Friday, October 13, 2023

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee


Kami ber-empat. 
Ammar ketika ini sedang berada dalam perut, 7 bulan.


Hari ini jom kita gali dan mengimbau kenangan terindah shakleeEffect saya sepanjang 13 tahun bersama Shaklee. 

Bermulanya perkenalan saya bersama Shaklee dengan hanya niat untuk menjayakan Penyusuan Susuibu 2 tahun anak-anak syurga saya. Tetapi, Allah beri lebih. Alhamdulillah ala Kulli Hal.

Permulaan Percintaan saya


Bibit percintaan saya bersama Vitamin Shaklee bermula semasa berpantang anak-ke-2. Since target untuk fully breastfeedkan anak untuk 6 bulan pertama, saya perlu buat persediaan awal dari setiap penjuru supaya masalah low milk supply selepas mula bekerja dapat di atasi. 

Berdasarkan pengalaman anak pertama, selepas 6 bulan kembali bekerja, susuibu saya akan drop, disebabkan kekangan kerja dan culas kekerapan mengepam di pejabat. Jadi, saya memilih untuk mula membuat persediaan dari segi pengambilan supplement.

Mengapa saya perlu amik supplement? 


4 Sebab utama mengapa saya mulakan pengambilan suplemen adalah untuk;
  • Mengekalkan pengeluaran susuibu - sejak masuk kerja, setiap minggu akan ada FAT dengan client selain persediaan untuk major shut down activities offshore di Kertih. Jadi saya perlu pastikan yang saya tak terlalu stress. Selain itu possiblity kekerapan pumping schedule saya lari juga semakin besar. huhu begitulah, sebelum masalah tiba kita dah bersedia gitu.
  • Kekal bertenaga - Since saya masih lakukan pumping susuibu kul 3am - 5am, saya perlu kekal bertenaga, tak letih dan tidak mengantuk semasa di pejabat. Biasanya jika kita letih mood akan swing dan emosi tak stabil . Ini sedikit sebanyak nanti akan memberi kesan kepada pengeluaran susu kan??
  • Membanyakkan air susu - Orang kata mencegah itu lebih baik dari mengubati kan? So untuk atasi masalah tekanan di tempat kerja dan untuk terus kekal bertenaga & tak  kurang air masa bulan ramadan nanti, saya buat persediaan awal untuk mencegah low milk supply. Kira kita cegah sebelum masalah tu datang menyerang kita.
  • Mendapatkan susu yang BERKUALITI sepanjang tempoh penyusuan 2 tahun (insyaAllah) - Untuk berjaya makanan seimbang yang lengkap dengan vitamin dan mineral itu amat penting kan? Jadi, inilah persediaan untuk jangka panjang yang saya perlukan.

Inilah hasil stok penyusuan susuibu saya semasa anak pertama dan ke-2. Alhamdulillah Allah bantu tunjukkan jalan dan beri ilham untuk belajar dari pengalaman struggle menyusukan anak pertama dan perbaiki lebih baik semasa anak ke-2.



Supplement apa yang Saya ambil?

  
Vitalea (multivitamins), B Complex, Vitamin C dan Alfalfa untuk kegunaan sebulan. Secara ringkasnya, khasiat yang saya dapat daripada setiap suplemen tadi ialah:  
  • Vitalea/ Multivitamin - ia sangat penting demi memastikan badan si ibu dipenuhi dengan semua zat yang seimbang. 
  • B Complex - memastikan si ibu tetap bertenaga dan mood yang stabil. 
  • Vitamin C - sebagai antioksidan dan pengukuh antibodi dan pembentuk kolagen. 
  • Alfalfa - membantu badan si ibu menghasilkan susu dengan lebih baik.
Selepas itu, saya tambah Energizing Soy Protein (ESP) antara khasiatnya ialah 
  • bagus untuk increase milk supply - Protein penting untuk penghasilan susu ibu.
  • sebagai energizer - di ambil semasa breakfast. InsyaAllah akan rasa sangat bertenaga dan kurang lapar.
  • kulit yang cantik - Protein membantu membina sel baru





Cabaran Penyusuan Ibu Bekerjaya vs WAHM


Teringat Alin kenangan semasa zaman penyusuan dan Ramadan bersama 4 orang anak. Kalau nak dibandingkan, masa bekerja dan mengepam dibulan puasa tuh lagi berat cabarannya berbanding menyusu semasa WAHM, secara direct dan bekerja dari rumah.

Paling terkesan ketika anak ke-2, Dzakirah. Zaman berjuang buat stok sebelum, semasa dan selepas Ramadan. Bayangkan cabarannya dengan PJJ bersama suami, tuntutan kerja yang selalu outstation dalam dan luar negara ditambah meeting bersama management dan client yang tak sudah sudah. kihkihkih... Begitulah tanggungjawab bila bekerja.

Kenangan Angkut tong biru EBM semasa Travel Outstation ke Korea.


 

EBM dari Ulsan - Gimpo - Incheon - Home Malaysia amik masa lebih dari 24 jam sebelum tiba dirumah. Fi Hifzillah, Semoga sentiasa dalam jagaan Allah. Bertawakal saja. 

Dari total 4 trip ke Korea, trip ke-2 ini sangat memenatkan. Sepanjang di Korea teramat ler susah nak tidur. Manage tidur bila dah kul 4.30-5.30 pagi. Bayangkan 6.30 pagi dah nak bangun.


 
Hasil EBM Korea selamat disimpan dalam peti EBM


Kenangan berkongsi Susuibu bersama Anak Susuan


Alhamdulillah sepanjang perjalanan penyusuan susuibu Allah rezekikan untuk berkongsi susuibu dan berukhwah silaturahim. 

Semasa Penyusuan Dzakirah (anak ke-2), kita dapat Adam. Sebaya dengan Dzakirah juga.

Semasa penyusan Darwisyah (anak ke-3), kita dapat Armin. Anak kazen yang kebetulan semasa saya berpantang, alami masalah susu kurang diawal kelahiran dan admitted di hospital.



Hamil anak ke-4 sambil menyusu anak ke-3 serta sambung penyusuan secara Tendum Nursing, 2 anak serentak



Maha Baik Allah. Allah rezekikan pengalaman hamilkan Ammar sambil sambung menyusukan Darwisyah. Ianya tak mudah, tapi alhamdulillah tiada masalah terasa contraction or lain-lain. 

Kemudian saya lalui fasa ber-Tandem Nursing, cara menyusukan lebih daripada seorang anak secara serentak.

Mula-mula memang agak kekok terutama dalam mencari posisi yang selesa buat saya mahupun anak-anak. Kebiasaannya Ammar akan menyusu dalam "Cradle Hold" posisi dan Darwisyah pula secara "Football Hold".

Sesungguhnya bondingtime tu sangat indah. Sepanjang berpantang dengan Shaklee, saya tiada masalah untuk Tandem nursing, malah banyak manfaat buat saya dan anak-anak. Antara kebaikan yang kami rasai ialah:

(1) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Menyusukan anak secara tandem akan membuatkan otak menerima isyarat seperti sedang menyusukan anak kembar. Ini sejajar dengan konsep asas penyusuan, semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu akan terhasil. So far Tidak perlu risau, susu cukup atau tidak untuk si kecil sebab bila tandem nursing susu lebih mudah terangsang untuk dihasilkan.

(2) Bantu kurangkan masalah bengkak payu dara yang biasa terjadi di awal kelahiran bayi baru sebab si kakak Darwisyah menghisap dengan lebih cepat berbanding adik Ammar. Ini sekali gus mempercepatkan pengecutan rahim.

(3) Menyusu secara tandem juga dikatakan akan kurangkan rasa cemburu adik-beradik. So far alhamdulillah, Darwisyah boleh mengalah dan dahulukan adik Ammar. Kebiasaannya, saya akan susukan adik Ammar dahulu. Bila posisi dah ok dan selesa baru susukan kakak Darwisysh.

Sejak hamil lagi dah cakap dengan Darwisyah bahawa
"dedek" adik punya dan dia perlu berkongsi. Ada ketika datang juga tantrum kakak Darwisyah nak menyusu dan suruh adik Ammar berhenti menyusu. Kebiasaannya bila nak tidur petang dan malam adalah waktu yang wajib kami bertandem nursing.

(4) Bantu elakkan bayi tersedak susu oleh aliran susu yang laju (let down reflex). Dalam keadaan seperti ini momma akan bagi kakak Darwisyah untuk menyusu dahulu baru bagi Ammar.


I do believe as long as we breastfeed our baby, pumping ikut rutin, how much kita dapat pun susuibu itulah yang anak kita perlu for normal function body dia. Insyaallah dengan sedikit tenang, we will feel better.

3 teras yang saya sentiasa pegang;

1- Kekerapan melakukan pengosongan susuibu, lebih banyak signal demand di hasilkan, lebih banyak susu akan diproduce. INI WAJIB DIPATUHI.

2- Pemakanan Seimbang ambil ikut piramid makanan dan penuhi keperluan seorang ibu yang breastfeed. AIR – Perlu minum banyak, tiada alasan tidak boleh minum banyak air! Pengambilan Suplemen SHAKLEE, bantu perbaiki kesihatan ibu dari dalam, bukan sahaja bertenaga malah emosi dan mental juga terjaga. Dengan tubuh yang sihat, pasti bantu melancarkan penghasilan susuibu.

3- Doa, Doa dan Doa. Pintu Rezeki dipegang Allah SWT dan jangan lupa ISTIQAMAH.
 

    Begitulah. Syukur sangat kepada Allah di atas pengalaman perjalanan penyusuan tersebut. Setiap kisah pasti ada cabarannya. Tak lupa juga semasa saya tendum nursing, saya juga berkongsi susu dengan anak angkat abang, Mardhia. Alhamdulillah nikmat berkongsi, Mardhia tiada masalah untuk menjadi mahram kepada abang. 


    Bertubi tubi rezeki Allah hadirkan asbab yang lebih kuat untuk saya terus memilih vitamin Shaklee. 


    Pengalaman Hamil > Menyusu > Berpantang > Menyusu 2 anak serentak > uruskan keluarga bersama 4 anak, menjadi titik tolak keyakinan saya dengan kualiti jenama Shaklee. Sebab itulah juga, saya setia dan kini sudah masuk tahun ke-13 saya dan keluarga amalkan produk Shaklee untuk kesihatan. 

    Kini anak-anak sudah membesar dan tidak menyusu dengan susuibu lagi. Namun, saya masih meneruskan pengambilan Vitamin Shaklee sehingga kini, lagi-lagi sejak masuk 40-an. Bak kata Dr. Hamid Arshad, wanita patut terus menerus makan vitamin Multivitamin, Kalsium, Folic dan Fish Oil Omega-3 serta DHA demi kekuatan badan hingga akhir hayat seorang wanita.


    Pengalaman perjalanan penyusuan anak-anak. Alhamdulillah buat Ammar cukup 2 tahun 6 bulan saya berjaya ceraikan susu tanpa masalah. 
    Kalau nak cerita memang penuh berliku cabaran penyusuan kami, itu belum lagi masuk kisah bila cik Period datang. Tambah kenaikan berat semasa mengandung dan selepas bersalin serta masalah alergi dengan ubat tahan sakit. 
    Itu kita kongsi dalam post lain la ya. Stay tune :)


    Kalian perlu any support?
    Jom jadi pengguna Vitamin Shaklee!

    Saya boleh berkongsi pengalaman dan tips yang berkesan untuk amalkan supplement Shaklee ketika hamil, berpantang dan menyusu. Hubungi saya sekiranya anda perlukan sokongan dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut.





    Salam Sayang, 

    Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
    #PengedarShakleeDenaiAlam 
    COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

    * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

    #shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023

    Thursday, October 12, 2023

    Kepentingan Vitamin C & Mengapa Kita Perlukan?

    Vitamin C ini adalah bahan yang sangat penting untuk kesihatan. Manusia apabila kita stress, kita sakit, demam kita kena amik vitamin C. Manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri. Kita perlu dapatkan vitamin C daripada makanan kita, dan sumber Vitamin C yang tinggi adalah dari buah-buahan. Pemakanan sayur dan buah-buahan sangat penting, tapi tak cukup! 

    Semata-mata makan buah untuk dapatkan dos vitamin C, 1000mg sehari, kita perlu makan sekarung buah epal, sekarung buah oren. Mana ada orang boleh makan banyak-banyak tuh. 

    Menurut kajian FAMA, penduduk Malaysia sangat kurang makan buah. Penduduk Malaysia makan 5 kilo buah sebulan. Sepatunyaa kita perlu makan sekurang-kurangnya 40 kilo sebulan. Disini jelas menunjukkan, sumber vitamin C kita sangat rendah!

    Kebanyakkan kita alami kekurangan Vitamin C. Kalau tak boleh makan buah banyak-banyak makanlah vitamin C secara suplemen, sebagai tambahan.


    Adakah anda Mendapat cukup Vitamin C? 


    Adakah anda ada tanda-tanda seperti di atas?
    Jika ya, tubuh anda mungkin kekurangan Vitamin C!


    Vitamin C adalah "a do-everything" nutrien yang bukan saja menyokong tulang sihat, gigi, gusi malah melindungi satu badan. Vitamin C sangat penting untuk kesihatan bagi kesihatan salur darah, tulang dan gigi kerana vitamin ini diperlukan untuk membentuk Kolagen, bahan penting bagi pertumbuhan dan penyembuhan bahagian tubuh kita.

    Vitamin C, atau asid askorbik, adalah salah satu nutrien yang paling berkesan dan selamat. Ia adalah antioksidan yang kuat untuk sintesis kolagen, yang bantu buat saluran darah dan otot badan kuat, membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, tingkatkan tindakbalas imun dan bantu penyerapan zat besi.

    11 khasiat Vitamin C lain yang kawan-kawan perlu tahu
    1. Ransang pembentukan kolagen
    2. Ransang pembentukan sel kulit yang sihat
    3. Memperbaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah, lebam.
    4. Bantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman
    5. Bantu kurangkan kolestrol dan tekanan darah
    6. Bantu tingkatkan sistem imun
    7. Bantu perbaiki masalah insomnia dan stress
    8. Bantu kurangkan simptom flu dan selesema
    9. Bantu cerahkan kulit dan lambatkan penuaan
    10. Ransang pengeluaran T-Cells untuk bantu melawan kanser
    11. Bina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang baik

    Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air. Tubuh kita tak dapat menyimpan vitamin larut air. Jika tubuh kita tidak gunakannya sama sekali, vitamin akan keluar daripada tubuh kita melalui air kencing. Ini bermakna vitamin C perlu kerap diganti.

    Tubuh manusia tidak punya keupayaan untuk menjana vitamin C sendiri, jadi ia perlu diambil melalui makanan dan makanan tambahan lain. 


    Ada masalah nak dapatkan semua vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran? 


    Tambahkan pengambilan vitamin C anda dengan amalkan Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee! Vitamin C Shaklee BERBEZA dengan vitamin C di pasaran. Nikmati hari yang lebih sihat dengan hanya RM0.43 setiap tablet.



    Keistimewaan Vitamin C Shaklee


    1. Sistem Pelepasan Berterusan


    Setiap tablet Sustained Release Vita-C melepaskan 500mg Vitamin C dalam masa 5 jam. Ini bersamaan dengan :



    2. Lengkap dengan Bioflavonoid


    MENARIK tentang Sustained Release Vita-C, setiap tablet diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus. Fungsi utama Bioflavonoid adalah untuk;
    • Sokong fungsi dan penyerapan vitamin C
    • Lindungi vitamin C daripada teroksida
    • Tingkatkan penyerapan vitamin C


    3. Sesuai untuk Perut Sensitif


    Vitamin C ini diekstrak dari jagung, amat lembut pada perut dan tidak menimbulkan masalah rasa pedih perut selepas makan vitamin C. Tiada alasan lagi kepada mereka yang ada perut sensitif untuk amalkan Vitamin C setiap hari.

    Shaklee memilih jagung kerana, saintis membuktikan, kandungan Vitamin C dalam jagung tidak akan berkurang khasiatnya walaupun di masak, di bakar dan di rebus berbanding buah-buahan lain. Menarik bukan? Inilah keistimewaan Shaklee.



    Siapa yang perlukan Vitamin C?


    Adakah anda atau ada anak-anak yang selalu jatuh sakit dan selsema?
    Sesiapa yang mengalami kekejangan waktu pagi?
    Sesiapa yang mempunyai masalah kulit yang kusam?
    Adakah anda sedang hamil?
    Adakah anda Ibu yang menyusu?
    Sesiapa yang sering alami luka/ kecederaan dan lambat sembuh?

    Jika anda salah seorang daripada yang di atas, pengambil tambahan vitamin C untuk kesihatan sangatlah penting untuk bantu tubuh kita dapat dos vitamin C yang secukupnya setiap hari.



    Kesimpulan


    Bersenam penting, pemakanan pun penting, pengawalan stress juga penting. Dalam pemakanan yang penting kita kena banyak makan makanan asli (real food), banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta banyak makan makanan asli yang tidak meningkatkan paras insulin dan menyebabkan keradangan yang berlebihan dalam badan.

    Semuanya dapat dibantu dengan pengambilan vitamin C yang cukup setiap hari. Inilah kepentingan Vitamin C terhadap kesihatan manusia.

    Jom sama-sama amalkan vitamin C Shaklee!
    Ayuh dapatkan vitamin C Shaklee anda hari ini!

                                                                     



    Salam Sayang, 

    Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
    #PengedarShakleeDenaiAlam 
    COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

    * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

    #shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023