Terma dan Syarat
- a. Butiran Pasukan
- b. Gambar sebelum dari arah depan dan sisi serta seluruh badan.
- c. Bukti berat badan setiap pasukan
- d. Jumlah berat badan Pasukan
- e. Bukti pembelian set 30 hari Transformasi
- Foto SEBELUM & SELEPAS (profil depan & sisi, kepala hingga kaki, dalam pakaian yang sama seperti foto SEBELUM).
- Bukti dan Jumlah Berat Badan Pasukan.
Kenapa Set Transformasi 30 Hari?
Cinch Shake
OTOT = METABOLISMA
Cinch berkesan kerana ia
- Kekalkan jisim otot tanpa lemak.
- Hilangkan berat daripada lemak. Setiap hidangan Cinch Shake Coklat mengandungi 180kcal sahaja dengan indeks glisemik 16. Sebotol Cinch Shake cukup untuk 15 kali hidangan, dan terdapat lagi dalam 2 perasa enak iaitu Vanila dan Latte.
- Minuman yang berasaskan protien lengkap yang kaya serat dan bantu untuk gantikan makanan setiap hari. Kita jadi lambat lapar. Paling best, dah tak terliur sangat bila tengok makanan. Craving kepada makanan menipis jadinya.
- Terbukti secara klinikal. Kaya dengan 20 vitamin dan mineral, 16g protien Bukan-GMO, 6g fiber serta disokong oleh kajian klinikal.
- Diperkasa dengan 2.5g Leusine. Leusine adalah asid amino penting, yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot dan kekalkan pertumbuhan. Oleh kerana tubuh badan kita tidak dapat hasilkan leusine, ia mesti diperolehi dari sumber makanan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa leusine bermanfaat dalam:
- Galakkan pengeluaran otot.
- Sokong pertumbuhan otot tanpa lemak.
- Sokong pemulihan otot.
- Kurangkan keletihan otot selepas bersenam.
Omega Guard
- Asid lemak Omega-3, tubuh kita tak mampu hasilkan sendiri. Jadi kita perlu ambil dari makanan dan juga supplemen seperti Omega Guard untuk badan yang kuat dan sihat.
- Omega Guard bantu kawal selera makan dan beri rasa puas makan. Ia aktifkan Hormon Leptin yang bakar lemak. Hormon Leptin ni bantu sekat selera makan mahupun craving benda-benda manis. Maka, dapat kawal rasa lapar dan stabilkan paras gula dalam darah.
- Kurangkan keradangan dalam tubuh dan tingkatkan fleksibiliti sendi serta sistem imun.
- Kajian telah membuktikan EPA & DHA mampu untuk stabilkan emosi dan bantu perkembangan kesihatan mental, tekanan, kemurungan, insomnia, anxiety, autism dan schizophrenia.
- Bantu Jantung lebih sihat dengan sokong peredaran darah yang lancar, kekalkan tahap normal, triglycerida yang sihat serta kekalkan fungsi kardiovaskular.
Lecithin
- Pemecah lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, mengemulsi dan metabolisamakan lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh. Ini akan sebabkan lemak degil dipecahkan dari makanan jadi molekul-molekul kecil, kemudiannya bertukar jadi asid lemak yang mudah dibakar oleh badan sebagai tenaga.
- Pelangsingan - Menghalang obesiti dengan percepatkan pembakaran lemak untuk kesan perlangsingan yang seimbang.
- Melindungi hati - Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak seterusnya bantu tingkatkan kesihatan hati.
- Meringankan sembelit - melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.
- Meningkatkan daya ingatan dan meringankan stress. Kolin bantu tingkkan daya fokus, daya ingatan dan ringankan stress.
Alfalfa Complex
- Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa sangat beralkali. Bantu kembalikan kenormalan badan yang berasid, hilangkan toksin dari badan, bersihkan hati, kolon, darah dan cantikkan kulit serta otot.
- Baiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastrik dan sembelit.
- Singkirkan lemak dan kolestrol - Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada Alfalfa akan hapuskan lemak, kurangkan kolestrol, cegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol. Menarik bukan?
- Melegakan keletihan.
Vivix
- Peredaran Darah yang sihat kurangkan keradangan kronik serta turunkan tekanan darah serta tahap kolestrol LDL (Jahat) dan tingkatkan tahap kolestrol baik HDL.
- Menurunkan tahap gula darah serta tingkatkan kepekaan insulin. Tahu tak Insulin merupakan hormon ‘penyimpan’ lemak nombor 1 dalam tubuh manusia! Jika kita ingin turunkan berat badan, pastikan jaga hormon insulin ini lebih berbanding hormon lain. Apabila Insulin meningkat, lebih banyak lemak akan disimpan.
- Bantu kita dapat kurangkan stress dan tidur lebih lena. Stres punca sebabkan kita alami gangguan tidur serta sebabkan bertambah berat badan.
- Tingkatkan penghasilan mitokondria (penjana utama tenaga badan), kekuatan jisim otot serta penghasilan semula otot bagi individu yang berusia (apabila diamalkan bersama dengan senaman.
Anda Serius nak Turunkan Berat Badan?
#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023





















