Thursday, December 19, 2019

Apa itu Usus Bocor atau Leaky Gut?


Malam tadi tonton red table talk, program informatif tentang makanan dan kesihatan. @drmarkhyman ada berikan penjelasan yang mendalam tentang apa itu usus yang bocor atau leaky gut.

Teringat dengan kawan #gengNSC batch 1 yang juga ada mengidap masalah yang sama. Leaky gut ni biasanya berlaku bila ada keradangan usus. Ia menyebabkan badan jadi sensitif dan mudah bengkak, sakit dan gatal. Ia juga sebabkan gangguan mental dan emosi. Kita jadi fikir banyak-banyak, risau dan panik.

Itu sebahagian kecil saja petanda badan. Macam macam sebenarnya kesan kerosakan perut ni. Maklumlah perut ni dikatakan lubuk untuk punca pelbagai penyakit kronik.

Nak pulih, perlu ubah gaya hidup kita. Paling basic, elakkan gandum, susu, gula berlebihan dan makanan tinggi proses. Senang kata meh buat #sugardetox.

ps.
Klik link https://www.facebook.com/redtabletalk/videos/554105188480077/ untuk tonton ya. Worth watching! Sungguh!

.

Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang

Wednesday, December 18, 2019

Monday, December 16, 2019

7 Kesalahan Makan Buah yang Selalu Sangat kita Lakukan

 

Dua minggu lepas saya belajar sesuatu daripada Dr. Noordin Darus, tentang 7 kesalahan makan buah yang selalu sangat kita lakukan.

1- Makan buah selepas makan.

Yang ni ramai dah tahu tapi masih suka saja lakukan.
Terbaik
makan buah sebelum makan! Dalam buah banyak fruktose, jadi gula cepat hadam. Paling lama buah ambil masa 1/2 jam untuk hadam.
Bayangkan, bila kita makan dulu selain buah, ia akan ambil masa 3-4 jam untuk hadam makanan tadi. Masa jadi lebih lama. Bila kita makan buah kemudian, buah tadi akan stuck dan jadi fragmentation dan membusuk. Itu yang terjadi oksidasi, sebu perut, kembung perut dan macam-macam masalah.

2- Potong buah terlalu awal 4-5 jam sebelum nak makan.

Potong buah masa nak makan lagi elok. Buah ni dikatakan ada life enzim. So nak dapat manfaat life enzim ni follow kehh.

3- Minum jus buah dari makan kunyah buah.

Selain mengandungi serat yang lebih baik, makan buah secara kunyah dapat menjamu bakteria baik dalam perut dengan lebih padu dan optimum.

4- Campur buah dengan susu.

Buah dan susu ni bersifat berlawanan. Mencampur susu dengan buah seperti smoothie boleh cenderung menimbulkan efek reaksi sensitif atau alergi terutama mereka yang punya masalah pencernaan atau perut sensitif.

5- Suka makan buah waktu malam.

Buah sebaiknya dimakan waktu pagi hingga tengahari kerana frekuensi dalam pencernaan sangat baik ketika waktu ini.
Waktu malam frekuensi pencernaan lebih perlahan, berbanding waktu pagi.

6- Campur buah bersulam dengan makanan lain.

7- Makan buah tak cukup.

Digalakkan setiap hari pelbagaikan jenis buah yang diambil untuk dapat vitamin yang diperlukan daripada buah.


Begitulah.
Nak tahu cukup tak pengambilan buah kita setiap hari boleh kira guna formula berat x 10 = berat buah yang kita perlukan dalam sehari (g).

Cth: berat saya 50kg, jadi 50 x 10 = 500g. Jadi 500g ini adalah minimum buah yg saya perlukan dalam sehari.

Bagaimana?!
Tak boleh follow semua, jangan tinggalkan semua ya, terutama skali yang no (1) tuh.

Dapat sesuatu?

.

Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang

Saturday, November 23, 2019

Bila Mr Suri Hati buat Detox Queen

Jujurnya, lama sudah ajak Encik Suami ni berdetox. Krik Krik saja jawapannya. Tak pernah berjaya dari tahun 2016. Namun, alhamdulillah satu hari semasa sedang memandu di kampung, beliau bersuara nak turunkan berat. Alang alang serah diri, saya pun terus ajak buat cleanse and detox program.


Eh kenapa perlu detox? Untuk kurus saja ke? Sebenarnya, untuk sihat yang lebih tepatnya.

Bermulalah misi saya singsing 2 lengan baju setiap hari. Saya sediakan meal plan, pergi beli barang dapur, lakukan meal prep malam sebelumnya dan buat bento penuh kasih sayang buat beliau setiap hari selama sebulan.

 ***


Preparation is key tau.
Sungguh! Syukur Allah mudahkan semua urusan dan mujur Encik Suami ni tidak cerewet orangnya dalam bab makan.

Kini, semuanya jadi sejarah. Tanggal 15hb Nov lalu genap 2 bulan sudah. Berat beliau so far masih turun dan tiada efek yo-yo. Malah semakin hampir sangat untuk cecah berat idaman. Doakan ya.

Antara yang beliau sentiasa jaga sepanjang detox program ialah:

1. Banyakkan makan sayur hijau dan buah-buahan.

2. Makan snek buah-buahan setiap 2 jam.

3. Kerap minum air kosong. Tinggalkan terus minuman manis i.e kopi dan teh. Bagi yang rasa susah kurangkan ya.

4. Jaga portion makan dan teruskan eat clean selepas 7 hari detox.

5. Amalkan supplement untuk detox hati.

6. Happy dan tidak stress.

Ha itu sahaja kot. Hehe. Begitulah. Semoga kita semua sihat-sihat sahaja ya.

.
.

Sertai #DetoxQueen sesi Disember bersama saya. Saya sediakan meal plan, groceries list dan meal idea buat kalian. Hanya follow saja, takyah pening kepala. Daftar segera!

Untuk lebih info, hubungi saya dengan cara klik link di bawah :

Thursday, November 14, 2019

Sugar, No Please!

 


Hari ini adalah #WorldDiabetesDay!

Kita semua tahu terlalu banyak gula boleh menyebabkan komplikasi kesihatan. Ketahuilah kandungan makanan yang anda ambil untuk elak gula tersembunyi berlebihan.

Diri kita ada hak utk dijaga!


"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"
.
Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang

Thursday, May 9, 2019

Bilakah masa terbaik untuk bercerai dengan gula?


Pagi ni refresh ilmu #NoSugarChallenge dan support Coach Gula Puteri Yusof di Menara Miti.

Bilakah masa
terbaik
untuk bercerai dengan gula?

Best time to reduce sugar, bila badan kita sedang tak sihat. Sebab, waktu ini badan kita sedang inflammation tinggi. Jadi bila reduce sugar, bantu badan kita recover lebih laju. Ya, kita ni tak boleh elak sakit, namun kita boleh usaha untuk kebah lebih cepat.

Bagi yang sihat pula, disarankan baiki lagi cara kita makan, cara pilih makanan. Takmoh fokus kat weight loss lagi. Fokus beli good food, real food. Tambah lagi sayur dan buah dalam menu harian.

Bila pergi shopping groceries tuh, rajinkan diri untuk tengok kandungan nutrisi, kandungan gula dan kenalpasti jenis makanan tuh makanan terproses ke atau ultra-proses. Jika kandungan gula tersenarai dalam top 4, laju laju la letak balik ya.

5 tanda anda perlu segera bercerai dengan gula.
Check please dan dapatkan support!

Tips lain.

Setiap kali kalau datang time rasa teringin benda manis, capai dulu apa-apa yang manis macam buah atau kurma. Otak kita ni sebenarnya tak tahu pun kita makan apa, yang dia tau dia dapat rasa manis itu.

Jadi, layan tapi trick your brain first. Pastikan elak diri dari terus pegi cari benda yang kita mengidam tu. Bulan Ramadan adalah bulan yang paling baik untuk kita bercerai dengan gula. Mari teruskan cipta cita-cita dan berjuang.

Thanks Coach Puteri

ps.
Saya Masih belajar lagi.

.

Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang


Tuesday, March 26, 2019

7 Sebab Mengapa Perlu Bersarapan dan Bersenaman


1
Jika bersenam dalam perut kosong, kalian akan hasilkan kualiti senaman yang lesu dan tak bertenaga.
2
Sarapan sebelum senaman tingkatkan pembakaran karbohidrat semasa aktiviti senaman dan cepatkan penghadaman selepas bersenam.
3
Seeloknya sarapan 1-2 jam sebelum bersenam. 30 minit juga memadai.
4
Ambil makanan berprotein seperti telur atau protein shakes.
5
Dengan bersenam hasilkan sel otak baru dalam hipocampus (tempat memori).
6
Bersenam lahirkan 3 hormon iaitu dopamin, sirotonin dan endophine yang bantu beri mood yang baik, bantu untuk belajar dan beri rasa seronok yak amat. Hormon ini boleh bertahan selama 8 jam tau.
7
Senaman yang mudah ialah berjalan laju.

Sarapan adalah keutamaan untuk tenaga. Badan kita perlukan makanan untuk bergerak dan kekal aktif. Bersarapanlah sebelum bersenam!

.

Azlin M. Atan
019-2682709

Mari berjuang 





Monday, February 11, 2019

2 DOSA BESAR yang sering Wanita buat dengan kulit! Berubah segera atau hadap kesan yang lebih teruk!



Survey: 
Mengaku jujur ja ya, apa kah "skin sins" yang kalian sering lakukan? 
Jawab yang mana satu nombor anda di ruang komen ya.

1. TIDUR TANPA MENANGGALKAN MAKE-UP

Yang tak make-up & tak cuci muka pun bleh jadi sama tau. Tahu tak? Tidur dengan muka yang makeup tidak dicuci akan menjadikan kulit MENUA 5x LEBIH CEPAT. Ngeerii la. Cuba bayangkan
  • Pemakaian primer ketika anda tidur, kulit wajah anda akan tercemar dan tidak dapat bernafas dengan baik. Jadi, kulit anda akan mudah dijangkiti jerawat.
  • Foundation yang tidak dicuci dengan baik akan buatkan partikel – partikel di dalam foundation itu jadikan pigmen kulit anda rosak. Ia juga akan ganggu proses pembaharuan sel kulit seterusnya buatkan kolagen anda rosak, kulit berkedut dan liang pori tersumbat.
  • Partikel dari maskara akan buatkan folikel pada kulit anda akan tersumbat seterusnya jadikan kulit anda gatal – gatal
  • Lipstik yang tidak dicuci juga akan buatkan bibir anda kering dan mengelupas. Bibir juga akan mudah jadi kusam sekiranya lipstik tersebut dibiarkan semalaman.

2. TIDAK MEMAKAI KRIM PELINDUNG MATAHARI

Cahaya matahari terbukti secara saintifik menyebabkan PENUAAN FOTO (photoaging). Apa yang anda lihat pada kulit wajah anda hari ini ialah kesan dari bagaimana anda menjaganya sejak beberapa tahun lepas. 

So, lepas ni jangan lupa pakai sunblock/krim siang/foundation.

"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"

Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang

Thursday, January 3, 2019

4 BASIC SUN PROTECTION YANG WAJIB TAHU


1. UVA

  • Cahaya gelombang yang panjang, menembusi sehingga ke Dermis kulit.
  • Ada tanpa mengira musim dan cuaca
  • Menembusi gelas pada waktu siang hari, Oleh itu pentingnya memakai pelindung matahari!
  • Kesan pada kulit: membentuk kedutan, memusnahkan kolagen dan boleh menyebabkan kanser kulit.

2. UVB

  • Menembusi sehingga ke epidermis kulit (lapisan paling atas) saja, maknanya kurang daripada UVA
  • Ada sepanjang tahun tetapi kurang kuat di iklim yang cerah
  • Kesan pada kulit: sinar matahari, perubahan warna dan kanser kulit.



3. SPF

  • SPF =Sun Protection factor / faktor perlindungan matahari
  • Mengukur tahap perlindungan dari sinar UVB. 
  • Kesan pada kulit: kulit terbakar dan gelap serta boleh sebabkan kanser (kesan jangka panjang).
  • Ingat untuk reapply semula pelindung matahari setiap 2-3 jam
  • Jenis-jenis SPF:
    • SPF 10 melindungi 90% dari sinar UVB
    • SPF 15 melindungi 93% dari sinar UVB
    • SPF 30 melindungi 97% dari sinar UVB
    • SPF 50 melindungi 99% dari sinar UVB

4. PA

  • Tahap perlindungan kepada sinar UVA. UVA boleh menembusi ke lapisan paling dalam kulit iaitu dermis. 
  • Kesan pada kulit: Kesannya kedutan, penuaan, jeragat dan melasma.
  • Jenis-jenis PA:
    • - PA+ perlindungan rendah
    • - PA++ perlindungan sederhana
    • - PA+++ perlindungan tinggi
  • Yang terbaik mestilah perlindungan yang tinggi. Seboleh-bolehnya cuba cari PA+++ ke atas. Atau paling rendah pun PA++.


***

SUNSCREEN/SUNBLOCK TERBAIK ELAK DARI JERAGAT MAKIN TERUK

Jika anda sedang mencari sunscreen yang bantu halang sinar UV dan dalam masa yang sama boleh baiki kulit akibat kesan uv, Pelembap dengan SPF50  inilah pilihan terbaik anda! 

Pilihan saya Youth Age Defense Moisturizer SPF-50
  • Bertindak dengan selamat dan tidak meninggalkan kesan putih pada wajah.
  • Mempunyai SPF 50 dan Broad Spektrum yang melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB.
  • Melindungi kulit dari terkena pencemaran sekeliling, seperti asap-asap kenderaan, debu, kotoran dan sebagainya.
  • Tidak mempunyai oxybenzone dan bahan kimia yang merosakkan kulit.
  • Mengandungi Vital Repair+® Complex yang halang kerosakan kulit akibat radikal bebas dan galakkan tumbesaran sel sihat. Best sangat ni!
  • Dilengkapi dengan Ekstrak Anggur Muscadine yang mampu baiki kerosakan DNA sel yang disebabkan oleh sinar UV. 
  • Grape Seed Extract– antioksida yang kuat yang menghalang enzim yang menyebabkan kemusnahan kolagen. Membantu kulit, mendapatkan kulit yang sihat dan tegang.
  • Krim yang bukan sekadar melindung, tetapi ia juga melembabkan kulit. Penting untuk kekalkan kelembapan kulit muka. Muka yang kering akan menyebabkan  tona kulit tidak sekata. Garis-garis kedut juga akan mudah kelihatan. Bila diusap pun terasa kasar. 
  • Bestnya, moisturizer ini mampu bertahan selama 16 jam!


TIP PANTAS :

  • Sila baca label produk sebelum membeli.
  • Jika sunscreen/sunblock hanya ada label PA++, ia tidak mempunyai pertahanan terhadap UVB. Hanya perlindungan terhadap UVA sahaja.
  • Broad Spectrum = Perlindungan penuh. Perlindungan penuh di sini bermaksud produk tersebut memberi kesan perlindungan terhadap UVA dan UVB. Jadi untuk dapat perlindungan yang sempurna lihat produk perlindungan yang dilabel ‘Broad Spectrum’.

Moga bermanfaat ya, buat sesiapa yang baru, sedang atau yang telah pun mengguna produk pelindung matahari. Ingat, 90% kulit kita boleh rosak disebabkan kulit terdedah kepada sinaran cahaya matahari (sinar UV) yang berbahaya.

"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"


Salam Sayang, 
Azlin M. Atan  |  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .