Thursday, September 14, 2023

Set Mengandung Shaklee, Penjagaan Kehamilan Anda dan Bayi

Ibu yang sihat akan melahirkan anak yang sihat. Begitulah. Jadi makanan sihat untuk ibu mengandung amat penting bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan sentiasa sihat sehinggalah tibanya detik kelahiran.


Perlu ke Makan Supplements sewaktu Mengandung? 


Sejujurnya, memang satu keperluan. Lagi-lagi jika anda berdepan alahan yang agak teruk ketika berada trimester pertama sehingga tak mampu memenuhi diet harian yang seimbang. Ditambah lagi kalau tak lalu nak makan, minum susu tak boleh sebab tekak loya sangat, dan kalau berselera makan pun, akan makan lauk yang sedap di tekak sahaja, walaupun makanan tersebut tidak seimbang/ tak cukup khasiatnya. Di sinilah peranan pemakanan tambahan, supplemen.



Supplemen untuk Ibu Hamil yang Terbaik


Secara amnya, walaupun anda mengikut diet yang seimbang, sebagai wanita hamil, sebenarnya agak rumit untuk dapatkan khasiat yang diperlukan dalam jumlah yang sama setiap hari. Oleh kerana inilah, wanita hamil disarankan ambil suplemen vitamin khas buat ibu hamil supaya kandungan anda mendapat nutrien yang secukupnya.

Mari semak senarai vitamin pranatal untuk ibu hamil berdasarkan pilihan popular ibu-ibu di Malayisa.

Asid Folik


Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh kurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.



B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan Vitamin B. 

    • B-1 (Thamine) – Memainkan peranan dalam perkembangan otak bayi.
    • B-2 (Riboflavin) – Memastikan mata sentiasa sihat dan kulit sentiasa segar.
    • B-3 (niacin) – Perbaiki sistem penghadaman dan dapat kurangkan risiko berlaku alahan semasa mengandung ‘morning sickness’ dan loya.
    • B-5 (pantothenic acid) – Bantu hasilkan hormon hamil dan elakkan berlaku kekejangan kaki
    • B-6 (pyridoxine) – Memainkan peranan besar dalam otak bayi dan perkembangan sistem saraf (nervous system)
    • B-7 (biotin) – Proses hamil biasanya akan kurangkan kadar biotin, jadi ibu hamil perlu tingkatkan kadar biotin dengan ambil B Complex.
    • B-9 (folic acid) – mengurangkan kadar kebarangkalian berlakunya kecacatan tulang belakang bayi
    • B-12 (Cobalamin) – Bantu dalam kekalkan kesihatan tulang belakang ibu dan bayi dalam kandungan serta sistem saraf pusat.

Zat Besi & Multivitamin


Vita-Lize Shaklee merupakan multivitamin dan multimineral yang di dalamnya kaya dengan iron (zat besi). Ia sangat penting bagi wanita hamil untuk bantu:
    • Menutup jurang nutrisi ibu supaya ibu dan bayi dapat semua nutrien perlu bagi kekalkan kesihatan badan.
    • Sokong penghasilan sel darah merah untuk bantu bawa oksigen dan menghantarnya kepada bayi serta mencegah anemia pada ibu.
    • Kekalkan paras HB yang sihat sepanjang kehamilan.
    • Kekalkan tekanan darah yang sihat.
    • Beri tenaga kepada ibu sepanjang hari.
    • Kawal paras gula dalam darah.
    • Elakkan masalah GDM (kencing manis ketika mengandung)
Risiko kelahiran pramatang juga dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. 

Baca juga : Pilih Multivitamin yang tepat

 

Kalsium

 
Ibu hamil juga perlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium penting sepanjang kehamilan bagi elakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
 
Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh bawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
 
OsteNutrix Shaklee bekalkan kalsium, magnesium dan vitamin D bagi kurangkan sakit badan, perbaiki kekejangan, kebas-kebas, bantu kurangkan insomnia, kekalkan kadar degupan jantung serta cegah sakit sendi tulang dan gigi. Ia penting untuk bantu proses pengecutan pada otot dan saraf.
 
Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun). Pastikan anda kenalpasti berapa keperluan Kalsium harian yang diperlukan wanita mengikut umur.



Protein

 
Protein adalah asas kepada sel yang sihat. Sel yang sihat akan sokong perkembangan tubuh yang sihat, untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan. Apa yang baik untuk ibu, juga baik untuk bayi. Ambil lebih banyak protein untuk:
    • Bantu pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat terutama semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi anda menjalani proses pertumbuhan yang pesat.
    • Pertumbuhan tisu payudara dan rahim optimum bagi ibu semasa hamil.
    • Kawal peningkatan berat badan 
Protein ESP bukan sekadar protein soya, tetapi juga kaya dengan kalsium dan  mengandungi 5 sumber vitamin B. ESP dihasilkan daripada soya Non-GMO, merupakan minuman protein soya yang sangat berkualiti tinggi dan selamat untuk diminum oleh ibu-ibu mengandung. 



Berita baik untuk semua ibu-ibu mengandung, bulan ini Shaklee ada sediakan Set Mengandung Shaklee bersama produk ekslusif Tanamera, Embun Smooth Tummy Oil dan Embun Relaxing Magnesium Oil.








Cara Dapatkan Set Mengandung Shaklee


Jika anda adalah ibu yang sedang hamil atau sedang planning nak hamil, boleh la cuba set ni sementara ada promo istimewa bulan ni.

Hubungi saya dengan klik link Wasap di bawah, untuk saya bantu anda dapatkan Set Wanita Mengandung Shaklee pada harga lebih jimat apabila daftar sebagai ahli Shaklee. 

Saya juga boleh bimbing anda, cara pengambilan berkesan yang eksklusif untuk kesan yang optimum. 

Berminat jadi ahli dan dapatkan harga ahli : Klik Link Express ini

 


Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


Sunday, September 10, 2023

9 Senarai Semak Keperluan Wanita Mengandung

Ketika mengandung, adalah penting bagi wanita untuk memahami sepenuhnya keperluan mereka dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan kehamilan yang sihat dan selesa. Pemahaman ini akan bantu meminimumkan risiko dan memberikan pengalaman kehamilan yang lebih positif.

Tanda-tanda kehamilan


Apabila hamil, anda akan menyedari beberapa perubahan pada badan anda. Kenali dan bersedia untuk perubahan ini agar tempoh kehamilan anda berjalan lancar. Berikut beberapa perubahan fizikal yang biasa dialami ketika hamil:
  • Tiada haid
  • Degupan jantung lebih laju
  • Pedih ulu hati
  • Loya (dengan atau tanpa muntah)
  • Berat badan meningkat
  • Selera makan dan minum meningkat
  • Buah dada membesar
  • Kerap buang air kecil



9 SENARAI SEMAK KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG


Mengambil langkah yang betul bagi pastikan perkembangan janin yang sihat sama penting dengan persediaan hadapi perubahan fizikal ketika hamil. Senarai semak ini boleh jadi panduan anda.

1- Buat pemeriksaan antenatal. 

Ini merujuk kepada pemeriksaan ketika hamil, apabila ujian dan pemeriksaan kesihatan rutin untuk ibu dan janin akan dijalankan. Ibu mengandung disarankan membuat pemeriksaan antenatal pertama dalam masa 12 minggu selepas disahkan hamil dan membuat 8 temujanji sepanjang kehamilan.



2- Menambah baik pemakanan. 

Bagi menyokong perkembangan sihat janin, ibu disarankan agar kerap mengambil suplemen asid folik (Vitamin B9) sebelum hamil sehingga sekurang-kurangnya minggu ke-12 kehamilan. Ini sangat penting untuk bantu elakkan kecacatan kelahiran didalam otak dan tulang belakang bayi. 



Tingkatkan juga pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien seperti vitamin C, vitamin D, zat besi, omega-3 dan kalsium.

Nutrisi lengkap untuk wanita mengandung amat penting untuk berat badan yang sihat, elak masalah tekanan darah tinggi, elak masalah kencing manis ketika hamil (GDM), tumbesaran bayi yang sihat, persiapan tubuh menghadapi proses  kelahiran dan kurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.




3- Kekal cergas. 

Bergiat aktif boleh bantu ibu hamil bersedia untuk bersalin. Walaupun senaman berat tidak dinasihatkan, senaman ringan seperti senaman lantai pelvis boleh menguatkan otot yang terlibat semasa bersalin. Ibu mengandung disarankan untuk kerap melakukan senaman ringan selama 15-30 minit, tiga kali seminggu.


4- Kerap minum air. 

Ibu mengandung perlu kekal terhidrat untuk sokong perkembangan janin. Wanita hamil memerlukan antara 1 hingga 1.5 ml air mineral setiap hari. Tapi, kalau sudah masuk ke trimester kedua dan ketiga, jumlah air harus lebih bertambah kerana ia dapat menghalang dehidrasi dan keletihan.

Salah satu kelebihan air mineral adalah ia dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada saluran kencing semasa hamil, malah bantu pembentukan cairan amniotik dan memelihara sel darah yang sihat.


5- Berhenti merokok. 


Merokok semasa hamil boleh menyebabkan kesan buruk pada janin. Dapatkan bantuan untuk berhenti merokok bagi pastikan bayi berkembang dengan sihat.


6- Bersedia secara kewangan. 

Menjadi ibu bapa ialah tanggungjawab kewangan yang berat. Berbincanglah dengan pasangan anda bagi memastikan anda berdua telah bersedia.


7- Mendaftar kelas antenatal. 

Kelas antenatal ini ada yang berbayar dan ada juga yang percuma. Tidak kisah yang mana pun anda pergi yang penting anda selesa. Apa yang penting ilmu yang diperolehi pasti amat berguna untuk anda.

Disebabkan itulah, ibu hamil terutama yang baru pertama kali hamil dinasihatkan hadir ke kelas antenatal untuk menggali sebanyak ilmu yang boleh terutama untuk persediaan bersalin dan berpantang nanti.


8- Mula rancang kelahiran. 

Anda disarankan untuk merancang pilihan anda sebelum bersalin dan selepas kelahiran (cth: hopital untuk bersalin, nama bayi, ubat penahan sakit dan privasi untuk doktor wanita dll). Ini membantu bidan menjadikan proses bersalin lebih selesa dan mudah.


9- Persediaan berpantang. 

Berpantang selepas bersalin memang sangat perlu bagi memastikan tubuh badan si ibu mampu pulih dan sembuh seperti sedia kala. Terpulanglah kepada anda sama ada ingin menggunakan cara berpantang moden atau cara berpantang tradisional, asalkan ia dilakukan dengan betul.

Jika anda tiada sokongan di rumah, anda mungkin perlu mencari pembantu atau rumah berpantang. Rancanglah lebih awal. Pastikan juga anda merancang untuk keperluan nutrisi sepanjang berpantang dan menyusukan anak.

Dalam kalangan masyarakat kita khususnya orang Melayu, tempoh ini kebiasaanya berlarutan selama 44 hari ataupun 100 hari – mengikut pilihan. 

Pastikan 

#1. Dapatkan rehat yang cukup
Semasa tempoh ini, perkara paling utama yang perlu wanita buat adalah berehat untuk menyegarkan kembali tubuh badan yang penat dan lemah. Antara tip yang mungkin kami boleh berikan di sini adalah untuk anda tidur pada waktu yang sama bayi anda tidur, sila cuba ya?

#2. Amalkan diet sihat
Wanita juga perlu untuk makan dan minum secara seimbang bagi dapatkan kembali nutrien yang mungkin sudah banyak kehilangan. ambil lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, serat, protein dan lain-lain untuk memastikan tubuh badan kekal sihat dan kuat. Buat anda yang menyusu badan, jangan lupa untuk minum lebih banyak air bagi menggantikan semula cecair dalam badan!

#3. Biasakan diri dengan perubahan!
  • Pembengkakan buah dada - Untuk pengetahuan anda, payudara wanita akan membengkak dan membesar ekoran penuh dengan susu beberapa hari selepas bersalin. Ia adalah normal namun akan menyebabkan ketidakselesaan yang boleh dikurangkan dengan tuaman. 
  • Perubahan dinding pelvik - Kawasan di antara rektum dan faraj (perineum) biasanya akan mengembang dan terkoyak ketika proses melahirkan bayi secara normal. Bagi memulihkan kembali perubahan pada dinding pelvik ini, terdapat beberapa kaedah yang mungkin boleh anda cuba termasuklah:
  1. Senaman Kegel
  2. Duduk di atas bantal
  3. Tuam kawasan terbabit
  4. Elakkan sebarang aktiviti lasak seperti mengangkat barangan berat ketika ini untuk elak dinding pelvik menjadi lebih teruk.
  • Sembelit - Adalah tidak pelik jika wanita hamil lepas bersalin itu mengalami sembelit selepas bersalin, jadi cara berpantang sendiri itu adalah sangat penting. Antara petua yang mungkin kalian perlu cuba adalah ambil lebih banyak serat dan air untuk merangsang aktiviti usus agar lebih lancar. Bersangkutan dengan dinding pelvik juga, Kegel adalah senaman terbaik yang boleh membantu menguatkan otot dan usus yang sudah lemah.



KESIMPULAN


Kehamilan ialah satu fasa penting dan mengujakan dalam hidup seorang Wanita Mengandung. Mengambil langkah yang tepat semasa setiap peringkat kehamilan akan memberi anda pengalaman yang lancar, selesa dan bebas tekanan.




Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023