Tuesday, July 31, 2018

Rutin Penjagaan Wajah yang diperlukan Wanita 30-an


Sumber : Google


Anda berusia 30an?
Sedar tak ada perkara yang mula berubah di kulit kita semasa menjejaki usia 30-an.

Pertama, orang kehilangan kolagen. Ini boleh disebabkan oleh penuaan, tapi ia juga boleh disebabkan oleh pendedahan cahaya matahari berpanjangan.

Kedua, kadar pembaharuan sel kulit menjadi perlahan. Ini bermakna kulit anda kelihatan kurang berseri dan kurang lembut. Garis halus boleh mula muncul, warna kulit tidak sekata, membosankan, kelihatan garis halus di muka atau kemunculan bintik hitam. Pengeluaran Minyak juga mula berkurang - berita baik untuk bebas jerawat tetapi berita buruk untuk kelembapan.

Pada usia ini, cari produk penjagaan kulit yang mensasarkan masalah kulit yang bukan sahaja MELINDUNGI, namun MERAWAT. Pastikan juga rutin harian anda paling kurang seperti berikut.

Rutin Pagi
(1) Cuci wajah anda
(2) Gunakan toner
(3) Gunakan Pelindung Matahari

Rutin Malam
(1) Cuci wajah anda
(2) Gunakan toner
(3) Gunakan Retinol
(4) Pelembap

"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"


ps. Boleh juga baca 4 Rutin Jagaan Harian Wajah


Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang



3 Kesalahan Cuci Muka yang sering Wanita lakukan

Sesibuk mana pun, penjagaan muka jangan diabaikan ya, Paling penting cuci muka!


Setuju?


CUCI PADA WAKTU PAGI


Semasa anda tidur, minyak dan sel-sel kulit mati akan terkumpul di dalam pori-pori anda. Mencuci muka anda sebaik sahaja bangun pagi akan menghilangkan segala yang terkumpul pada kulit semalaman, dan menghindarkan jerawat dan bintik hitam daripada terbentuk. Selain itu, mencuci muka ketika bangun pagi boleh membantu mengejutkan anda! Berasa segar tentunya cara terbaik untuk memulakan hari anda.

SEKALI LAGI CUCI PADA WAKTU MALAM


Jadi anda sudah mencuci muka pada waktu pagi. Mengapa perlu cuci lagi pada waktu malam? Sebabnya, anda tentu mahu menghilangkan segala kekotoran dan minyak yang terkumpul di dalam pori-pori anda sepanjang hari. Fikirkanlah. Adakah anda terdedah kepada pencemaran? Adakah anda memakai mekap? Adalah anda sering menyentuh muka anda, yang mendedahkan kulit anda kepada lebih banyak bakteria dan kotoran? Bayangkan jika anda meninggalkan segala kotoran ini pada kulit anda sewaktu anda tidur. Tak sanggup, bukan?

Namun, wanita sering lakukan 3 kesalahan semasa mencuci muka. Saya antaranya, namun kini saya sudah insaf!

(1) TIDAK CUCI TANGAN

Jangan pernah mencuci wajah dengan tangan yang belum dibersihkan, meskipun anda rasa tangan anda tidak kotor, sebaiknya cuci tangan terlebih dulu.

(2) CUCI MUKA BANYAK KALI, lebih daripada 3x sehari.

Mengapa ini tidak baik? Sebabnya, muka anda memerlukan sedikit minyak untuk kekal sihat dan lembap. Jika muka kerap dicuci, kulit akan jadi terlampau kering. Badan kemudian akan cuba atasinya dengan keluarkan lebih banyak minyak - yang boleh bawa kepada lebih banyak jerawat!

(3) CUCI MUKA SEBELUM CUCI RAMBUT

Selepas cuci muka, pori-pori muka terbuka. Cuci rambut selepas cuci muka akan sebabkan chemical syampu rambut masuk ke dalam kulit muka anda.
Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Kalau terkena pada muka, minyak tersebut meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat.

Marilah kita betulkan yang biasa & biasakan yang betul.

Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang