Showing posts with label Kehamilan Sihat. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan Sihat. Show all posts

Thursday, October 12, 2023

Kepentingan Vitamin C & Mengapa Kita Perlukan?

Vitamin C ini adalah bahan yang sangat penting untuk kesihatan. Manusia apabila kita stress, kita sakit, demam kita kena amik vitamin C. Manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri. Kita perlu dapatkan vitamin C daripada makanan kita, dan sumber Vitamin C yang tinggi adalah dari buah-buahan. Pemakanan sayur dan buah-buahan sangat penting, tapi tak cukup! 

Semata-mata makan buah untuk dapatkan dos vitamin C, 1000mg sehari, kita perlu makan sekarung buah epal, sekarung buah oren. Mana ada orang boleh makan banyak-banyak tuh. 

Menurut kajian FAMA, penduduk Malaysia sangat kurang makan buah. Penduduk Malaysia makan 5 kilo buah sebulan. Sepatutnya kita perlu makan sekurang-kurangnya 40 kilo sebulan. Disini jelas menunjukkan, sumber vitamin C kita sangat rendah!

Kebanyakkan kita alami kekurangan Vitamin C. Kalau tak boleh makan buah banyak-banyak makanlah vitamin C secara suplemen, sebagai tambahan.


Adakah anda Mendapat cukup Vitamin C? 


Adakah anda ada tanda-tanda seperti di atas?
Jika ya, tubuh anda mungkin kekurangan Vitamin C!


Vitamin C adalah "a do-everything" nutrien yang bukan saja menyokong tulang sihat, gigi, gusi malah melindungi satu badan. Vitamin C sangat penting untuk kesihatan bagi kesihatan salur darah, tulang dan gigi kerana vitamin ini diperlukan untuk membentuk Kolagen, bahan penting bagi pertumbuhan dan penyembuhan bahagian tubuh kita.

Vitamin C, atau asid askorbik, adalah salah satu nutrien yang paling berkesan dan selamat. Ia adalah antioksidan yang kuat untuk sintesis kolagen, yang bantu buat saluran darah dan otot badan kuat, membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, tingkatkan tindakbalas imun dan bantu penyerapan zat besi.

11 khasiat Vitamin C lain yang kawan-kawan perlu tahu

  1. Ransang pembentukan kolagen
  2. Ransang pembentukan sel kulit yang sihat
  3. Memperbaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah, lebam.
  4. Bantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman
  5. Bantu kurangkan kolestrol dan tekanan darah
  6. Bantu tingkatkan sistem imun
  7. Bantu perbaiki masalah insomnia dan stress
  8. Bantu kurangkan simptom flu dan selesema
  9. Bantu cerahkan kulit dan lambatkan penuaan
  10. Ransang pengeluaran T-Cells untuk bantu melawan kanser
  11. Bina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang baik

Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air. Tubuh kita tak dapat menyimpan vitamin larut air. Jika tubuh kita tidak gunakannya sama sekali, vitamin akan keluar daripada tubuh kita melalui air kencing. Ini bermakna vitamin C perlu kerap diganti.

Tubuh manusia tidak punya keupayaan untuk menjana vitamin C sendiri, jadi ia perlu diambil melalui makanan dan makanan tambahan lain. 


Ada masalah nak dapatkan semua vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran? 


Tambahkan pengambilan vitamin C anda dengan amalkan Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee! Vitamin C Shaklee BERBEZA dengan vitamin C di pasaran. Nikmati hari yang lebih sihat dengan hanya RM0.56 setiap tablet.



Keistimewaan Vitamin C Shaklee


1. Sistem Pelepasan Berterusan


Setiap tablet Sustained Release Vita-C melepaskan 100mg Vitamin C dalam masa 5 jam. Ini bersamaan dengan :



2. Lengkap dengan Bioflavonoid


MENARIK tentang Sustained Release Vita-C, setiap tablet diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus. Fungsi utama Bioflavonoid adalah untuk;
  • Sokong fungsi dan penyerapan vitamin C
  • Lindungi vitamin C daripada teroksida
  • Tingkatkan penyerapan vitamin C

3. Sesuai untuk Perut Sensitif


Vitamin C ini diekstrak dari jagung, amat lembut pada perut dan tidak menimbulkan masalah rasa pedih perut selepas makan vitamin C. Tiada alasan lagi kepada mereka yang ada perut sensitif untuk amalkan Vitamin C setiap hari.

Shaklee memilih jagung kerana, saintis membuktikan, kandungan Vitamin C dalam jagung tidak akan berkurang khasiatnya walaupun di masak, di bakar dan di rebus berbanding buah-buahan lain. Menarik bukan? Inilah keistimewaan Shaklee.



Siapa yang perlukan Vitamin C?


Adakah anda atau ada anak-anak yang selalu jatuh sakit dan selsema?
Sesiapa yang mengalami kekejangan waktu pagi?
Sesiapa yang mempunyai masalah kulit yang kusam?
Adakah anda sedang hamil?
Adakah anda Ibu yang menyusu?
Sesiapa yang sering alami luka/ kecederaan dan lambat sembuh?

Jika anda salah seorang daripada yang di atas, pengambil tambahan vitamin C untuk kesihatan sangatlah penting untuk bantu tubuh kita dapat dos vitamin C yang secukupnya setiap hari.



Kesimpulan


Bersenam penting, pemakanan pun penting, pengawalan stress juga penting. Dalam pemakanan yang penting kita kena banyak makan makanan asli (real food), banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta banyak makan makanan asli yang tidak meningkatkan paras insulin dan menyebabkan keradangan yang berlebihan dalam badan.

Semuanya dapat dibantu dengan pengambilan vitamin C yang cukup setiap hari. Inilah kepentingan Vitamin C terhadap kesihatan manusia. Lekas dapatkan vitamin C Shaklee anda hari ini.


Salam Sayang, 
 Azlin M. Atan | Wasap. 019-2682709 | azlin.mohdatan@gmail.com 
#PengedarShakleeDenaiAlam 
 COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam

 * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

                                 

Sunday, September 10, 2023

9 Senarai Semak Keperluan Wanita Mengandung

Ketika mengandung, adalah penting bagi wanita untuk memahami sepenuhnya keperluan mereka dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan kehamilan yang sihat dan selesa. Pemahaman ini akan bantu meminimumkan risiko dan memberikan pengalaman kehamilan yang lebih positif.

Tanda-tanda kehamilan


Apabila hamil, anda akan menyedari beberapa perubahan pada badan anda. Kenali dan bersedia untuk perubahan ini agar tempoh kehamilan anda berjalan lancar. Berikut beberapa perubahan fizikal yang biasa dialami ketika hamil:
  • Tiada haid
  • Degupan jantung lebih laju
  • Pedih ulu hati
  • Loya (dengan atau tanpa muntah)
  • Berat badan meningkat
  • Selera makan dan minum meningkat
  • Buah dada membesar
  • Kerap buang air kecil



9 SENARAI SEMAK KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG


Mengambil langkah yang betul bagi pastikan perkembangan janin yang sihat sama penting dengan persediaan hadapi perubahan fizikal ketika hamil. Senarai semak ini boleh jadi panduan anda.

1- Buat pemeriksaan antenatal. 

Ini merujuk kepada pemeriksaan ketika hamil, apabila ujian dan pemeriksaan kesihatan rutin untuk ibu dan janin akan dijalankan. Ibu mengandung disarankan membuat pemeriksaan antenatal pertama dalam masa 12 minggu selepas disahkan hamil dan membuat 8 temujanji sepanjang kehamilan.



2- Menambah baik pemakanan. 

Bagi menyokong perkembangan sihat janin, ibu disarankan agar kerap mengambil suplemen asid folik (Vitamin B9) sebelum hamil sehingga sekurang-kurangnya minggu ke-12 kehamilan. Ini sangat penting untuk bantu elakkan kecacatan kelahiran didalam otak dan tulang belakang bayi. 



Tingkatkan juga pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien seperti vitamin C, vitamin D, zat besi, omega-3 dan kalsium.

Nutrisi lengkap untuk wanita mengandung amat penting untuk berat badan yang sihat, elak masalah tekanan darah tinggi, elak masalah kencing manis ketika hamil (GDM), tumbesaran bayi yang sihat, persiapan tubuh menghadapi proses  kelahiran dan kurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.




3- Kekal cergas. 

Bergiat aktif boleh bantu ibu hamil bersedia untuk bersalin. Walaupun senaman berat tidak dinasihatkan, senaman ringan seperti senaman lantai pelvis boleh menguatkan otot yang terlibat semasa bersalin. Ibu mengandung disarankan untuk kerap melakukan senaman ringan selama 15-30 minit, tiga kali seminggu.


4- Kerap minum air. 

Ibu mengandung perlu kekal terhidrat untuk sokong perkembangan janin. Wanita hamil memerlukan antara 1 hingga 1.5 ml air mineral setiap hari. Tapi, kalau sudah masuk ke trimester kedua dan ketiga, jumlah air harus lebih bertambah kerana ia dapat menghalang dehidrasi dan keletihan.

Salah satu kelebihan air mineral adalah ia dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada saluran kencing semasa hamil, malah bantu pembentukan cairan amniotik dan memelihara sel darah yang sihat.


5- Berhenti merokok. 


Merokok semasa hamil boleh menyebabkan kesan buruk pada janin. Dapatkan bantuan untuk berhenti merokok bagi pastikan bayi berkembang dengan sihat.


6- Bersedia secara kewangan. 

Menjadi ibu bapa ialah tanggungjawab kewangan yang berat. Berbincanglah dengan pasangan anda bagi memastikan anda berdua telah bersedia.


7- Mendaftar kelas antenatal. 

Kelas antenatal ini ada yang berbayar dan ada juga yang percuma. Tidak kisah yang mana pun anda pergi yang penting anda selesa. Apa yang penting ilmu yang diperolehi pasti amat berguna untuk anda.

Disebabkan itulah, ibu hamil terutama yang baru pertama kali hamil dinasihatkan hadir ke kelas antenatal untuk menggali sebanyak ilmu yang boleh terutama untuk persediaan bersalin dan berpantang nanti.


8- Mula rancang kelahiran. 

Anda disarankan untuk merancang pilihan anda sebelum bersalin dan selepas kelahiran (cth: hopital untuk bersalin, nama bayi, ubat penahan sakit dan privasi untuk doktor wanita dll). Ini membantu bidan menjadikan proses bersalin lebih selesa dan mudah.


9- Persediaan berpantang. 

Berpantang selepas bersalin memang sangat perlu bagi memastikan tubuh badan si ibu mampu pulih dan sembuh seperti sedia kala. Terpulanglah kepada anda sama ada ingin menggunakan cara berpantang moden atau cara berpantang tradisional, asalkan ia dilakukan dengan betul.

Jika anda tiada sokongan di rumah, anda mungkin perlu mencari pembantu atau rumah berpantang. Rancanglah lebih awal. Pastikan juga anda merancang untuk keperluan nutrisi sepanjang berpantang dan menyusukan anak.

Dalam kalangan masyarakat kita khususnya orang Melayu, tempoh ini kebiasaanya berlarutan selama 44 hari ataupun 100 hari – mengikut pilihan. 

Pastikan 

#1. Dapatkan rehat yang cukup
Semasa tempoh ini, perkara paling utama yang perlu wanita buat adalah berehat untuk menyegarkan kembali tubuh badan yang penat dan lemah. Antara tip yang mungkin kami boleh berikan di sini adalah untuk anda tidur pada waktu yang sama bayi anda tidur, sila cuba ya?

#2. Amalkan diet sihat
Wanita juga perlu untuk makan dan minum secara seimbang bagi dapatkan kembali nutrien yang mungkin sudah banyak kehilangan. ambil lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, serat, protein dan lain-lain untuk memastikan tubuh badan kekal sihat dan kuat. Buat anda yang menyusu badan, jangan lupa untuk minum lebih banyak air bagi menggantikan semula cecair dalam badan!

#3. Biasakan diri dengan perubahan!
  • Pembengkakan buah dada - Untuk pengetahuan anda, payudara wanita akan membengkak dan membesar ekoran penuh dengan susu beberapa hari selepas bersalin. Ia adalah normal namun akan menyebabkan ketidakselesaan yang boleh dikurangkan dengan tuaman. 
  • Perubahan dinding pelvik - Kawasan di antara rektum dan faraj (perineum) biasanya akan mengembang dan terkoyak ketika proses melahirkan bayi secara normal. Bagi memulihkan kembali perubahan pada dinding pelvik ini, terdapat beberapa kaedah yang mungkin boleh anda cuba termasuklah:
  1. Senaman Kegel
  2. Duduk di atas bantal
  3. Tuam kawasan terbabit
  4. Elakkan sebarang aktiviti lasak seperti mengangkat barangan berat ketika ini untuk elak dinding pelvik menjadi lebih teruk.
  • Sembelit - Adalah tidak pelik jika wanita hamil lepas bersalin itu mengalami sembelit selepas bersalin, jadi cara berpantang sendiri itu adalah sangat penting. Antara petua yang mungkin kalian perlu cuba adalah ambil lebih banyak serat dan air untuk merangsang aktiviti usus agar lebih lancar. Bersangkutan dengan dinding pelvik juga, Kegel adalah senaman terbaik yang boleh membantu menguatkan otot dan usus yang sudah lemah.



KESIMPULAN


Kehamilan ialah satu fasa penting dan mengujakan dalam hidup seorang Wanita Mengandung. Mengambil langkah yang tepat semasa setiap peringkat kehamilan akan memberi anda pengalaman yang lancar, selesa dan bebas tekanan.




Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023