Showing posts with label Vitamin Wanita. Show all posts
Showing posts with label Vitamin Wanita. Show all posts

Thursday, October 23, 2025

Gabungan power: Vitamin B + Omega-3 Bantu Uruskan Stres dan Mood lebih baik & Otak lebih tajam

Hari ini, masalah stres dan gangguan emosi semakin membimbangkan di seluruh dunia. Gaya hidup moden, tekanan kerja, media sosial, dan kurang rehat menyumbang kepada peningkatan keresahan dan kemurungan. Kanak-kanak dan wanita antara golongan paling terkesan – kanak-kanak sukar fokus dan membina keyakinan diri, manakala wanita berisiko alami ketidakseimbangan hormon dan keletihan mental. 

Mengatasi isu ini penting untuk membina masyarakat yang sihat, seimbang emosi, dan generasi masa depan yang lebih kuat dari segi mental.


Dalam kehidupan seharian yang sibuk, tekanan atau stres jadi sesuatu yang hampir tidak dapat dielakkan. Namun, dengan sokongan nutrisi yang tepat, tubuh kita boleh lebih tenang dan emosi lebih stabil. Vitamin B-Complex dan asid lemak Omega-3 kedua-duanya memainkan peranan penting dalam sokong kestabilan emosi dan kurangkan tekanan, walaupun melalui mekanisme yang berbeza. 

Vitamin B seperti B6, B9 dan B12 bantu penghasilan neurotransmitter penting seperti serotonin dan dopamin yang kawal mood dan tindak balas terhadap stres. Omega-3 (EPA dan DHA) pula bertindak sebagai anti-radang otak, menyokong struktur sel otak dan memperbaiki kepekaan isyarat saraf.
 
Jom kita telusuri dengan lebih lanjut.

VITAMIN B-COMPLEX: VITAMIN ANTI-STRES 


Suplemen Vitamin B, terutamanya vitamin B-kompleks, memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga dan fungsi otak, menjadikannya salah satu penyelesaian utama untuk keletihan dan ketidakseimbangan emosi. B-Complex mengandungi gabungan vitamin B penting seperti B1, B2, B3, B5, B6, B9 (folate), dan B12 yang memainkan peranan besar dalam kesihatan sistem saraf dan pengurusan tekanan.

 Berikut adalah peranan vitamin B tertentu:

  • Vitamin B1 (Tiamina): Bantu memecahkan karbohidrat kepada tenaga yang boleh digunakan.

  • Vitamin B2 (Riboflavin): Sokong penghasilan ATP yang bekalkan tenaga kepada sel badan.

  • Vitamin B3 (Niasin): Sokong metabolisme tenaga dan perbaiki peredaran darah.

  • Vitamin B5 (Asid Pantotenik): Bantu penghasilan koenzim A yang penting dalam penghasilan tenaga.

  • Vitamin B6 (Piridoksina): Terlibat dalam metabolisme glukosa dan penghasilan neurotransmitter.

  • Vitamin B12 (Kobalamin): Penting untuk pembentukan sel darah merah dan pengangkutan oksigen — mencegah keletihan.


Siapa yang paling mendapat manfaat?

  • Mereka yang kekurangan B12 atau B6, terutamanya vegetarian, warga emas, dan mereka yang mengalami gangguan pencernaan.

  • Individu yang mengalami stres kronik atau kerja berlebihan, kerana stres boleh kurangkan simpanan vitamin B dalam badan.

  • Mereka yang alami anemia, kerana B12 dan folat penting untuk penghasilan sel darah merah.

  • Vitamin B, terutamanya B6, B9 (folat), dan B12, sangat penting untuk sintesis neurotransmitter seperti serotonin, dopamin, dan GABA yang penting untuk keseimbangan emosi. Neurotransmitter ini kawal emosi, tidur, dan fungsi sistem saraf secara keseluruhan.
  • Penghasilan Tenaga dan Metabolisme. Vitamin B diperlukan untuk menukar makanan kepada tenaga, bantu kurangkan rasa letih dan tingkatkan tahap tenaga secara keseluruhan. Ini secara tidak langsung boleh kurangkan tekanan yang berpunca daripada keletihan atau rasa terlalu terbeban.
  • Kesihatan OtakVitamin B6, B9 dan B12 juga menyokong metabolisme homosistein – tahap homosistein yang tinggi dikaitkan dengan risiko kemerosotan kognitif dan demensia. Oleh itu, ia menyumbang kepada kesihatan otak jangka panjang dan dapat kurangkan tekanan yang berpunca daripada kebimbangan berkaitan fungsi otak. 
  • Sokong Keseimbangan Hormon Wanita. Sangat membantu untuk wanita yang mengalami mood swing sebelum haid atau semasa menopaus.


OMEGA-3 (Minyak Ikan): LEMAK BAIK UNTUK OTAK & EMOSI 


Omega-3 (terutama EPA dan DHA) adalah lemak sihat yang penting untuk fungsi otak dan kesihatan saraf. Bagaimana Omega-3 membantu? 

  • Kesan Anti-Radang

Omega-3, terutamanya EPA dan DHA, terkenal dengan sifat anti-radang yang kuat. Inflammation yang kronik dalam otak boleh menyebabkan mood tidak stabil – Omega-3 bantu meredakannya. 
  • Fungsi dan Struktur Otak
Omega-3 sangat penting untuk fungsi dan struktur otak, termasuk membran sel dan isyarat neurotransmitter. Ia membantu meningkatkan prestasi kognitif, kurangkan keradangan di otak, dan melindungi daripada penyakit neurodegeneratif. DHA adalah komponen penting dalam struktur otak – bantu memelihara memori dan tumpuan.
  • Pengawalan Mood :Tingkatkan Mood dan Kurangkan Kemurungan

Omega-3 dipercayai mempengaruhi mood dengan kawal aktiviti neurotransmitter dan kurangkan penghasilan penanda keradangan. Ini boleh bantu melegakan simptom kemurungan dan keresahan.

Kajian menunjukkan pengambilan Omega-3 secara konsisten sangat membantu kurangkan simptom kemurungan dan keresahan. 

  • Perlindungan daripada Kesan Tekanan
Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh bantu kurangkan perubahan biopenanda (biomarkers) yang berkaitan dengan stres, seperti kortisol dan telomerase, yang menunjukkan potensi kesan perlindungan terhadap tekanan. Secara tak langsung, ia bantu tubuh bertindak balas terhadap stres dengan lebih tenang, tanpa terlalu cepat panik atau tertekan.


GABUNGAN VITAMIN B + OMEGA-3 = "NATURAL MOOD BOOSTER" SEMULAJADI 


Berikut adalah 5 kajian utama yang menyokong kenyataan bahawa gabungan Vitamin B (terutamanya B12) dan Omega‑3 berkesan sebagai “Mood Booster” semula jadi, lengkap dengan rujukan untuk bacaan lanjut:

1. Kajian haiwan (Wistar rats) – Vitamin B12 + Omega‑3 meningkatkan BDNF & prestasi kognitif

Dalam kajian lintas generasi ke atas tikus Wistar, suplementasi kombinasi vitamin B12 dan omega‑3 menghasilkan peningkatan yang signifikan dalam tahap brain-derived neurotrophic factor (BDNF) dan DHA di korteks serta hippocampus. Ia juga memperbaiki prestasi kognitif berbanding kumpulan yang hanya B12 sahaja. Ini menunjukkan sinergi nutrien dalam menyokong kesihatan otak & mood. Rujuk Pubmed untuk lebih lanjut.

2. Ulasan dari Journal of Biomedical Science 2016 – Peranan B12 dan Omega‑3 dalam fungsi otak

Kajian ini memberikan gambaran jelas tentang bagaimana kekurangan vitamin B12 dan omega‑3 memberi kesan negatif pada fungsi otak dan plasticity sinaptik. Penyediaan sinergi antara kedua nutrien ini disarankan untuk mencegah gangguan neurobehavioural—seperti mood tidak stabil & penurunan kognitif. Rujuk Jurnal BioMedical Science untuk info lanjut.

3. Meta-analisis & Ulasan Vitamin B‑Group – Manfaat terapi terhadap stres di kalangan dewasa

Ulasan meta terhadap beberapa percubaan terkawal secara rawak menunjukkan bahawa suplementasi vitamin B-group (≥3 jenis) sebahagian besarnya membantu mengurangkan stres dalam populasi sihat dan “at-risk” (SMD ≈ 0.23; p = 0.03). Ia menyokong kestabilan mood walaupun data mengenai kemurungan kurang konsisten. Rujuk Jurnal MDPI .

4. Ulasan komprehensif Omega-3 dalam gangguan mood & kemurungan

Beberapa meta-analisis RCT mendapati omega‑3, terutamanya EPA, memberikan kesan sederhana dalam mengurangkan simptom kemurungan (SMD ≈ 0.4–0.6) sama ada sebagai terapi tambah kepada antidepresan atau terapi sendirian. Bukti juga menyokong pengaruh pada neurotransmitter dan mengurangkan keradangan otak.

5. Kajian Anxiety Meta-Analysis 2024 – Omega‑3 menurunkan stres & keresahan

Meta-analisis terbaru dalam BMC Psychiatry (2024) menunjukkan omega‑3 berkesan mengurangkan simptom anxiety dan tekanan apabila diambil dalam dos terapeutik (EPA/DHA) dalam jangka waktu ≥3 minggu. Hasil ini menunjukkan peranan penting dalam mengawal stres & mood secara klinikal.

Kajian menunjukkan bahawa gabungan vitamin B-Complex dan asid lemak Omega-3 boleh memberi kesan sinergi dalam sokong kestabilan emosi dan kurangkan tekanan.


SIAPA SESUAI AMALKAN? 

  • Ibu bekerja yang sering penat dan tertekan
  • Ibu menyusu atau ibu berpantang
  • Wanita dalam fasa perimenopaus atau menopaus
  • Pelajar sekolah mahupun universiti atau sesiapa yang hadapi tekanan belajar/kerja
  • Mereka yang sedang alami gangguan emosi, anxiety atau mood swing.


KESIMPULAN


Mulakan hari ini dengan mengamalkan gabungan Vitamin B-kompleks dan Omega-3 sebagai langkah semula jadi menyokong kestabilan emosi, fokus dan kesihatan mental. B-kompleks bantu penghasilan hormon mood seperti serotonin, manakala Omega-3 kurangkan keradangan otak dan tingkatkan fungsi saraf.

Remaja, pelajar dan wanita sangat disarankan amalkan vitamin ini kerana kelompok ini paling terdedah kepada stres, keletihan mental dan ketidakseimbangan hormon. Jangan tunggu hingga emosi terganggu—mulakan rutin sokongan nutrisi ini hari ini untuk minda yang lebih tenang, fokus dan seimbang.


Salam Sayang, 
 Azlin M. Atan | Wasap. 019-2682709 | azlin.mohdatan@gmail.com 
#PengedarShakleeDenaiAlam 
 COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam

 * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Sunday, November 10, 2024

Kebahagiaan Wanita dan Hormon: Benarkah Gangguan Hormon boleh Mencuri Kebahagiaan Wanita Tanpa Sedar? Jika Benar Apa Solusinya


Kebahagiaan dan hormon wanita tidak boleh dipisahkan kerana hormon memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal emosi, tenaga dan kesejahteraan mental wanita setiap hari.  

Naik turun hormon yang berlaku sepanjang hidup wanita, seperti semasa haid, kehamilan, berpantang, menopause atau stres, tanpa sedar beri kesan kepada mood, emosi, tenaga, produktiviti, hubungan, keseimbangan hormon dan prestasi harian seorang wanita.

BAGAIMANA GANGGUAN HORMON BOLEH MENCURI KEBAHAGIAAN WANITA? 


1. Hormon Estrogen dan Mood: 


Tahukah anda, Estrogen memainkan peranan utama dalam mengawal mood wanita. Apabila tahap estrogen tinggi, seperti semasa fasa folikular (hari 1-13, sebelum ovulasi), wanita cenderung untuk merasa lebih cergas, ceria, positif, mood lebih stabil dan bertenaga. 

Namun, bila estrogen rendah, mood jadi turun naik macam rollercoaster, terutama semasa PMS, menopaus, atau ketidakseimbangan hormon, seterusnya menyebabkan perubahan mood yang ketara, termasuklah kemurungan, kerisauan dan rasa cemas (anxiety).

Estrogen juga mempengaruhi neurotransmitter seperti serotonin, yang bertanggungjawab untuk rasa bahagia. Oleh itu, gangguan hormon estrogen sering “mencuri” kebahagiaan seorang wanita setiap bulan.

2. Hormon Progesteron dan Keseimbangan Emosi: 


Progesteron adalah hormon yang berfungsi untuk menenangkan tubuh, tetapi perubahan tahapnya boleh beri kesan besar kepada keseimbangan emosi seorang wanita.

Semasa fasa luteal (selepas ovulasi), tahap progesteron meningkat. Semasa fasa ini seorang wanita boleh mengalami perasaan mudah marah, ketegangan, kerisauan dan keletihan mental yang turut kurangkan kebahagiaan wanita.

Wanita yang mengalami ketidakseimbangan hormon sering meluahkan perasaan kehilangan minat dalam aktiviti harian dan rasa susah untuk rasa gembira. Ketidakseimbangan ini “mencuri” kebahagiaan wanita. 

3. Kortisol dan Stres: 


Kortisol adalah hormon yang mengatur stres, metabolisme dan sistem imun. Ia dihasilkan apabila tubuh berhadapan dengan tekanan. Tahap kortisol yang tinggi, akibatkan stres kronik, turunkan kualiti tidur, tingkatkan kerisauan dan mengganggu keseimbangan emosi sesiapa sahaja.

Wanita yang mengalami stres berpanjangan lebih cenderung untuk mudah tertekan dan kurang bersemangat. Paling teruk, jika kortisol tidak dikawal, ia boleh menyebabkan 'cortisol belly'—lemak perut berlebihan yang sukar dikurangkan. Ini kerana kortisol meningkatkan selera makan dan memperlambatkan metabolisme, seterusnya jadikan penurunan berat badan lebih mencabar terutama wanita 40-an ke atas.

Bukan itu saja, pengumpulan Lemak viseral juga turut dirangsang di dalam rongga abdomen dan di sekitar organ-organ seperti hati, pankreas dan usus. Lemak visceral ini berbahaya kerana meningkatkan risiko bukan sahaja penyakit jantung, malah diabetes dan tekanan darah tinggi turut sama datang tanpa diundang. 

4. Oxytocin dan Ketenangan:


Oksitosin adalah hormon yang penting dalam tubuh wanita, terutamanya semasa proses kelahiran dan penyusuan serta bantu dalam penyembuhan selepas bersalin, dengan kurangkan pendarahan dan merangsang pengecutan rahim.

Oksitosin juga dikenali sebagai “hormon cinta” kerana ia memperkuatkan ikatan emosional antara ibu dan bayi serta dalam hubungan sosial, meningkatkan perasaan kepercayaan, kasih sayang dan keintiman. 

Dalam kurangkan stres dan rasa cemas, oksitosin bertindak sebagai agen penenang dan bahagia untuk memberi keseimbangan hormon dan kedamaian. Oksitosin juga berperanan dalam tingkatan hubungan sosial dan pengurusan emosi positif.

Namun, ketidakseimbangan atau kekurangan hormon ini terutama akibat stres atau isolasi sosial, boleh sebabkan perasaan kesunyian, kerisauan malah kemurungan. Wanita yang kurang oksitosin mungkin merasa lebih terasing dan kurang berhubung dengan orang lain, seterusnya mengganggu kesejahteraan emosi mereka. 

APA PERLU DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEBAHAGIAAN & MENGIMBANGI HORMON WANITA?


1. Pemakanan Sihat

Untuk keseimbangan Estrogen;
  • Pilihlah makanan yang tinggi fitoestrogen, iaitu sebatian tumbuhan yang menyerupai estrogen dalam tubuh. Contoh makanan seperti soya (tahu, tempe, edamame), flaxseeds (biji rami), biji chia, biji labu, kacang-kacangan, dan bawang merah mengandungi fitoestrogen yang boleh bantu menstabilkan paras estrogen.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti Delima dan anggur kaya juga dengan bahan fitokimia yang boleh bantu tingkatkan metabolisme estrogen. Sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis, dan kale mengandungi sulforaphane yang bantu proses detoksifikasi estrogen berlebihan dalam tubuh.

Untuk keseimbangan Progesteron;
  • Ambil makanan tinggi magnesium seperti Almond, bayam, kacang hijau, dan biji labu, yang penting untuk pengeluaran progesteron yang seimbang.
  • Vitamin B6: Makanan seperti ikan berlemak (salmon, tuna), pisang, kentang, dan kekacang membantu penghasilan progesteron.
  • Zinc: Daging tanpa lemak, biji bunga matahari, dan tiram adalah sumber zink yang penting untuk kesihatan hormon wanita.

Untuk kurangkan Stres dan tingkatkan Kesejahteraan wanita;
  • Tingkatkan makanan anti-radang seperti Ikan berlemak seperti salmon dan makarel yang kaya dengan omega-3, yang bantu kurangkan keradangan dan stres.
  • Alpukat dan kacang-kacangan, mengandungi lemak sihat yang boleh bantu stabilkan paras kortisol.
  • Dark Coklat (minima 70% koko) — ada flavonoid yang dapat bantu turunkan paras kortisol dan tingkatkan mood.
  • Teh hijau — Mengandungi L-theanine, yang bantu kurangkan stres dan turunkan kortisol.

Untuk tingkatkan rasa kasih sayang dan rasa ketenangan;
  • Ambil makanan kaya dengan probiotik, seperti Yogurt, kimchi, tempe, dan sauerkraut dapat tingkatkan kesihatan usus, dalam mempengaruhi pengeluaran oksitosin.
  • Ambil juga makanan yang meningkatkan serotonin, seperti Pisang, nasi perang dan oatmeal yang bantu tingkatkan paras serotonin dan rangsang pengeluaran oksitosin.
  • Dark Coklat  (minima 70% koko), bantu tingkatkan mood, merangsang pengeluaran oksitosin dan berikan rasa tenang.

2. Senaman

Aktiviti fizikal seperti berjalan, yoga, atau latihan kardiovaskular membantu kurangkan stres, tingkatkan endorfin (hormon kebahagiaan) dan stabilkan hormon seperti estrogen dan progesteron.

3. Pengurusan Stres

Teknik seperti meditasi, deep breathing, dan relaksasi bantu turunkan paras kortisol, hormon stres yang boleh mengganggu keseimbangan hormon lain.

4. Tidur yang Cukup

Tidur yang cukup adalah kunci untuk keseimbangan hormon dan mood yang stabil. Pastikan tidur anda cukup 7-8 jam, untuk bantu tubuh perbaiki sel badan dan stabilkan hormon, termasuk hormon insulin dan hormon ghrelin yang mengatur rasa lapar dan metabolisme.

5. Hubungan Sosial Positif

Berinteraksi dengan keluarga, teman, atau pasangan dapat merangsang pengeluaran oksitosin, hormon yang tingkatkan rasa kebahagiaan dan kurangkan rasa cemas (anxiety).

6. Kurangkan Pendedahan kepada Toksin

Bahan kimia dalam produk harian (seperti plastik atau bahan kimia dalam makanan, pencuci tandas serta pewangi) boleh mengganggu sistem endokrin. Elakkan bahan kimia berbahaya untuk jaga keseimbangan hormon wanita.

7. Suplemen atau Herba

Beberapa suplemen berikut boleh bantu seimbangkan hormon dan tningkatkan kesejahteraan mental wanita. Cubalah.








KESIMPULANNYA

Kebahagiaan wanita sangat bergantung pada keseimbangan hormon. Apabila hormon terganggu, emosi dan kesejahteraan mental turut terjejas. Oleh itu, menjaga dan mengurus keseimbangan hormon wanita adalah kunci untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup wanita secara keseluruhan. Setuju ke setuju?

Jika anda rasa info ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan dan keluarga anda ya.


Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
#ProjekBest

Wednesday, August 23, 2023

Vitamin Asas Untuk Wanita dan Mengapa Ia Penting

Wanita adalah tonggak bukan saja buat sesebuah keluarga malah masyarakat. Nampak kan betapa pentingnya seorang wanita tu. Namun, wanita sering habiskan banyak masa untuk bantu orang lain, dan lupa nak jaga kesihatan diri mereka sendiri. 

Sayangilah diri anda kerana dirimu begitu berharga. Kebanyakan masalah kesihatan yang berlaku kini boleh di cegah jika wanita amalkan gaya hidup sihat.



Sebagai seorang wanita, penjagaan dalaman dan luaran amatlah penting. Jangan sekadar mementingkan fizikal semata-mata sehingga mengabaikan kesihatan dalaman pula!

Makanan seimbang dan berkhasiat adalah asas kepada tubuh yang sihat, dan tubuh yang sihat akan mempengaruhi emosi dan fikiran yang tenang dan stabil. Namun begitu, gaya hidup hari ini, amat sukarkan untuk kita penuhi keperluan zat dan khasiat penting untuk tubuh badan.


4 VITAMIN ASAS UNTUK WANITA


1- Multivitamin


Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan wanita yang sibuk bekerja, pengambilan multivitamin sangat diperlukan. Di samping itu, kumpulan lain yang sangat disyorkan untuk ambil multivitamin, termasuklah:
  • Ibu mengandung & menyusu - Golongan ini memerlukan zat besi yang mencukupi untuk membina darah. Ibu yang kurang zat besi akan kelihatan pucat , mudah letih, senang nak pitam dan nampak tak bermaya. Manakala bayi yang kekurangan zat besi akan mempunyai masalah kenaikan berat badan dan perkembangan yang tak seimbang.
  • Warga tua - Dengan usia, seseorang terdedah kepada osteoporosis. Oleh itu, perlu mengambil multivitamin yang mengandungi vitamin D dan kalsium untuk menjaga tulang kuat.
  • Individu yang ada masalah berat badan, Individu yang amalkan diet vegan, Individu yang aktif dan Individu yang selalu tertekan.

Vita-Lize mengandungi 25 jenis vitamin dan mineral, termasuk zat besi, asid folik dan vitamin B. Vita-Lize juga diformulasi agar mudah diserap oleh tubuh dan tubuh mendapat manfaat dengan kadar yang segera. Best kan?



2- Asid Lemak Omega-3


80% orang di seluruh dunia tidak mendapat nutrien ini yang secukupnya. Omega-3 adalah jenis lemak tidak tepu yang tubuh kita sangat perlukan. Bila bercakap tentang Omega-3, EPA dan DHA adalah yang paling penting!

Bukti yang kukuh berdasarkan ujian klinikal manusia menunjukkan bahawa EPA dan DHA omega-3 bantu dalam sokong kesihatan jantung, otak dan mata sepanjang hayat, dan kesihatan pranatal ibu, termasuk sokong kehamilan yang sihat dan perkembangan awal kanak-kanak. 

Paling best Omega-3 juga mengaktifkan Sel Imun dan meransang metabolisme tubuh.
  • Mengandungi ciri anti-keradangan untuk kurangkan keradangan yang sebabkan sistem imun jadi lemah. 
  • Memperbaiki peredaran darah dan meningkatkan tindak balas sel imun.
  • Banyak penyelidikan menunjukkan omega-3 menyokong sistem imun yang optimum dengan tingkatkan fungsi sei darah putih untuk melawan jangkitan.


Namun, sayangnya tubuh kita tidak dapat hasilkan asid lemak omega-3 ini. Jadi kita kena dapatkannya melalui pemakanan harian kita atau makanan tambahan.



3- OsteNutrix


Bekalkan kalsium, magnesium dan vitamin D bagi kurangkan sakit badan, memperbaiki kekejangan, kebas-kebas, bantu kurangkan insomnia, kekalkan kadar degupan jantung serta cegah sakit sendi tulang dan gigi. Ia penting untuk bantu proses pengecutan pada otot dan saraf. Berikut antara manfaat lain Kalsium OsteNutrix yang diperlukan wanita.



Pastikan anda kenalpasti berapa keperluan Kalsium harian yang diperlukan wanita mengikut umur.



4- EPO @ GLA Complex


Tambahkan Gamma Linolenic Acid (GLA) untuk merangsangkan kesihatan para wanita! GLA Complex bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah hormon wanita, malah lebih dari itu. 

Mengikut kajian, ia bantu merawat ulser, meningkatkan sistem imun badan untuk melawan virus, melegakan kelesuan, melegakan tekak akibat kahak, meringankan kebas urat saraf dan juga meningkatkan stamina.

Apalagi kelebihan GLA ni?
  • Ia bantu kurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, dan kulit kering.
  • Ia bantu rendahkan tahap kolestrol LDL.
  • Ia bantu kawal penambahan berat badan dengan berkesan.
  • Ia bantu perbaiki rambut kering dan keguguran rambut

GLA (gamma-linolenic acid) dipasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). GLA Complex Shaklee diekstrak dari Borage yang ada lebih dari 2x ganda GLA dalam EPO. Borage juga 3x lebih berkesan dari EPO.

Setiap kapsul ada lebih 300mg GLA, yang mana adalah sumber terbaik Omega-6. Juga digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E utk tingkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Malah, ia amat bermanfaat untuk setiap wanita di semua peringkat umur.

Jika anda mahukan keselesaan dan kesejahteraan menyeluruh setiap bulan, GLA (Asid Linolenik Gamma) adalah jawapan yang anda cari. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan ole badan, maka ia adalah penting untuk diambil setiap hari melalui pemakanan atau suplemen.

Kekal Sihat dan rasa hebat setiap bulan


KESIMPULAN


Ha, sekarang anda dapat lihat bukan fungsi setiap vitamin dan mengapa wanita perlu Vitamin Untuk Wanita. Tapi, kami tak kata suplemen satu-satunya usaha yang anda perlu dipraktikkan kerana pemakanan masih lagi aspek paling penting.

Asas kesihatan yang baik, tidak kira berapa umur anda! 

Makan secara sihat, bergerak aktif, pergi pemeriksaan kesihatan berkala, urus stres, jaga kesihatan mental, dan jangan ambil risiko yang tidak perlu, seperti mesej teks semasa memandu. Sama ada anda berumur 20-an, 40-an, 50-an atau 60-an, asas kesihatan yang baik, sama gais! 

Boleh ke boleh?



CARA NAK DAPATKAN VITAMIN ASAS UNTUK WANITA


Hubungi saya dengan klik link Wasap di bawah, untuk saya bantu anda dapatkan Vitamin asas untuk Wanita pada harga lebih jimat apabila daftar sebagai ahli Shaklee. Saya juga boleh bimbing anda, cara pengambilan berkesan yang eksklusif untuk kesan yang optimum.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023