Showing posts with label Minum Air. Show all posts
Showing posts with label Minum Air. Show all posts

Saturday, April 15, 2023

7 Cara Kurus Dengan Cepat dan Mudah


"Kajian dapati, berat badan naik semula seminggu selepas Raya. Naiknya juga melebihi apa yang telah turun. Kalau turun 5kg, naiknya 7kg. Jaga jaga lagi 1 minggu kita nak Raya."

Lemang, ketupat, rendang, kuih muih yang terhidang tuh rugi kalau tak makan kan? Jadi makan saja lah, rugi kalau diet masa Aidilfitri ini. Namun, kita kena ada plan. Jom saya kongsikan 7 Cara Kurus Dengan Cepat dan Mudah untuk menyambut Aidilfirti sambil jaga makan. Teruskan membaca. 

7 CARA KURUS DENGAN CEPAT DAN MUDAH


1- ELAKKAN 3P - Putih Gula, Putih Nasi dan Putih Tepung.


(a) Gula Putih
  • Gula ada dalam hampir semua makanan dan minuman hari ini. Dari air berkarbonat hinggalah ke dalam makanan diproses seperti biskut dan makanan ringan. Jika anda benar-benar mahu kurus – Kurangkan gula! 
  • Minum air putih sajalah. Elakkan minum semua air berperisa, air karbonat dan segala jenis air teh dan kopi yang datangnya dalam tin, botol atau plastik (dari gerai). 
  • Ini kerana purata kandungan gula dalam air tin dan botol yang dijual ini adalah antara 12-40g gula setiap tin atau botol. 12-40g gula ini bersamaan 3 hingga 10 sudu gula! Gula ini tiada nutrisi. Kuasa ketagihan gula 8 kali ganda lebih ketagih berbanding  pengambilan dadah (kokain). Seram tau!
  • Ia hanya menaikkan paras gula dan insulin dan jika berlarutan akan menyebabkan kekebalan insulin. Maka terjadilah sindrom metabolik, kencing manis dan kegemukan. Jika benar anda nak kurus – gula adalah musuh anda. 
  • Jauhi Gula Putih!


(b) Nasi Putih 
  • Nasi putih mempunyai indek glisemik (GI) yang sangat tinggi. Apabila kita makan secara berlebihan ia akan memuncakkan paras glukosa darah dengan sangat cepat dan akan tingkatkan paras insulin darah juga. Kesannya, semakin banyak kita makan maka, kita akan merasa lebih lapar dan perut akan jadi buncit.
  • Pilihan nasi yang lebih sihat adalah nasi yang berserat tinggi dan mempunyai indeks glisemik (GI) yang lebih rendah. Contohnya Beras Perang, Basmati, herba ponni, parboiled dsbgnya. Jika memilih untuk makan nasi putih maka anda boleh cuba 3 kaedah ini untuk menurunkan nilai GI nya.
    1. Makan nasi dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman.
    2. Masak nasi dengan minyak, contohnya nasi lemak, nasi briyani, nasi goreng dsbgnya.
    3. Masak nasi dengan air yang banyak. Selepas mendidih buang air tersebut dan tambah air baru secukupnya. Ini akan kurangkan kanji dalam nasi tersebut.
    Kawallah pengambilan nasi dan lebih kan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan lauk untuk rasa kenyang. InsyaAllah.

  • Ketupat dan Lemang favourite kan? Tapi tiap kali makan ambil lah 2  slice dan lebihkan protien contoh rendang, serunding daging mahupun ayam.
  • Pilih makan Ketupat dengan daun kelapa. Elakkan yang gunakan plastik. Tahu tak daun kelapa ada antioksida yang tinggi. Ketupat bersama rendang adalah sihat cuma ketupat bersama kuah kacang kena lebih berhati-hati. Sebab ada orang buat kuah kacang dengan gula yang banyak. 
  • Lemang adalah dari beras pulut campur santan yang dibungkus dengan daun pisang dan dibakar. Beras pulut ni tinggi kanji, tapi bila dimasak dengan santan ia akan jadi kanji degil dan bertindak sebagai serat. Secara umum lemang adalah makanan yang rendah Glisemik Index. Jadi ianya bagus dan sihat, tapi jangan pula makan sampai 3 batang lemang ya. Itu melampau namanya!

(c) Tepung Putih 
  • Kuih muih kalau teringin makanlah 1-2 ketul saja. Jangan makan sebalang pula tau!
  • Kuih muih biasanya dari tepung putih kan? Apabila kita makan, akan terus bertukar jadi gula dalam badan dan gula ini beri kesan buruk kepada otak. Beri kesan buruk kepada tubuh badan manusia. Masuk kategori 'fattening carbs.', ditambah pula dengan magerin. Uihhh terus jadi kuih tak sihat.
  • Yang nak buat kuih raya tuh bolehlah gantikan tepung putih dengan tepung unbleached, multigrain atau wholemeal. Kata nak kurus dengan cepat dan mudah? Berjuang gais!

2- BERDAMPING DENGAN OMEGA-3

  • Mahu kurus cepat? Mahu kempis perut? Mahu Fat Burner semulajadi? Caranya mudah. Berdampinglah dengan Omega-3 sebab ia tingkatkan metabolisme badan. 
  • Omega juga bantu aktifkan Hormon Leptin yang bakar lemak. Hormon Leptin bantu sekat selera makan kita mahupun craving benda-benda manis. Maka, dapatlah kawal rasa lapar dan stabilkan paras gula dalam darah kita. Suka tak?! 
  • Bila paras gula terkawal, tiada rintangan insulin berlaku.  Jadi, makin mudah kita nak turunkan berat badan dan kurus dengan cepat dan mudah. 
  • Pengambilan Omega-3 bila dicampur dengan senaman lagi MERECIK hasilnya.  Tak percaya, cubalah.

3- TEH HIJAU 

  • Teh hijau atau green tea sememangnya bantu kita turunkan berat badan. Rasa lapar? Minum teh hijau. Ia bukan sahaja bantu mengisi perut yang lapar, ia juga boleh kurangkan masalah perut masuk angin dan kembung. Nak lagi best, ia bantu bakar kalori. Tapi ingat, bancuh tanpa gula!
  • Teh hijau mengandungi kafein dan catechin iaitu sejenis antioksidan. Kedua-dua komponen ini meningkatkan metabolisme. Teh hijau juga bagus jika diminum sebelum bersenam. Sebuah kajian dapati bahawa minum teh hijau sebelum bersenam dapat membakar lebih banyak kalori. Best ke sangat best?!
  • Cubalah Cinch Tea Mix pun bagus, untuk tingkatkan lagi metabolisma badan dan tenaga lepas bersenam.

4- BANYAKKAN PENGAMBILAN AIR 

  • Tahukah anda minum banyak air tingkatkan sistem metabolism badan? Tubuh dapat proses makanan dengan efektif sekaligus bantu turunkan berat badan. Air penting untuk kurus. Air bersihkan tubuh dari dalam dan bantu buang toksin dari makanan yang kita ambil.
  • Jom kita ambil berat tentang air yang kita minum. Air sangat penting untuk otak. Air penting untuk tidur yang nyenyak. Andai kita bangun tidur dengan sakit tengkuk itu tandanya air tidak mencukupi. Bukan salah bantal. Andai kita bangun atau terasa kebas tangan, kaki atau bahagian tertentu tubuh, itu tandanya air kurang. Lenguh-lenguh badan adalah masalah kurangnya air. 
  • Pastikan air cukup. Teh, kopi dan yang lain-lain tidak termasuk dalam kategori air. Setiap masa kita kehilangan air. Ianya perlu ditambah. Jangan lupa selalu minum air kosong ya!

5- TIDUR YANG CUKUP

  • Percaya tak, orang yang tak tidur dengan cukup akan alami masalah berat badan. Susah nak kurus. Kenapa? Kalau kita tidur lambat, berjaga sampai pukul 3.00 pagi, dijamin kita akan rasa lapar. Bila lapar mulalah nak masuk dapur cari makanan. Bila tak cukup tidur, metabolism kita juga akan berkurangan. Macam mana nak bakar lemak? 
  • Nak kurus kena tidur. Tidur 5 jam atau kurang tambahkan lemak pada perut. Lemak pada perut atau visceral fat ini bahaya. Tempat toksin bertapa. Tunggu masa untuk merosak. 
  • Pastikan cukup tidurnya. Tidur untuk sihat dan awet muda serta kurus. Tidak cukup tidur menyebabkan obesiti. Puncanya ialah kesan tidak cukup tidur ke atas hormon lapar iaitu ghrelin dan hormon kenyang leptin.  
    • Tugas ghrelin ialah memberi isyarat kita perlu makan.
    • Tidur tidak cukup menyebabkan otak melepaskan lebih banyak ghrelin. Bayangkan ghrelin yang meningkat tiga kali ganda. Ia meminta dan merayu untuk makan. 
    • Akhirnya kita tewas. Bunyi keroncong pun mula dilagukan. Kita tinggalkan kerja dan bergegas bangun mencari makan. Biasanya kita capai apa yang ada dahulu. Kudap-kudap dulu. Lapar tahap dewa, ghrelin punya angkara. 
  • Leptin pula memberi klu perut sudah penuh. Mesti berhenti. Malangnya apabila kurang tidur, leptin berkurangan. Kurang leptin sebabkan kita terus makan. Walau sudah habis sepinggan. Bangun dan tambah lagi. Maklumlah leptin tidak ada untuk larang dari berhenti makan. Apabila kita makan tetapi tidak mampu berhenti itu tandanya ghrelin dan leptin di otak tidak stabil.
  • Apabila tidur cukup, hormone ghrelin stabil. Kita hanya lapar apabila sampai waktunya. Laparnya tidak melampau. 
  • Apabila cukup tidur, leptin ada. Leptin akan arahkan untuk berhenti sebelum kenyang. Kita tidak akan tambah makan lagi. 
  • Tidur memberi kesan kepada dua hormon penting yang mengawal makan di dalam otak. Kedua-duanya penting. Perlu stabil. Kurang tidur menggemukkan. Cukup tidur boleh kurus. Yang mana satu pilihan kita?

    6- MAKAN PISANG UNTUK RASA KENYANG

    • Pisang tidak ada kandungannya yang menurunkan berat badan. Namun, kelebihannya banyak. Kalori sikit, tapi pisang mengenyangkan. Umumnya dua biji pisang sudah mengenyangkan. Antara pisang ranum dan masak tetapi masih kehijauan, elakkan yang ranum.
    • Pisang ada anti oksida. Membaik pulih organ dalaman. Ada kehebatan pada pisang. Ada B6, manganese dan copper. Semuanya untuk otak. Ada fiber pada pisang. Diproses secara perlahan oleh sistem. Lambat terasa lapar. Rahsianya pada Pectin. Gula sedikit. Kanji kecil.
    • Mahu kawal tekanan darah, pisang boleh bantu. Ada potassium, yang bantu kesihatan jantung manusia dan buah pinggang.
    • Kajian dapati makan sebiji pisang waktu sarapan dapat tingkatkan mood sehingga separuh hari. Pisang juga turunkan emosi negatif yang bersarang dalam diri. Mahu hadiri mesyuarat, baca buku atau buat pembentangan, ambillah pisang.
    • Buah pisang disebut di dalam Al-Quran. Disebut sebagai makanan di syurga.

    7- BERSENAM

    • Sifir untuk kurus ialah 80% pemakanan, 20% senaman. Senaman penting. Diet tanpa senaman tidak membawa ke mana. Senaman bukan sahaja bantu untuk bakar kalori, malah ia juga bantu untuk muscle toning
    • Ramai yang bersenam setelah pulang kerja. Lebih buruk apabila bersenam waktu malam. Waktu mana yang sesuai? Waktu pagi lebih sesuai kerana hormon yang keluar seperti endorfin dan serotonin boleh bantu bina semangat. Semangat untuk teruskan usaha diet.
    • Berjalan antara senaman yang sesuai dilakukan bagi yang ingin mula bersenam. Ia tidak memerlukan peralatan seperti di gym dan tidak bebankan pada anggota badan Untuk permulaan, boleh cuba berjalan selama 30 minit, 3-4 kali seminggu.
    • Berapa kali seminggu kena bersenam? Jawapannya bergantung kepada anda. Minimum ialah 20-30 minit 3 kali seminggu. Jaga pemakanan, rajin bersenam, pasti anda akan kurus.


      Bagaimana, susah ke senang untuk istiqomah terus menerus lakukan 7 Cara kurus di atas? Antara 7 cara yang dikongsikan, manakah yang anda rasa susah untuk dilakukan? Mohon komen boleh. Kongsikan juga info ini kepada keluarga dan sahabat handai ya.


      Sebagai tambahan :

      PENGAMBILAN SUPLEMEN MEMBANTU



      Pilihan saya. Ini kerana
                • Glisemik Index rendah
                • Tinggi fiber
                • Padat nutrisi dengan vitamin dan mineral
                • Tinggi antioksida
                • Mudah dan cepat
                • Kurangkan craving
                • Melawaskan

      Nak cuba Kurus Dengan Cepat dan mudah dengan Produk Shaklee? Capai jer henfon dan hubungi Alin sekarang ya.

       
      Salam Sayang, 
       Azlin M. Atan | Wasap. 019-2682709 | azlin.mohdatan@gmail.com 
      #PengedarShakleeDenaiAlam 
       COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam

       * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

      Tuesday, February 4, 2020

      Air adalah Kunci : Kebanyakan Wanita Abaikan Minum Air yang Cukup

      Air penting untuk semua proses metabolik dalam badan. Ia bantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit.

      Tahu tak, air berwarna dan berperisakan serap cecair serta ganggu keseimbangan air dalam badan kita?

      Minuman berwarna dan berperisa, terutamanya yang mengandungi gula tambahan atau pewarna tiruan, boleh beri kesan kepada keseimbangan cecair dalam badan. Ini berlaku kerana beberapa sebab:
      • 1. Kandungan Gula: Minuman manis, seperti air berperisa, boleh sebabkan tubuh kehilangan lebih banyak air melalui proses diuretik, yang bermaksud lebih banyak air akan keluar melalui air kencing. Gula dalam minuman tersebut juga boleh meningkatkan rasa dahaga, sebabkan kita lebih cenderung untuk minum minuman manis lagi dan lagi dan lagii.
      • 2. Pewarna dan Bahan Tambahan: Pewarna makanan tiruan dan bahan kimia dalam air berperisa dapat menambah beban kepada tubuh dalam proses dan singkirkan bahan-bahan tersebut. Walaupun ia tidak secara langsung mempengaruhi keseimbangan cecair, bahan kimia ini boleh beri kesan kepada kesihatan jangka panjang jika diambil secara berlebihan.
      • 3. Keseimbangan Elektrolit: Air berperisa yang mengandungi kandungan natrium atau bahan lain boleh mengubah keseimbangan elektrolit dalam badan dan akan mempengaruhi kemampuan tubuh untuk kekalkan cecair yang mencukupi, seterusnya membawa kepada dehidrasi jika tidak dikawal.
      Penting untuk diperhatikan:
      Air kosong atau minuman tanpa gula adalah pilihan terbaik untuk kekalkan hidrasi yang optimum. Jika mahu ambil minuman berperisa, pastikan ia mengandungi bahan semula jadi dan tidak berlebihan dalam gula. Untuk hidrasi yang baik, pilihan seperti air mineral, air kelapa, atau teh hijau tanpa gula lebih disarankan.
      Cecair seperti kopi, teh, dan soda kafein boleh hilangkan kehausan, namun mereka sekawan tuh sebenarnya kurangkan tahap penghidratan kulit kita. Boleh jer nak minum, cuma perlu top up semula intake air kosong 2x ganda daripada intake cecair berwarna yang kalian sudah minum tuh. Boleh ke boleh?


      Berapa liter air sudah minum sehingga waktu ini?
      Semoga kita semua bila nampak botol air akan minum air dengan cukup setiap hari.


      .
      .

      Berjuang, 
      #MakingHealthyHappen

      Azlin
      "Health is the foundation, beauty is the reflection and longevity is the reward"

      Monday, April 2, 2018

      No Sugar Challenge Accepted


      2 April 2018, officially saya jadi #GengNSC


      Yeayyy! (sambil lompat bintang). Berguru bersama Coach Gula, Puteri Yusof.

      Selama ini saya memang orang yang minum kurang manis. Haha, denial gitulah. Tak ngaku coach kata. Memang kesian kalau tiap kali saya yang bancuh air buat tetamu yang bertandang ke rumah. 

      Saya kurang gemar minum air bergas dan sangat segan nak sentuh dessert, kecuali ada majlis ulangtahun baru la berkawan dan bermesra masuk tekak dengan gembira.

      Haa mengapa sesusahkan diri dan gatal nak buat no sugar challenge?!

      Masalah saya mungkin selalu tergegarrr Veganza setiap kali bila jumpa coklat. susah nak tolak walaupun hanya sebatang Kit Kat Huhu. Sungguh!

      Selain dari itu, saya cuma nak belajar lagi, adjust dan bantu Mr. Perfect 10 serta anak-anak agar lebih bijak menikmati realfood walau dimana berada. Doakan saya.

      Nerbess seh.
      Moga dimudahkan. 
      Bismillah, jalan.

      Tuesday, February 27, 2018

      6 Tips Jayakan Cabaran Minum Air 3L sehari selama 30 hari


      Cabaran Minum Air 3L

      Kalau nak tunggu sempat, memang tak kan pernah sempat.

      Cuba 6 tips ni : 

      (1) Buat target sehari nak habiskan 3 L air kosong.

      (2) Pilih botol yang ada takat ukur yang boleh nampak.
      Contoh botol itu ada 600 ml, nampak la takat ukur dia bermula dari 100, 200, 300, sampai 600.

      (3) Set reminder waktu anda nak minum.

      (4) Target setiap 1-2 jam nak habiskan 300-400 ml air kosong.

      (5) Beri kata-kata semangat di botol untuk habiskan sebotol tu.

      (6) Buat ibu yang menyusu, pastikan botol air sentiasa mudah dicapai. Setiap kali lepas menyusu tahap wajib dah untuk anda minum air.


      Bagaimana, rerasa senang ke?

      Tukar habit untuk lebihkan minum air kosong. Perubahan kecil jika dilakukan berterusan pasti ada hasilnya. Lebih lagi kalau anda seorang wanita.

      Akibatnya anda pasti terpaksa

      • tiada sembelit
      • turun berat badan
      • kulit jadi lembap dan cantik
      • buang toksin dari badan
      • tiada pening kepala
      • cergas jer dan tak letih

      Banyak sangat benefit yang kita akan dapat lagi bila kita kurangkan air manis dan minum air kosong ni ya.

      Bagaimana nak tahu bahawa Pengambilan Air harian anda mencukupi?

      • Jarang merasa dahaga.
      • Hasilkan lebih urin sehari.
      • Warna urin, jernih, hampir tiada warna (colourless).
      Awas jika urin anda berwarna keruh atau kuning pekat ya. Itu tandanya anda kurang air


      Azlin M. Atan
      Mari berjuang.