Showing posts with label Kolagen. Show all posts
Showing posts with label Kolagen. Show all posts

Thursday, October 12, 2023

Kepentingan Vitamin C & Mengapa Kita Perlukan?

Vitamin C ini adalah bahan yang sangat penting untuk kesihatan. Manusia apabila kita stress, kita sakit, demam kita kena amik vitamin C. Manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri. Kita perlu dapatkan vitamin C daripada makanan kita, dan sumber Vitamin C yang tinggi adalah dari buah-buahan. Pemakanan sayur dan buah-buahan sangat penting, tapi tak cukup! 

Semata-mata makan buah untuk dapatkan dos vitamin C, 1000mg sehari, kita perlu makan sekarung buah epal, sekarung buah oren. Mana ada orang boleh makan banyak-banyak tuh. 

Menurut kajian FAMA, penduduk Malaysia sangat kurang makan buah. Penduduk Malaysia makan 5 kilo buah sebulan. Sepatutnya kita perlu makan sekurang-kurangnya 40 kilo sebulan. Disini jelas menunjukkan, sumber vitamin C kita sangat rendah!

Kebanyakkan kita alami kekurangan Vitamin C. Kalau tak boleh makan buah banyak-banyak makanlah vitamin C secara suplemen, sebagai tambahan.


Adakah anda Mendapat cukup Vitamin C? 


Adakah anda ada tanda-tanda seperti di atas?
Jika ya, tubuh anda mungkin kekurangan Vitamin C!


Vitamin C adalah "a do-everything" nutrien yang bukan saja menyokong tulang sihat, gigi, gusi malah melindungi satu badan. Vitamin C sangat penting untuk kesihatan bagi kesihatan salur darah, tulang dan gigi kerana vitamin ini diperlukan untuk membentuk Kolagen, bahan penting bagi pertumbuhan dan penyembuhan bahagian tubuh kita.

Vitamin C, atau asid askorbik, adalah salah satu nutrien yang paling berkesan dan selamat. Ia adalah antioksidan yang kuat untuk sintesis kolagen, yang bantu buat saluran darah dan otot badan kuat, membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, tingkatkan tindakbalas imun dan bantu penyerapan zat besi.

11 khasiat Vitamin C lain yang kawan-kawan perlu tahu

  1. Ransang pembentukan kolagen
  2. Ransang pembentukan sel kulit yang sihat
  3. Memperbaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah, lebam.
  4. Bantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman
  5. Bantu kurangkan kolestrol dan tekanan darah
  6. Bantu tingkatkan sistem imun
  7. Bantu perbaiki masalah insomnia dan stress
  8. Bantu kurangkan simptom flu dan selesema
  9. Bantu cerahkan kulit dan lambatkan penuaan
  10. Ransang pengeluaran T-Cells untuk bantu melawan kanser
  11. Bina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang baik

Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air. Tubuh kita tak dapat menyimpan vitamin larut air. Jika tubuh kita tidak gunakannya sama sekali, vitamin akan keluar daripada tubuh kita melalui air kencing. Ini bermakna vitamin C perlu kerap diganti.

Tubuh manusia tidak punya keupayaan untuk menjana vitamin C sendiri, jadi ia perlu diambil melalui makanan dan makanan tambahan lain. 


Ada masalah nak dapatkan semua vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran? 


Tambahkan pengambilan vitamin C anda dengan amalkan Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee! Vitamin C Shaklee BERBEZA dengan vitamin C di pasaran. Nikmati hari yang lebih sihat dengan hanya RM0.56 setiap tablet.



Keistimewaan Vitamin C Shaklee


1. Sistem Pelepasan Berterusan


Setiap tablet Sustained Release Vita-C melepaskan 100mg Vitamin C dalam masa 5 jam. Ini bersamaan dengan :



2. Lengkap dengan Bioflavonoid


MENARIK tentang Sustained Release Vita-C, setiap tablet diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus. Fungsi utama Bioflavonoid adalah untuk;
  • Sokong fungsi dan penyerapan vitamin C
  • Lindungi vitamin C daripada teroksida
  • Tingkatkan penyerapan vitamin C

3. Sesuai untuk Perut Sensitif


Vitamin C ini diekstrak dari jagung, amat lembut pada perut dan tidak menimbulkan masalah rasa pedih perut selepas makan vitamin C. Tiada alasan lagi kepada mereka yang ada perut sensitif untuk amalkan Vitamin C setiap hari.

Shaklee memilih jagung kerana, saintis membuktikan, kandungan Vitamin C dalam jagung tidak akan berkurang khasiatnya walaupun di masak, di bakar dan di rebus berbanding buah-buahan lain. Menarik bukan? Inilah keistimewaan Shaklee.



Siapa yang perlukan Vitamin C?


Adakah anda atau ada anak-anak yang selalu jatuh sakit dan selsema?
Sesiapa yang mengalami kekejangan waktu pagi?
Sesiapa yang mempunyai masalah kulit yang kusam?
Adakah anda sedang hamil?
Adakah anda Ibu yang menyusu?
Sesiapa yang sering alami luka/ kecederaan dan lambat sembuh?

Jika anda salah seorang daripada yang di atas, pengambil tambahan vitamin C untuk kesihatan sangatlah penting untuk bantu tubuh kita dapat dos vitamin C yang secukupnya setiap hari.



Kesimpulan


Bersenam penting, pemakanan pun penting, pengawalan stress juga penting. Dalam pemakanan yang penting kita kena banyak makan makanan asli (real food), banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta banyak makan makanan asli yang tidak meningkatkan paras insulin dan menyebabkan keradangan yang berlebihan dalam badan.

Semuanya dapat dibantu dengan pengambilan vitamin C yang cukup setiap hari. Inilah kepentingan Vitamin C terhadap kesihatan manusia. Lekas dapatkan vitamin C Shaklee anda hari ini.


Salam Sayang, 
 Azlin M. Atan | Wasap. 019-2682709 | azlin.mohdatan@gmail.com 
#PengedarShakleeDenaiAlam 
 COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam

 * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

                                 

Thursday, February 1, 2018

Kawan Baik Kulit Wanita

Kunci kepada kulit cantik yang kelihatan muda adalah pembaharuan sel kulit. Inilah kawan baik kulit saya yang bantu dalam pembaharuan sel kulit, iaitu kolagen dan vitamin c. 

Pengurangan kolagen bermula seawal usia 25 tahun. Seawal 20-an, kita hanya perlu 2000mg kolagen sahaja untuk maintain kolagen kulit kita. 

Namun, bila mencecah sahaja usia 30-an, kolagen semakin super laju berkurang dan menyebabkan kita perlu lebih banyak lagi kolagen untuk elak kulit dari kedutan, garis halus, jeragat dll.

Ramai yang kata,
  • Nak SIHAT ambik Kolagen
  • Nak sendi lancar amik Kolagen
  • Nak CANTIK luar dan dalam ambik Kolagen
  • Nak nampak MUDA jelita ambik Kolagen

Vitamin C juga apabila semakin meningkat usia, kulit kita akan kehilangan vitamin C secara beransur-ansur yang menmbahkan lagi masalah kedutan,  bintik hitam dan garisan halus.

Vitamin C bantu untuk kulit kita jadi awet muda dan anjal dengan meningkatkan penghasilan kolagen untuk menyokong dan kuatkan kolagen kulit agar tidak mudah rosak akibat cahaya matahari terik dan juga keradangan. Ia juga bantu sembuhkan luka, selain hebat melawan radikal bebas.

Amalkan suplemen vitamin C untuk keremajaan kulit dan awet muda di samping membantu kulit menjadi lebih cerah.


Nampak tak bagaimana dua sahabat baik ini bekerja? Ya mereka sangat melindungi kulit kita dari bahaya persekitaran dan menyokong kesihatan dari dalam ke luar.


Bertindak sekarang dehh! Kalau dari sekarang tak jaga, bila lagi kan? 




Apa istimewanya kolagen dan vitamin C ni?

Keistimewaan Kolagen 

  • Shaklee Collagen Powder menyediakan 4,000mg Kolagen proprietari RSS (Sisik Ikan Merah), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak daripada sisik Ikan Merah dan tahan lasak. 
  • Bukan sekadar memberikan kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, eskstrak kerang-kerangan, Laktobasilus asidofilus, Vitamin C, B2 dan B6 . 
  • Berat molekul yang kecil  bantu untuk penyerapan yang tinggi. Pek individu untuk pengambilan segera, bila-bila masa, di mana sahaja.

Keistimewaan Vitamin C

  • Sustained Release Vita-C Plus adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. 
  • Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam. 
  • Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.


"Look Beautiful, Be Youthful"
Azlin
#YouthfulFromWithin

Wednesday, December 13, 2017

3 Langkah Mudah Semua Wanita perlu Beri Perhatian untuk Dapat Kesihatan Optimum



Kesejahteraan sering dikaitkan dengan keadaan di mana kita bebas dari sebarang penyakit. Kita dianggap seorang yang sihat seandainya kita tidak menghidap sebarang penyakit. Namun, ada juga yang beranggapan walaupun kita tidak berpenyakit, kita tidak semestinya sihat.

Kesejahteraan sebenarnya berkait rapat dengan GAYA HIDUP seseorang. Setiap kita punya tanggungjawab untuk jaga kesihatan diri; 
  • Berikan pemakanan asas terbaik pada tubuh
  • Kawal berat badan
  • Tidak lupa bersenam
Di samping itu, risiko kesihatan seperti merokok, pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah haruslah dielakkan bagi memelihara kesejahteraan dan kesihatan diri.

Langkah 1 : Anti Penuaan

Penuaan sebenarnya bermula di peringkat selular. Ia berlaku akibat daripada kerosakan molekul seperti DNA yang merupakan asas sel tubuh.

Apabila semakin hari DNA kian lusuh dan haus, kesihatan pun turut terjejas. Kita boleh dapati kini pelbagai penyakit kesan penuaan semakin meningkat seperti penyakit jangtung, kanser, diabetis, arthritis, nyanyuk, Parkinson dan sebagainya.

Polifenol pada tumbuhan menunjukkan ianya lebih berkesan dalam memulihkan intrasel termasuk pemulihan DNA dengan berikan perlindungan antioksidan yang penting kepada sel. Saintis dapati yang polifenol tumbuhan sebenarnya rahsia bagi usia yang lebih panjang dan lebih sihat. Polifenol tumbuhan mempunyai banyak faedah kesihatan daripada melambatkan proses penuaan hinggalah mencegah penyakit berkaitan dengan penuaan yang serius.

Kolagen adalah salah satu rahsia awet muda. Semakin meningkat usia, kolagen iaitu protien yang amat diperlukan tubuh turut berkurang. Menambah dan gantikan kolagen yang hilang dapat bantu tegangkan kulit, kurangkan kedutan dan tingkatkan keanjalan serta kelembutan kulit.

Langkah 2 : Makanan untuk kesuburan

Setiap tubuh kita perlukan nutrient bagi menjana, menyegarkan dan baiki sel-sel. Jadi, berikan nutrient semulajadi pada tubuh seperti protien-soya yang organismanya tidak diubahsuai secara genetik (bukan GMO). Pelbagai vitamin, mineral dan elektrolit bukan saja amat penting untuk asas selular dan fungsi tubuh yang sihat, malah ia turut penting dan diperlukan untuk jana dan baiki semua sel tubuh, menyelenggara dan perbetulkan tisu, keluarkan enzim dan hormon serta seimbangi cecair tubuh dan penyaluran tenaga.

Langkah 3 : Perlindungan

Setiap hari sel tubuh sentiasa diserang dan diasak oleh radikal bebas seperti pencemaran, toksin, tekanan, makanan tak seimbang dan jutaan mikrob berbahaya yang ancam sistem imun. ini seterusnya meningkatkan risiko mendapat asma, alahan, jangkitan kuman, kanser, influenza dan sebagainya. Jadi, sistem imun amat memerlukan pelbagai vitamin dan mineral untuk berfungsi secara teratur.

Jadi, bagaimana anda rasa boleh lakukan 3 langkah mudah ini?