi, jika anda sering rasa penat, mulakan dengan perubahan kecil dalam gaya hidup anda. Tambahkan suplemen yang sesuai jika diperlukan dan rasakan perbezaannya. Ingat, kesihatan anda adalah pelaburan terbaik yang anda boleh buat!

Jangan biarkan keletihan menguasai hari-hari anda, ambil langkah pertama untuk kembali cergas dan bertenaga hari ini!


ps.
Nak bantuan untuk lebih bertenaga dengan Shaklee? Klik saja link wasap di bawah untuk kita sembang lebih lanjut lagi. Cioa.


Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

    * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit 

Sunday, November 10, 2024

Kebahagiaan Wanita dan Hormon: Benarkah Gangguan Hormon boleh Mencuri Kebahagiaan Wanita Tanpa Sedar? Jika Benar Apa Solusinya


Kebahagiaan dan hormon wanita tidak boleh dipisahkan kerana hormon memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal emosi, tenaga dan kesejahteraan mental wanita setiap hari.  

Naik turun hormon yang berlaku sepanjang hidup wanita, seperti semasa haid, kehamilan, berpantang, menopause atau stres, tanpa sedar beri kesan kepada mood, emosi, tenaga, produktiviti, hubungan, keseimbangan hormon dan prestasi harian seorang wanita.

BAGAIMANA GANGGUAN HORMON BOLEH MENCURI KEBAHAGIAAN WANITA? 


1. Hormon Estrogen dan Mood: 


Tahukah anda, Estrogen memainkan peranan utama dalam mengawal mood wanita. Apabila tahap estrogen tinggi, seperti semasa fasa folikular (hari 1-13, sebelum ovulasi), wanita cenderung untuk merasa lebih cergas, ceria, positif, mood lebih stabil dan bertenaga. 

Namun, bila estrogen rendah, mood jadi turun naik macam rollercoaster, terutama semasa PMS, menopaus, atau ketidakseimbangan hormon, seterusnya menyebabkan perubahan mood yang ketara, termasuklah kemurungan, kerisauan dan rasa cemas (anxiety).

Estrogen juga mempengaruhi neurotransmitter seperti serotonin, yang bertanggungjawab untuk rasa bahagia. Oleh itu, gangguan hormon estrogen sering “mencuri” kebahagiaan seorang wanita setiap bulan.

2. Hormon Progesteron dan Keseimbangan Emosi: 


Progesteron adalah hormon yang berfungsi untuk menenangkan tubuh, tetapi perubahan tahapnya boleh beri kesan besar kepada keseimbangan emosi seorang wanita.

Semasa fasa luteal (selepas ovulasi), tahap progesteron meningkat. Semasa fasa ini seorang wanita boleh mengalami perasaan mudah marah, ketegangan, kerisauan dan keletihan mental yang turut kurangkan kebahagiaan wanita.

Wanita yang mengalami ketidakseimbangan hormon sering meluahkan perasaan kehilangan minat dalam aktiviti harian dan rasa susah untuk rasa gembira. Ketidakseimbangan ini “mencuri” kebahagiaan wanita. 

3. Kortisol dan Stres: 


Kortisol adalah hormon yang mengatur stres, metabolisme dan sistem imun. Ia dihasilkan apabila tubuh berhadapan dengan tekanan. Tahap kortisol yang tinggi, akibatkan stres kronik, turunkan kualiti tidur, tingkatkan kerisauan dan mengganggu keseimbangan emosi sesiapa sahaja.

Wanita yang mengalami stres berpanjangan lebih cenderung untuk mudah tertekan dan kurang bersemangat. Paling teruk, jika kortisol tidak dikawal, ia boleh menyebabkan 'cortisol belly'—lemak perut berlebihan yang sukar dikurangkan. Ini kerana kortisol meningkatkan selera makan dan memperlambatkan metabolisme, seterusnya jadikan penurunan berat badan lebih mencabar terutama wanita 40-an ke atas.

Bukan itu saja, pengumpulan Lemak viseral juga turut dirangsang di dalam rongga abdomen dan di sekitar organ-organ seperti hati, pankreas dan usus. Lemak visceral ini berbahaya kerana meningkatkan risiko bukan sahaja penyakit jantung, malah diabetes dan tekanan darah tinggi turut sama datang tanpa diundang. 

4. Oxytocin dan Ketenangan:


Oksitosin adalah hormon yang penting dalam tubuh wanita, terutamanya semasa proses kelahiran dan penyusuan serta bantu dalam penyembuhan selepas bersalin, dengan kurangkan pendarahan dan merangsang pengecutan rahim.

Oksitosin juga dikenali sebagai “hormon cinta” kerana ia memperkuatkan ikatan emosional antara ibu dan bayi serta dalam hubungan sosial, meningkatkan perasaan kepercayaan, kasih sayang dan keintiman. 

Dalam kurangkan stres dan rasa cemas, oksitosin bertindak sebagai agen penenang dan bahagia untuk memberi keseimbangan hormon dan kedamaian. Oksitosin juga berperanan dalam tingkatan hubungan sosial dan pengurusan emosi positif.

Namun, ketidakseimbangan atau kekurangan hormon ini terutama akibat stres atau isolasi sosial, boleh sebabkan perasaan kesunyian, kerisauan malah kemurungan. Wanita yang kurang oksitosin mungkin merasa lebih terasing dan kurang berhubung dengan orang lain, seterusnya mengganggu kesejahteraan emosi mereka. 

APA PERLU DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEBAHAGIAAN & MENGIMBANGI HORMON WANITA?


1. Pemakanan Sihat

Untuk keseimbangan Estrogen;
  • Pilihlah makanan yang tinggi fitoestrogen, iaitu sebatian tumbuhan yang menyerupai estrogen dalam tubuh. Contoh makanan seperti soya (tahu, tempe, edamame), flaxseeds (biji rami), biji chia, biji labu, kacang-kacangan, dan bawang merah mengandungi fitoestrogen yang boleh bantu menstabilkan paras estrogen.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti Delima dan anggur kaya juga dengan bahan fitokimia yang boleh bantu tingkatkan metabolisme estrogen. Sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis, dan kale mengandungi sulforaphane yang bantu proses detoksifikasi estrogen berlebihan dalam tubuh.

Untuk keseimbangan Progesteron;
  • Ambil makanan tinggi magnesium seperti Almond, bayam, kacang hijau, dan biji labu, yang penting untuk pengeluaran progesteron yang seimbang.
  • Vitamin B6: Makanan seperti ikan berlemak (salmon, tuna), pisang, kentang, dan kekacang membantu penghasilan progesteron.
  • Zinc: Daging tanpa lemak, biji bunga matahari, dan tiram adalah sumber zink yang penting untuk kesihatan hormon wanita.

Untuk kurangkan Stres dan tingkatkan Kesejahteraan wanita;
  • Tingkatkan makanan anti-radang seperti Ikan berlemak seperti salmon dan makarel yang kaya dengan omega-3, yang bantu kurangkan keradangan dan stres.
  • Alpukat dan kacang-kacangan, mengandungi lemak sihat yang boleh bantu stabilkan paras kortisol.
  • Dark Coklat (minima 70% koko) — ada flavonoid yang dapat bantu turunkan paras kortisol dan tingkatkan mood.
  • Teh hijau — Mengandungi L-theanine, yang bantu kurangkan stres dan turunkan kortisol.

Untuk tingkatkan rasa kasih sayang dan rasa ketenangan;
  • Ambil makanan kaya dengan probiotik, seperti Yogurt, kimchi, tempe, dan sauerkraut dapat tingkatkan kesihatan usus, dalam mempengaruhi pengeluaran oksitosin.
  • Ambil juga makanan yang meningkatkan serotonin, seperti Pisang, nasi perang dan oatmeal yang bantu tingkatkan paras serotonin dan rangsang pengeluaran oksitosin.
  • Dark Coklat  (minima 70% koko), bantu tingkatkan mood, merangsang pengeluaran oksitosin dan berikan rasa tenang.

2. Senaman

Aktiviti fizikal seperti berjalan, yoga, atau latihan kardiovaskular membantu kurangkan stres, tingkatkan endorfin (hormon kebahagiaan) dan stabilkan hormon seperti estrogen dan progesteron.

3. Pengurusan Stres

Teknik seperti meditasi, deep breathing, dan relaksasi bantu turunkan paras kortisol, hormon stres yang boleh mengganggu keseimbangan hormon lain.

4. Tidur yang Cukup

Tidur yang cukup adalah kunci untuk keseimbangan hormon dan mood yang stabil. Pastikan tidur anda cukup 7-8 jam, untuk bantu tubuh perbaiki sel badan dan stabilkan hormon, termasuk hormon insulin dan hormon ghrelin yang mengatur rasa lapar dan metabolisme.

5. Hubungan Sosial Positif

Berinteraksi dengan keluarga, teman, atau pasangan dapat merangsang pengeluaran oksitosin, hormon yang tingkatkan rasa kebahagiaan dan kurangkan rasa cemas (anxiety).

6. Kurangkan Pendedahan kepada Toksin

Bahan kimia dalam produk harian (seperti plastik atau bahan kimia dalam makanan, pencuci tandas serta pewangi) boleh mengganggu sistem endokrin. Elakkan bahan kimia berbahaya untuk jaga keseimbangan hormon wanita.

7. Suplemen atau Herba

Beberapa suplemen berikut boleh bantu seimbangkan hormon dan tningkatkan kesejahteraan mental wanita. Cubalah.








KESIMPULANNYA

Kebahagiaan wanita sangat bergantung pada keseimbangan hormon. Apabila hormon terganggu, emosi dan kesejahteraan mental turut terjejas. Oleh itu, menjaga dan mengurus keseimbangan hormon wanita adalah kunci untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup wanita secara keseluruhan. Setuju ke setuju?

Jika anda rasa info ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan dan keluarga anda ya.


Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
#ProjekBest

Saturday, June 10, 2023

Testimoni Shaklee Saya : Tiada Rasa Kebas Kebas dan Sesemut Carpal Tunnel Syndrome (CTS)

Risaunya saya apabila Bonda mengadu mengalami rasa kebas-kebas, sesemut, rasa lemah dan sakit di bahagian jari dan telapak tangan suatu masa dulu, kini datang ziarah kembali. Paling merisaukan kali ini, setiap kali menulis Bonda akan rasa sakit yang amat sangat macam dicucuk-cuck benda tajam. Gejala-gejala ini biasanya berlaku di bahagian ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian daripada jari manis.

Allahu kesiannya Bonda.

Rasa kebas-kebas dan sesemut pun kita sudah rasa tak selesa, inikan pula ditambah rasa mencucuk. Setiap kali pegang benda seperti pen dan pensil pasti tidak selesa yang amat. Bonda juga kerap merasakan sakit di kawasan pergelangan tangan yang mana kesakitan ini meningkat pada waktu malam sehingga mengganggu tidur. Kadangkala, kesakitan juga berlaku pada waktu pagi.


Ikutkan sejarah, Bonda seorang yang sangat aktif menggunakan pergelangan tangan kerana tuntutan pekerjaan yang melibatkan menaip di type writer serta mengambil minit mesyuarat sepanjang di pejabat. 


Kebas Disebabkan Carpal Tunnel Syndrome (CTS)


Rasa kebas merupakan keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation). Kebas biasanya berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periferi terhimpit. Lazimnya, rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan bahagian atas dan kaki.
Setelah rujuk kepada doktor, Bonda didiagnos alami masalah saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan atau juga dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome dan dinasihatkan untuk jalani pembedahan. 
Melalui pembacaan saya, CTS ini merupakan sejenis penyakit yang jejaskan pergelangan tangan dan tapak tangan. Keadaan ini buatkan pesakit merasa kebas, kesemutan, rasa tajam atau mencucuk-cucuk dan rasa lemah di sepanjang pergelangan tangan sehingga ke lengan.

Saraf Median merupakan saraf yang kawal rasa dan pergerakan tangan dan tapak tangan yang terlibat dengan CTS. Apabila saraf Median alami tekanan yang berpanjangan, CTS berlaku dan himpitan saraf ini berlaku dalam tempoh yang berbeza (minggu, bulan dan tahun) yang turut diistilahkan sebagai Cumulative Trauma Disorders.
Maksudnya, CTS tidak berlaku sejurus selepas sesuatu pergerakan yang dilakukan pada pergelangan tangan menghimpit saraf Median. Tetapi, CTS berlaku apabila pergerakan ini berulang kali dilakukan dengan cara yang sama.
Rupanya, penyakit lain seperti hypothyroidism, rheumatoid arthritis dan diabetes juga boleh sebabkan CTS. Malah wanita mengandung juga didapati sering mendapat CTS kerana hormon mereka yang berubah dan mengekalkan cecair dalam badan. Perkara ini menyebabkan kawasan pergelangan bengkak dan menyebabkan carpal tunnel bertambah sempit.

Apa Perlu Lakukan Jika Sering Alami Kebas?

KEBAS menjadi penanda aras yang kita kekurangan vitamin B12 dan Paras mineral seperti KALSIUM dan POTASSIUM. POTASSIUM yang rendah juga sebabkan kehilangan deria rasa di kawasan hujung kaki.

Jika kita alami kebas tangan ketika tidur ataupun ketika duduk, besar kemungkinan ianya berpunca daripada pengaliran darah yang tidak teratur sehingga boleh menyebabkan kehilangan deria rasa.

Antara punca utama masalah ni adalah kerana kekurangan nutrisi. Bila badan kekurangan nutrisi penting daripada pemakanan, ianya akan melemahkan sistem saraf seterusnya kita akan mula rasa kebas tangan serta sesemut.


Bebas Carpal Tunnel Syndrome (CTS)


Alhamdulillah ala Kulli Hal, tahun ini masuk tahun ke-7 Bonda bebas dari masalah rasa sesemut dan kebas kebas jari dek CTS (2016-2023) tanpa pembedahan. Bonda menolak untuk lakukan pembedahan kerana dari pembacaan Bonda masalah CTS boleh berulang.

Dengan hanya konsisten amalkan 3 suplemen berikut,  syukur dapat bantu Bonda senyum 10km kembali.
  • Bcomplex (1 biji sehari / selepas makan)
Mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk B1, B2, B3, B5, B6, B12, 100% Biotin dan Asid Folik. Kesemua komponen penting untuk dapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Paling penting Vitamin B bantu pastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus melegakan kesakitan dan tekanan.
 
  • OsteNutrix, Kalsium dan Magnesium (4 biji)
Bekalkan kalsium, magnesium dan vitamin D bagi kurangkan sakit badan, memperbaiki kekejangan, kebas-kebas, bantu kurangkan insomnia, kekalkan kadar degupan jantung serta cegah sakit sendi tulang dan gigi. Ia penting untuk bantu proses pengecutan pada otot dan saraf.
 
  • Omega-3 (3 biji)
Bantu melancarkan perjalanan aliran darah ke seluruh badan. Bertindak sebagai anti radang yang bantu kurangkan sakit di sendi dan saraf. Omega juga bantu mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita, tingkatkan sistem imun serta pelihara fungsi sendi 
 


Begitulah Testimoni Shaklee Bonda saya.


Hingga hari ini, Bonda saya masih terus amalkan makan 3 produk Shaklee di atas. Abang saya hulur jenama lain pun Bonda rasa kesannya tak sama. #ChooseHealthChooseShaklee. Semoga saya dapat hadiah istimewa buat Bonda tajaan www.anakkuwira.com

Meh join ahli dan dapatkan harga istimewa pembelian produk Shaklee. Hubungi saya untuk konsultasi percuma.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023