Tuesday, February 27, 2018

6 Tips Jayakan Cabaran Minum Air 3L sehari selama 30 hari


Cabaran Minum Air 3L

Kalau nak tunggu sempat, memang tak kan pernah sempat.

Cuba 6 tips ni : 

(1) Buat target sehari nak habiskan 3 L air kosong.

(2) Pilih botol yang ada takat ukur yang boleh nampak.
Contoh botol itu ada 600 ml, nampak la takat ukur dia bermula dari 100, 200, 300, sampai 600.

(3) Set reminder waktu anda nak minum.

(4) Target setiap 1-2 jam nak habiskan 300-400 ml air kosong.

(5) Beri kata-kata semangat di botol untuk habiskan sebotol tu.

(6) Buat ibu yang menyusu, pastikan botol air sentiasa mudah dicapai. Setiap kali lepas menyusu tahap wajib dah untuk anda minum air.


Bagaimana, rerasa senang ke?

Tukar habit untuk lebihkan minum air kosong. Perubahan kecil jika dilakukan berterusan pasti ada hasilnya. Lebih lagi kalau anda seorang wanita.

Akibatnya anda pasti terpaksa

  • tiada sembelit
  • turun berat badan
  • kulit jadi lembap dan cantik
  • buang toksin dari badan
  • tiada pening kepala
  • cergas jer dan tak letih

Banyak sangat benefit yang kita akan dapat lagi bila kita kurangkan air manis dan minum air kosong ni ya.

Bagaimana nak tahu bahawa Pengambilan Air harian anda mencukupi?

  • Jarang merasa dahaga.
  • Hasilkan lebih urin sehari.
  • Warna urin, jernih, hampir tiada warna (colourless).
Awas jika urin anda berwarna keruh atau kuning pekat ya. Itu tandanya anda kurang air


Azlin M. Atan
Mari berjuang.

Monday, February 26, 2018

10 Tips Mudah untuk Kurangkan Penggunaan Garam

Berapa banyak garam adalah terlalu banyak? Jika label produk anda mempunyai lebih daripada 400mg natrium setiap 100g produk - anda perlu RECONSIDER. #UnpackTheSalt
Tiada garam tambahan? Jangan biarkan label menipu anda. 75% garam kita berasal dari makanan yang diproses.

Garam terdiri daripada natrium dan klorida. Ia boleh ditambah kepada makanan untuk memenuhi banyak fungsi semasa pemprosesan. Natrium sebenarnya merupakan komponen HEAPS bahan tambahan makanan yang digunakan dalam makanan yang diproses. Ia adalah komponen natrium garam yang berbahaya, jadi cara yang paling selamat untuk melihat garam anda adalah untuk memeriksa senarai bahan untuk natrium.

Ia biasanya dijumpai di antara banyak perkataan yang mengelirukan kita. Tidak dapat mencari garam pada labelnya? Cari enam huruf kecil ini S O D I U M.


Semakin tinggi kandungan natrium yang ada dalam senarai ramuan, lebih banyak natrium dalam produk berbanding ramuan lain. Ketahui di mana ia bersembunyi. Kebanyakannya tidak datang dari shaker garam! Garam terlalu banyak adalah buruk pada tubuh.

Jadi apa alternatif yang kita ada?

Jom belajar tentang 10 tips mudah kurangkan natrium dalam makanan dan teroka cara baru untuk menyediakan makanan.

  • Baca Label Fakta Pemakanan - Baca Label Fakta Pemakanan untuk melihat berapa banyak natrium dalam makanan dan minuman. Kebanyakan orang perlu mengambil kurang daripada 100% daripada Nilai harian (atau kurang daripada 2,400 mg) natrium setiap hari. Semak label untuk membandingkan natrium dalam pelbagai jenis makanan dan minuman dan pilih yang lebih rendah dalam natrium.
  • Sediakan makanan anda sendiri apabila boleh - Hadkan campuran sos, dan produk "segera" (termasuk beras berperisa, mi segera, dan pasta siap sedia).
  • Masukkan rasa tanpa menambah natrium - Hadkan jumlah garam yang anda tambah pada makanan semasa memasak, membakar, atau di atas meja. Cuba campuran perasa garam dan herba dan rempah bukan garam untuk menambah rasa kepada makanan anda.
  • Beli segar - Pilih daging segar, ayam, dan makanan laut, dan bukan jenis yang diproses. Juga, periksa pakej pada daging dan ayam segar untuk melihat sama ada air masin atau garam telah ditambah.
  • Lihat sayur anda - Beli segar, beku (tiada sos atau perasa), atau natrium rendah atau sayur-sayuran tanpa garam yang ditambah.
  • Bilas natrium - Bilas makanan yang mengandungi natrium, seperti kacang, tuna, dan sayur sebelum makan. Ini membuang beberapa natrium.
  • "Kurangkan" makanan ringan anda -  Pilih natrium rendah atau tiada garam yang ditambah, bijirin, dan produk makanan ringan (seperti kerepek dan pretzels) - sebaliknya nikmatilah obak merah atau saderi.
  • Pertimbangkan perasa tambahan anda - Pilih perasa natrium yang ringan atau dikurangkan, masukkan minyak dan cuka kepada salad dan bukannya sos dari botol, dan gunakan hanya sebilangan kecil perasa daripada paket perasa dan bukannya seluruh paket.
  • Kurangkan saiz bahagian anda - Kurang makanan bermakna natrium kurang. Sediakan bahagian-bahagian yang lebih kecil di rumah dan kurangkannya apabila makan di luar - pilih saiz yang lebih kecil, memecahkan hidangan dengan rakan, atau mengambil bahagian dalam hidangan anda.
  • Buat pilihan natrium rendah di restoran - Minta hidangan anda disediakan tanpa garam dan minta agar sos sos dan salad dihidangkan "di sebelah," kemudian gunakan kurang dari mereka. Jika item atau hidangan restoran termasuk tuntutan mengenai kandungan nutriennya, seperti "natrium rendah" atau "lemak rendah," maka maklumat pemakanan untuk menyokong tuntutan itu perlu tersedia pada masa pembelian. 

Sumber : https://www.fda.gov/Food/LabelingNutrition/ucm315393.htm

Tuesday, February 6, 2018

5 Sebab YOUTH Berbeza dari Skin Care Produk lain dipasaran

Sesiapa yang pakar tentang penjagaan kulit pasti tahu kunci untuk dapat kulit yang cantik, kelihatan-muda adalah dengan mempercepatkan pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat

Kulit orang muda melakukannya dengan mudah. Ia akan perbaharu pada kadar yang optimum dan hasilkan semua kolagen dan keanjalan yang kita perlukan untuk kulit yang lembut, gebu serta berseri. 
Namun, dengan meningkatnya usia kita, keserian itu akan hilang. Pembaharuan sel kita akan jadi lebih slow ya amat dan kolagen serta keanjalan yang dihasilkan akan berkurangan.
Inspirasi untuk YOUTH direka untuk memastikan dunia melihat anda sebagaimana anda melihat diri sendiri. Menarik kan?


5 SEBAB YOUTH BERBEZA DARI PENJAGAAN KULIT YANG LAIN YANG ANDA MESTI TAHU!


(1) Teknologi YOUTH Complex bukan sahaja menangani penuaan di permukaan kulit, malah ia bertindak pada sel kulit anda.
  • Maknanya YOUTH tidak hanya sediakan manfaat perlindungan dan pembaikan, malah ia menyokong fungsi penting sel yang dapat memulihkan keremajaan dan seri wajah.
  • Mengandungi 10 kali ganda kepekatan YOUTH Complex yang dalam proses paten, YOUTH Activating Serum semestinya produk yang wajib dimiliki dalam koleksi anda.

(2) YOUTH 100% vegan, berasaskan tumbuhan. Kuasa BOTANIKAL. YOUTH™ adalah sebuah revolusi. Dengan lapan paten dan paten-diproses, 
  • Setiap produk YOUTH diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada ianya cara hidup anda, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi.

(3) YOUTH buktikan yang anda tidak perlu mengorbankan keselamatan dan ketulenan untuk keberkesanan. 
  • Kesemua produk YOUTH direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang berbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk-produk lain yang memberikan impak kepada kulit anda dan planet kita.

(4) YOUTH buktikan bahawa kulit anda sememangnya menjadi lebih muda dengan Indeks Usia Kulit
  • Dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit memberikan cara berasaskan fakta dan klinikal untuk membuktikan kesan YOUTH™ terhadap penampilan dan usia kulit. Keputusannya adalah luar biasa terhadap 8 kesan uatama kulit iaitu KEDUTAN KULIT,  SAIZ PORI, TONA KULIT, KEANJALAN, TEKSTUR KULIT, HIPERPIGMENTASI, SERI KULIT DAN KEKENDURAN.
  • 2/3 daripada wanita telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad lebih muda dengan YOUTH.
  • 100% para wanita mempunyai kulit yang kelihatan lebih muda, dengan penambahbaikan hanya dalam 7 hari, dan dengan penggunaan yang berterusan.

(5) Semua rangkaian YOUTH 
  • 100% Vegan (berasaskan tumbuhan 100%)
  • Cruelty free (produk tak diuji ke atas haiwan & tak guna sebarang unsur haiwan dalam produknya)
  • Gluten free
  • Dermatologist tested
  • Hypoallergenic (unlikely sebabkan reaksi alergi)
  • Non-comedogenic (tidak sumbatkan liang pori)
  • Ophthalmologist tested (ujian keselamatan dilakukan untuk pastikan produk selamat digunakan di sekitar kawasan mata termasuk pemakai kanta lekap)

Saturday, February 3, 2018

Shaklee YOUTH SkinCare, Kelihatan lebih muda, lebih lama, boleh percaya ke?

Shaklee YOUTH SkinCare, Kelihatan lebih muda, lebih lama



Pada bulan Ogos 2017, Shaklee Corporation, US telah melancarkan Produk Skin Care terbaru YOUTH By Shaklee. Selama lebih dari 60 tahun, Shaklee telah bantu ramai orang untuk kelihatan lebih muda serta lebih lama, dengan menangani penuaan pada tahap selular. Kini, sebuah sistem penjagaan kulit baru revolusioner direka untuk bantu kita semua untuk kelihatan lebih muda, lebih lama.

Huhu excited dan tak sabar tau! Saksikan video kat bawah ini. Anda pasti terjangkit tidak sabar untuk dapatkan YOUTH skincare set.











Cara menggunakan Shaklee YOUTH Untuk Kulit 10 Tahun Lebih Muda 

Hanya dengan 4 langkah mudah untuk hasil yang luar biasa dengan Advanced Anti-Aging Regimen ni:
  1. Membersihkan
  2. Mencerahkan
  3. Pembaharui
  4. Melembapkan & melindungi

stay tune okie!


Thursday, February 1, 2018

Kawan Baik Kulit Wanita

Kunci kepada kulit cantik yang kelihatan muda adalah pembaharuan sel kulit. Inilah kawan baik kulit saya yang bantu dalam pembaharuan sel kulit, iaitu kolagen dan vitamin c. 

Pengurangan kolagen bermula seawal usia 25 tahun. Seawal 20-an, kita hanya perlu 2000mg kolagen sahaja untuk maintain kolagen kulit kita. 

Namun, bila mencecah sahaja usia 30-an, kolagen semakin super laju berkurang dan menyebabkan kita perlu lebih banyak lagi kolagen untuk elak kulit dari kedutan, garis halus, jeragat dll.

Ramai yang kata,
  • Nak SIHAT ambik Kolagen
  • Nak sendi lancar amik Kolagen
  • Nak CANTIK luar dan dalam ambik Kolagen
  • Nak nampak MUDA jelita ambik Kolagen

Vitamin C juga apabila semakin meningkat usia, kulit kita akan kehilangan vitamin C secara beransur-ansur yang menmbahkan lagi masalah kedutan,  bintik hitam dan garisan halus.

Vitamin C bantu untuk kulit kita jadi awet muda dan anjal dengan meningkatkan penghasilan kolagen untuk menyokong dan kuatkan kolagen kulit agar tidak mudah rosak akibat cahaya matahari terik dan juga keradangan. Ia juga bantu sembuhkan luka, selain hebat melawan radikal bebas.

Amalkan suplemen vitamin C untuk keremajaan kulit dan awet muda di samping membantu kulit menjadi lebih cerah.


Nampak tak bagaimana dua sahabat baik ini bekerja? Ya mereka sangat melindungi kulit kita dari bahaya persekitaran dan menyokong kesihatan dari dalam ke luar.


Bertindak sekarang dehh! Kalau dari sekarang tak jaga, bila lagi kan? 




Apa istimewanya kolagen dan vitamin C ni?

Keistimewaan Kolagen 

  • Shaklee Collagen Powder menyediakan 4,000mg Kolagen proprietari RSS (Sisik Ikan Merah), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak daripada sisik Ikan Merah dan tahan lasak. 
  • Bukan sekadar memberikan kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, eskstrak kerang-kerangan, Laktobasilus asidofilus, Vitamin C, B2 dan B6 . 
  • Berat molekul yang kecil  bantu untuk penyerapan yang tinggi. Pek individu untuk pengambilan segera, bila-bila masa, di mana sahaja.

Keistimewaan Vitamin C

  • Sustained Release Vita-C Plus adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. 
  • Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam. 
  • Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.


"Look Beautiful, Be Youthful"
Azlin
#YouthfulFromWithin