Friday, June 30, 2023

Keradangan Merompak Kesihatan, 7 Langkah Gaya Hidup Sihat untuk Kawal Keradangan


Fakta bahawa tiga daripada lima orang di seluruh dunia mati akibat penyakit yang dikaitkan dengan keradangan menimbulkan tanda merah yang serius. Syukurlah, terdapat banyak tabiat sihat seharian yang boleh bantu kita menangkis keradangan kronik dan jadi lebih sihat.

Lebih banyak tabiat sihat yang kita amalkan, walaupun yang mudah, lebih tinggi peluang kita untuk menggagalkan keradangan dan penyakit kronik.

APAKAH KERADANGAN?


Ringkasnya, keradangan adalah tindak balas imun yang normal. Daripada kecederaan akut kepada faktor gaya hidup yang tidak sihat, keradangan boleh muncul atas beberapa sebab. Apabila keradangan berlaku, badan akan dimaklumkan bahawa terdapat pencerobohan dari luar berupa kuman atau jangkitan, benda asing atau kecederaan. Tetapi, tidak semua keradangan adalah sama.

Jika ‘benda asing’ yang mengganggu sistem tubuh manusia itu berterusan lamanya, maka berlakulah keradangan kronik yang boleh ganggu dan rosakkan sel-sel badan. Apabila sel-sel badan tidak berfungsi dengan baik disebabkan oleh tekanan yang berulang, badan tidak dapat dilindungi daripada risiko penyakit seperti asma, arthritis rheumatoid, penyakit radang usus, diabetes, penyakit jantung, demensia, serangan jantung dan strok.


Antara Penyakit yang berpunca daripada inflamasi atau keradangan tubuh


Keradangan Akut lwn Kronik


Keradangan akut jangka pendek - berlaku akibat sesuatu seperti selesema atau patah kaki - boleh menyokong proses penyembuhan semula jadi badan. Tetapi, kita perlu elakkan keradangan kronik.

Keradangan kronik boleh berlaku akibat faktor gaya hidup tidak sihat jangka panjang. Ini termasuk tekanan kronik, merokok dan minum berlebihan, kurang tidur, pendedahan kepada pencemaran alam sekitar, dan sudah tentu, pilihan makanan yang tidak sihat.


"Keradangan yang sudah MULA berlaku di dalam badan TIDAK MUNGKIN akan menurun, malah makin menaik dan menaik JIKA kita tidak melakukan apa-apa tindakan dan tidak melakukannya secara intensif serta masih mengamalkan lifestyle yang sama" - Dr Adibah


7 LANGKAH GAYA HIDUP SIHAT BANTU KAWAL KERADANGAN


Pemilihan Pemakanan yang sihat, bersenam secara teratur, tidur yang cukup, kekalkan kesihatan mulut yang baik, dan kurangkan tekanan semuanya bantu kurangkan keradangan.

Jika strategi tersebut kelihatan terlalu besar untuk dilakukan sekaligus, mulakan sahaja dengan langkah kecil, seperti yang berikut.


1- Makan untuk atasi Keradangan


Hebatnya, makanan yang kita pilih untuk makan boleh galakkan atau memerangi keradangan. Makanan "pro-radang" boleh merangsang tindak balas keradangan dalam badan, manakala makanan anti-radang boleh kurangkan keradangan dalam badan. Jadi, sama-sama kita pilih untuk jalani gaya hidup sihat secara keseluruhan, makan diet yang kaya dengan makanan anti-radang dan elakkan penyebab keradangan demi galakkan kesihatan yang baik.
Makanan Pro-Radang
Makanan pro-radang yang paling mudah adalah ultra-diproses. Ia rendah nutrien. Sememangnya, kita semua harus elakkan pilihan yang tidak sihat ini!
 
Beberapa makanan lain yang dianggap pro-radang termasuk:
  • Gula-gula tiruan
  • Soda dan minuman manis lain
  • Marjerin dan minyak ditapis
  • Makanan bergoreng
  • Alkohol
  • Karbohidrat halus seperti roti putih
Sebaik mungkin, cuba hadkan atau kurangkan makanan ini. Sebaik-baiknya, sebahagian besar diet seharian kita harus datang daripada "real food", yang kaya dengan nutrien seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran, lemak sihat dan protein tanpa lemak. Bercakap tentang pilihan yang sihat, ketahui makanan anti-radang terbaik untuk ditambah ke dalam pinggan anda!

Makan ikan berlemak dua kali seminggu.

Menurut Dr Robert Shmerling, pakar reumatologi dan perubatan editor Laporan Kesihatan Khas Harvard Memerangi Radang, "Salmon dan ikan berlemak lain seperti ikan bilis, halibut, sardin dan tuna mengandungi asid lemak omega-3 yang kurangkan keradangan. Omega-3 ganggu pengeluaran bahan kimia yang sebabkan keradangan oleh sel sistem imun tertentu. Omega-3 juga bantu kurangkan risiko strok dan jenis keradangan otak yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer".
 
Tetapi badan kita tidak menghasilkan Omega-3. Kita perlu dapatkannya daripada makanan.

Baca : Omega-3 bertindak Sebagai Anti-Keradangan


2- Dapatkan Tidur yang cukup.


Tidur yang tidak cukup bukan sahaja merampas tenaga dan produktiviti kita, malah ia juga tingkatkan keradangan yang amat berbahaya kepada kesihatan jantung.

Tahukah anda, satu malam tidur yang terganggu boleh cetuskan keradangan? Tidur yang kerap hilang meningkatkan bahan keradangan dalam darah dan juga menyumbang kepada obesiti, yang juga dikaitkan dengan keradangan.

Ramai pakar kesihatan kini menganggap tidur sama pentingnya dengan penurunan berat badan seperti diet dan aktiviti. Badan dewasa memerlukan kira-kira 7 hingga 8 jam tidur berterusan setiap malam untuk berehat, membaiki dan mengecas semula untuk keesokan harinya.

Tidak cukup tidur secara rutin menyebabkan badan tidak berfungsi dengan baik, mewujudkan keradangan baru dan memburukkan lagi keradangan sedia ada.

3- Berus gigi dengan kerap.


Kita semua sepatutnya menggosok gigi dua kali sehari, dan flos gigi sekurang-kurangnya sekali sehari. Anda perlu menyingkirkan bakteria yang boleh meradang gusi, yang bawa kepada jangkitan dan menyebabkan keradangan atau jangkitan di bahagian lain dalam badan.

Menurut Dr. Tien Jiang, pakar prostodontik di Jabatan Dasar Kesihatan Pergigian dan Epidemiologi di Sekolah Harvard Perubatan Pergigian, "Bukti menunjukkan bakteria boleh bergerak ke jantung, paru-paru, dan juga otak. Keradangan pada gusi juga sangat dikaitkan dengan diabetes"

Nampak mudahkan, tapi kesannya YA Allah seram. Ayuh, pastikan kita jaga kesihatan dan kebersihan gusi kita semua.


4- Bergerak!


Berjalan pantas contohnya adalah cara senaman penting untuk melawan keradangan kronik. Ia buatkan jantung dan paru-paru kita berfungsi serta bantu kurangkan lemak badan, yang mengandungi bahan penggalak keradangan.

Senaman meningkatkan pengeluaran hormon yang bantu kawal keradangan. Kita semua memerlukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti aerobik setiap minggu untuk kekal sihat.

Jika anda tidak aktif, mulakan dengan berjalan kaki selama lima minit setiap hari dan lakukan sehingga 20 atau 30 minit sehari.


5- Atasi tekanan Kronik! 


Tekanan kronik boleh mencetuskan perkembangan keradangan dan menyebabkan masalah seperti rheumatoid arthritis, penyakit kardiovaskular, kemurungan dan penyakit radang usus.

Rasa tertekan? Lakukan beberapa latihan pernafasan dalam atau bermeditasi —memberikan kelegaan cepat dari segi psikologi dan kesan anti-radang secara fisiologi.

Kajian dapati, mereka yang lakukannya latihan pernafasan dalam, mempunyai kurang tekanan dan kurang penanda aras keradangan dalam darah.

Langkah 1 – Jika boleh, duduk tegak. Ini bantu tingkatkan ruang dalam paru-paru untuk menyalurkan lebih banyak oksigen.

Langkah 2 – Tarik nafas yang dalam dan tahan selama kiraan 3. Bernafas secara perlahan melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Apabila ada sedang menyedut udara, pastikan mulut anda tertutup. Semasa menghembuskan nafas, pastikan bibir anda seperti ingin bersiul. Pastikan anda merasakan perut anda naik dan turun dengan setiap nafas, supaya anda tahu anda sedang bernafas dalam-dalam.
Langkah 3 – Ulangi langkah 2 beberapa kali hingga 1 minit atau anda merasa tenang.


6- Berhenti merokok. 


Amalan merokok berisiko meningkatkan kebarangkalian sebanyak 2-4 kali penyebabkan penyakit kardiovaskular berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

Menendang tabiat ini boleh akibatkan pengurangan dramatik dalam tahap keradangan badan dalam masa beberapa minggu sahaja. Menarik kan? Cuba dan rasainya sendiri.



7- Uruskan berat badan. 


Temui strategi mudah untuk bantu anda memusatkan perhatian pada pengurangan lemak perut—jenis yang menghasilkan bahan kimia pro-radang. Sebagai contoh, kurangkan gula dalam diet anda.




KESIMPULAN


Kita tidak boleh elak dari keradangan 100%, namun kita boleh pilih untuk KAWAL KERADANGAN dalam tubuh kita.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
 
Mulakan langkah pertama dengan membuat saringan darah.

Tidak perlu tunggu tua untuk jaga kesihatan. Sebab masa itu, untuk pulih memerlukan tempoh masa yang lebih lama bagi kembalikan keputusan darah anda kepada julat normal.

Mengurangkan jumlah keradangan dalam badan adalah kunci untuk kurangkan risiko penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan diabetes. Amalkan Gaya hidup sihat.

Berjuang gais!



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


Wednesday, June 14, 2023

PENGEDAR SHAKLEE AKTIF DENAI ALAM, SHAH ALAM

Assalamualaikum, 
Hi, saya Azlin. Pengedar Aktif Shaklee Denai Alam, Shah Alam yang berdaftar di bawah akta jualan langsung Malaysia. Anda tak perlu risau. Saya merupakan Shaklee Distributor yang aktif dan sah, Ejen Res-Vivix Shaklee yang mempunyai pengalaman dalam shaklee lebih daripada 12 tahun. Saya turut mendapat bimbingan daripada Doktor dan Pakar Nutrisi Bertauliah serta Saintis Shaklee.
COD area Denai Alam, Bukit Subang, Elmina, Subang Bestari, Saujana, Bukit Jelutong, TTDI Shah Alam dan kawasan sekitarnya dengan cepat dan efektif. Ini kerana saya mempunyai Stock Produk Shaklee yang baru & fresh ditangan. InsyaAllah. 

Penghantaran POS ke seluruh Malaysia, Singapore, Brunie juga disediakan. Nak order SHAKLEE dan dapatkan konsultansi terbaik buat anda? 
Jom order secara Whatapps sekarang.

SEBAB MENGAPA ANDA PERLU JOIN AHLI DAN BELI PRODUK SHAKLEE, RES-VIVIX SHAKLEE DAN YOUTH SKINCARE DENGAN SAYA


1- DAPAT PANDUAN & BIMBINGAN DARI PAKAR 


Anda bukan sahaja boleh tanya soalan, malah saya boleh aturkan untuk anda  berhubung secara terus 1-1 kepada pakar nutritionist Shaklee selepas menjadi ahli Shaklee dengan saya. 

Saya mempunyai sijil Certified Product Trainer dari Shaklee. Sangat EXCLUSIVE sebab anda akan dapat FREE CONSULTATION dan MONITORING dari saya tentang cara makan yang betul dan berkesan serta 1001 panduan kesihatan dan gaya hidup yang sihat. 

Bersama Dr Sonhee Park, Saintis Shaklee
Kelas tentang Kepentingan Nutrisi untuk Sokong 
Pra-Kehamilan, Kehamilan dan Post-Kehamilan


Bersama Chris Kyrou, 
Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan Kecantikan
Penjagaan Kulit YOUTH
 

Ini antara kelas kesihatan yang kami hadir setiap bulan untuk belajar terus dengan doktor pakar berkaitan nutrisi & kesihatan. Anda akan dapat consultation dari  ilmu yang bukan main google-google sahaja tetapi direct daripada perkongsian kelas doktor yang saya hadiri. Saya sentiasa upgrade ILMU untuk pastikan saya dapat berikan servis yang terbaik untuk anda.

Kelas Antioksida Master Defender Against Diseases.
bersama Dr. Haresh Kumar

Workshop Nutrivention for Nutraceuticals bersama 
Dr Redza Rahman, Profesional Medical Scientist

2- DAPAT PANDUAN & BIMBINGAN CARA MAKAN YANG BETUL 


Saya merupakan Pengedar Shaklee Denai Alam, Shah Alam & mempunyai kedai shaklee di Shah Alam secara online. Saya sudah consume Shaklee sejak 13 tahun lepas lagi, bermula dengan penyusan anak ke-2 saya sehingga berpengalaman menjayakan penyusuan anak lebih dari 2 tahun seramai 3 orang. Saya turut sudah rasai pengalaman hamil, menyusu serta berpantang bersama Shaklee. Hampir 99% produk shaklee saya sudah makan. 

InsyaAllah saya akan bantu anda dan berikan konsultasi cara makan yang terbaik mengikut kondisi dan keperluan anda.

Saya juga komited dalam penjagaan kesihatan dan telah merasai sendiri pengalaman dalam No sugar Challenge 100 hari, Proof it Challenge Shaklee, Detox Shaklee way serta diet Intermittent Fasting dan turut berjaya turunkan berat badan. Ini antara komitmen saya untuk buktikan kepada team, bahawa kami bersedia untuk bantu lebih ramai lagi yang  inginkan kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik.

3- DAPAT CASH BACK DARI 5% SEHINGGA 21%* 


Jika selama ini anda tak pernah jadi ahli Shaklee dan hanya membeli Shaklee sahaja tetapi tak dapat apa-apa cash rebate. Now! dengan pembelian produk hatta hanya untuk makan sendiri sahaja anda boleh dapat UV point. Dari belian UV terkumpul selama sebulan, minimum belian terkumpul jika 150uv dah layak dapat cash rebate 5% ke akaun ID anda. Malah anda boleh dapat sehingga 21%. Best kan? Geli-geli beli untuk makan sendiri pun boleh dapat cash back.

Peluang bisnes juga ditawarkan bagi yang ingin mencari extra income tengah bulan. 

.
Dahulu saya merupakan jurutera di sebuah syarikat swasta oil & gas. Tahun 2023 ini, genap 10 tahun saya sudah menjadi ''Suri Bisnes Bergaji" sepenuh masa. Alhamdulillah.

Salam perkenalan ya!

Bermula join Shaklee selepas habis berpantang anak ke-2 
sehingga sudah beranak 4 & masih counting.

Jika berada disekitar area Besut dan mencari Pengedar Aktif Shaklee Besut, Terengganu boleh hubungi ››› Sumaiyah. Yang berada diluar kawasan lain boleh semak list Pengedar Aktif. InsyaAllah service tip top.

Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


Saturday, June 10, 2023

Testimoni Shaklee Saya : Tiada Rasa Kebas Kebas dan Sesemut Carpal Tunnel Syndrome (CTS)

Risaunya saya apabila Bonda mengadu mengalami rasa kebas-kebas, sesemut, rasa lemah dan sakit di bahagian jari dan telapak tangan suatu masa dulu, kini datang ziarah kembali. Paling merisaukan kali ini, setiap kali menulis Bonda akan rasa sakit yang amat sangat macam dicucuk-cuck benda tajam. Gejala-gejala ini biasanya berlaku di bahagian ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian daripada jari manis.

Allahu kesiannya Bonda.

Rasa kebas-kebas dan sesemut pun kita sudah rasa tak selesa, inikan pula ditambah rasa mencucuk. Setiap kali pegang benda seperti pen dan pensil pasti tidak selesa yang amat. Bonda juga kerap merasakan sakit di kawasan pergelangan tangan yang mana kesakitan ini meningkat pada waktu malam sehingga mengganggu tidur. Kadangkala, kesakitan juga berlaku pada waktu pagi.


Ikutkan sejarah, Bonda seorang yang sangat aktif menggunakan pergelangan tangan kerana tuntutan pekerjaan yang melibatkan menaip di type writer serta mengambil minit mesyuarat sepanjang di pejabat. 


Kebas Disebabkan Carpal Tunnel Syndrome (CTS)


Rasa kebas merupakan keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation). Kebas biasanya berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periferi terhimpit. Lazimnya, rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan bahagian atas dan kaki.
Setelah rujuk kepada doktor, Bonda didiagnos alami masalah saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan atau juga dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome dan dinasihatkan untuk jalani pembedahan. 
Melalui pembacaan saya, CTS ini merupakan sejenis penyakit yang jejaskan pergelangan tangan dan tapak tangan. Keadaan ini buatkan pesakit merasa kebas, kesemutan, rasa tajam atau mencucuk-cucuk dan rasa lemah di sepanjang pergelangan tangan sehingga ke lengan.

Saraf Median merupakan saraf yang kawal rasa dan pergerakan tangan dan tapak tangan yang terlibat dengan CTS. Apabila saraf Median alami tekanan yang berpanjangan, CTS berlaku dan himpitan saraf ini berlaku dalam tempoh yang berbeza (minggu, bulan dan tahun) yang turut diistilahkan sebagai Cumulative Trauma Disorders.
Maksudnya, CTS tidak berlaku sejurus selepas sesuatu pergerakan yang dilakukan pada pergelangan tangan menghimpit saraf Median. Tetapi, CTS berlaku apabila pergerakan ini berulang kali dilakukan dengan cara yang sama.
Rupanya, penyakit lain seperti hypothyroidism, rheumatoid arthritis dan diabetes juga boleh sebabkan CTS. Malah wanita mengandung juga didapati sering mendapat CTS kerana hormon mereka yang berubah dan mengekalkan cecair dalam badan. Perkara ini menyebabkan kawasan pergelangan bengkak dan menyebabkan carpal tunnel bertambah sempit.

Apa Perlu Lakukan Jika Sering Alami Kebas?

KEBAS menjadi penanda aras yang kita kekurangan vitamin B12 dan Paras mineral seperti KALSIUM dan POTASSIUM. POTASSIUM yang rendah juga sebabkan kehilangan deria rasa di kawasan hujung kaki.

Jika kita alami kebas tangan ketika tidur ataupun ketika duduk, besar kemungkinan ianya berpunca daripada pengaliran darah yang tidak teratur sehingga boleh menyebabkan kehilangan deria rasa.

Antara punca utama masalah ni adalah kerana kekurangan nutrisi. Bila badan kekurangan nutrisi penting daripada pemakanan, ianya akan melemahkan sistem saraf seterusnya kita akan mula rasa kebas tangan serta sesemut.


Bebas Carpal Tunnel Syndrome (CTS)


Alhamdulillah ala Kulli Hal, tahun ini masuk tahun ke-7 Bonda bebas dari masalah rasa sesemut dan kebas kebas jari dek CTS (2016-2023) tanpa pembedahan. Bonda menolak untuk lakukan pembedahan kerana dari pembacaan Bonda masalah CTS boleh berulang.

Dengan hanya konsisten amalkan 3 suplemen berikut,  syukur dapat bantu Bonda senyum 10km kembali.
  • Bcomplex (1 biji sehari / selepas makan)
Mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk B1, B2, B3, B5, B6, B12, 100% Biotin dan Asid Folik. Kesemua komponen penting untuk dapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Paling penting Vitamin B bantu pastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus melegakan kesakitan dan tekanan.
 
  • OsteNutrix, Kalsium dan Magnesium (4 biji)
Bekalkan kalsium, magnesium dan vitamin D bagi kurangkan sakit badan, memperbaiki kekejangan, kebas-kebas, bantu kurangkan insomnia, kekalkan kadar degupan jantung serta cegah sakit sendi tulang dan gigi. Ia penting untuk bantu proses pengecutan pada otot dan saraf.
 
  • Omega-3 (3 biji)
Bantu melancarkan perjalanan aliran darah ke seluruh badan. Bertindak sebagai anti radang yang bantu kurangkan sakit di sendi dan saraf. Omega juga bantu mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita, tingkatkan sistem imun serta pelihara fungsi sendi 
 


Begitulah Testimoni Shaklee Bonda saya.


Hingga hari ini, Bonda saya masih terus amalkan makan 3 produk Shaklee di atas. Abang saya hulur jenama lain pun Bonda rasa kesannya tak sama. #ChooseHealthChooseShaklee. Semoga saya dapat hadiah istimewa buat Bonda tajaan www.anakkuwira.com

Meh join ahli dan dapatkan harga istimewa pembelian produk Shaklee. Hubungi saya untuk konsultasi percuma.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


Friday, June 9, 2023

Ayah: Wira pertama anak lelaki, cinta pertama anak perempuan

Ayah yang baik adalah salah seorang yang paling tidak didendang, tidak dipuji, tidak disedari, namun salah satu aset paling berharga dalam keluarga dan masyarakat kita.
Setuju ke setuju?

Ayah, abah, abi, walid, bapak hatta sang suami kadang tak perlukan ucapan terima kasih. Cukuplah sekadar kita hargai setiap pemberian dan jasa mereka. Namun lebih bermakna bila kita raikan mereka yang istimewa ini dalam setiap doa kita setiap hari.
Ya Allah, ampunkan dosaku dan dosa kedua Ibu Bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil, berilah mereka balasan Syurga. Ya Allah gantikan penat lelah buat Ayah kami yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami dengan setinggi-tinggi SyurgaMu di sana. Aamiin.
Ya Allah, kurniakanlah ganjaran syurga FirdausMu juga buat suami kami yang telah banyak berkorban buat keluarga kami selama ini. Aamiin.

Baik ayah mahupun suami,
  • Kadangkala Jiwa mereka nampak macam tiada perasaan, namun perasaannya tetap fikirkan isteri dan anak-anak.
  • Gaya mereka selalu keluar dari rumah, namun fikirannya tetap fikirkan isteri dan anak, apa mereka makan dan macamana nak bagi tambah selesa.
  • Seringkali selalu nampak macam marah, tetapi ketegasannya membaluti dan menjaga keluarga kita semua.
  • Tangisnya jarang-jarang terlihat isteri, namun dibawanya diri jauh-jauh, supaya isteri tak risau dan bimbang.
  • Penatnya hampir-hampir merebahkan tubuh, namun pulangnya tetap senyum dan menyambung keceriaan untuk isteri dan anak.
  • Perutnya berlapar, berbunyi-bunyi hingga pedihnya tak terkata, namun semua itu jadi lega bila dapat kongsi rezeki dengan isteri dan anak-anak.

Ayah dan suami adalah tonggak kekuatan sebuah keluarga. Sayangi, hargai dan hormati mereka dengan penuh rasa cinta. Penat lelah mereka kita tenangkan dengan senyuman dan layanan mesra dari isteri serta anak-anak.


Hadiahkan buat mereka dengan hadiah kesihatan. Dapatkan harga istimewa bulan ini dengan penjimatan 25%.


ps. Terima kasih Tok Abah atas inspirasi suara jiwa dari insan bernama lelaki.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023