Wednesday, August 23, 2023

Vitamin Asas Untuk Wanita dan Mengapa Ia Penting

Wanita adalah tonggak bukan saja buat sesebuah keluarga malah masyarakat. Nampak kan betapa pentingnya seorang wanita tu. Namun, wanita sering habiskan banyak masa untuk bantu orang lain, dan lupa nak jaga kesihatan diri mereka sendiri. 

Sayangilah diri anda kerana dirimu begitu berharga. Kebanyakan masalah kesihatan yang berlaku kini boleh di cegah jika wanita amalkan gaya hidup sihat.



Sebagai seorang wanita, penjagaan dalaman dan luaran amatlah penting. Jangan sekadar mementingkan fizikal semata-mata sehingga mengabaikan kesihatan dalaman pula!

Makanan seimbang dan berkhasiat adalah asas kepada tubuh yang sihat, dan tubuh yang sihat akan mempengaruhi emosi dan fikiran yang tenang dan stabil. Namun begitu, gaya hidup hari ini, amat sukarkan untuk kita penuhi keperluan zat dan khasiat penting untuk tubuh badan.


4 VITAMIN ASAS UNTUK WANITA


1- Multivitamin


Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan wanita yang sibuk bekerja, pengambilan multivitamin sangat diperlukan. Di samping itu, kumpulan lain yang sangat disyorkan untuk ambil multivitamin, termasuklah:
  • Ibu mengandung & menyusu - Golongan ini memerlukan zat besi yang mencukupi untuk membina darah. Ibu yang kurang zat besi akan kelihatan pucat , mudah letih, senang nak pitam dan nampak tak bermaya. Manakala bayi yang kekurangan zat besi akan mempunyai masalah kenaikan berat badan dan perkembangan yang tak seimbang.
  • Warga tua - Dengan usia, seseorang terdedah kepada osteoporosis. Oleh itu, perlu mengambil multivitamin yang mengandungi vitamin D dan kalsium untuk menjaga tulang kuat.
  • Individu yang ada masalah berat badan, Individu yang amalkan diet vegan, Individu yang aktif dan Individu yang selalu tertekan.

Vita-Lize mengandungi 25 jenis vitamin dan mineral, termasuk zat besi, asid folik dan vitamin B. Vita-Lize juga diformulasi agar mudah diserap oleh tubuh dan tubuh mendapat manfaat dengan kadar yang segera. Best kan?



2- Asid Lemak Omega-3


80% orang di seluruh dunia tidak mendapat nutrien ini yang secukupnya. Omega-3 adalah jenis lemak tidak tepu yang tubuh kita sangat perlukan. Bila bercakap tentang Omega-3, EPA dan DHA adalah yang paling penting!

Bukti yang kukuh berdasarkan ujian klinikal manusia menunjukkan bahawa EPA dan DHA omega-3 bantu dalam sokong kesihatan jantung, otak dan mata sepanjang hayat, dan kesihatan pranatal ibu, termasuk sokong kehamilan yang sihat dan perkembangan awal kanak-kanak. 

Paling best Omega-3 juga mengaktifkan Sel Imun dan meransang metabolisme tubuh.
  • Mengandungi ciri anti-keradangan untuk kurangkan keradangan yang sebabkan sistem imun jadi lemah. 
  • Memperbaiki peredaran darah dan meningkatkan tindak balas sel imun.
  • Banyak penyelidikan menunjukkan omega-3 menyokong sistem imun yang optimum dengan tingkatkan fungsi sei darah putih untuk melawan jangkitan.


Namun, sayangnya tubuh kita tidak dapat hasilkan asid lemak omega-3 ini. Jadi kita kena dapatkannya melalui pemakanan harian kita atau makanan tambahan.



3- OsteNutrix


Bekalkan kalsium, magnesium dan vitamin D bagi kurangkan sakit badan, memperbaiki kekejangan, kebas-kebas, bantu kurangkan insomnia, kekalkan kadar degupan jantung serta cegah sakit sendi tulang dan gigi. Ia penting untuk bantu proses pengecutan pada otot dan saraf. Berikut antara manfaat lain Kalsium OsteNutrix yang diperlukan wanita.



Pastikan anda kenalpasti berapa keperluan Kalsium harian yang diperlukan wanita mengikut umur.



4- EPO @ GLA Complex


Tambahkan Gamma Linolenic Acid (GLA) untuk merangsangkan kesihatan para wanita! GLA Complex bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah hormon wanita, malah lebih dari itu. 

Mengikut kajian, ia bantu merawat ulser, meningkatkan sistem imun badan untuk melawan virus, melegakan kelesuan, melegakan tekak akibat kahak, meringankan kebas urat saraf dan juga meningkatkan stamina.

Apalagi kelebihan GLA ni?
  • Ia bantu kurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, dan kulit kering.
  • Ia bantu rendahkan tahap kolestrol LDL.
  • Ia bantu kawal penambahan berat badan dengan berkesan.
  • Ia bantu perbaiki rambut kering dan keguguran rambut

GLA (gamma-linolenic acid) dipasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). GLA Complex Shaklee diekstrak dari Borage yang ada lebih dari 2x ganda GLA dalam EPO. Borage juga 3x lebih berkesan dari EPO.

Setiap kapsul ada lebih 300mg GLA, yang mana adalah sumber terbaik Omega-6. Juga digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E utk tingkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Malah, ia amat bermanfaat untuk setiap wanita di semua peringkat umur.

Jika anda mahukan keselesaan dan kesejahteraan menyeluruh setiap bulan, GLA (Asid Linolenik Gamma) adalah jawapan yang anda cari. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan ole badan, maka ia adalah penting untuk diambil setiap hari melalui pemakanan atau suplemen.

Kekal Sihat dan rasa hebat setiap bulan


KESIMPULAN


Ha, sekarang anda dapat lihat bukan fungsi setiap vitamin dan mengapa wanita perlu Vitamin Untuk Wanita. Tapi, kami tak kata suplemen satu-satunya usaha yang anda perlu dipraktikkan kerana pemakanan masih lagi aspek paling penting.

Asas kesihatan yang baik, tidak kira berapa umur anda! 

Makan secara sihat, bergerak aktif, pergi pemeriksaan kesihatan berkala, urus stres, jaga kesihatan mental, dan jangan ambil risiko yang tidak perlu, seperti mesej teks semasa memandu. Sama ada anda berumur 20-an, 40-an, 50-an atau 60-an, asas kesihatan yang baik, sama gais! 

Boleh ke boleh?



CARA NAK DAPATKAN VITAMIN ASAS UNTUK WANITA


Hubungi saya dengan klik link Wasap di bawah, untuk saya bantu anda dapatkan Vitamin asas untuk Wanita pada harga lebih jimat apabila daftar sebagai ahli Shaklee. Saya juga boleh bimbing anda, cara pengambilan berkesan yang eksklusif untuk kesan yang optimum.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023

Doa Amalan Harian Wanita Perlu Ucapkan Pada Setiap Permulaan Hari

Wanita, baik yang single mahupun yang sudah berkeluarga, walau apapun yang kita hadapi, kejayaan atau ujian, ingatlah bahawa segalanya datang dari Allah SWT. Justeru, berdoalah dalam apa jua keadaan kerana pertolongan dan janji Allah swt itu pasti! 


MENGAPA KITA PERLU BERDOA?


Setiap hari, celik sahaja mata kita tidak dapat elakkan diri dari godaan dan hasutan syaitan serta kejahatan tipu daya manusia. Doalah merupakan pelindung dan senjata kepada setiap orang. Tiada satu senjata yang mampu melawan kuasa doa, walau sehebat canggih senjata dimuka bumi ini.

Dengan berdoa, ianya dapat menjadi ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahir mahupun penyakit batiniah seperti hasad dengki, irihati, bangga diri, riak dan seumpamanya.

Berdoa juga dapat mententeramkan jiwa. Berdoa menjadi penawar dan penenang kepada hati yang sedang bersedih dan ditimpa musibah. Firman Allah, Surah Ar-Ra'd, 13:28
"Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang".

Maka jika menghadapi sesuatu masalah atau musibah berdoalah padanya nescaya hati akan menjadi lebih kuat dan tenang dalam menghadapi ujiannya. 

Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Jika berlaku persengketaan atau pergeseran berdoalah untuk kedamaian kerana Allah swt akan memakbulkan. Sabda Rasulullah, 
"Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah." (H.R.Muslim)

Sebagai wanita ayuh kita ambil kesempatan setiap saat, mahupun setiap minit, jam, setiap hari, bulan mahupun tahun, untuk belajar dan amalkan doa-doa hebat yang ada di dalam Al Quran serta yang diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada kita.


DOA AMALAN HARIAN WANITA PERLU UCAPKAN PADA SETIAP PERMULAAN HARI 


1- Doa mohon perlindungan dari gangguan Syaitan


Amalkan dua ayat 97 dan 98 daripada surah Al Mukminun, dibaca berulang kali. Ayat ini adalah perintah untuk kita berdoa kepada Allah SWT agar dilindungi daripada gangguan syaitan dan yang seumpamanya. InsyaAllah orang yang amalkannya akan terhindar daripada bisikan atau godaan syaitan, sikap ragu-ragu dan was-was yang sentiasa menghantui fikiran kita.

Syaitan tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan manusia. Dia akan tetap mendekati kita umat manusia sekalipun kita sedang solat. Kerana syaitan itu tidak pernah berputus asa menyesatkan anak Adam. Baca, faham dan amalkanlah. Didoakan Allah bantu kita semua.



2- Doa elak 8 perkara yang boleh sebabkan terhalang atau lambat untuk bahagia dan berjaya dunia & akhirat.


Doa yang diajarkan Rasulullah kepada Abu Umamah, ketika sedang berdukacita dan diselubungi masalah hutang. Baginda bersabda: 
“Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang".

Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.” Riwayat Abu Daud (4/353).

Kawan-kawan, sama-sama kita amalkan. Bukan sahaja untuk elak masalah beban hutang, malah untuk elak sifat malas, sedih, pengecut, gelisah, lemah, kedekut, ditindas serta dijauhi sifat kelalaian yang merugikan.



3- Doa agar dimudahkan segala urusan


Doa Yang Diwasiatkan Kepada Fatimah, Puteri Rasulullah SAW. Dari Anas bin Malik r.anhu, ia berkata bahawa Nabi SAW bersabda pada Fatimah (puterinya),
“Apa yang menghalangimu untuk mendengar wasiatku atau yang kuingatkan padamu setiap pagi dan petang iaitu ucapkanlah
 


Jika kawan-kawan mahukan kelainan ketika berdoa, boleh juga ambil peluang untuk ‘upgrade’ doa kita dengan menyebut nama ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum’ untuk meraih peluang serta kelebihan yang telah Allah sediakan.


4- Doa agar dapakan kecukupan dalam hidup


Agar mendapat kecukupan dalam hidup, dianjurkan membaca doa ini. Doa tersebut merupakan petikan dari Surat At Taubah, 9 ayat 129.




5- Doa penyerahan segala Urusan


Doa ini mengandungi unsur yang melepaskan kekuatan seorang hamba dan serahkan semuanya kepada Allah S.W.T. Melakukan itu dengan penuh harap dan cemas. Hanya kepada Allah, manusia berharap dan takut.

Kita tidak tahu apa yang akan terjadi, bermacam-macam kemungkinan. Ketidaktahuan kita, seharusnya buatkan kita serahkan semua urusan kita kepada Allah S.W.T yang Maha Tahu ketidak mampuan kita. Sepatutnya semua ini menjadikan kita termotivasi untuk menyerahkan semuanya kepada Allah S.W.T, Tuhan yang Maha Berkuasa. 

Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, mendefinasikan makna dari tawakal itu ialah ‘menyerahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T’.



KESIMPULAN


Demikianlah antara doa yang bagus untuk wanita di setiap permulaan hari. Bersama-sama kita laksanakan ibadah harian ini sesuai ikut kemampuan diri kita. 

Biarlah sedikit asal berterusan dan diberkati olehNya. Semoga kita kekal istiqomah dan berusaha untuk pertingkatkan lagi amalan serta ilmu setiap hari. Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah amalan yang paling dicintai Allah s.w.t.

Semoga hidup kita diberkati, dirahmati dan lebih baik dari sebelumnya dalam mencari redha Allah menuju Syurga Abadi. InsyaAllah. 



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023

Wednesday, August 9, 2023

Vitamin E untuk Anda dan Saya

Dikenali sebagai antioksida yang melindungi badan daripada tekanan oksidatif, vitamin E bantu tingkatkan kesejahteraan menyeluruh bagi lelaki dan wanita.

Menggalakkan Fungsi Jantung Yang Sihat


Dengan ciri antioksida, vitamin E bantu untuk:
  • Halang proses oksidasi LDL (kolesterol tidak baik) pada lapisan dalam dinding salur darah anda.
  • Tingkatkan pengaliran darah yang lebih lancar dengan mencegah pembentukan plak atau penyumbatan dalam salur darah anda.



Meningkatkan Kualiti Sperma


Ambillah vitamin E untuk mantapkan ciri kelelakian anda! la galakkan:
  • Struktur sperma yang sihat dan sempurna.
  • Pergerakan sperma dalam arah yang betul.
  • Pengurusan andropaus yang lebih baik.

Meningkatkan Kesuburan Wanita


Vitamin E adalah vitamin yang penting untuk ovari dalam :
  • Bertindak sebagai antioksida anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur.
  • Tingkatkan mukus serviks untuk jadikan sperma lebit mudah untuk hidup lebih lama.
  • Bantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.

Untuk Kulit Yang Lebih Sihat


Vitamin E bahan yang biasa ditambah dalam rangkalan produk kosmetik Untuk bantu:
  • Kurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV.
  • Bekalkan zat dan melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Tahukah anda?
Vitamin E digunakan secara meluas dalam rangkaian produk kosmetik kerana ciri antioksidanya yang berkesan. Cubalah YOUTH Radiance C+E dengan dos berpaten yang mengandungi 20% vitamin C tulen dan vitamin E yang berkuasa dan ditambah ekstrak sel raspberi untuk menganjalkan, mencerahkan dan kurangkan penampilan garis-garis halus serta kedutan.



Menyokong Kecergasan dan Kesihatan Otot


Ketika anda menjalani latihan atau senaman, otot anda akan hasilkan tenaga dan radikal bebas. Vitamin E dapat bantu untuk 
  • Kekalkan jisim otot yang sihat dengan cegah kerosakan kepada sel-sel otot yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melegakan kesakitan otot selepas latihan dan senaman dengan bantu kurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.


Jadi, adakah anda mendapat vitamin E yang mencukupi setiap hari?


Vitamin E adalah vitamin yang perlu untuk tubuh kita sebab tubuh kita tak dapat buat sendiri. Justeru kena amik daripada pemakanan dan suplemen.

Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin E seperti kekacang dan biji-bijian ke dalam pemakanan seharian atau anda boleh ambil suplemen vitamin E untuk meningkatkan kesihatan anda!

  

Supplemen Vitamin E Shaklee dikenali sebagai Vita-E Complex, dari sumber semulajadi minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk biologi vitamin E yang mudah diserap oleh tubuh. 
Vita E Complex mengandungi selenium, yang berfungsi meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh kita. Tahukah anda, Selenium adalah bahan penting yang mesti ada bersama supplemen vitamin E untuk kesan yang optimum.
Paling best Vita E Complex ditambah lagi dengan ekstrak biji anggur yang kaya dengan anti oksida, dikenali sebagai proantosianidin. Pastikan anda check label Vitamin E anda dan pastikan bahan-bahan penting ini ada.


Baca juga : Vitamin E dengan Selenium untuk Kesihatan Tiroid 


Bagaimana Nak Dapatkan Vitamin E Shaklee dan Youth Radiance C&E?


Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! 
Jika anda ingin pergi ke branch atau HQ Shaklee dan register jadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus.

Perlukan maklumat lanjut? Hubungi saya dengan klik wasap di bawah untuk kita sembang dengan lebih lanjut lagi.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


Kenali CoQ10 dan Mengapa ia Penting Untuk Tubuh

Beratus-ratus kajian saintifik menunjukkan bahawa CoQ10 merupakan salah satu antioksidan yang paling cemerlang dan boleh bantu kekalkan jantung yang sihat, tekanan darah dan paras kolesterol yang baik!

Daripada semua organ dalam badan, jantung adalah yang paling responsif terhadap CoQ10 kerana 10 kali ganda lebih banyak CoQ10 dijumpai secara semulajadi di dalam jantung berbanding di mana-mana tempat lain dalam badan.


Jantung memerlukan CoQ10 untuk beri tenaga bagi mengepam darah dengan lebih cekap, di samping beri tenaga untuk mengendur dan tenaga yang mantap untuk mendenyutkan jantung secara berterusan. 


APAKAH ITU COQ10?


CoQ10 atau Coenzyme Q10 ialah vitamin larut lemak yang terdapat dalam hampir semua sel. Ia merupakan antioksidan semulajadi yang kuat yang bertanggungjawab untuk penghasilan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh hasilkan tenaga sendiri untuk berfungsi. Ia diperlukan dalam mitokondria (pusat penghasilan tenaga) dalam sel. Secara amnya – CoQ10 adalah untuk hasilkan tenaga dan juga lawan radikal bebas.

Tenaga yang terhasil di dalam mitokondria ini dinamakan Adenosine Triphosphate (ATP). Makin banyak nutrien CoQ10, makin mudah penghasilan tenaga ATP. Jadi badan akan bantu otot-otot jantung mengepam darah ke seluruh tubuh dengan lebih baik.

Namun, semasa penghasilan ATP, akan terhasil juga radikal bebas. Makin banyak tenaga, makin banyak jugaklah radikal bebas. Radikal bebas inilah yang akan merosakkan sel-sel otot jantung dan boleh menyebabkan penyakit jantung. Justeru, CoQ10 diperlukan untuk melindungi sel daripada kerosakan oleh radikal bebas.



MENGAPA BADAN PERLU COQ10 TAMBAHAN, JIKA BADAN BOLEH HASILKAN SENDIRI? 


Badan kita  secara semulajadi hasilkan CoQ10, namun ianya merosot seiring dengan gaya hidup dan usia. 

Berdasarkan satu kajian, tubuh kita berupaya hasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi diusia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung hanya berjaya hasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10.



Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah Statin, bagi rendahkan kolestrol boleh kurangkan penghasilan CoQ10 dalam badan sebanyak 40%! 

Dalam makanan juga, kita boleh dapat bekalan CoQ10, seperti daging organ, daging lembu, minyak soya, sardin, makarel dan kacang tanah. Namun, kadarnya sangat sedikit berbanding dengan jumlah harian CoQ10 yang badan kita perlukan. Kita kena makan dengan sangat banyak, untuk dapatkan kuantiti CoQ10 yang tubuh kita perlukan.

Jadi, pengambilan suplemen boleh bantu untuk kekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita.



BERAPA BANYAK COQ10 YANG TUBUH PERLUKAN DAN APA MANFAAT COQ10?


Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 berikan pelbagai manfaat kepada badan. Antaranya;

1- Kekal bertenaga


CoQ10 meningkatkan tahap tenaga, menambah stamina dan kurangkan kelesuan. Ia sokong gaya hidup aktif, kekal bertenaga sepanjang hari, tingkatkan kekuatan otot dan percepatkan proses pemulihan luka dan otot. Gabungan Polifenol dan CoQ10 umpama seperti berikut.




2- Memperbaiki peredaran darah 


CoQ10 paling banyak didapati di jantung kerana ia menggunakan paling banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan. CoQ10 banyak beri manfaat kepada jantung dari segi kuatkan otot jantung, peredaran darah yang sihat, kurangkan risiko penyakit jantung dan berikan tahap tenaga yang lebih baik untuk mereka yang ambil Statin, ubat kolestrol.

Banyak kajian menunjukkan CoQ10 berpotensi kurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan.

Tindakan CoQ10 sebagai antioksida yang kuat menghalang oksidasi LDL, Kolestrol Jahat dan halang dari melekat dan sumbatkan salur darah.


3- Kesihatan kesuburan


Berita baik untuk pasangan yang TTC. Untuk lelaki dan wanita, Coenzyme Q10 sangat-sangat bagus. CoQ10 bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sperma daripada kerosakan radikal bebas dan juga tingkatkan bilangan sperma. 

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10 membantu:
  • Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
  • Meningkatkan pergerakan sperma.
  • Meningkatkan kualiti ovum.

Cukup Coenzyme Q10, sperma jadi macam speedboat. Tak payah kayuh sampan dah. Laju dan cepat. Jadi, kesuburan lebih tinggi. 

Ujian klinikal yang dibuat ke atas 228 lelaki tidak subur. 
114 lelaki biasa dijadikan sebagai kawalan.
Keputusannya, JUMLAH dan PERGERAKAN SPERMA meningkat seperti berikut


4- Kulit berseri


CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya. la juga bekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak untuk memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit kekal berseri dan kelihatan lebih muda. 

Pengambilan CoQ10 juga bantu kulit agar lebih tegang, lebih cerah berseri, anjalkan kulit dan kurangkan kedutan serta tingkatkan tekstur kulit kelihatan lebih muda.


5- Ketajaman minda


Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 bantu kurangkan pembentukan plak amiloid, salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak. Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, jana fungsi sel otak yang sihat serta tingkatkan fokus.


6- Menghalang serangan Migrain


Kajian menujukkan CoQ10 mampu kurangkan kekerapan pening kepala sebanyak 30% dan kurangkan loya berkaitan pening kepala sebanyak 45% bagi dewasa. Pengambilan CoQ10 juga  kurangkan serangan migrain bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap CoQ10 yang rendah.

Bagaimanapun, CoQ10 tidak berkesan dalam rawatan migrain apabila ia telah terjadi.


7- Bantu pesakit Diabetes


Oksidatif stress boleh sebabkan kerosakan sel dan ini boleh bawa kepada penyakit metabolik seperti diabetes (kerintangan insulin berlaku). CoQ10 telah dicadangkan untuk bantu meningkatkan 'insulin sensitivity' dan kawal paras gula dalam darah.


SIAPA YANG PERLUKAN MANFAAT COQ10?


  • Semua orang  dewasa, baik lelaki dan wanita. Memandangkan penghasilan CoQ10 mula berkurangan bila usia melebihi 20, jadi mereka yang berusia 20 tahun ke atas dan ingin kekal sihat bolehlah disarankan untuk ambil CoQ10. Dos sesuai adalah 50mg-100mg sehari.
  • Orang yang lifestyle dia sangat sibuk, travel sana sini, kerja non stop workaholic, suka hiking, suka aktiviti lasak, perlukan tenaga yang sangat-sangat banyak juga sangat disarankan amalkan CoQ10. Dos sesuai adalah 50mg-100mg sehari.
  • Buat mereka yang aktif sukan, otot akan alami injury. Sel perlukan tenaga untuk repair balik dan ganti sel yang baru. Maka CoQ10 boleh bantu proses wound healing/pembaikpulih luka dengan lebih pantas. Dos sesuai adalah 50mg-100mg sehari.
  • Bagi mereka yang berusia 60 ke atas / mereka yang mengambil ubat statin, memerlukan dalam 100-200mg sehari.
  • Bagi pesakit jantung, darah tinggi, kolestrol mahupun mereka yang baru lepas pembedahan bypass jantung, dapatkan nasihat doktor sebelum ambil suplemen CoQ10.


KESIMPULAN


Sebagai ibu, hari-hari macam kerja non stop kan? Jadi, kalau badan rasa letih, tak larat, lesu, nak ke kita dalam keadaan macam ni berterusan? Cari sesuatu yang boleh tingkatkan tenaga kita. Bila kita ada cukup tenaga, kita boleh buat macam-macam. Tak sempat nak rasa letih, insyaAllah.

Serlahkan hidup anda dengan CoQ-Trol Plus dari Shaklee sebagai penjana tenaga utama anda!

Bukan hanya mengandungi CoQ10, tapi turut mengandungi Resveratrol dan Mixed Tocopherol (Vit E).

 CoQ-Trol Plus Shaklee ini mengandungi :

      • 100 mg Coenzyme Q10 (Ubidecarenone)
      • 5.5 mg Mixed Tocopherols
      • 2 mg Resveratrol (dari ekstrak akar Polygonum Cuspidatum)

Dengan peningkatan tahap tenaga yang lebih baik, kita mempunyai lebih ketajaman mental, berasa lebih bertenaga, sihat dan dapat lakukan lebih banyak perkara dalam satu hari. 

Sayangi kehidupan anda dan rasai sendiri manfaat CoQ10.
Dapatkan CoQ10 anda hari ini!



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


Tuesday, August 1, 2023

Kepentingan dan Manfaat Lecithin

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.



APA KANDUNGAN LECITHIN?

  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan


KEGUNAAN LECITHIN


PALING UTAMA

    1. Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
    2. Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
    3. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
    4. Membantu kawal paras triglycerides.
    5. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
    6. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

    1. Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
    2. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecitin.
    3. Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK WARGA TUA

    1. Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
    2. Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN

    • Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman.

UNTUK SEL

    1. Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
    2. Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita.

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

    • Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.


KESIMPULAN



Kepada mereka yang nak kuruskan badan, memecahkan dan mencairkan lemak terutamanya kolestrol, atau kepada mereka yang banyak menggunakan otak (student contohnya), amatlah digalakkan mengambil Lecithin ni sebagai makanan tambahan.


CARA DAPATKAN LECITHIN


Hubungi saya dengan klik link Wasap di bawah, untuk bantu anda dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat apabila daftar sebagai ahli Shaklee. Saya juga boleh bimbing anda, cara pengambilan berkesan yang eksklusif untuk kesan yang optimum. 



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023