Showing posts with label Multivitamin. Show all posts
Showing posts with label Multivitamin. Show all posts

Sunday, November 10, 2024

Kebahagiaan Wanita dan Hormon: Benarkah Gangguan Hormon boleh Mencuri Kebahagiaan Wanita Tanpa Sedar? Jika Benar Apa Solusinya


Kebahagiaan dan hormon wanita tidak boleh dipisahkan kerana hormon memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal emosi, tenaga dan kesejahteraan mental wanita setiap hari.  

Naik turun hormon yang berlaku sepanjang hidup wanita, seperti semasa haid, kehamilan, berpantang, menopause atau stres, tanpa sedar beri kesan kepada mood, emosi, tenaga, produktiviti, hubungan, keseimbangan hormon dan prestasi harian seorang wanita.

BAGAIMANA GANGGUAN HORMON BOLEH MENCURI KEBAHAGIAAN WANITA? 


1. Hormon Estrogen dan Mood: 


Tahukah anda, Estrogen memainkan peranan utama dalam mengawal mood wanita. Apabila tahap estrogen tinggi, seperti semasa fasa folikular (hari 1-13, sebelum ovulasi), wanita cenderung untuk merasa lebih cergas, ceria, positif, mood lebih stabil dan bertenaga. 

Namun, bila estrogen rendah, mood jadi turun naik macam rollercoaster, terutama semasa PMS, menopaus, atau ketidakseimbangan hormon, seterusnya menyebabkan perubahan mood yang ketara, termasuklah kemurungan, kerisauan dan rasa cemas (anxiety).

Estrogen juga mempengaruhi neurotransmitter seperti serotonin, yang bertanggungjawab untuk rasa bahagia. Oleh itu, gangguan hormon estrogen sering “mencuri” kebahagiaan seorang wanita setiap bulan.

2. Hormon Progesteron dan Keseimbangan Emosi: 


Progesteron adalah hormon yang berfungsi untuk menenangkan tubuh, tetapi perubahan tahapnya boleh beri kesan besar kepada keseimbangan emosi seorang wanita.

Semasa fasa luteal (selepas ovulasi), tahap progesteron meningkat. Semasa fasa ini seorang wanita boleh mengalami perasaan mudah marah, ketegangan, kerisauan dan keletihan mental yang turut kurangkan kebahagiaan wanita.

Wanita yang mengalami ketidakseimbangan hormon sering meluahkan perasaan kehilangan minat dalam aktiviti harian dan rasa susah untuk rasa gembira. Ketidakseimbangan ini “mencuri” kebahagiaan wanita. 

3. Kortisol dan Stres: 


Kortisol adalah hormon yang mengatur stres, metabolisme dan sistem imun. Ia dihasilkan apabila tubuh berhadapan dengan tekanan. Tahap kortisol yang tinggi, akibatkan stres kronik, turunkan kualiti tidur, tingkatkan kerisauan dan mengganggu keseimbangan emosi sesiapa sahaja.

Wanita yang mengalami stres berpanjangan lebih cenderung untuk mudah tertekan dan kurang bersemangat. Paling teruk, jika kortisol tidak dikawal, ia boleh menyebabkan 'cortisol belly'—lemak perut berlebihan yang sukar dikurangkan. Ini kerana kortisol meningkatkan selera makan dan memperlambatkan metabolisme, seterusnya jadikan penurunan berat badan lebih mencabar terutama wanita 40-an ke atas.

Bukan itu saja, pengumpulan Lemak viseral juga turut dirangsang di dalam rongga abdomen dan di sekitar organ-organ seperti hati, pankreas dan usus. Lemak visceral ini berbahaya kerana meningkatkan risiko bukan sahaja penyakit jantung, malah diabetes dan tekanan darah tinggi turut sama datang tanpa diundang. 

4. Oxytocin dan Ketenangan:


Oksitosin adalah hormon yang penting dalam tubuh wanita, terutamanya semasa proses kelahiran dan penyusuan serta bantu dalam penyembuhan selepas bersalin, dengan kurangkan pendarahan dan merangsang pengecutan rahim.

Oksitosin juga dikenali sebagai “hormon cinta” kerana ia memperkuatkan ikatan emosional antara ibu dan bayi serta dalam hubungan sosial, meningkatkan perasaan kepercayaan, kasih sayang dan keintiman. 

Dalam kurangkan stres dan rasa cemas, oksitosin bertindak sebagai agen penenang dan bahagia untuk memberi keseimbangan hormon dan kedamaian. Oksitosin juga berperanan dalam tingkatan hubungan sosial dan pengurusan emosi positif.

Namun, ketidakseimbangan atau kekurangan hormon ini terutama akibat stres atau isolasi sosial, boleh sebabkan perasaan kesunyian, kerisauan malah kemurungan. Wanita yang kurang oksitosin mungkin merasa lebih terasing dan kurang berhubung dengan orang lain, seterusnya mengganggu kesejahteraan emosi mereka. 

APA PERLU DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEBAHAGIAAN & MENGIMBANGI HORMON WANITA?


1. Pemakanan Sihat

Untuk keseimbangan Estrogen;
  • Pilihlah makanan yang tinggi fitoestrogen, iaitu sebatian tumbuhan yang menyerupai estrogen dalam tubuh. Contoh makanan seperti soya (tahu, tempe, edamame), flaxseeds (biji rami), biji chia, biji labu, kacang-kacangan, dan bawang merah mengandungi fitoestrogen yang boleh bantu menstabilkan paras estrogen.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti Delima dan anggur kaya juga dengan bahan fitokimia yang boleh bantu tingkatkan metabolisme estrogen. Sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis, dan kale mengandungi sulforaphane yang bantu proses detoksifikasi estrogen berlebihan dalam tubuh.

Untuk keseimbangan Progesteron;
  • Ambil makanan tinggi magnesium seperti Almond, bayam, kacang hijau, dan biji labu, yang penting untuk pengeluaran progesteron yang seimbang.
  • Vitamin B6: Makanan seperti ikan berlemak (salmon, tuna), pisang, kentang, dan kekacang membantu penghasilan progesteron.
  • Zinc: Daging tanpa lemak, biji bunga matahari, dan tiram adalah sumber zink yang penting untuk kesihatan hormon wanita.

Untuk kurangkan Stres dan tingkatkan Kesejahteraan wanita;
  • Tingkatkan makanan anti-radang seperti Ikan berlemak seperti salmon dan makarel yang kaya dengan omega-3, yang bantu kurangkan keradangan dan stres.
  • Alpukat dan kacang-kacangan, mengandungi lemak sihat yang boleh bantu stabilkan paras kortisol.
  • Dark Coklat (minima 70% koko) — ada flavonoid yang dapat bantu turunkan paras kortisol dan tingkatkan mood.
  • Teh hijau — Mengandungi L-theanine, yang bantu kurangkan stres dan turunkan kortisol.

Untuk tingkatkan rasa kasih sayang dan rasa ketenangan;
  • Ambil makanan kaya dengan probiotik, seperti Yogurt, kimchi, tempe, dan sauerkraut dapat tingkatkan kesihatan usus, dalam mempengaruhi pengeluaran oksitosin.
  • Ambil juga makanan yang meningkatkan serotonin, seperti Pisang, nasi perang dan oatmeal yang bantu tingkatkan paras serotonin dan rangsang pengeluaran oksitosin.
  • Dark Coklat  (minima 70% koko), bantu tingkatkan mood, merangsang pengeluaran oksitosin dan berikan rasa tenang.

2. Senaman

Aktiviti fizikal seperti berjalan, yoga, atau latihan kardiovaskular membantu kurangkan stres, tingkatkan endorfin (hormon kebahagiaan) dan stabilkan hormon seperti estrogen dan progesteron.

3. Pengurusan Stres

Teknik seperti meditasi, deep breathing, dan relaksasi bantu turunkan paras kortisol, hormon stres yang boleh mengganggu keseimbangan hormon lain.

4. Tidur yang Cukup

Tidur yang cukup adalah kunci untuk keseimbangan hormon dan mood yang stabil. Pastikan tidur anda cukup 7-8 jam, untuk bantu tubuh perbaiki sel badan dan stabilkan hormon, termasuk hormon insulin dan hormon ghrelin yang mengatur rasa lapar dan metabolisme.

5. Hubungan Sosial Positif

Berinteraksi dengan keluarga, teman, atau pasangan dapat merangsang pengeluaran oksitosin, hormon yang tingkatkan rasa kebahagiaan dan kurangkan rasa cemas (anxiety).

6. Kurangkan Pendedahan kepada Toksin

Bahan kimia dalam produk harian (seperti plastik atau bahan kimia dalam makanan, pencuci tandas serta pewangi) boleh mengganggu sistem endokrin. Elakkan bahan kimia berbahaya untuk jaga keseimbangan hormon wanita.

7. Suplemen atau Herba

Beberapa suplemen berikut boleh bantu seimbangkan hormon dan tningkatkan kesejahteraan mental wanita. Cubalah.








KESIMPULANNYA

Kebahagiaan wanita sangat bergantung pada keseimbangan hormon. Apabila hormon terganggu, emosi dan kesejahteraan mental turut terjejas. Oleh itu, menjaga dan mengurus keseimbangan hormon wanita adalah kunci untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup wanita secara keseluruhan. Setuju ke setuju?

Jika anda rasa info ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan dan keluarga anda ya.


Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
#ProjekBest

Wednesday, August 23, 2023

Vitamin Asas Untuk Wanita dan Mengapa Ia Penting

Wanita adalah tonggak bukan saja buat sesebuah keluarga malah masyarakat. Nampak kan betapa pentingnya seorang wanita tu. Namun, wanita sering habiskan banyak masa untuk bantu orang lain, dan lupa nak jaga kesihatan diri mereka sendiri. 

Sayangilah diri anda kerana dirimu begitu berharga. Kebanyakan masalah kesihatan yang berlaku kini boleh di cegah jika wanita amalkan gaya hidup sihat.



Sebagai seorang wanita, penjagaan dalaman dan luaran amatlah penting. Jangan sekadar mementingkan fizikal semata-mata sehingga mengabaikan kesihatan dalaman pula!

Makanan seimbang dan berkhasiat adalah asas kepada tubuh yang sihat, dan tubuh yang sihat akan mempengaruhi emosi dan fikiran yang tenang dan stabil. Namun begitu, gaya hidup hari ini, amat sukarkan untuk kita penuhi keperluan zat dan khasiat penting untuk tubuh badan.


4 VITAMIN ASAS UNTUK WANITA


1- Multivitamin


Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan wanita yang sibuk bekerja, pengambilan multivitamin sangat diperlukan. Di samping itu, kumpulan lain yang sangat disyorkan untuk ambil multivitamin, termasuklah:
  • Ibu mengandung & menyusu - Golongan ini memerlukan zat besi yang mencukupi untuk membina darah. Ibu yang kurang zat besi akan kelihatan pucat , mudah letih, senang nak pitam dan nampak tak bermaya. Manakala bayi yang kekurangan zat besi akan mempunyai masalah kenaikan berat badan dan perkembangan yang tak seimbang.
  • Warga tua - Dengan usia, seseorang terdedah kepada osteoporosis. Oleh itu, perlu mengambil multivitamin yang mengandungi vitamin D dan kalsium untuk menjaga tulang kuat.
  • Individu yang ada masalah berat badan, Individu yang amalkan diet vegan, Individu yang aktif dan Individu yang selalu tertekan.

Vita-Lize mengandungi 25 jenis vitamin dan mineral, termasuk zat besi, asid folik dan vitamin B. Vita-Lize juga diformulasi agar mudah diserap oleh tubuh dan tubuh mendapat manfaat dengan kadar yang segera. Best kan?



2- Asid Lemak Omega-3


80% orang di seluruh dunia tidak mendapat nutrien ini yang secukupnya. Omega-3 adalah jenis lemak tidak tepu yang tubuh kita sangat perlukan. Bila bercakap tentang Omega-3, EPA dan DHA adalah yang paling penting!

Bukti yang kukuh berdasarkan ujian klinikal manusia menunjukkan bahawa EPA dan DHA omega-3 bantu dalam sokong kesihatan jantung, otak dan mata sepanjang hayat, dan kesihatan pranatal ibu, termasuk sokong kehamilan yang sihat dan perkembangan awal kanak-kanak. 

Paling best Omega-3 juga mengaktifkan Sel Imun dan meransang metabolisme tubuh.
  • Mengandungi ciri anti-keradangan untuk kurangkan keradangan yang sebabkan sistem imun jadi lemah. 
  • Memperbaiki peredaran darah dan meningkatkan tindak balas sel imun.
  • Banyak penyelidikan menunjukkan omega-3 menyokong sistem imun yang optimum dengan tingkatkan fungsi sei darah putih untuk melawan jangkitan.


Namun, sayangnya tubuh kita tidak dapat hasilkan asid lemak omega-3 ini. Jadi kita kena dapatkannya melalui pemakanan harian kita atau makanan tambahan.



3- OsteNutrix


Bekalkan kalsium, magnesium dan vitamin D bagi kurangkan sakit badan, memperbaiki kekejangan, kebas-kebas, bantu kurangkan insomnia, kekalkan kadar degupan jantung serta cegah sakit sendi tulang dan gigi. Ia penting untuk bantu proses pengecutan pada otot dan saraf. Berikut antara manfaat lain Kalsium OsteNutrix yang diperlukan wanita.



Pastikan anda kenalpasti berapa keperluan Kalsium harian yang diperlukan wanita mengikut umur.



4- EPO @ GLA Complex


Tambahkan Gamma Linolenic Acid (GLA) untuk merangsangkan kesihatan para wanita! GLA Complex bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah hormon wanita, malah lebih dari itu. 

Mengikut kajian, ia bantu merawat ulser, meningkatkan sistem imun badan untuk melawan virus, melegakan kelesuan, melegakan tekak akibat kahak, meringankan kebas urat saraf dan juga meningkatkan stamina.

Apalagi kelebihan GLA ni?
  • Ia bantu kurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, dan kulit kering.
  • Ia bantu rendahkan tahap kolestrol LDL.
  • Ia bantu kawal penambahan berat badan dengan berkesan.
  • Ia bantu perbaiki rambut kering dan keguguran rambut

GLA (gamma-linolenic acid) dipasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). GLA Complex Shaklee diekstrak dari Borage yang ada lebih dari 2x ganda GLA dalam EPO. Borage juga 3x lebih berkesan dari EPO.

Setiap kapsul ada lebih 300mg GLA, yang mana adalah sumber terbaik Omega-6. Juga digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E utk tingkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Malah, ia amat bermanfaat untuk setiap wanita di semua peringkat umur.

Jika anda mahukan keselesaan dan kesejahteraan menyeluruh setiap bulan, GLA (Asid Linolenik Gamma) adalah jawapan yang anda cari. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan ole badan, maka ia adalah penting untuk diambil setiap hari melalui pemakanan atau suplemen.

Kekal Sihat dan rasa hebat setiap bulan


KESIMPULAN


Ha, sekarang anda dapat lihat bukan fungsi setiap vitamin dan mengapa wanita perlu Vitamin Untuk Wanita. Tapi, kami tak kata suplemen satu-satunya usaha yang anda perlu dipraktikkan kerana pemakanan masih lagi aspek paling penting.

Asas kesihatan yang baik, tidak kira berapa umur anda! 

Makan secara sihat, bergerak aktif, pergi pemeriksaan kesihatan berkala, urus stres, jaga kesihatan mental, dan jangan ambil risiko yang tidak perlu, seperti mesej teks semasa memandu. Sama ada anda berumur 20-an, 40-an, 50-an atau 60-an, asas kesihatan yang baik, sama gais! 

Boleh ke boleh?



CARA NAK DAPATKAN VITAMIN ASAS UNTUK WANITA


Hubungi saya dengan klik link Wasap di bawah, untuk saya bantu anda dapatkan Vitamin asas untuk Wanita pada harga lebih jimat apabila daftar sebagai ahli Shaklee. Saya juga boleh bimbing anda, cara pengambilan berkesan yang eksklusif untuk kesan yang optimum.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023

Tuesday, June 6, 2023

Multivitamin Shaklee Berwajah Baru | Vita-Lize

Memperkenalkan Multivitamin dan Multimineral Vita-Lize


Apakah Multivitamin?


"Multivitamin" ialah makanan tambahan yang menggabungkan vitamin dan mineral yang berbeza. Mereka bertujuan untuk mengisi jurang nutrisi dalam diet dan biasanya diambil dalam bentuk tablet. 



Kenapa anda perlu ambil Multivitamin?


Nutrisi memainkan peranan yang penting untuk kita sentiasa kuat dan sihat. Malangnya, 
  • 90% orang kekurangan zat dan nutrisi yang penting dalam diet seharian mereka. Ini ditambah dengan faktor keadaan bumi yang semakin berbahaya dek pencemaran udara dan pencemaran air.
  • 73% rakyat Malaysia TIDAK mencapai sasaran pengambilan buah dan sayur-sayuran. Dengan gaya hidup yang penuh diet tinggi lemak dan rendah serat, pengambilan makanan proses yang lebih cepat dan mudah serta industri makanan yang sedah alami GMO genetik modife
  • 63% rakyat Malaysia TIDAK aktif atau kurang Bersenam.
  • 44.5% rakyat Malaysia adalah lebih berat badan atau obes. Malaysia negara "Paling Gemuk"di Asia Tenggara. 1 daripada 2 rakyat Malaysia Gemuk!
  • Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati 17.7% kanak-kanak dan remaja di Malaysia berusia 5 hingga 19 tahun alami masalah pertumbuhan terbantut.

Daripada fakta-fakta di atas, ia dengan jelas menunjukkan isu rakyat Malaysia kekurangan nutrisi agak serius.

Keistimewaan Vita-Lize

  • Merupakan tablet paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.

  • Setiap tablet mengandungi 25 jenis nutrisi untuk keperluan harian yang diekstrak dari buah-buahan dan sayuran (12 vitamin dan 7 mineral penitng).

  • Telah jalani lebih 340 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.

  • Tablet juga disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, iaitu “Explo-tab”.

  • Shaklee gunakan teknologi salutan mikro bagi bantu tingkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang bantu hasilkan dan pelihara sel-sel baru.

  • Disokong oleh 7 kajian klinikal yang telah buktikan bahawa pengambilan harian Vita-Lize selama setahun dengan konsisten boleh bantu kurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.



Kebaikan Multivitamin


Multivitamin diperlukan untuk sokong kesihatan dan pertumbuhan. Ini harus dimakan secara berkala, untuk menambah nutrien yang kurang daripada pengambilan makanan seharian kita. 


Sekiranya kita tergolong dalam kumpulan orang yang sibuk bekerja, pengambilan multivitamin sangat diperlukan. Di samping itu, kumpulan lain yang sangat disyorkan untuk ambil multivitamin, termasuk:
  • Ibu mengandung & menyusu - Golongan ini memerlukan zat besi yang mencukupi untuk membina darah. Ibu yang kurang zat besi akan kelihatan pucat , mudah letih, senang nak pitam dan nampak tak bermaya. Manakala bayi yang kekurangan zat besi akan mempunyai masalah kenaikan berat badan dan perkembangan yang tak seimbang.
  • Warga tua - Dengan usia, seseorang terdedah kepada osteoporosis. Oleh itu, perlu mengambil multivitamin yang mengandungi vitamin D dan kalsium untuk menjaga tulang kuat.
  • Individu yang ada masalah berat badan, Individu yang amalkan diet vegan, Individu yang aktif dan Individu yang selalu tertekan



Pilih Multivitamin yang Tepat


Berbagai jenis multivitamin yang dijual bebas di pasaran, jadi harus berhati-hati dalam memilih produk mana yang sesuai untuk tubuh kita. Penting juga untuk perhatikan cadangan penggunaan pada label produk multivitamin yang kita ambil.

Jangan melebihi dos yang disyorkan, ya. Baca label dengan teliti. Pastikan vitamin dan mineral di dalamnya mengandungi vitamin A, C, B, E dan D kompleks yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.


Dapatkan Multivitamin Shaklee Vita-Lize hari ini ya! 

Meh join ahli dan dapatkan harga istimewa pembelian Vita-Lize ini. Nak makan sendiri saja boleh. Nak bisnes pun boleh. Anda pilih! Apa jua pilihan anda, ambil langkah pertama untuk nikmati peluang kehidupan lebih sihat dan lebih baik serta enjoy semua benefit yang Shaklee tawarkan.




Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023