Saturday, March 25, 2023

Shaklee Fun Day & Bisnes Shaklee

Minggu lepas saya balik dengan penat ya amat dari kelas The Science of Nutraceutical. Nak singgah sebentar di Shaklee Fun Day di Home Office Sunway Geo pun tak sempat. Hanya mampu melihat kemeriahan dari kaca mata kawan-kawan sahaja dari kejauhan.

Kawan-kawan gembira, kita juga bahagia. Orang yang bahagia ialah orang yang bahagia melihat orang lain bahagia. Tak gitu!


Lihatlah sahabat saya, Kak Bee tuh memborong. Bukan main sakan shopping, sampai berbakul-bakul. Terpaksa pulang dengan bertroli berkotak-kotak. Tak cukup tangan dibuatnya. Muka juga ada banyak senyum. Seronok lihat orang dapat buat baik bantu mereka yang memerlukan.

Kak Bee ni adalah Shaklee pengedar Johor Bahru dan kawasan sekitarnya. Kawan-kawan area Johor boleh la cari Kak Bee ni tau. Service dia mantap, insyaAllah.


PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA


Saya suka bila Shaklee buat hari terbuka sebab semua orang berpeluang untuk lakukan pemeriksaan kesihatan terhadap Body Composition, Skin Analysis dan Bone check secara percuma. Seluru isi rumah kita boleh bawa, ibu ayah, anak-anak, jiran tetangga mahupun sedara mara. 

Untung sangat sebab bayangkan pemerikasaan Body Composition sahaja boleh mencecah lebih RM90, ditambah dengan pemeriksaan kulit dan tulang mahu mencecah 3-4 angka jumlah keseluruhannya jika kita buat diluar untuk seorang.


Saya sangat menggalakkan kita semua untuk lakukan pemeriksaan Body Composition setiap bulan supaya kita dapat monitor bukan sahaja berat badan malah dapat monitor total Body Fat Mass, Muscle Mass, Viceral Fat, Waist Hip ratio, jumlah air dalam badan, jumlah protien, mineral dan banyak lagi. Nak monitor progress penurunan berat badan dengan Set Kurus Shaklee juga lebih mudah dan bermakna.

Berminat nak lakukan pemeriksaan kesihatan di atas secara percuma? Hubungi saya.


PRODUK SHAKLEE PILIHAN RAMAI WANITA


Paling best tengok masa Shaklee Fun Day hari tu, selain set Puasa 1-2–3 Shaklee, ramai yang rebut promosi Youth Skin care. Menjelang raya kan, jadi ramai nak kulit sihat dan glowing Syawal nanti. Memang jimat banyak woo!

Saya nak kongsikan sebab mengapa kita semua wajib gunakan Youth Night Cream Shaklee. Nak tahu?

Semasa kelas The Science of Nutraceutical bersama Dr. Redza, beliau beritahu dalam Youth Night Cream ada 2 ‘good formula’, iaitu 
  • Beta glucan. Fungsi Beta Glucan dalam Youth Night Cream adalah buatkan kulit kita berpuasa dan jadi anti-aging. Berlaku autophagy dalam skin level. 
  • Superoxide Dismutase (SOD) - Ketika berlaku autopaghy di skin level, free radical akan meningkat. SOD akan bertindak makan semua free radical dalam skin kita. Jadi, pembaharuan sel kulit terhasil walaupun semasa kita tidur. Kesannya, kulit jadi lebih cerah, licin dan berseri. Suka ke suka?


Menarik bukan? 
Yang belum order tuh, lekas lekaslah ketuk pintu whatsapp saya ya.


BORONG ILMU


Walaupun tak dapat hadir ke Shaklee Fun Day, saya bersama komuniti bisnes Shaklee seronok dapat sertai workshop Shaklee Business Solutions bersama Master Naquib sesi pagi dan join kelas The Science of Nutraceutical bersama Dr. Redza sesi petang.

Apabila masuk ke dalam kelas, kita dapat bina ruang dalam kepala untuk terima dan serap ilmu serta terima perubahan.

Setiap hari kita kena letak dalam kepala untuk buka ruang belajar, terima ilmu, ruang terima teguran, ruang terima ujian, terima rezeki, ruang memaafkan dan ruang terima berbagai kebaikan dalam diri. Jika kita tak buka ruang, tak buka pintu, kita tak akan dapat belajar. Kita sombong dan ego dengan apa yang kita ada. Paling tak best, kita tak sedar pun kita sombong. Nauzubillah.

Bersama Master Norita dan Dr Redza Rahman

Kawan-kawan,

Kita berniaga adalah tentang bantu orang. Kita buka kedai secara online juga untuk bantu orang sekitar dapatkan solusi kesihatan dan beli barang dengan lebih mudah. Ramai orang bisnes hanya tumpu kepada duit, sedang duit takkan habis dikejar. Namun, jika kita fokus untuk bantu orang, hati kita lega, jiwa lebih tenang dan selesa. Pesanan ini lebih buat diri saya sendiri.

Teruskan senyum dengan ujian, hanya dengan cabaran dan halangan serta banyaknya bersilat akan buat kita kuat. Cedera sikit tak apa. Jika parah, mintalah bantuan. Allah kan ada.


ps. 
Berminat untuk order Shaklee dan / atau sertai team kami? Ketuk link wasap bawah ya.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

Thursday, March 23, 2023

Sijil HALAL Shaklee 2023


Since dah masuk tahun baru, Sijil HALAL Shaklee pun dah keluar yang baru. 
Shaklee sangat komited dengan kualiti dan kehalalan produknya :) Jadi, anda tidak perlu risau untuk gunakan produk Shaklee, tanpa was-was ya.



Sijil halal diperbaharui dari Islamic Services of Ameria (ISA) yang tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. 

Sijil Halal untuk Hero Kiddo


Sijil Halal untuk Shaklee Collagen Plus Powder



ps. Berminat nak order Shaklee dan jana pendapatan tambahan tengah bulan bersama team saya? Ketuk link wasap dibawah ya.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

Wednesday, March 22, 2023

Keburukan Intermittent Fasting Yang Menakutkan Yang Ramai Tak Tahu

 
Alhamdullillah, Sabtu minggu lepas dimudahkan urusan untuk sertai kelas bersama Genomics Scientist, Dr Redza Rahman tentang Nutrivention (Nutritional Therapy Intervention), iaitu bagaimanan gunakan nutrition makanan tambahan sebagai bahan intervention  yang menyokong kesihatan kita, bertempat di Hotel Tabung Haji kelana Jaya. 

Topik kali ini adalah "Sihat, Sains dan Sunnah". Excited sangat sebab dapat belajar tentang teknik yang betul dan terbukti dari segi sains dan sunnah tentang "Fasting for Weight Loss" dengan evidence base. Best ke best?



FASTING FOR WEIGHT LOSS


Badan kita hanya akan berada dalam salah satu fasa sahaja setiap masa. Sama ada fasa makan atau fasa tidak makan. Kita tidak boleh keduanya dalam satu masa. Puasa dalam Intermittent Fasting bermaksud jarakkan atau melambatkan waktu makan untuk dapatkan kebaikan berpuasa. Intermittent fasting bukan berlapar.

Menarik apabila Dr Redza sentuh tentang topik the real intermittent fasting time line yang dibuat bermula dari puasa 4-8 jam sehinggalah puasa 72 jam. 

Kawan-kawan biasa buat Intermittent Fasting berapa jam? 
Rujuk rajah dibawah tentang apa yang berlaku dalam tubuh badan kita dan faedah yang diperolehi pada setiap jam.

Selain untuk turunkan berat badan, rata-rata yang buat intermittent fasting untuk aktifkan proses autophagy. Proses autophagy ini hanya diaktifkan apabila sumber glikogen dalam hati telah habis, sel akan mula 'makan' atau recyle bahagian-bahagian lain sel yang telah rosak untuk dijadikan sumber tenaga.

Proses kitar semula ini penting sebagai satu cara sel baik pulih diri dan bersihkan diri dari sel-sel yang rosak dari berubah jadi sel kanser.  Menurut Prof Dr Redza, beliau juga selalu buat proses untuk capai autophagy, sebab beliau ialah pesakit kanser tahap 4 yang tidak menjalani kemoterapi. Jadi, autophagy ialah salah satu rutin yang beliau buat untuk kekal sihat.



INTERMITTENT FASTING DAN AUTOPHAGY


Kita perlu berpuasa selama 18 jam untuk mula memasuki fasa autophagy dan apabila capai 36 jam berpuasa, tubuh akan lebih laju aktifkan proses autophagy sehingga meningkat kepada 300% seterusnya melonjak kepuncak apabila berpuasa sehingga 72jam.

Proses autophagy ini juga merangsang hormon pertumbuhan (HGH), sel-sel baru lebih banyak dihasilkan untuk pastikan fungsi sel yang lebih baik dan kurangkan risiko penyakit kronik.

Namun, suiz autophagy hanya akan berfungsi apabila tiada makanan untuk sel gunakan sebagi tenaga iaitu ketika berpuasa. Jika kita terus makan dan ambil snek setiap 2-3jam sepanjang hari tenaga akan sentiasa ada dan proses autophagy tidak akan diaktifkan sama skali.

Ramai yang suka melakukan Intermittent Fasting dalam misi menurunkan berat badan, stabilkan gula dalam darah, turunkan kolestrol dan banyak lagi. Tapi Awas ya. Ada beberapa keburukan Intermittent Fasting yang jarang kita diberitahu boleh beri kesan kepada tubuh kita tanpa kita sedari. 


3 KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING DAN BAGAIMANA CARA ATASINYA


1- Autophagy yang menyiksakan.


Untuk capai pembakaran lemak yang lebih efektif, 12 jam puasa sahaja tidak cukup kerana pembakaran lemak akan lebih efektif selepas 16 jam tanpa makan.  

Jika lihat kepada time line intermittent fasting pula, autophagy hanya bermula selepas berpuasa selama 18-20 jam, dan hanya mencapai kemuncak selepas berpuasa selama 72-jam (IF selama 3 hari, tanpa makanan dan hanya minum). Jadi tak mudah kan? Bayangkan 3 hari buat wet-IF. Menyiksa badan namanya. Hik hik hik.

Tanya diri kita, mampukah kita? Sudah pasti mereka yang mempunyai penyakit kronik juga tidak mampu untuk lakukan IF selama 72jam. 

Penyelesaiannya adalah mudah

a. Lakukan gabungan 4 perkara berikut
    • berpuasa  12-15 jam
    • ambil lemak sihat i.e avocado atau Omega Guard Shaklee
    • tidur yang berkualiti i.e boleh add-on ResV
    • exercise i.e boleh berjalan atau workout 1 jam sebelum waktu berbuka puasa

b. Suplemen terbaik, yang divalidated secara clinical untuk aktifkan autophagy adalah Resveratrol selain Astaxanthin, Berberine, Citrus Bergamot dan Turmeric.
 
Saya sangat sarankan kita ambil suplemen Resveratrol dari Vivix dan CoQ-Trol Plus. Kombinasi kedua-dua ini kuatkan lagi keaktifan autophagy sepanjang berpuasa di bulan Ramadan atau semasa membuat intermittent fasting & tanpa perlu berpuasa/buat intermittent fasting sehingga 72 jam. Wow, amazing kan? 
 
Ambil 2 produk ini sebelum azan subuh (ketika bersahur). Mudahkan?


2- Autophagy galakkan kemusnahan penghasilan kolagen dalam badan sehingga 90% (type1).



Kolagen adalah salah satu protein yang paling banyak dan penting dalam badan kita, dan membentuk sebahagian besar daripada komposisi kulit kita. Apa yang kebanyakan orang tidak tahu ialah pengeluaran kolagen badan kita mula berkurangan menjelang pertengahan 20-an. 

Kolagen semakin menurun 50% apabila kita berusia 60 tahun. Inilah yang akhirnya membawa kepada kedutan dan banyak masalah kulit dan sendi lain yang berkaitan dengan penuaan.



Selain itu, kolagen boleh musnah teruk dan rosak apabila terdedah kepada cahaya matahari berlebihan, merokok, minum arak dan pengguna gula yang tinggi.


Collagen more than skin deep


MENGAPA KOLAGEN PENTING?

Kolagen ada 28 jenis dan paling common adalah collagen type1, type2 dan type3. Sumber-sumber kolagen terdiri daripada yang berikut.

 

Jika kita buat autophagy, maka hancurlah kolagen-kolagen dalam badan kita. Kita akan mula rasai dan alami masalah-masalah seperti sakit sendi, sakit-sakit badan, kuku rapuh, rambut gugur dan masalah kulit.

Penyelesaiannya adalah mudah: 

Ambil suplemen kolagen yang akan bantu mengimbangi kehilangan kolagen (type1) semulajadi badan kita semasa berpuasa. Saya sarankan amibil Collagen Plus Powder 5g dari Shaklee jenis Collagen Peptide serta ada gabungan Vitamin C dan Vitamin B2 dan B6.


3- Pemilihan Pemakanan yang tidak membantu pembakaran lemak badan.


Intermittent fasting adalah mustahil dibuat tanpa nutrisi. Ramai orang puasa dengan cara yang salah. Bila cara salah, maka jadi masalah. Mood jadi tak berapa stabil. Badan cepat letih & lesuSampai bila waktu berbuka, kita tak dapat kawal selera makan semasa berbuka. Asyik terpelahap bila tengok makanan.

Jika kita mempunyai masalah insulin resistance, pembakaran lemak lebih mencabar. Penurunan berat tidak akan berlaku jika kita masih ambil makanan yang sebabkan paras insulin meningkat seperti makanan dan minuman manis, karbohidrat ringkas seperti roti, mee, burger, donut, popia dan kuih muih berasaskan tepung.

Makanan ini semua boyotkan perut. Sebabkan lemak berkumpul dengan bangga. Air bergas, ayam goreng, pisang cheese, kerepek masin, piza juga karbo ringkas. Yang suka pergi bazar boleh mula insaf ya. Ingat makan bukan nak sedapkan nafsu dan perut. Kita makan untuk nutrisi. Keperluan tubuh untuk kerja lebih lama. Mesti ada persoalan, habis tu nak makan apa?
Penyelesaiannya adalah mudah:

a. Protein penting untuk tubuh. Setiap hari diperlukan. Sumber terbaik dari tumbuhan. Protein penting sebab:
  • Bolehkan kita bergerak
  • Sokongan kepada struktur sel.
  • Berperanan transport kan molekul di dalam sel serta ke seluruh tubuh
  • Bertindak sebagai messenger dan menghantar signal kepada sel dan tisu.
  • Sebahagian dari sistem imun dan bertindak sebagai antibodi. Bertindak menyerang penceroboh yang cuba ceroboh sistem dalam tubuh.
  • Berperanan sebagai enzim. Penting sebagai catalyst kepada tindakbalas ribuan kimia di dalam sel.
  • Protein keluarkan tenaga untuk keperluan tubuh.
Ringkasnya ambil protein setiap hari. Kita jadi lambat lapar. Paling best craving pada makanan menipis jadinya. Tak terliur sangat bila tengok makanan.
 
Kurang protein beri impak buruk pada kesihatan. Hilang otot, letih, perkembangan terbantut dan lemah sistem imun adalah hadiah dari diet kurang protein. 
 


KESIMPULAN


Dasyatnya puasa dari sudut sains dan sunnah. Kalaulah kita tahu, pasti kita mahu rebut manfaat darinya kan? Puasa sebenarnya satu peluang untuk Biohack System kita! 


Apa kata kita ramai-ramai tanam azam untuk jadi lebih sihat dan bonus kita jadi in shape ketika Ramadan tahun 2023 ni. Rebutlah peluang untuk berpuasa, bukan sekadar dibulan Ramadan tetapi di luar Ramadan dengan puasa sunatnya. Semoga kita terus perbaharui sel, buang sel mati dan ganti sel yang rosak.

Seronok hadir kelas Dr Redza ini, sebab beliau akan tunjukkan dari A to Z bagaimana the mechanism of action (M.O.A) sesuatu itu, supaya setiap apa yang kita lakukan kita ada RTB - 'Reason to believe', mengapa ia bertindak. 

Teringat pesan dan kesan daripada beliau,
“So macam mana sekarang? Anda mahu berpuasa dengan cara yang diajar oleh Rasulullah 12-15 jam tapi masih boleh dapat manfaat dari proses autophagy tanpa perlu berpuasa sehingga 72 jam ATAU nak buat intermittent fasting sehingga 72 jam tapi tidak dapat manfaat autophagy sepenuhnya? Pilihan di tangan masing - masing untuk membuat pilihan."
Semoga perkongsian ini beri bermanfaat kepada anda yang membaca dan sebar-sebarkan kepada orang lain yang memerlukan maklumat ini. Boleh boleh?

Jika nak tahu lebih lanjut boleh hubungi Alin serta dapatkan cara makan yang berkesan untuk dapatkan result yang berkesan. Konsultasi percuma juga apabila anda dapatkan produk dari Alin.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

7 Perkara yang perlu kita 'Break' Ramadan ini


Ketika memandu, kita tekan minyak atau brek selain clutch jika menggunakan kereta manual. Kalau tidak pandai guna clutch, maka minyak ditekan kuat mana pun, masih gear 1.


Mari kita bincang antara tekan minyak dan brek. Mana lebih penting?

Dua-dua sama penting untuk memastikan kita sampai destinasi. Kalau tekan minyak sahaja, kita mungkin terbabas. Kalau kita tekan brek sahaja, tidak bergerak kereta yang ada.


Dalam diri manusia ada ilham untuk berbuat perkara buruk (fujur) atau taqwa. 


Bila kita ingin laksanakan sesuatu, kita tekan minyak. 

Bila kita ingin berhenti laksanakan sesuatu, kita tekan brek.


Puasa ialah satu ibadat yang banyak tekan brek. Tahan dari perkara membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Ia adalah ibadah yang amat istimewa.


Dalam diri manusia, jika brek ini tidak diguna dengan baik, ia akan membawa kita kemalangan spiritual. Iman akan terbabas. Setahun sekali, brek ini perlu dikemaskini. Inilah antara kesan puasa - melahirkan taqwa dalam diri. Taqwa ialah 'brek' yang penting untuk hidup sentiasa terpandu oleh Allah. 


Brek ini kita akan guna sepanjang tahun. Bulan Ramadan ini - kita akan naik taraf dan baiki brek ini. Brek dengan tidak makan, tidak melaksanakan perkara yang membatalkan puasa malah perkara yang dihalalkan pun tidak kita laksanakan. Bila 'brek' ini sudah makin mantap dan kembali baik di hujung Ramadhan, harapnya ia akan dapat menjaga perjalanan kita selepas Ramadhan.



7 Perkara yang perlu kita ' Break' Ramadan ini


  • 1. Perkara halal seperti minum, makan dan perkara lain ditahan.
  • 2. Perkara dosa/ haram selama ini diberhentikan dan kita baca istighfar serta taubat.
  • 3. Perkara makruh dikurang atau ditiadakan seperti makan makanan yang berbau.
  • 4. Berhenti dari akhlak kuat marah, dengki atau apa sahaja sifat mazmumah.
  • 5. Dari segi ibadah, kalau lambat solat selama ini, maka kena brek dan amalkan solat awal waktu dan berjemaah.
  • 6. Brek dari segi kesibukan yang ada pada mencari dunia dengan memberi ruang lebih kepada ibadah untuk menuju akhirat - jaga keluarga dan masyarakat.
  • 7. Brek dari segi harta - semak sumbernya halal atau bayar zakat / sedekah- agar lebih lancar lagi selepas Ramadhan.


Sudah bersedia untuk bertemu dengan Ramadan?


Moga brek taqwa akan terbina baik menjelang hujung Ramadan dengan kita semak 7 jenis brek di atas. Kalau 7 jenis brek ini dikemaskini dengan penuh iman dan muhasabah, insha-Allah Allah akan ampunkan dosa kita pada bulan Ramadan ini.


Bantu kami Ya Allah.


Sumber : Email Akademi Sinergi


Saturday, March 18, 2023

5 Sebab Kenapa Shaklee Suplemen Terbaik Di Malaysia

Suplemen bukanlah ubat. Ia hanya makanan tambahan bertujuan untuk melengkapi diet yang sihat. Sekiranya anda ingin improve kesihatan anda dengan suplementasi, maka tidaklah salah bersama misi kami iaitu,
“... UNTUK MEMBERI KEHIDUPAN YANG LEBIH SIHAT DAN LEBIH BAIK KEPADA SETIAP ORANG.”

Tahukah anda, Shaklee Malaysia telah diikhtiraf sebagai Trusted Brand Vitamin Suplemen di Malaysia, bagi kategori vitamin dan suplemen untuk tahun 2021 dan 2022 yang dibuat oleh Reader Digest  (diundi oleh pengguna). Anugerah Trusted Brand adalah satu anugerah berprestij yang dibuat pihak ketiga. Maknanya bukan Shaklee yang buat survey. Lebih 25 tahun berada dipasaran - bermakna produk Shaklee ini dipercayai oleh seluruh rakyat Malaysia. 

Terima kasih rakyat Malaysia khususnya semua pengguna kami.


Shaklee menang Gold Award, sebaris dengan jenama terkenal 
seperti Panasonic, Sony, Spritzer, Daiken dan banyak lagi


5 SEBAB KENAPA SHAKLE SUPLEMEN TERBAIK DI MALAYSIA


1- MENAWARKAN PRODUK YANG SELAMAT. SHAKLEE KOMITED BUAT PRODUK DARI BAHAN SEMULAJADI YANG ASLI.




  • Semua Produk Shaklee bebas daripada bahan tiruan  [Tiada Perisa Tiruan, TIADA Pemanis Tiruan,  TIADA Pengawet Tiruan, TIADA Pewarna, TIADA MSG, TIADA Lemak Trans] dan bahan kimia [Tiada Paraben, TIADA Bisfenol-A, TIADA Dakwat Toksik, TIADA Peluntur Klorin, TIADA Formaldehid, TIADA Natrium Hidroksida] yang berbahaya.
  • Produk mematuhi standard keselamatan tertinggi dari segi 'KETULENAN' dan  'KESELAMATAN' terjamin! 350 Ujian dijalankan ke atas setiap bahan Botani baru untuk menyaring dari bahan bahan pencemar berbahaya, racun perosak dan bendasing lain.
  • 'KUALITI' dan 'KEBERKESANAN' juga terjamin! 100,000+ Jumlah ujian kawalan kualiti dijalankan oleh Shaklee setiap tahun. Dasyatkan?
  • Produk Shaklee juga 'MELANGKAUI ORGANIK' 300+ 3x Ujian racun perosak diwajibkan Pharmacopeia Amerika. Bukan biasa-biasa.
  • Produk lembut pada persekitaran.
  • Setiap satu daripada produk adalah bebas gluten.
  • Shaklee juga tidak pernah lakukan ujian ke atas haiwan dan bebas dari kekejaman.

2- RAMAI CLAIM PRODUK SYARIKAT MEREKA BERKESAN, NAMUN DENGAN SHAKLEE KAMI BUKTIKANNYA BERKESAN.



Buktinya?
  • Lebih drp 100 kertas kajian klinikal & saintifik diterbitkan dalam jurnal saintifik yang menyokong keselamatan dan keberkesanan produk Shaklee.
  • Produk Shaklee juga turut digunakan oleh para atlet sukan olimpik, angkasawan, pendaki Everest, peneroka kutub dll
  • Produk kami diperlukan oleh mereka yang passion untuk sihat, jaga kesihatan serta tingkatkan prestasi kecergasan dalam bidang masing-masing.


3- LANDMARK STUDY & TELOMERE STUDY BUKTI PRODUK SHAKLEE SELAMAT DAN BERKESAN!


Landmark Study merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang ambil makanan tambahan Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak, dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak ambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.
Haaza min fadli Rabbi, hasil yang sangat menakjubkan! Kan?
Kajian klinikal ini memerlukan para peserta menjalani pengambilan darah untuk memeriksa biomarker kesihatan utama. Oleh itu, kajian menunjukkan bahawa pengguna suplemen jangka panjang Shaklee menunjukkan peningkatan dalam kesihatan mereka.

Ketahui lebih lanjut >> Nutrition Journal

Telomeres adalah penutup perlindungan hujung yang melindungi kromosom dalam sel. Semakin kita berumur, telomer tumbuh lebih pendek, dan telomer yang lebih panjang dikaitkan dengan kesihatan yang lebih baik.

Kajian Telomere menunjukkan bahawa pengguna Shaklee nyata sekali mempunyai Telomer yang lebih panjang. Terbukti secara klinikal anda boleh hidup muda lebih lama. 

Pengguna Shaklee untuk jangka panjang menyebabkan penurunan kadar kependekan telomere sebanyak 40% di kalangan umur orang dewasa dan nyata sekali mempunyai telemore yang lebih panjang pada kumpulan umur 50an, 60an, dan 70an berbanding dengan kumpulan kawalan yang sihat.



4- SANGAT KOMITED DENGAN KEHALALAN PRODUKNYA.


Setiap tahun Shaklee akan pastikan sijil halal diperbaharui dari Islamic Services of Ameria (ISA) yang tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. 

Sijil Halal Shaklee untuk 34 produk Shaklee

Boleh rujuk di sini : 
Senarai Badan Islam yang diiktiraf JAKIM dan Halal Accreditation (ISA)
Jadi, anda tidak perlu risau untuk gunakan produk Shaklee, tanpa was-was ya.

Rujuk Sijil Halal Shaklee 2023 yang terkini.

Logo halal turut tertera dibotol Shaklee



5- PRODUK SHAKLEE ADA KELULUSAN DARI NATIONAL PHARMACEUTICAL REGULATORY AGENCY (NPRA) KKM


Pastikan suplemen yang dibeli berdaftar dengan KKM dan mempunyai no MAL serta label Hologram Meditag. Suplemen berdaftar yang telah diluluskan untuk pasaran akan mempunyai 2 ciri utama iaitu:

  • Nombor pendaftaran yang khusus bermula dengan MAL diikuti dengan 8 digit nombor dan berakhir dengan kod kategori produk iaitu:

– A untuk ubat terkawal (contoh: ubat antibiotik, ubat darah tinggi)
– X untuk ubat tanpa preskripsi (contoh: ubat demam, minyak angin)
– T untuk ubat tradisional (contoh: jamu, pil herba)
– N untuk suplemen kesihatan (contoh: vitamin)

  • Label keselamatan Hologram Meditag yang perlu dilekatkan pada bungkusan luar atau label produk.


SENARAI SUPPLEMENT SHAKLEE & NOMBOR PENDAFTARAN KKM

1. Alfalfa Complex: MAL10053686XC
2. B Complex: MAL20096055NC
3. CarotoMix: MAL21066076NC
4. DTX Complex: MAL07090948TC
5. GLA Complex: MAL12035070NC
6. Herb-Lax: MAL10080110TC
7. Lecithin: MAL21026103NC
8. Omega Guard: MAL21026106NC
9. OsteNutrix: MAL21066093NC
10. Phytocol-ST: MAL21046051NC
11. Sustained Release Vita-C Plus: MAL13085068NC
12. Vita E Complex: MAL21046068NC
13. Vitalea Iron Formula: MAL07081506XC
14. Vitalea for Children: MAL13115143NC
15. Zinc Plus : MAL20036020NC
16. CoQ-Trol : MAL20172913NCR
17. Nutriferon : MAL18106092TCR 
18. Papermint-Ginger Plus : MAL18126102TC
19. Garlic Complex : MAL19056166TC
20. Vita-C 250 mg Chewable Tablets : MAL21076060NCZ

Produk supplement berbentuk serbuk, cecair dan gummy seperti berikut tidak memerlukan pendaftaran KKM kerana ia di bawah kategori makanan. 

1. Collagen Powder
2. ESP
3. Meal Shakes
4. Nutriferon
5. Performance Orange
6. Vivix
7. Cinch Tea Mix
8. Cinch Shake Mix
9. Herro Kiddo

Carian boleh dibuat di laman Official Portal NPRA


KESIMPULAN


Begitulah, 5 Sebab kenapa Shaklee Suplemen terbaik di Malaysia.

Sebab itu saya trust brand Shaklee dan sangat bangga to be part of Shaklee Malaysia. Dengan izin Allah, kesihatan kami sekeluarga juga bertambah baik sejak amalkan suplemen Shaklee selama 13 tahun ini. Terkini saya sangat happy amalkan Set Kurus Shaklee, dalam misi kurangkan berat badan sebelum Raya tanpa perlu seksa badan.

Saya berharap kalian juga sudi jadi sebahagian dari komuniti kami. Jom sama-sama kita bina kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik serta lebih bermakna. InsyaAllah.


Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee