Sunday, May 28, 2023

Cash Rebate - Peluang Makan Vitamin Percuma




Salam A-May-Zing!

Hari ini Alin nak berkongsi dengan anda tentang peluang makan vitamin Shaklee secara PERCUMA! Teruja tak? Sebelum itu apakah Cash Rebate Shaklee dan bagaimana nak dapatkannya?


CASH REBATE SHAKLEE



Cash Rebate Shaklee atau Bonus Shaklee dibayar setiap bulan. Paling best ia di bayar setiap tengah bulan. Lagi lagi best, tidak pernah sehari pun Shaklee terlewat nak bayar pengedarnya pada setiap 14hb, dimasukkan terus dalam akaun bank. Malah ada masa dibayar lebih awal lagi. Ya Allah, seronok sangat!

Sistem pembayaran bonus Shaklee ADIL DAN PATUH SYARIAH. Di Shaklee tiada istilah siapa masuk dulu, dia dapat income lebih! Malah ramai sahaja leaders yang ada upline yang tiada pangkat apa-apa, malah ada yang tak layak dapat bonus pun ada. Anda usaha anda layak dibayar atas usaha anda.

Tiada hasil RM, jika anda goyang kaki tidak buat apa-apa jualan pun. Malah orang dibawah juga boleh potong bonus dan pangkat orang diatasnya jika dia usaha lebih. Adilkan?

Sikit banyak Bonus Shaklee bergantung kepada Jualan dan kedalaman organisasi yang kita bina. Semua pengedar ada peluang untuk jana income yang besar, baik yang baru, makan sendiri atau yang serius berbisnes. Asalkan rajin dan usaha lebih, dapatlah lebih.


BAGAIMANA CARA UNTUK DAPATKAN CASH REBATE SHAKLEE


A- DAFTAR AHLI


Untuk daftar sebagai ahli shaklee anda mesti sekurang-kurangnya
    • Umur 18 tahun.
    • Warganegara Malaysia atau Penduduk tetap.
    • Anda boleh mendaftar secara individu atau bersama pasangan anda.
    • Pasangan anda mungkin tidak mempunyai pengedaran berasingan.

Peringatan!!
Pastikan prospek anda bukan aktif member dari kumpulan lain sebelum mendaftar. Jika pernah join dan telah expired keahlian sebelumnya, tiada masalah


CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE


1- Anda boleh Daftar ahli secara EXPRESS dengan klik link pautan DISINI atau berikan maklumat anda yang lengkap seperti berikut untuk saya bantu santuni dan mudahkan pendaftaran anda melalui website Shaklee.

Sila berikan maklumat seperti berikut:
  • 1. Nama penuh seperti di dalam IC
  • 2. Ic no
  • 3. Bangsa
  • 4. Status jika sudah bersuami/isteri
  • - nama suami/isteri as per ic
  • - no ic suami/isteri
  • - no hp suami/isteri
  • 5. No hp
  • 6. Email
  • 7. Alamat 
  • 8. Nama bank & no account untuk shaklee bank in cash bonus secara terus setiap 15hb (Jika layak setiap bln)

2- Login ke website Shaklee dengan masukkan ID dan pasword sementara anda dan terus boleh buat belian dan bayar yuran ahli.

3- TAHNIAH! Anda kini Shaklee Independent Distributor yang sah. Kami gembira mengalu-alukan anda untuk menjadi sebahagian daripada Keluarga Shaklee kami #TogetherWeRise

Mudah kan?


B- KUMPUL POINT PRODUK


Saya sendiri bermula dengan makan sendiri produk Shaklee. Jadikanlah diri kita sebagai testimoni terbaik dan nikmati hidup sihat serta faedah kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat. 

 
Alhamdulillah dengan Shaklee saya berjaya menyusukan anak lebih 2 tahun ketika bekerja mahupun selepas bekerja dari rumah. Paling happy bukan saya saja malah dapat bantu ibu-ibu lain turut berjaya dalam penyusuan susibu anak mereka. 

Asbab berkongsi kisah penyusuan saya dengan anak-anak di blog, ramai yang berminat untuk mencuba Shaklee produk. Setiap belian dalam sebulan, kita akan dapat points atau dalam Shaklee istilahnya UV (Unit Volume), UV ni terkumpul selama sebulan dan daripada UV nilah, Shaklee akan bayar kita Cash Rebate. Bergantung kepada UV setiap produk, Shaklee akan kira dan kumpulkan sepanjang sebulan.

Berapa RM dapat untuk UV terkumpul? Haaa boleh tengok jadual dibawah.

Nota:
Pembelian minimun untuk layak dapat bonus tunai Shaklee
ialah sebanyak 150UV = 5%. Pengiraan di atas adalah hanya
anggaran sahaja.


Jadi dari mana kita dapat UV ni? Boleh jadi dari belian kita sendiri, atau kawan-kawan guna ID kita, atau kita belikan untuk adik-beradik, saudara mara, jiran dan sebagainya.

Saya merasa Bonus pertama saya sebanyak RM32. Kemudian meningkat jadi RM211, RM531, RM566 dan cecah 4 angka selepas serius dan komited 4 bulan berkongsi kebaikan Shaklee secara part time. Siapa nak bagi kan? Hanya guna produk sendiri & berkongsi manfaat produk, dapat tambahan pendapatan tengah bulan. Happy sangat tau! Duit gaji untuk beli vitamin tak usik pun. Kira Shaklee tolong bayarkan vitamin saya setiap bulan gitu.

Best kan?


C- SIAPA YANG LAYAK UNTUK DAPAT CASH REBATE


Setiap ahli Shaklee memang layak untuk menikmati cash rebate atau bonus tunai ini walaupun TIADA apa-apa rank ya. Pastikan setiap belian anda menggunakan ID Shaklee anda bukan ID orang lain.

Jadilah pengguna bijak, beli produk Shaklee, amalkan untuk kesihatan, kongsikan dengan orang sekeliling dan kaut sebanyaknya bonus tunai yang Shaklee tawarkan. Dengan hanya sebagai pengguna setia produk Shakee, kita dapat bonus tunai setiap tengah bulan, tidak pernah gagal. Seronok tak? Jadi ambil peluang ini.

Berikut antara contoh ahli makan sendiri team saya, dapat bonus dia.



KESIMPULAN


Hidup ini bukan dari mana kita bermula tapi ke mana kita nak tuju. Semua orang boleh bermula. No Perfect time untuk bermula. Jadi, nak makan vitamin FREE dan nikmati Cash Rebat Shaklee? Jom hubungi saya!



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


Saturday, May 27, 2023

Cara Mudah Renew Membership Shaklee Secara Percuma



“Dah makan shaklee, tapi ID dah expired. Nak comeback beli produk Shaklee ESP boleh ke?"


PERLU KE RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE SETIAP TAHUN?

Setiap tahun semua ahli tak kira apa rank sekali pun hatta Master Coordinator perlu renew keahlian mereka sebagai Pengedar Shaklee untuk terus nikmati semua keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


BILA SAYA PERLU RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE?




Tempoh keahlian ahli Shaklee adalah selama 12 bulan / 1 tahun. Paling best mudah nak ingat sebab setiap kali harijadi anda, maka itulah tarikh anda perlu renew membership Shaklee.  Tak ke mudah nak ingat

Namun, jangan risau. Shaklee ada beri ruang masa untuk anda buat renewal tanpa perlu mendaftar semula keahlian baru. 


BAGAIMANA NAK BUAT RENEWAL MEMBERSHIP SHAKLEE


Senang saja, setiap tahun, buat satu belian, dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh lahir ATAU sehingga 3 bulan selepas tarikh lahir anda. Belilah apa-apa produk, tak kisah berapa pun harga, hatta 1 produk sahaja pun sudah cukup layak Renew Membership Shaklee. Mudahkan?

Anda boleh buat belian untuk aktifkan membership Shaklee dengan 3 cara berikut
  1. Melalui Website Shaklee (perlu tahu Shaklee ID & password). Jika terlupa password boleh tekan "Lupa Kata Laluan".
  2. Walk-in ke mana-mana Branch Shaklee yang sah
  3. Hubungi Upline anda untuk mereka bantu aktifkan keahlian anda.

BERAPA BAYARAN UNTUK RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE? 


Tiada bayaran yang dikenakan untuk renew membership Shaklee anda. Namun, anda hanya perlu buat belian dalam tempoh masa renewal itu sahaja. Amat mudah dan tidak membebankan. InsyaAllah.

Paling best, tiada minimum belian untuk renewal! Beli je mana-mana produk, hatta satu produk Shaklee pun dah layak untuk aktifkan ID Shaklee anda. Senangkan?


JIKA KEAHLIAN ID SHAKLEE SUDAH LAMA EXPIRED?


Jika keahlian anda sudah lama expired, anda boleh hubungi Upline atau Shaklee  Customer Service untuk pastikan nama anda masih ada dalam sistem atau sebaliknya. Jika sudah melebih 3 tahun tidak pernah renew, anda perlu buat pendaftaran ahli baru sebanyak RM35. Ini bagi memastikan anda kekal layak untuk nikmati manfaat sebagai ahli Shaklee seperti berikut.




PERINGATAN!

Ingat yer, walaupun sebagai consumer, makan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja pun dikira ahli yang aktif! Dengan syarat belian anda menggunakan ID Shaklee anda bukan ID Shaklee upline anda atau orang lain. 

Rugilah kan sebab anda kehilangan kelebihan dan keistimewaan sebagai ahli Shaklee dan secara tidak langsung tidak lagi dapat menikmati kelebihan ahli dalam Shaklee. 

Contoh mudah, anda buat belian produk dengan dengan harga ahli, tapi tak gunakan ID Shaklee anda. Ikutkan belian layak dapat bonus, tapi bila bulan depan tak dapat apa-apa. Tahukah anda belian serendah 150 UV point terkumpul dalam sebulan (anggaran dalam RM510, bergantung kepada produk) sudah melayakkan anda untuk dapat Bonus tunai 5% dari Shaklee setiap bulan. 

Pastikan anda tahu untuk log in dalam website www.shaklee.com.my , supaya anda boleh keep track info belian anda, status penghantaran atau check bonus anda secara real-time.


KESIMPULAN


Buat kawan-kawan yang sudah ID expired, inilah masa untuk anda lakukan Renewal Shaklee Distributorship. #JomRenewShaklee. Mudah sangat.

Bagi yang berminat nak cuba log in website Shaklee, tapi ID mungkin dah lupa dan expired, boleh hubungi Alin. Jangan malu-malu. Yang nak daftar ahli semula pun boleh. Alin akan sedia bantu anda. InsyaAllah.




Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


Sunday, May 21, 2023

Hari Raya Pot Luck Lebih Variasi dan Pesta Silaturahim

 
   

Hujung minggu lepas dapat sertai Open House - Hari Raya PotLuck di Curves Bukit Jelutong. Best sangat. Seawal jam 8.30 pagi, semua dah tiba, dengan pakaian baju raya yang menarik bersama pelbagai hidangan yang lazat untuk dikongsi. Dah namanya pun potluck, jadi ramai bawa makanan kegemaran masing-masing.

Secara rasmi hari ini adalah "cheat day" untuk semua ahli. Tengoklah gambar-gambar tuh semua menu sedap dan lazat belaka. Lihat sahaja kecurkan air liur. Larat tak larat jer nak makan semua.


Antara menu-menu Potluck yang ada
            • Roti Jala & kari ayam
            • Nasi Beriani Kambing dan ayam merah
            • Sanwich Tuna dan Ayam
            • Pulut Panggang
            • Chicken Shawarma salad
            • Fyuit cocktail
            • Sandwich telur
            • Nasi Lemak
            • Puding Orea
            • Fruit Tatlet
            • Kuih Raya
            • Buah-buahan i.e anggur, laici
Nak control nafsu makan dan elak derita selepas makan makanan tuh, Alin sempat telan Zinc Complex dan Lecithinsebelum keluar rumah tadi. Rugilah kan sudah konsisten jaga pemakanan, pastu langgar ‘pantang’ sebab raya.


Zinc Complex

    • Zinc adalah salah satu mineral yang memainkan banyak peran penting di dalam tubuh, tetapi sayangnya, tubuh kita tidak memproduksi mineral ini. Oleh sebab itu, Anda perlu mencukupi kebutuhannya dengan cara mengonsumsi makanan yang kaya akan kandungan zinc atau ambil suplemen zinc.
    • Cukup zinc sistem imun jadi sihat. 
    • Bila luka cepat sembuh! 
    • Zinc penting sebab ia sintesis DNA kita. Bila tak cukup dia sebabkan DNA kita hire wired. 

Lecithin

    • Lecithin adalah  lemak semulajadi yang sihat yang penting dalam sel-sel badan.  
    • Fungsi utama Lecithin adalah untuk mengemulsi atau memecahkan lemak - Lecithin akan membakar lemak dengan lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang sesuai.
    • Pengambilan Lecithin dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk mendapat kesan pelangsingan yang seimbang.
    • Kajian juga menunjukkan bahawa diet kaya dengan lecithin boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dan menurunkan kolesterol LDL yang buruk.
    • Membantu sistem penghadaman.



Well, sesekali berjumpa memang tak sah kalau tak gelak besar. Selama ini semua dengan workout outfit, bila Raya ni semua vouge sampai tak cam dan kenal tau.

Ada kalangan wanita semua tu sudah berusia 68 tahun tau. 
Masih fit dan aktif buat workout.

Bersama barisan Coaches posing ala-ala Mermaid" Ahaks

Selepas penat makan, sembang-sembang dan bergambar, Coach Cindy panggil semua untuk Fun Game. Semua curvettes dibahagika kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan perlu dapatkan setiap barang yang dinyatakan dan berikan kepada Coach Cindy. 

Fun Game tuh dah jadi macam workout pula sebab semua excited, sporting serta happening sangat sambil lari-lari kejar Coach Cindy sehingga kena merangkak, kena penyet dengan pintu dan kena serbu. Wakaka sian dia.

Semua ibu-ibu turut diraikan semperna Hari Ibu dengan hadiah yang berkhasiat, Apple Rose. Sambutan yang sihat dan meriah. 


 


Curves Bukit Jelutong adalah Gym dan Women fitness studio. Ia adalah salah satu Inisiatif Perniagaan Wakaf. Semua keuntungan yang dijana akan kembali kepada masyarakat dan memperkasakan ekonomi umma. Di Curves, menyediakan penyelesaian untuk menguatkan wanita dari segi fizikal, emosi dan mental kerana menghargai peranan penting wanita sama ada di rumah, tempat kerja atau untuk negara tercinta ini.

Hanya 30 minit senaman pada kadar caj serendah RM6 (purata) sehari. Tak ada caj tambahan personal coach. Coach yang akan kejar you kalau tak datang workout minimum 3 kali seminggu ok. Best ke best? Paling best lagi, ini adalah gym LADIES ONLY, InsyaAllah berbaloi untuk wang anda.

Sama ada anda ingin kekal cergas, menurunkan berat badan, menambah otot atau hanya menjalani gaya hidup sihat, senaman selama 30 minit sudah cukup untuk bantu anda lakukan semua ini. Jom sama-sama sebarkan semangat sihat kepada semua wanita.

Terima kasih buat semua Coaches dan Curvettes yang datang memeriahkan Hari Raya Potluck tahun ini. Makanan semua sedap dan best! You all make my day. Alhamdulillah. Didoakan semoga ukhwan kita berkekalan selamanya. Amin.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


Monday, May 1, 2023

Hari Raya Dengan Shaklee

Salam 10 Syawal semua,
Bagaimana Raya 2023 kalian semua? Di harap semua riang gembira bersama keluarga tersayang, baik yang pulang ke kampung mahupun yang tidak pulang. Alhamdulillah syukur dapat luang masa Raya dengan keluarga Alin dan keluarga mertua. Sekarang ni kat rumah sudah, baru sahaja tiba dari kampung suami di Muar, Johor. Huhu. 


Dikesempatan ini, sepuluh jari disusun mohon ampun dan maaf. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga buat semua keluarga Shaklee-an, khususnya Rise Family walau dimana anda berada. Tak lupa juga buat para pelanggan yang sentiasa setia dan sokong Alin sepanjang berbisnes Shaklee from day 1 serta semua kawan-kawan.

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
Semoga Allah menerima semua amal kami dan kalian semua. Aamiin.

APA JUADAH KEGEMARAN KORANG RAYA TAHUN 2023 NI? 


Lemang, ketupat, rendang, kuih muih yang terhidang tuh rugi kalau tak makan kan? Tak kan nak tengok saja kan? Kih kih kih. Jadi makan saja lah, rugi kalau diet masa Aidilfitri ini kan? Alhamdulillah, Raya Tahun 2023 ni Alin sudah ada plan untuk sambut Aidilfirti sambil jaga makan. 



Korang rasa kelaut China Selatan ke plan tuh semua atau bagaimana? Jeng jeng jeng. Alin pun debor aih. Masih belum sempat nak timbang berat selepas raya nih. Tapi jom alin kongsian 3 sebab mengapa Alin sedaya upaya cuba bertahan dengan "plan untuk sambut Aidilfirti sambil jaga makan" tuh.


3 SEBAB MASIH BERTAHAN SAMBUT RAYA SAMBIL JAGA MAKAN


1- Saiz Baju Raya sudah bertukar dari Saiz L kepada Saiz S


Korang rasa apa perasaan. Ya Allah mestilah seronok sangat kan. Tiada lagi isu baju mengecil. Boleh la kembali sarung baju-baju favourite dulu. 

 
Baju Raya 2022 Vs Baju Raya Tahun 2023


2- Setiap bulan akan lakukan Weight and Measure Body Composition


Kebetulan setiap bulan Alin akan lakukan Body Composition check di Women Fitness, Curves Bukit Jelutong [Follow ig @curvesbukitjelutong]. Nak turun berat orang kata mudah, tapi nak bina muscle tiada shortcut melainkan melakukan senaman, jaga makan secara sihat sambil include suplemen, jaga tidur, konsisten dan ulang, ulang, ulang. 

One of the many good habit Alin picked up after my 42 birthday. Misi untuk #NakIncreaseMuscleMass. Jadi kebetulan sebelum raya ritu berjaya dapat result seperti dibawah. Jadi tiada alasan nak hanyut ke laut dalam lama-lama. Ini pun minggu depan ada Weight and Measure session. So stay tune ya for the update sama ada berjaya atau tidak plan sambut Aidilfirti sambil jaga makan.


Sepanjang setahun bersama Women Fitness Curve tuh progress Alin seperti berikut.
  • Berat dari 63kg --> 57.2kg
  • Skeletal Muscle Mass 18.9 kg --> 19.1. ikutkan dah capai 19.4kg tapi masa ganti puasa muscle drop. Alhamdulillah lepas belajar cara nak elak jisim otot merosot, berjaya harungi Puasa Ramadan 2023 dengan peningkatan jisim otot sebanyak 0.2kg.
  • % Body Fat 43.4% --> 37.5%
  • Viseral Fat Level --> 14 kepada 10
  • InBoody Score 60 points --> 66 points

3- Nak Capai berat Idaman dan Kekal Sihat


Siapa sini yang masa PKP berat dia naik mencanak-canak? Kita sep 10 jari. Tak pernah-pernah berat melangkau angka 6 kat depan, tetiba dapat tanpa rela. Korang rasa? Paling geram lagi angka tu tak nak pula bertukar ke angka 5, duduk selesa statik kat angka 6 selama setahun. Jadi sebab bulan lepas dah berjaya bertukar angka 6 ke 5, wajiblah sedar diri kan? Kih kih kih.


Jom lihat warna warna Aidilfitri Alin sepanjang Raya Tahun 2023 ni.


Minuman wajib sepanjang Raya 2023. Sebelum mula ziarah ke rumah sedara bancuh siap-siap ESP  mixed dengan Cinch Tea Mix dengan harapan kurang nak kunyah-kunyah melampau. Selain bantu kekal cergas dan aktif bertenaga, ia juga elak craving. Untuk elak air manis pula, kita siap-siap bawa bekal air kosong dari rumah. Begitulah.

Since kunjung mengunjung, kita juga perlu berikan perlindungan diri dari serangan dan jangkitan luar dengan Nutriferon. Bukan Alin sahaja, tetapi semua keluarga turut serta.


Dah makan-makan sedap, kena beringat untuk kasi flush dan kasi bersihkan perut kita dengan efektif. Elakkan dari sembelit dan biarkan makanan tersumbat berhari-hari dalam perut kita tuh. Saya amalkan ResV dan Herblax. Esok pagi rasa nyaman perut. Sungguh tau. Cubalah! 

ps.
Tiada dalam gambar adalah Set Rahmah Shaklee (ESP + Vitamin C), Hero Kiddo perlindungan buat anak-anak, CoQ Trol buat energy booster sepanjang melayan tetamu bertandang ke rumah silih berganti. Gambar bawah ni bagaimana anak-anak jamu kenduri suplemen dengan kazen-kazen mereka. Sihat sama-sama, ahakss!



Jalani musim raya dengan lebih sihat dan bertenaga ya serta elak makan berlebihan. Beringatlah sikit, badan kita nak guna lama. 

Nak order suplemen Raya Shaklee, capai hp laju laju dan ketuk link Wasap Alin ni ya http://www.wasap.my/60192682709



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023