Showing posts with label YouthEffect. Show all posts
Showing posts with label YouthEffect. Show all posts

Saturday, July 1, 2023

Cara Kurangkan dan Elak Jeragat Datang lagi


Alin pasti setiap kita wanita impikan kulit yang sihat, cantik dan berseri. Betul tak? 
Buat wanita usia 30-an ke atas, kita harus sentiasa dapatkan perlindungan daripada pancaran cahaya matahari bagi elakkan risiko kerosakan kulit kita kelihatan lebih berusia dari usia sebenar. Jeragat atau tompok-tompok hitam adalah yang paling ketara.

Kehadiran jeragat bukan berlaku sekelip mata tetapi ia kesan jangka panjang dari pendedahan kepada sinaran matahari yang berlebihan. Sel kulit kita bertindak untuk melindungi kulit dari kesan UV yang merbahaya dengan cara menghasilkan banyak pigmen hitam.

Malu dengan kulit berjeragat anda?

Jangan risau lagi. Gabungan dalaman dan luaran sangat-sangat penting untuk masalah jeragat. Jika anda ingin selesaikan masalah Jeragat, teruskan membaca.



5 CARA KURANGKAN DAN ELAK JERAGAT DATANG LAGI YANG BERKESAN


1- Kerap Menyapu Krim Pelindung Matahari


Pemakaian krim pelindung matahari sebagai wajib atau perlu rajin diamalkan setiap kali keluar rumah, terutamanya jika kulit anda sangat sensitif terhadap sinaran matahari.

Kiranya, jangan keluar rumah la selagi tak tepek krim SPF Sunscreen. Sungguh, gunakanlah pelindung matahari apabila anda melangkah keluar, paling tidak gunakan krim yang spektrum luas dengan SPF sekurang-kurangnya 30 (yang terbaik adalah SPF 50).

Kajian menunjukkan pendedahan tempoh panjang boleh akibatkan kulit menggelap, kedutan, jeragat dan bintik perang. Ia juga berpotensi bawa risiko kanser. Seram kan?

Dah sapu krim suncreen, pastikan ikuti 2 langkah wajib perlindungan matahari ini pula. 
(1) hadkan waktu di bawah matahari dari jam 10 pagi hingga 2 petang. 
(2) Pakai baju lengan panjang, seluar, topi dan kacamata hitam.

Youth Age Defense Moisturizer ada SPF 50. In shaa Allah boleh beri perlindungan 98% dari sinar UVA dan UVB. 

SPF tuh kiraan yang merujuk kepada seberapa lama dan seberapa kuat krim boleh melindungi kulit kita sebelum terbakar. Jadi, jika kita tidak inginkan kulit terbakar macam roti bakar, sapukan pelindung matahari dengan murah hati tidak kira panas atau hujan, diluar mahupun dirumah. Gunakan semula krim setiap dua jam atau lebih kerap jika lakukan aktiviti diluar.

Baca : 4 Basic Sun Protection yang Wajib Tahu.


2- Pengambilan Makanan Tinggi Kandungan Vitamin C


Bagi mereka yang mendapat jeragat kerana perubahan hormon luar biasa, tiada lain yang dapat bantu selain daripada jaga pemakanan supaya lebih berkhasiat dan lebih banyak kandungan vitamin C.

Vitamin C bantu kekalkan keanjalan kulit juga halang sebarang penyahwarnaan kulit dengan menggalakkan sintesis kolagen. Pengambilan pemakanan yang tinggi kandungan vitamin C dan serat juga penting untuk tujuan singkirkan radikal bebas.


3- Pengambilan GLA Complex


Sejenis vitamin yang mengandungi minyak ‘Borage’. GLA atau asid gamma linolenik sangat- sangat mujarab untuk atasi punca jeragat. Alin suka kategorikan GLA Complex sebagai ubat jeragat semulajadi yang sangat berkesan. GLA Complex bantu hilangkan jeragat dengan cara stabilkan hormon wanita yang tak menentu. Sebabnya, hormon ialah antara punca utama jeragat. Selain itu, GLA Complex juga lengkap dengan vitamin E yang memulihkan sel jeragat yang rosak, mencerah dan menegangkan kulit tanpa kesan sampingan. InsyaAllah.


3 Basic asas yang wajib untuk perangi masalah Jeragat


4- Pengambilan Protein


25% daripada badan kita berasal/diperbuat daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Pengambilan Protein yang cukup untuk kulit penting sangat kerana ia: 
  • Bekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita untuk fungsi kulit yang optimum. 
  • Galakkan penghasilan, pertumbuhan daan perkembangan sel-sel kulit yang baru dan sihat. 
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit serta hasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit, bina sel otot, sokong sistem imunisasi badan dan sokong kesihatan jantung dan prostat (lelaki).
  • Protein juga sokong penghasilan asid amino glutation yang bantu melindungi kulit sel-sel kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari dan UV. 
  • Protien melembapkan kulit serta bantu baiki tekstur kulit. 
  • Protein bantu hasilkan kolagen dalam badan seterusnya bantu pastikan kesihatan dan kecantikan kulit sentiasa terjamin. 
  • Kandungan niacinamide dalam ESP shaklee bantu cerahkan kulit.


5- Amalkan Rutin penjagaan Luaran


Rutin penjagaan luaran, kita kena cuci, guna serum dan moisturizer supaya ph kulit kita akan lembab dan kadar pemulihan sel akan jadi cepat. Bagi yang ada jeragat kronik, Alin sangat sarankan tambah Youth Radiance C&E.  

Mula-mula guna selang 1 hari dan mix dengan Youth Night Cream sekali supaya jadi ala-ala sleeping mask gitu. Syiok sangat kulit, sebab bila bangun pagi kulit rasa lembut dan fresh.

Majoriti yang dah guna rata-rata beri feedback kulit mereka jadi lebih licin, tona kulit lebih sekata, tompok jeragat berkurang dan kulit lebih glowing dari sebelum berYouth. 


    

  



KESIMPULAN


Kalau tak buat sesuatu dengan jeragat, masalahnya kelak ia semakin tebal dan susah nak hilang. Jika anda ada masalah jeragat, hubungi Alin sekarang sebab Alin nak bantu anda.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


Friday, March 9, 2018

YOUTH Skincare Sebelum dan Selepas 30 Hari

2 masalah yang sering dihadapi wanita baik yang bekerjaya mahupun surirumah adalah liang pori yang besar dan kulit kusam.


Tahukah anda wajah yang sering terdedah dengan radiasi ultraviolet cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan elastin wajah dan jadikan pori-pori wajah terbuka dan membesar.

Wajah yang kelihatan kusam pula terjadi akibat timbunan sel kulit mati berkumpul dipermukaan kulit wajah dan jarang melakukan scrub. Kurang pengambilan air yang cukup juga turut jadi faktor utama untuk dua masalah tersebut.

Kini, dengan YOUTH sckincare, kedua-dua masalah kulit kusam dan pori-pori besar boleh dibantu. #YOUTHisHOPE


Sebelum YOUTH (gambar kiri atas)
Nampak tak 
  • teksture kulit yang kusam
  • jeragat polkodot
  • bintik bintik hitam
  • pori-pori yang besar
  • tona kulit tak sekata kat pipi tu (paling obios kan?
  • Sekumpulan jeragat yang semakin beranak pinak.

Selepas 30 hari YOUTH
  • Kulit lebih sihat
  • Kulit lebih cerah dan tak kusam lagi
  • Tona kulit pun semakin sekata. 
  • Kulit lebih bersih, 
  • jeragat polkodot macam berkurang


Hal ini sangat la best, sebabnya sebelum ini macam-macam usaha dicuba untuk cerahkan kulit dan pudarkan cik jeragat iu tak berjaya. Seriously, saya jatuh cinta berlori-lori dengan YOUTH Skincare ini, the best skin care ever buat saya yang memang jarang guna skincare sebelum ini, terutama semasa bekerja dibawah panas mentari.



YOUTH® Skincare ini bebas dari lebih 1500 bahan kimia toksik dan berbahaya. 100% semulajadi dan bebas dari Paraben, Phtalates, Hydroquinon, Merkuri, Sodium Lauryl Sulfate(SLS) dan banyak lagi (Rujuk senarai penuh disini).


Tak risau nak tepek bila kita tahu YOUTH® Skincare Shaklee Bebas Bahan Kimia Berbahaya, Semulajadi Dan Bebas Gluten. Bukan produk timbang kilo belakang rumah tau. Kesemua produk YOUTH direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang berbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk lain yang memberikan impak dan reaction kepada kulit kita.

Paling best teknologi YOUTH bukan sahaja menangani penuaan di permukaan kulit, malah ia bertindak pada sel kulit. YOUTH 100% vegan, berasaskan tumbuhan. Kuasa BOTANIKAL. YOUTH™ adalah sebuah revolusi. Setiap produk YOUTH diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada cara hidup, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi.
YOUTH buktikan yang anda tidak perlu mengorbankan keselamatan dan ketulenan untuk keberkesanan. Ianya bukan sahaja SELAMAT, malah BERKESAN. #YouthIsHope

Cara menggunakan Shaklee YOUTH



Hanya dengan 4 langkah mudah sahaja YOUTH membantu wanita mahupun lelaki hanya dalam 4 steps sahaja.

  1. Membersihkan
  2. Mencerahkan
  3. Pembaharui
  4. Melembapkan & melindungi

Alhamdulillah, saya dah berjuang dan jumpa skincare yang berikan harapan kepada kulit saya. Anda bagaimana? Bagi yang berminat nak berjuang untuk kulit sihat, cantik dan selamat dengan YOUTH, boleh contact Alin untuk konsultation dan cara guna produk dengan betul.


Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang.