Showing posts with label Polifenol. Show all posts
Showing posts with label Polifenol. Show all posts

Friday, July 14, 2023

Ketahui Perbezaan Vivix dan Res-V Shaklee

Kesihatan yang baik bermula dengan sel-sel yang sihat. Nak dapatkan nutrient untuk kekalkan sel yang sihat sehingga ke tahap selular level DNA, wajiblah cuba amalkan Vivix dan ResV. Kedua-duanya merupakan signature produk Shaklee, dari sumber Polifenol dan Resveretol yang terbaik. 

Vivix atau Res-V yang mana pilihan anda?

Bagi saya sendiri jika diberi pilihan, saya suka dua-dua. Sebabnya masing-masing ada kekuatan dan kelebihan tersendiri. Perbezaan antara Vivix dan ResV yang wajib anda tahu.


Apa beza Vivix dan Res-V?


Melalui penyelidikan bertahun-tahun, Saintis Shaklee telah mencipta campuran polifenol dari sumber semula jadi yang lebih seimbang dengan kepelbagaian polifenol yang menyerupai polifenol berspektrum luas daripada alam semula jadi. Sebagai tambahan kepada polifenol berkuasa dari Anggur Muscadine, ResV kini mengandungi polifenol dari Delima, Ekstrak Anggur Merah, Chebulic Myrobalan dan banyak lagi. 



Saya mudahkan rujukan perbezaan Vivix dan Res-V untuk anda dalam bentuk poster berikut.



Apa beza cara pengambilan dan penyimpanan Vivix dan Res-V?


Antara Vivix dan Res-V, boleh ke saya ambil salah satu sahaja? 


Pengambilan Vivix dan ResV sebagai amalan harian sangat bermanfaat kepada tubuh, terutamanya dalam melindungi diri daripada serangan radikal bebas, pencemaran persekitaran serta toksin, memperbaiki sel sehingga tahap DNA. Terima kasih dengan keunikan formulasi yang kaya dengan polifenol tumbuhan ini.



Shaklee mencadangkan pengambilan Vivix dan ResV diambil bersama-sama setiap hari. Amalkan Vivix pada waktu siang, dan amalkan ResV pada waktu malam.

  • Vivix untuk perlindungan sepanjang hari contoh dari radikal bebas dan pencemaran persekitaran. Sebab itu kita galakkan ambik waktu pagi.
  • ResV untuk baiki sel ketika kita sedang tidur, sebab tu kita ambik waktu malam.



Ingin Merasa Kebaikan Kandungan ResV Vivix Bagi Kesihatan Yang Lebih Baik dan Lama?


Jom dapatkan Vivix dan ResV daripada saya hari ini. Pembelian sebotol Vivix atau sebotol ResV melayakkan anda untuk dapat keahlian Shaklee secara PERCUMA bernilai RM35.00. Ehh bulan ini ada Promosi ResV-Vix tau.

PROMOSI RESV-VIX

Untuk pemegang kad kredit Maybank, anda berpeluang untuk membeli ResV-Vix dengan diskaun 5%, serta berpeluang nikmati 0% EzyPay x 6 bulan. Promosi ini berlangsung sepanjang bulan Julai 2023 sahaja. Lekas wasap untuk saya bantu anda.





Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


Wednesday, March 22, 2023

Keburukan Intermittent Fasting Yang Menakutkan Yang Ramai Tak Tahu

 
Alhamdullillah, Sabtu minggu lepas dimudahkan urusan untuk sertai kelas bersama Genomics Scientist, Dr Redza Rahman tentang Nutrivention (Nutritional Therapy Intervention), iaitu bagaimanan gunakan nutrition makanan tambahan sebagai bahan intervention  yang menyokong kesihatan kita, bertempat di Hotel Tabung Haji kelana Jaya. 

Topik kali ini adalah "Sihat, Sains dan Sunnah". Excited sangat sebab dapat belajar tentang teknik yang betul dan terbukti dari segi sains dan sunnah tentang "Fasting for Weight Loss" dengan evidence base. Best ke best?



FASTING FOR WEIGHT LOSS


Badan kita hanya akan berada dalam salah satu fasa sahaja setiap masa. Sama ada fasa makan atau fasa tidak makan. Kita tidak boleh keduanya dalam satu masa. Puasa dalam Intermittent Fasting bermaksud jarakkan atau melambatkan waktu makan untuk dapatkan kebaikan berpuasa. Intermittent fasting bukan berlapar.

Menarik apabila Dr Redza sentuh tentang topik the real intermittent fasting time line yang dibuat bermula dari puasa 4-8 jam sehinggalah puasa 72 jam. 

Kawan-kawan biasa buat Intermittent Fasting berapa jam? 
Rujuk rajah dibawah tentang apa yang berlaku dalam tubuh badan kita dan faedah yang diperolehi pada setiap jam.

Selain untuk turunkan berat badan, rata-rata yang buat intermittent fasting untuk aktifkan proses autophagy. Proses autophagy ini hanya diaktifkan apabila sumber glikogen dalam hati telah habis, sel akan mula 'makan' atau recyle bahagian-bahagian lain sel yang telah rosak untuk dijadikan sumber tenaga.

Proses kitar semula ini penting sebagai satu cara sel baik pulih diri dan bersihkan diri dari sel-sel yang rosak dari berubah jadi sel kanser.  Menurut Prof Dr Redza, beliau juga selalu buat proses untuk capai autophagy, sebab beliau ialah pesakit kanser tahap 4 yang tidak menjalani kemoterapi. Jadi, autophagy ialah salah satu rutin yang beliau buat untuk kekal sihat.



INTERMITTENT FASTING DAN AUTOPHAGY


Kita perlu berpuasa selama 18 jam untuk mula memasuki fasa autophagy dan apabila capai 36 jam berpuasa, tubuh akan lebih laju aktifkan proses autophagy sehingga meningkat kepada 300% seterusnya melonjak kepuncak apabila berpuasa sehingga 72jam.

Proses autophagy ini juga merangsang hormon pertumbuhan (HGH), sel-sel baru lebih banyak dihasilkan untuk pastikan fungsi sel yang lebih baik dan kurangkan risiko penyakit kronik.

Namun, suiz autophagy hanya akan berfungsi apabila tiada makanan untuk sel gunakan sebagi tenaga iaitu ketika berpuasa. Jika kita terus makan dan ambil snek setiap 2-3jam sepanjang hari tenaga akan sentiasa ada dan proses autophagy tidak akan diaktifkan sama skali.

Ramai yang suka melakukan Intermittent Fasting dalam misi menurunkan berat badan, stabilkan gula dalam darah, turunkan kolestrol dan banyak lagi. Tapi Awas ya. Ada beberapa keburukan Intermittent Fasting yang jarang kita diberitahu boleh beri kesan kepada tubuh kita tanpa kita sedari. 


3 KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING DAN BAGAIMANA CARA ATASINYA


1- Autophagy yang menyiksakan.


Untuk capai pembakaran lemak yang lebih efektif, 12 jam puasa sahaja tidak cukup kerana pembakaran lemak akan lebih efektif selepas 16 jam tanpa makan.  

Jika lihat kepada time line intermittent fasting pula, autophagy hanya bermula selepas berpuasa selama 18-20 jam, dan hanya mencapai kemuncak selepas berpuasa selama 72-jam (IF selama 3 hari, tanpa makanan dan hanya minum). Jadi tak mudah kan? Bayangkan 3 hari buat wet-IF. Menyiksa badan namanya. Hik hik hik.

Tanya diri kita, mampukah kita? Sudah pasti mereka yang mempunyai penyakit kronik juga tidak mampu untuk lakukan IF selama 72jam. 

Penyelesaiannya adalah mudah

a. Lakukan gabungan 4 perkara berikut
    • berpuasa  12-15 jam
    • ambil lemak sihat i.e avocado atau Omega Guard Shaklee
    • tidur yang berkualiti i.e boleh add-on ResV
    • exercise i.e boleh berjalan atau workout 1 jam sebelum waktu berbuka puasa

b. Suplemen terbaik, yang divalidated secara clinical untuk aktifkan autophagy adalah Resveratrol selain Astaxanthin, Berberine, Citrus Bergamot dan Turmeric.
 
Saya sangat sarankan kita ambil suplemen Resveratrol dari Vivix dan CoQ-Trol Plus. Kombinasi kedua-dua ini kuatkan lagi keaktifan autophagy sepanjang berpuasa di bulan Ramadan atau semasa membuat intermittent fasting & tanpa perlu berpuasa/buat intermittent fasting sehingga 72 jam. Wow, amazing kan? 
 
Ambil 2 produk ini sebelum azan subuh (ketika bersahur). Mudahkan?


2- Autophagy galakkan kemusnahan penghasilan kolagen dalam badan sehingga 90% (type1).



Kolagen adalah salah satu protein yang paling banyak dan penting dalam badan kita, dan membentuk sebahagian besar daripada komposisi kulit kita. Apa yang kebanyakan orang tidak tahu ialah pengeluaran kolagen badan kita mula berkurangan menjelang pertengahan 20-an. 

Kolagen semakin menurun 50% apabila kita berusia 60 tahun. Inilah yang akhirnya membawa kepada kedutan dan banyak masalah kulit dan sendi lain yang berkaitan dengan penuaan.



Selain itu, kolagen boleh musnah teruk dan rosak apabila terdedah kepada cahaya matahari berlebihan, merokok, minum arak dan pengguna gula yang tinggi.


Collagen more than skin deep


MENGAPA KOLAGEN PENTING?

Kolagen ada 28 jenis dan paling common adalah collagen type1, type2 dan type3. Sumber-sumber kolagen terdiri daripada yang berikut.

 

Jika kita buat autophagy, maka hancurlah kolagen-kolagen dalam badan kita. Kita akan mula rasai dan alami masalah-masalah seperti sakit sendi, sakit-sakit badan, kuku rapuh, rambut gugur dan masalah kulit.

Penyelesaiannya adalah mudah: 

Ambil suplemen kolagen yang akan bantu mengimbangi kehilangan kolagen (type1) semulajadi badan kita semasa berpuasa. Saya sarankan amibil Collagen Plus Powder 5g dari Shaklee jenis Collagen Peptide serta ada gabungan Vitamin C dan Vitamin B2 dan B6.


3- Pemilihan Pemakanan yang tidak membantu pembakaran lemak badan.


Intermittent fasting adalah mustahil dibuat tanpa nutrisi. Ramai orang puasa dengan cara yang salah. Bila cara salah, maka jadi masalah. Mood jadi tak berapa stabil. Badan cepat letih & lesuSampai bila waktu berbuka, kita tak dapat kawal selera makan semasa berbuka. Asyik terpelahap bila tengok makanan.

Jika kita mempunyai masalah insulin resistance, pembakaran lemak lebih mencabar. Penurunan berat tidak akan berlaku jika kita masih ambil makanan yang sebabkan paras insulin meningkat seperti makanan dan minuman manis, karbohidrat ringkas seperti roti, mee, burger, donut, popia dan kuih muih berasaskan tepung.

Makanan ini semua boyotkan perut. Sebabkan lemak berkumpul dengan bangga. Air bergas, ayam goreng, pisang cheese, kerepek masin, piza juga karbo ringkas. Yang suka pergi bazar boleh mula insaf ya. Ingat makan bukan nak sedapkan nafsu dan perut. Kita makan untuk nutrisi. Keperluan tubuh untuk kerja lebih lama. Mesti ada persoalan, habis tu nak makan apa?
Penyelesaiannya adalah mudah:

a. Protein penting untuk tubuh. Setiap hari diperlukan. Sumber terbaik dari tumbuhan. Protein penting sebab:
  • Bolehkan kita bergerak
  • Sokongan kepada struktur sel.
  • Berperanan transport kan molekul di dalam sel serta ke seluruh tubuh
  • Bertindak sebagai messenger dan menghantar signal kepada sel dan tisu.
  • Sebahagian dari sistem imun dan bertindak sebagai antibodi. Bertindak menyerang penceroboh yang cuba ceroboh sistem dalam tubuh.
  • Berperanan sebagai enzim. Penting sebagai catalyst kepada tindakbalas ribuan kimia di dalam sel.
  • Protein keluarkan tenaga untuk keperluan tubuh.
Ringkasnya ambil protein setiap hari. Kita jadi lambat lapar. Paling best craving pada makanan menipis jadinya. Tak terliur sangat bila tengok makanan.
 
Kurang protein beri impak buruk pada kesihatan. Hilang otot, letih, perkembangan terbantut dan lemah sistem imun adalah hadiah dari diet kurang protein. 
 


KESIMPULAN


Dasyatnya puasa dari sudut sains dan sunnah. Kalaulah kita tahu, pasti kita mahu rebut manfaat darinya kan? Puasa sebenarnya satu peluang untuk Biohack System kita! 


Apa kata kita ramai-ramai tanam azam untuk jadi lebih sihat dan bonus kita jadi in shape ketika Ramadan tahun 2023 ni. Rebutlah peluang untuk berpuasa, bukan sekadar dibulan Ramadan tetapi di luar Ramadan dengan puasa sunatnya. Semoga kita terus perbaharui sel, buang sel mati dan ganti sel yang rosak.

Seronok hadir kelas Dr Redza ini, sebab beliau akan tunjukkan dari A to Z bagaimana the mechanism of action (M.O.A) sesuatu itu, supaya setiap apa yang kita lakukan kita ada RTB - 'Reason to believe', mengapa ia bertindak. 

Teringat pesan dan kesan daripada beliau,
“So macam mana sekarang? Anda mahu berpuasa dengan cara yang diajar oleh Rasulullah 12-15 jam tapi masih boleh dapat manfaat dari proses autophagy tanpa perlu berpuasa sehingga 72 jam ATAU nak buat intermittent fasting sehingga 72 jam tapi tidak dapat manfaat autophagy sepenuhnya? Pilihan di tangan masing - masing untuk membuat pilihan."
Semoga perkongsian ini beri bermanfaat kepada anda yang membaca dan sebar-sebarkan kepada orang lain yang memerlukan maklumat ini. Boleh boleh?

Jika nak tahu lebih lanjut boleh hubungi Alin serta dapatkan cara makan yang berkesan untuk dapatkan result yang berkesan. Konsultasi percuma juga apabila anda dapatkan produk dari Alin.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

Wednesday, December 13, 2017

3 Langkah Mudah Semua Wanita perlu Beri Perhatian untuk Dapat Kesihatan Optimum



Kesejahteraan sering dikaitkan dengan keadaan di mana kita bebas dari sebarang penyakit. Kita dianggap seorang yang sihat seandainya kita tidak menghidap sebarang penyakit. Namun, ada juga yang beranggapan walaupun kita tidak berpenyakit, kita tidak semestinya sihat.

Kesejahteraan sebenarnya berkait rapat dengan GAYA HIDUP seseorang. Setiap kita punya tanggungjawab untuk jaga kesihatan diri; 
  • Berikan pemakanan asas terbaik pada tubuh
  • Kawal berat badan
  • Tidak lupa bersenam
Di samping itu, risiko kesihatan seperti merokok, pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah haruslah dielakkan bagi memelihara kesejahteraan dan kesihatan diri.

Langkah 1 : Anti Penuaan

Penuaan sebenarnya bermula di peringkat selular. Ia berlaku akibat daripada kerosakan molekul seperti DNA yang merupakan asas sel tubuh.

Apabila semakin hari DNA kian lusuh dan haus, kesihatan pun turut terjejas. Kita boleh dapati kini pelbagai penyakit kesan penuaan semakin meningkat seperti penyakit jangtung, kanser, diabetis, arthritis, nyanyuk, Parkinson dan sebagainya.

Polifenol pada tumbuhan menunjukkan ianya lebih berkesan dalam memulihkan intrasel termasuk pemulihan DNA dengan berikan perlindungan antioksidan yang penting kepada sel. Saintis dapati yang polifenol tumbuhan sebenarnya rahsia bagi usia yang lebih panjang dan lebih sihat. Polifenol tumbuhan mempunyai banyak faedah kesihatan daripada melambatkan proses penuaan hinggalah mencegah penyakit berkaitan dengan penuaan yang serius.

Kolagen adalah salah satu rahsia awet muda. Semakin meningkat usia, kolagen iaitu protien yang amat diperlukan tubuh turut berkurang. Menambah dan gantikan kolagen yang hilang dapat bantu tegangkan kulit, kurangkan kedutan dan tingkatkan keanjalan serta kelembutan kulit.

Langkah 2 : Makanan untuk kesuburan

Setiap tubuh kita perlukan nutrient bagi menjana, menyegarkan dan baiki sel-sel. Jadi, berikan nutrient semulajadi pada tubuh seperti protien-soya yang organismanya tidak diubahsuai secara genetik (bukan GMO). Pelbagai vitamin, mineral dan elektrolit bukan saja amat penting untuk asas selular dan fungsi tubuh yang sihat, malah ia turut penting dan diperlukan untuk jana dan baiki semua sel tubuh, menyelenggara dan perbetulkan tisu, keluarkan enzim dan hormon serta seimbangi cecair tubuh dan penyaluran tenaga.

Langkah 3 : Perlindungan

Setiap hari sel tubuh sentiasa diserang dan diasak oleh radikal bebas seperti pencemaran, toksin, tekanan, makanan tak seimbang dan jutaan mikrob berbahaya yang ancam sistem imun. ini seterusnya meningkatkan risiko mendapat asma, alahan, jangkitan kuman, kanser, influenza dan sebagainya. Jadi, sistem imun amat memerlukan pelbagai vitamin dan mineral untuk berfungsi secara teratur.

Jadi, bagaimana anda rasa boleh lakukan 3 langkah mudah ini?