Saturday, July 29, 2023

Percutian Shaklee 5 Star Percuma Setiap Tahun


Setiap kali sebut sahaja percutian Shaklee, pasti teruja. Siapa yang tak suka pergi melancong ke negara yang best dan PERCUMA?! Shaklee tanggung 100% perbelanjaan dan pengurusan dari pengangkutan, penginapan, makan minum dan aktiviti sepanjang percutian, baik di dalam mahupun luar negara. 

Inilah salah satu 3C dalam Shaklee


Apa Keistimewaan Percutian Bersama Shaklee?


1- Shaklee adalah bisnes keluarga. Manfaat bisnes untuk seisi keluarga dan ianya PERCUMA.


Manfaat bisnes Shaklee bukan untuk kita seorang atau kita dengan suami sahaja, tetapi untuk seisi keluarga. Jumlah tiket bergantung kepada points yang kita kumpul setahun. Boleh saja 1 atau 2 atau 3 atau 4 hatta berapa sahaja tiket yang mampu kita kumpulkan dalam 12 bulan. 

Paling penting, SEMUANYA PERCUMA! Semuanya Shaklee sediakan, daripada beg bagasi, tiket kapal terbang pergi balik, penginapan di hotel 5 -6 bintang, makan-minum dan kos-kos jika masuk ke tempat-tempat tertentu, malah hingga ke pakaian seperti jaket, baju tradisional negara dilawati, telekung, kain ihram pun Shaklee sediakan. Memang puas hati lah!

Belanja yang perlu kita keluarkan pun adalah hanya buat passport sahaja. Lain-lain  Kita cuma bawa duit  shopping saja. Allahu, best sangat kan? Jumlah tiket percutian yang terkumpul boleh melayakkan kita bawa bersama 
  • Anak-anak
  • Ayah
  • Mak
  • Ayah Mertua
  • Mak Mertua
  • Adik beradik kandung (untuk leaders yang belum berkahwin)

Bersama Suami dan anak-anak di Shaklee HQ di Pleasanton, California. Alhamdulillah

 
 (Kiri) Bersama anak-anak dan suami di Regional Trip Langkawi. 
(Kanan) Ibu Ayah bersama di Abu Dhabi


2- Penginapan Mewah Hotel 5-6 Bintang


Hotel bukan biasa-biasa. Masuk bilik hotel, lugage kita dah ada dalam bilik. Semua Shaklee uruskan. Diatas katil juga selalu ada hadiah dan Welcome wish card.  Keselesaan sangat diutamakan. Best ke best? 

Penginapan untuk International trip, Dubai dan Umrah, 2013

Penginapan untuk Umrah bersama Shaklee, 2015


3- Hadiahkan ibu dan ayah serta orang tersayang Umrah VVIP bersama Shaklee.


Tahun 2015, alhamdulillah kami berpeluang hadiahkan 2 tiket untuk trip UMRAH/Abu Dhabi selama 11 hari 10 malam - 3n Abu Dhabi, 3n Madinah dan 4n Mekah buat ibu ayah. Paling paling best penginapan mereka ketika di Madinah dan Mekah bersebelahan dengan Masjid jer. Tak payah nak berjalan jauh. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang santuni mereka sepanjang disana.

 


4- Pengalaman luar biasa. Sertai aktiviti dan lawatan ke tempat yang rare, best dan enjoy sangat.


ATV, Phuket

 
Di Shiragawa Go, Japan
Perkampungan yang mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai
kampung bersejarah dan tercantik di Japan


 
Menjejakkan kaki di Kurobe Alphine Route, Japan.


5- Duit poket Shaklee


Walau makan minum ditanggung sepanjang percutian, ada kala kami diberi lagi wang saku, untuk waktu-waktu free and easy dan cari makan sendiri. Tak risau tak cukup makan bila sertai percutian Shaklee ni tau. Semuanya ditanggung dan disediakan. Syiok sangat. Hihihi.

 
(Kiri) Duit saku semasa Trip ke Bangkok. Setiap orang dapat 1,400TB
(kanan) Duit saku semasa Trip ke Japan.


6- Dapat Surprise gift.


Shaklee memang suka buat suprise setiap kali trip Shaklee, baik dalam dan luar negara. Setiap kali buka pintu bilik selalunya diiringi debaran hebat. Ada supriseee tak ni? Hahahaha! 

 
 
Barang rare nih! Sebelah kiri tu adalah 1 bungkusan Furoshiki - iaitu kain pembungkus tradisional Jepun yang digunakan secara tradisional untuk membungkus dan/atau mengangkut barang. Ia telah digunakan di Jepun sejak 1200 tahun dahulu tau. Sebelah kanan pula adalah Produk Shaklee Jepun yang memang tiada di Malaysia. Feeling soooo special wooo!

Ole-ole bantal semasa Trip Langkawi. Happy sangat.


7- Dapat raikan kejayaan bersama business team


Bertambah seronok apabila dapat travel bersama business team kita tersayang. Setelah berpenat fight usahakan bisnes, selepas itu dapat spent masa together-gether pula. Sangatlah best? Umpama dapat travel dengan BFF dunia akhirat kita gitu. Happy for them.

Bersama Master Puteri dan Suami di Trip US

Bersama Aini, Master Aishah, Sue dan Ctz semasa trip Langkawi.


Begitulah pengalaman manis cam chocolate kindeBueno bersama rakan rakan sepanjang percutian bersama Shaklee. Sangat enjoy. Selalu rasa tak puas. Thank you Shaklee.


Percutian memerlukan belanja yang besar. Jadi bagaimana untuk dapatkan secara percuma?


Langkah pertama, DAFTAR SEBAGAI AHLI dan mulakan langkah untuk bina empayar bisnes Shaklee anda. 

Trip Percutian Shaklee ini sangat EKSKLUSIF. Ia hanya ditawarkan PERCUMA kepada leaders Shaklee yang layak dengan kiraan jumlah points yang terkumpul sepanjang setahun berbisnes. TIDAK BOLEH di tambah wang tunai, jika tak cukup points atau nak tambah tiket. Cukup point, dapat. Tak cukup,  tak dapat. 


Tahun depan #seeyouinJepun atau pelayaran Royal Caribbean. 
Hubungi saya untuk lebih info lagi ya.




Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


9 Panduan Travel Bersama Warga Emas

Perjalanan percutian keluarga bersama atuk dan nenek adalah cara yang hebat untuk mencipta kenangan terindah. Walau bagaimanapun, perjalanan bersama warga emas memerlukan perancangan yang lebih teliti.

Berikut adalah 9 panduan yang perlu diberikan perhatian jika ingin bercuti bersama ibu ayah yang lebih tua:



1. Pilih destinasi dan pergi pada musim luar puncak.


Cuba pilih tempat yang menarik minat anda berdua. Apakah yang terdapat dalam "bucket list" ibu atau ayah anda? Bagaimana anda boleh melakukannya?

Ingat bahawa jika warga emas anda alami masalah mobiliti, anda mungkin mahu elakkan jalan berbatu dan hotel tanpa lif. Ia juga merupakan idea yang baik untuk selidik lokasi hospital dan farmasi di destinasi anda supaya anda boleh bersedia sekiranya berlaku kecemasan perubatan. 

Mengelakkan musim pelancong utama boleh bantu anda jimatkan wang dan elakkan orang ramai. Tetapi pastikan anda bersedia untuk cuaca yang tidak menentu dan meneliti beberapa aktiviti dalaman supaya anda dapat elakkan kesejukan atau hujan. Juga, ambil perhatian bahawa sesetengah muzium dan tapak pelancongan lain mempunyai waktu terhad atau ditutup sepenuhnya di luar musim.


2. Dapatkan insurans.


Ini penting jika anda bercadang untuk meninggalkan negara. Kebanyakan pelan insurans kesihatan, tidak akan melindungi ibu bapa anda di luar. Oleh itu, cari polisi yang melindunginya sekiranya berlaku kecemasan perubatan di luar negara.

Insurans perjalanan juga boleh jimatkan wang anda jika berlaku apa-apa yang jejaskan tempahan prabayar, tidak boleh dikembalikan sebelum atau semasa percutian anda. Pastikan anda kaji dengan teliti setiap polisi insurans.

Jika anda melancong ke dalam negara dan semua yang anda tempah hanyalah tambang penerbangan dan bilik hotel, anda mungkin boleh batalkan tanpa penalti. Dalam kes seperti itu, anda mungkin tidak memerlukan insurans. 


3. Fikirkan tentang keselamatan.


Jika boleh, aturkan seseorang untuk memeriksa rumah anda secara berkala semasa anda berada di luar bandar. Dan jangan goda pencuri dengan umumkan rancangan perjalanan anda di media sosial. Untuk elak daripada jadi sasaran pencuri semasa perjalanan anda, biarkan jam tangan emas dan barang kemas mewah di rumah, dan jangan terlalu banyak mengeluarkan wang tunai. Anda mungkin mahu memakai tali pinggang wang di bawah pakaian anda untuk bantu pastikan barang berharga anda selamat.

Berikut ialah petua lain: Jangan gantung tanda "Please Make-up Room" di pintu bilik hotel anda kerana itu menandakan kepada bakal pencuri bahawa anda tidak berada di sana. Sebaliknya, maklumkan kepada kaunter penerimaan tetamu bahawa anda akan keluar dan pengemasan dialu-alukan untuk bersihkan bilik.


4. Pack light, tetapi bawa barang keperluan - Pakai pakaian dan kasut yang selesa


Salah satu cara terbaik untuk mudahkan perjalanan ialah memakai pakaian dan kasut yang selesa. Anda akan melakukan banyak berjalan, dan anda tidak mahu berasa tidak selesa sepanjang masa. Pilih pakaian yang longgar dan bernafas, dan pastikan kasut anda dalam keadaan baik sebelum anda berjalan.

Kasut yang selesa mesti dimiliki apabila anda tiba di destinasi anda dan juga semasa perjalanan udara. Perkara terakhir yang anda mahukan ialah kaki anda mula kekejangan dalam penerbangan yang panjang.

Jika penglihatan anda tidak seperti dahulu, bawa kaca pembesar untuk bantu ibu ayah membaca cetakan kecil. Jika menggunakan alat bantuan pendengaran, bawa satu set bateri tambahan. Dan jika anda pergi ke luar negara, bawa senarai nama generik ubat sekiranya anda perlukan pengisian semula. 


5. Pilih hotel yang terletak di tengah-tengah.


Menginap berhampiran tarikan utama (atau sekurang-kurangnya berdekatan dengan pilihan transit awam) mudahkan anda kembali ke bilik untuk berehat di penghujung hari yang panjang.

Jika ibu ayah ada masalah mobiliti, minta bilik di tingkat bawah dan ketahui sama ada lorong atau pintu boleh memuatkan pejalan kaki atau kerusi roda.


6. Rancang to take it easy.


Jangan masukkan terlalu banyak ke dalam jadual perjalanan anda. Masa rehat adalah penting untuk semua orang, terutamanya untuk orang dewasa yang lebih tua. Benarkan tidur tengah hari jika ibu bapa anda biasa mengambilnya. Cuba hadkan berjalan yang berlebihan dan bersedia untuk mengambil lebih banyak rehat daripada biasa. Selain itu, pastikan anda memperuntukkan masa tambahan untuk mengemudi tarikan, terutamanya jika anda mesti mencari lif atau tanjakan sebagai alternatif kepada tangga. Kesabaran adalah kunci.

Jika pergi bersiar cuba pilih diawal atau lewat hari. In bantu elakkan terdedah dari suhu yang melampau dan waktu puncak orang ramai yang ramai.

Rancang untuk tiba di lapangan terbang lebih awal, dan jangan jadualkan sebarang aktiviti untuk hari terakhir sekiranya anda memerlukan masa tambahan untuk melakukan perjalanan.


7. Bawa makanan ringan dan minuman bersama anda


Jika melancong dengan kapal terbang, kereta api atau bas, adalah idea yang baik untuk bawa makanan ringan dan minuman bersama anda. Dengan cara ini, anda tidak perlu bergantung pada makanan yang tersedia di destinasi anda dan anda akan dapat kekal terhidrat semasa percutian anda.


8. Tulis Alamat Hotel Anda


Kadangkala, selepas penerbangan yang panjang bermain permainan pada telefon pintar anda, bateri anda boleh mati. Dan jika anda tidak menulis alamat tempat anda menginap, bagaimanakah anda akan memberitahu/menunjukkan pemandu teksi?

Walaupun ia tidak masuk akal, saya telah melakukan ini beberapa kali dan ia sangat membantu. Tertidur atau terlupa mengecas telefon saya. Saya juga mengesyorkan menulis nombor bilik hotel anda di suatu tempat selepas anda mendaftar masuk.


9. Muat turun peta luar talian kawasan yang anda lawati


Jika anda melancong ke tempat yang mempunyai perkhidmatan internet yang teruk, muat turun peta luar talian kawasan yang anda lawati boleh membantu.

Dengan cara ini, anda masih boleh menavigasi jalan walaupun tidak boleh masuk dalam talian. Peta Google ialah pilihan yang bagus untuk ini. Cuma cari kawasan yang anda lawati semasa anda disambungkan ke Wi-Fi, kemudian zum masuk dan muat turun peta.

Sebaik sahaja ia dimuat turun, anda masih boleh mengaksesnya walaupun anda tidak boleh dapatkannya dalam talian. Jadi jika anda dapati diri anda berada di kawasan luar bandar dengan perkhidmatan servis telefon yang teruk, pastikan memuat turun peta luar talian terlebih dahulu untuk elak daripada tersesat.


Semoga panduan Tips Travel diatas membantu. Didoakan perjalanan travel anda bersama insan tersayang dimudahkan. Happy traveling!


Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023



*  Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
* Hubungi saya untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.

Friday, July 28, 2023

Jom Turun Berat : Cabaran 30 Hari Transformasi dan Menang RM1000



Turun berat dan menang RM1000 dalam Cabaran Transformasi 30 Hari Shaklee. Hanya perlu jadi 3 pasukan terbaik berdasarkan peratusan (%) tertinggi jumlah penurunan berat badan pasukan. Menarik bukan?

Kita pun hampir mengakhiri bulan Julai 2023 sudah. Bila nak mula? Usah bawa azam nak kurus tu tahun depan lagi. Inilah masanya kita buat sungguh sungguh! 

Saya mencari orang yang bukan sahaja hobinya suka makan dan nak turun berat, namun mereka yang nak UBAH HABIT MAKAN LEBIH SIHAT DAN BAIKI KESIHATAN dengan gembiranya. Jika anda orangnya, jemput sertai. Kita transformasi dari saiz XL kepada saiz L atau M. InsyaAllah.


Terma dan Syarat


1- Terbuka kepada semua Pengedar Bebas Shaklee Malaysia yang sah, bermula 20 July 2023 sehingga 20 September 2023 (2 bulan).

2- Bentuk satu Pasukan seramai 3-5 ahli. Tiada penyertaan individu dalam cabaran ini.

3- Setiap peserta mesti membeli Set Transformasi 30 Hari dan sertakan bukti pembelian dalam borang pendaftaran.


4- Daftar Pasukan anda dengan isi borang penyertaan seawal 20 Julai dan sebelum 19 Ogos 2023 dan sertakan maklumat berikut
  • a. Butiran Pasukan
  • b. Gambar sebelum dari arah depan dan sisi serta seluruh badan.
  • c. Bukti berat badan setiap pasukan
  • d. Jumlah berat badan Pasukan
  • e. Bukti pembelian set 30 hari Transformasi

5- Mulakan perjalanan Transformasi 30 Hari anda dengan ikuti Panduan 30 Hari yang disediakan.

6- Hantar keputusan Pasukan anda sebelum 20 September 2023 bersama 
  • Foto SEBELUM & SELEPAS (profil depan & sisi, kepala hingga kaki, dalam pakaian yang sama seperti foto SEBELUM).
  • Bukti dan Jumlah Berat Badan Pasukan.


7- Hadiah tidak boleh ditukar atau dipindah milik. Jika hadiah tidak tersedia, Shaklee berhak untuk gantikan baucar lain yang sama nilainya. 


8- Shaklee berhak untuk meminda Terma dan Syarat tanpa notis awal.

9- Kelayakan untuk terima hadiah tertakluk kepada penilaian rekod yang baik bersama syarikat dan jalankan perniagaan berpandukan kepada Penyata Keistimewaan & Tanggungjawab Shaklee (P&R).



Kenapa Set Transformasi 30 Hari?


Produk Set Transformasi 30 Hari bekalkan nutrisi berspektrum lengkap dengan vitamin, mineral, antioksida, asid lemak omega-3 yang disokong secara klinikal untuk bantu anda rasa lebih sihat, lebih bertenaga dan lebih fokus serta bina asas kehidupan yang sihat.


Cinch Shake 


Pada kebanyakan diet, anda kehilangan lemak dan otot. Apabila hilang otot, kita hilang keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisma. Ingat formula ini 
OTOT = METABOLISMA

Cinch berkesan kerana ia

  • Kekalkan jisim otot tanpa lemak.
  • Hilangkan berat daripada lemak. Setiap hidangan Cinch Shake Coklat mengandungi 180kcal sahaja dengan indeks glisemik 16. Sebotol Cinch Shake cukup untuk 15 kali hidangan, dan terdapat lagi dalam 2 perasa enak iaitu Vanila dan Latte.
  • Minuman yang berasaskan protien lengkap yang kaya serat dan bantu untuk gantikan makanan setiap hari. Kita jadi lambat lapar. Paling best, dah tak terliur sangat bila tengok makanan. Craving kepada makanan menipis jadinya. 
  • Terbukti secara klinikal. Kaya dengan 20 vitamin dan mineral, 16g protien Bukan-GMO, 6g fiber serta disokong oleh kajian klinikal. 
  • Diperkasa dengan 2.5g Leusine. Leusine adalah asid amino penting, yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot dan kekalkan pertumbuhan. Oleh kerana tubuh badan kita tidak dapat hasilkan leusine, ia mesti diperolehi dari sumber makanan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa leusine bermanfaat dalam:
    • Galakkan pengeluaran otot.
    • Sokong pertumbuhan otot tanpa lemak.
    • Sokong pemulihan otot.
    • Kurangkan keletihan otot selepas bersenam.

Kurang protein beri impak buruk pada kesihatan - Hilang otot, letih, perkembangan terbantut dan lemah sistem imun. Katakan tidak kepada diet kurang protein. 




Baca juga : Mengapa Protein Penting untuk bantu turunkan berat badan.


Omega Guard


Shaklee Omega Guard diesktrak dari ikan laut air sejuk (anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3x lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding produk Omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang ada rangkaian Spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 

Manfaat utama 
  • Asid lemak Omega-3, tubuh kita tak mampu hasilkan sendiri. Jadi kita perlu ambil dari makanan dan juga supplemen seperti Omega Guard untuk badan yang kuat dan sihat.
  • Omega Guard bantu kawal selera makan dan beri rasa puas makan. Ia aktifkan Hormon Leptin yang bakar lemak. Hormon Leptin ni bantu sekat selera makan mahupun craving benda-benda manis. Maka, dapat kawal rasa lapar dan stabilkan paras gula dalam darah.
  • Kurangkan keradangan dalam tubuh dan tingkatkan fleksibiliti sendi serta sistem imun.
  • Kajian telah membuktikan EPA & DHA mampu untuk stabilkan emosi dan bantu perkembangan kesihatan mental, tekanan, kemurungan, insomnia, anxiety, autism dan schizophrenia.
  • Bantu Jantung lebih sihat dengan sokong peredaran darah yang lancar, kekalkan tahap normal, triglycerida yang sihat serta kekalkan fungsi kardiovaskular.


Lecithin


Diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO, setiap kapsul ada 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan tubuh akan hasilkan acethyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Antara manfaat utama Lecithin
  • Pemecah lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, mengemulsi dan metabolisamakan lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh. Ini akan sebabkan lemak degil dipecahkan dari makanan jadi molekul-molekul kecil, kemudiannya bertukar jadi asid lemak yang mudah dibakar oleh badan sebagai tenaga.
  • Pelangsingan - Menghalang obesiti dengan percepatkan pembakaran lemak untuk kesan perlangsingan yang seimbang.
  • Melindungi hati - Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak seterusnya bantu tingkatkan kesihatan hati.
  • Meringankan sembelit - melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.
  • Meningkatkan daya ingatan dan meringankan stress. Kolin bantu tingkkan daya fokus, daya ingatan dan ringankan stress.


Alfalfa Complex


Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutisi dan zat galian. Ia bekalkan nutrisi yang kebanyakkannya tiada dalam buah-buahan mahupun sayuran. Kaya dengan protien, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Tahukah anda 10 biji Alfalfa menyamai segelas susu.

Manfaat utama Alfalfa
  • Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa sangat beralkali. Bantu kembalikan kenormalan badan yang berasid, hilangkan toksin dari badan, bersihkan hati, kolon, darah dan cantikkan kulit serta otot.
  • Baiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastrik dan sembelit.
  • Singkirkan lemak dan kolestrol - Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada Alfalfa akan hapuskan lemak, kurangkan kolestrol, cegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol. Menarik bukan?
  • Melegakan keletihan.


Vivix


Vivix merupakan signature produk Shaklee yang kaya dengan polifenol. Tahukah anda, polifenol ada khasiat sebagai “brain protective property“, dimana ia bantu pelihara otak kita berfungsi dengan lebih baik. Maknanya tidaklah kita asyik teringat-ingat makanan atau lambat rasa kenyang. Lambat rasa kenyang itulah punca kita cenderung makan berlebihan berkali-kali akibat craving. 

Manfaat utama Vivix
  • Peredaran Darah yang sihat kurangkan keradangan kronik serta turunkan tekanan darah serta tahap kolestrol LDL (Jahat) dan tingkatkan tahap kolestrol baik HDL.
  • Menurunkan tahap gula darah serta tingkatkan kepekaan insulin. Tahu tak Insulin merupakan hormon ‘penyimpan’ lemak nombor 1 dalam tubuh manusia! Jika kita ingin turunkan berat badan, pastikan jaga hormon insulin ini lebih berbanding hormon lain. Apabila Insulin meningkat, lebih banyak lemak akan disimpan. 
  • Bantu kita dapat kurangkan stress dan tidur lebih lena. Stres punca sebabkan kita alami gangguan tidur serta sebabkan bertambah berat badan. 
  • Tingkatkan penghasilan mitokondria (penjana utama tenaga badan), kekuatan jisim otot serta penghasilan semula otot bagi individu yang berusia (apabila diamalkan bersama dengan senaman. 


Anda Serius nak Turunkan Berat Badan?




Saya mencari orang yang bukan sahaja hobinya suka makan dan nak turun berat, namun mereka yang SERIUS nak UBAH HABIT MAKAN LEBIH SIHAT DAN BAIKI KESIHATAN dengan gembiranya. Jika anda orangnya, jemput sertai dan mulakan perjalanan kurus untuk sihat anda hari ini!

Cabar diri, untuk ubah hidup anda! 
Kita transformasi dari saiz XL kepada saiz L atau M bersama-sama. InsyaAllah.

Sekiranya anda mahu lebih lagi konsultasi, saya bersedia untuk bantu.





Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


Monday, July 17, 2023

Kerja Dari Rumah - Tambah Pendapatan Tengah Bulan, Pilihan Kerjaya Terbaik

Bila serba serbi naik harga, percaya tak, bekerja dari rumah boleh bantu kita untuk jana pendapatan. Pucuk pangkalnya, kena rajin berusaha dan tak cepat give up. Duduk goyang kaki di rumah boleh dapat pendapatan, yang ini memang tak ada!

Bayangkan betapa mudahnya urusan perniagaan boleh diuruskan hanya dari rumah atau di mana sahaja kita berada. Paling penting ada internet dan wifi, semua nya boleh onzzz.

Namun saya melihat perlu ada syarat untuk kita mula berkerja dari rumah.
  • Boleh menulis, membaca dan faham B.Inggeris.
  • Mempunyai Komputer atau Laptop atau handphone sendiri serta mampu gunakan internet dengan baik.
  • Mampu bekerja sendiri tanpa sebarang pengawasan.
  • Bersedia untuk bekerja keras, dan punya disiplin diri yang tinggi.
  • Bermotivasi dan mahu belajar perkara baru.

Kerja dari rumah ini adalah jenis pekerjaan bebas (freelance) dan memerlukan seseorang yang serius mahu bekerja, bermotivasi tinggi dan sanggup bekerja keras. Kita juga tidak terikat dengan sebarang kontrak dan waktu bekerja adalah fleksibel hanya perlu mematuhi tempoh masa tugasan kerja yang di pohon.

Realitinya, ianya bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan, namun itu hanyalah pada permulaannya sahaja. Dengan panduan dan sokongan, anda pasti boleh lakukan.


Pengalaman saya Bekerja Dari Rumah


Semuanya bermula dengan impian saya untuk jadi suri rumah sepenuh masa BERGAJI. Kira stay at home dengan solid income tengah bulan. Saya melihat bisnes Shaklee berpotensi untuk jadikan impian saya satu kenyataan. 

Saya bermula bisnes Shaklee secara sambilan, dengan hanya makan sendiri produk untuk jayakan penyusuan susuibu anak-anak 2 tahun. Selepas 3 tahun bisnes secara sambilan, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja, dan mulakan bisnes Shaklee secara sepenuh masa. 

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk 10 tahun saya berkecimpung secara sepenuh masa bekerja dari rumah dalam bisnes Shaklee


Team Shaklee saya - Team Rise Network kini sudah masuk tahun ke-13. Majoriti team saya dari kalangan ibu-ibu. Ada yang berkerjaya, ada yang suri rumah malah ada juga pelajar Universiti. Kami bermula dari bawah, sebagai pengedar biasa dan nekad rank up Supervisor (jadi leader) sehingga ada yang berjaya ke pangkat Master Coordinator. Tahniah Master Puteri, Master Aishah dan Master Nurlia.

Kami semua bermula buat Shaklee dengan menulis blog, FB dan semua medium online. Anda sejenis pemalu? Saya sangatlah, kihkihkih. Nak promote barang dan cakap secara berdepan mata dengan mata, bukan saya. Blog la yang bantu saya. Meskipun pada awalnya medium blog ini tidak banyak income masuk, tetapi bila lama kelamaan kita bina keyakinan pembaca, ramai yang respons dan mengikuti blog kita, ia boleh menjana pendapatan pasif. Apa yang penting, kena banyak bersabar.

Akan ada yang datang dan ada yang pergi, yang datang balik selepas pergi pun ada. InsyaAllah, saya akan tetap disini setia untuk bina dan luaskan lagi kebaikan demi kehidupan dan kesihatan yang lebih baik yang Shaklee tawarkan.  


3 Sebab Saya Pilih Bisnes Shaklee


1- Syarikat yang kukuh dan dipercayai. 


Apa guna punya produk yang bagus dan plan pampasan bonus yang tinggi jika syarikat tidak kukuh dan bertahan lama. Setuju tak? 

Shaklee ada rekod pencapaian yang berkembang maju sejak 65 tahun lalu dalam perniagaan dan lebih daripada 100 tahun inovasi dalam produk makanan tamahan.  Inilah bukti Shaklee adalah syarikat yang kukuh dan stabil. 

Tahukah anda, Shaklee perintis industri kesihatan dan kesejahteraan yang berkembang pesat. Tahukah anda, menurut Permintaan perniagaan dan pendapatan tambahan akan terus meningkat dan cara yang lebih baik untuk anda lakukannya ialah dengan Shaklee. Biiznillah.

Dari 1995 Shaklee Malaysia telah sentuh dan bantu berbakti kepada mereka yang inginkan kehidupan dan kesihatan yang lebih baik serta tidak pernah gagal bayar bonus kepada semua pepngedar Shaklee yang layak.


2- Produk berkualiti, berkesan dan repeat order yang tinggi. 


Jaminan produk Shaklee yang semulajadi dan selamat menambah keyakinan saya terhadap bisnes ini. Kita tentu tidak mahu produk yang dijual kepada orang ramai memberi risiko terhadap kesihatan sendiri, keluarga apatah lagi kepada orang lain kan? 

Sebab itulah saya tidak ragu-ragu amalkan produk Shaklee dalam setiap fasa kehidupan saya, baik ketika bekerja, hamil, menyusukan anak, berpantang. Malah saya juga sangat yakin untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan suami, anak-anak dan ibu ayah serta adik beradik saya kerana yakin ianya ada kajian klinikal, dan bukanlah produk sebarangan timbang kilo.

Shaklee juga turut punya kekuatan pada repeat order. Kebiasaanya orang akan order lagi dan lagi. Kenapa? Sebab produk Shaklee berkualiti dan sangat berkesan. Buktinya, saya lihat permintaan pelanggan saya yang setia sejak 10 tahun yang lepas. Ini menunjukkan permintaan terhadap produk Shaklee tidak pernah putus dan sentiasa ada permintaan di pasaran. Ini lah yang saya mahukan dalam bisnes saya. Shaklee bukan produk bermusim. 


Terkini, Shaklee Malaysia telah diikhtiraf sekali lagi sebagai Trusted Brand Vitamin Suplemen di Malaysia, bagi kategori vitamin dan suplemen untuk tahun 2021, 2022 dan 2023 yang dibuat oleh Reader Digest  (diundi oleh pengguna). Anugerah Trusted Brand adalah satu anugerah berprestij yang dibuat pihak ketiga. Maknanya bukan Shaklee yang buat survey. Lebih 25 tahun berada dipasaran - bermakna produk Shaklee ini dipercayai oleh seluruh rakyat Malaysia. 

Terima kasih rakyat Malaysia khususnya semua pengguna kami.


3- Jana Income Tanpa Had


Di Shaklee, potensi pendapatan tanpa had. Selain dari dapat beli produk dengan Harga Ahli, dan dapat Cash Bonus (5%-21%), Shaklee juga ada menawarkan lebih dari itu bagi ahlinya yang berminat dan SERIUS BERBISNES. 

Shaklee ada 13 cabang income, bukan sekadar Untung Runcit, malah ada Bonus Peribadi, Bonus Kepimpinan, Bonus Insentif Rank Coordi, Key dan Master serta Bonus Subsidi Kereta.

Tidak pernah sehari pun Shaklee terlewat nak bayar "gaji" pengedarnya pada setiap 14hb, dimasukkan terus dalam akaun bank. Malah ada masa dibayar lebih awal lagi. Ya Allah, seronok sangat!

BERAPA BONUS SHAKLEE BAYAR SETIAP BULAN?


Sikit banyak Bonus Shaklee bergantung kepada Jualan dan kedalaman organisasi yang kita bina. Semua pengedar ada peluang untuk jana income yang besar, baik yang baru, makan sendiri atau yang serius berbisnes. Asalkan rajin dan usaha lebih, dapatlah lebih.

Bonus pertama saya hanya RM32 sahaja. Kemudian meningkat jadi RM211, RM531, RM566 dan cecah 4 angka selepas serius dan komited 4 bulan berkongsi kebaikan Shaklee secara part time. Siapa nak bagi kan? Hanya guna produk sendiri & berkongsi manfaat produk, dapat tambahan pendapatan tengah bulan. Tak perlu nak paksa-paksa atau pujuk rayu orang pun untuk membeli. Happy tau!

Total jumlah bayaran bonus Shaklee kepada ahli sepanjang 3 tahun 
2020 sehingga 2022. RM372 Juta gais. Best ke best sangat?!

SISTEM BONUS SHAKLEE ADIL DAN PATUH SYARIAH


Di Shaklee tiada istilah siapa masuk dulu, dia dapat income lebih! Malah ramai sahaja leaders yang ada upline yang tiada pangkat apa-apa, malah ada yang tak layak dapat bonus pun ada. 

Nak tak jika anda boleh dapat bonus tengah bulan seperti di atas?

Tiada hasil RM, jika kita tidak buat apa-apa jualan pun. Malah orang dibawah juga boleh potong bonus dan pangkat orang diatasnya jika dia usaha lebih. Adilkan?




Rasa Terbeban dengan Masalah Kewangan dan perlukan Tambahan Pendapatan Tengan Bulan?


Jika anda rasa terbeban dengan masalah kewangan dan perlukan tambahan pendapatan dengan hanya perlu kerja dari rumah, maka anda perlu pertimbangkan peluang yang terhidang ini.

Peluang tambah pendapatan secara part time dan juga fulltime. Anda disekitar Selangor dan Kuala Lumpur? Boleh jumpa sendiri dengan Alin face to face. Kita set appointment. Capai jer henfon dan klik link wasap dibawah ya. 

Say Yes & join us today!




Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023