Showing posts with label Pemakanan Sihat. Show all posts
Showing posts with label Pemakanan Sihat. Show all posts

Sunday, November 10, 2024

Kebahagiaan Wanita dan Hormon: Benarkah Gangguan Hormon boleh Mencuri Kebahagiaan Wanita Tanpa Sedar? Jika Benar Apa Solusinya


Kebahagiaan dan hormon wanita tidak boleh dipisahkan kerana hormon memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal emosi, tenaga dan kesejahteraan mental wanita setiap hari.  

Naik turun hormon yang berlaku sepanjang hidup wanita, seperti semasa haid, kehamilan, berpantang, menopause atau stres, tanpa sedar beri kesan kepada mood, emosi, tenaga, produktiviti, hubungan, keseimbangan hormon dan prestasi harian seorang wanita.

BAGAIMANA GANGGUAN HORMON BOLEH MENCURI KEBAHAGIAAN WANITA? 


1. Hormon Estrogen dan Mood: 


Tahukah anda, Estrogen memainkan peranan utama dalam mengawal mood wanita. Apabila tahap estrogen tinggi, seperti semasa fasa folikular (hari 1-13, sebelum ovulasi), wanita cenderung untuk merasa lebih cergas, ceria, positif, mood lebih stabil dan bertenaga. 

Namun, bila estrogen rendah, mood jadi turun naik macam rollercoaster, terutama semasa PMS, menopaus, atau ketidakseimbangan hormon, seterusnya menyebabkan perubahan mood yang ketara, termasuklah kemurungan, kerisauan dan rasa cemas (anxiety).

Estrogen juga mempengaruhi neurotransmitter seperti serotonin, yang bertanggungjawab untuk rasa bahagia. Oleh itu, gangguan hormon estrogen sering “mencuri” kebahagiaan seorang wanita setiap bulan.

2. Hormon Progesteron dan Keseimbangan Emosi: 


Progesteron adalah hormon yang berfungsi untuk menenangkan tubuh, tetapi perubahan tahapnya boleh beri kesan besar kepada keseimbangan emosi seorang wanita.

Semasa fasa luteal (selepas ovulasi), tahap progesteron meningkat. Semasa fasa ini seorang wanita boleh mengalami perasaan mudah marah, ketegangan, kerisauan dan keletihan mental yang turut kurangkan kebahagiaan wanita.

Wanita yang mengalami ketidakseimbangan hormon sering meluahkan perasaan kehilangan minat dalam aktiviti harian dan rasa susah untuk rasa gembira. Ketidakseimbangan ini “mencuri” kebahagiaan wanita. 

3. Kortisol dan Stres: 


Kortisol adalah hormon yang mengatur stres, metabolisme dan sistem imun. Ia dihasilkan apabila tubuh berhadapan dengan tekanan. Tahap kortisol yang tinggi, akibatkan stres kronik, turunkan kualiti tidur, tingkatkan kerisauan dan mengganggu keseimbangan emosi sesiapa sahaja.

Wanita yang mengalami stres berpanjangan lebih cenderung untuk mudah tertekan dan kurang bersemangat. Paling teruk, jika kortisol tidak dikawal, ia boleh menyebabkan 'cortisol belly'—lemak perut berlebihan yang sukar dikurangkan. Ini kerana kortisol meningkatkan selera makan dan memperlambatkan metabolisme, seterusnya jadikan penurunan berat badan lebih mencabar terutama wanita 40-an ke atas.

Bukan itu saja, pengumpulan Lemak viseral juga turut dirangsang di dalam rongga abdomen dan di sekitar organ-organ seperti hati, pankreas dan usus. Lemak visceral ini berbahaya kerana meningkatkan risiko bukan sahaja penyakit jantung, malah diabetes dan tekanan darah tinggi turut sama datang tanpa diundang. 

4. Oxytocin dan Ketenangan:


Oksitosin adalah hormon yang penting dalam tubuh wanita, terutamanya semasa proses kelahiran dan penyusuan serta bantu dalam penyembuhan selepas bersalin, dengan kurangkan pendarahan dan merangsang pengecutan rahim.

Oksitosin juga dikenali sebagai “hormon cinta” kerana ia memperkuatkan ikatan emosional antara ibu dan bayi serta dalam hubungan sosial, meningkatkan perasaan kepercayaan, kasih sayang dan keintiman. 

Dalam kurangkan stres dan rasa cemas, oksitosin bertindak sebagai agen penenang dan bahagia untuk memberi keseimbangan hormon dan kedamaian. Oksitosin juga berperanan dalam tingkatan hubungan sosial dan pengurusan emosi positif.

Namun, ketidakseimbangan atau kekurangan hormon ini terutama akibat stres atau isolasi sosial, boleh sebabkan perasaan kesunyian, kerisauan malah kemurungan. Wanita yang kurang oksitosin mungkin merasa lebih terasing dan kurang berhubung dengan orang lain, seterusnya mengganggu kesejahteraan emosi mereka. 

APA PERLU DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEBAHAGIAAN & MENGIMBANGI HORMON WANITA?


1. Pemakanan Sihat

Untuk keseimbangan Estrogen;
  • Pilihlah makanan yang tinggi fitoestrogen, iaitu sebatian tumbuhan yang menyerupai estrogen dalam tubuh. Contoh makanan seperti soya (tahu, tempe, edamame), flaxseeds (biji rami), biji chia, biji labu, kacang-kacangan, dan bawang merah mengandungi fitoestrogen yang boleh bantu menstabilkan paras estrogen.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti Delima dan anggur kaya juga dengan bahan fitokimia yang boleh bantu tingkatkan metabolisme estrogen. Sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis, dan kale mengandungi sulforaphane yang bantu proses detoksifikasi estrogen berlebihan dalam tubuh.

Untuk keseimbangan Progesteron;
  • Ambil makanan tinggi magnesium seperti Almond, bayam, kacang hijau, dan biji labu, yang penting untuk pengeluaran progesteron yang seimbang.
  • Vitamin B6: Makanan seperti ikan berlemak (salmon, tuna), pisang, kentang, dan kekacang membantu penghasilan progesteron.
  • Zinc: Daging tanpa lemak, biji bunga matahari, dan tiram adalah sumber zink yang penting untuk kesihatan hormon wanita.

Untuk kurangkan Stres dan tingkatkan Kesejahteraan wanita;
  • Tingkatkan makanan anti-radang seperti Ikan berlemak seperti salmon dan makarel yang kaya dengan omega-3, yang bantu kurangkan keradangan dan stres.
  • Alpukat dan kacang-kacangan, mengandungi lemak sihat yang boleh bantu stabilkan paras kortisol.
  • Dark Coklat (minima 70% koko) — ada flavonoid yang dapat bantu turunkan paras kortisol dan tingkatkan mood.
  • Teh hijau — Mengandungi L-theanine, yang bantu kurangkan stres dan turunkan kortisol.

Untuk tingkatkan rasa kasih sayang dan rasa ketenangan;
  • Ambil makanan kaya dengan probiotik, seperti Yogurt, kimchi, tempe, dan sauerkraut dapat tingkatkan kesihatan usus, dalam mempengaruhi pengeluaran oksitosin.
  • Ambil juga makanan yang meningkatkan serotonin, seperti Pisang, nasi perang dan oatmeal yang bantu tingkatkan paras serotonin dan rangsang pengeluaran oksitosin.
  • Dark Coklat  (minima 70% koko), bantu tingkatkan mood, merangsang pengeluaran oksitosin dan berikan rasa tenang.

2. Senaman

Aktiviti fizikal seperti berjalan, yoga, atau latihan kardiovaskular membantu kurangkan stres, tingkatkan endorfin (hormon kebahagiaan) dan stabilkan hormon seperti estrogen dan progesteron.

3. Pengurusan Stres

Teknik seperti meditasi, deep breathing, dan relaksasi bantu turunkan paras kortisol, hormon stres yang boleh mengganggu keseimbangan hormon lain.

4. Tidur yang Cukup

Tidur yang cukup adalah kunci untuk keseimbangan hormon dan mood yang stabil. Pastikan tidur anda cukup 7-8 jam, untuk bantu tubuh perbaiki sel badan dan stabilkan hormon, termasuk hormon insulin dan hormon ghrelin yang mengatur rasa lapar dan metabolisme.

5. Hubungan Sosial Positif

Berinteraksi dengan keluarga, teman, atau pasangan dapat merangsang pengeluaran oksitosin, hormon yang tingkatkan rasa kebahagiaan dan kurangkan rasa cemas (anxiety).

6. Kurangkan Pendedahan kepada Toksin

Bahan kimia dalam produk harian (seperti plastik atau bahan kimia dalam makanan, pencuci tandas serta pewangi) boleh mengganggu sistem endokrin. Elakkan bahan kimia berbahaya untuk jaga keseimbangan hormon wanita.

7. Suplemen atau Herba

Beberapa suplemen berikut boleh bantu seimbangkan hormon dan tningkatkan kesejahteraan mental wanita. Cubalah.








KESIMPULANNYA

Kebahagiaan wanita sangat bergantung pada keseimbangan hormon. Apabila hormon terganggu, emosi dan kesejahteraan mental turut terjejas. Oleh itu, menjaga dan mengurus keseimbangan hormon wanita adalah kunci untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup wanita secara keseluruhan. Setuju ke setuju?

Jika anda rasa info ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan dan keluarga anda ya.


Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
#ProjekBest

Wednesday, September 19, 2018

BOLEHKAH KESAN PENUAAN DITERBALIKKAN? Apa yang berlaku kepada badan apabila menua.


Sungguh, penuaan mempengaruhi setiap bahagian badan. Berikut adalah apa yang berlaku kepada 7 bahagian badan anda apabila usia meningkat.

1- Jantung
Kadar denyutan jantung jadi lebih perlahan, saluran darah dan arteri jadi lebih kaku, dan ini berikan tekanan pada hati anda, menjadikannya bekerja lebih keras untuk mengepam darah. Dengan masa, ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi (hipertensi) dan masalah kardiovaskular yang lain.

2- Sistem Muskuloskeletal
Tulang mengecil dalam saiz dan kepadatan berkurang jadikan kita lebih mudah terdedah kepada patah tulang. Otot juga kehilangan kekuatan dan kelenturannya, yang mungkin menyebabkan kehilangan koordinasi atau masalah dalam imbangan.

3- Sistem Urin
Terdapat kehilangan kawalan pundi kencing dengan penuaan. Keadaan perubatan, seperti kencing manis, menopaus pada wanita, dan pembesaran prostat pada lelaki, mungkin menyumbang kepada ketidakselarasan pundi kencing.

4- Mata dan Telinga
Mata jadi lebih sensitif terhadap silau, dan dengan usia, orang menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan tahap cahaya yang berbeza. Penuaan beri kesan kepada kanta mata, menyebabkan penglihatan mendatar (katarak). Keupayaan pendengaran juga jadi lemah, dan terdapat kesukaran mendengar frekuensi tinggi atau mengikuti perbualan di dalam bilik yang sesak.

5- Kulit
Dengan umur, kulit jadi lebih nipis dan kurang elastik, dengan pengurangan serentak pada tisu lemak di bawah kulit. Kulit juga jadi kering kerana terdapat penurunan pengeluaran minyak semula jadi. Garis halus, kedutan, bintik-bintik umur, dan kulit kering, adalah tanda biasa penuaan kulit.

6- Memori
Memori menjadi kurang cekap dengan umur, dan orang mungkin mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk mempelajari perkara baru atau mengingati perkara.

7- Seksualiti
Seperti yang kita usia, keperluan seksual dan prestasi mengambil kemerosotan. Kekeringan faraj pada wanita, dan impotensi atau masalah yang mendapat atau mengekalkan ereksi pada lelaki, boleh menjadi masalah biasa.

Penuaan adalah semula jadi, tetapi ingat, gaya hidup yang sihat dan aktif setiap hari dapat menjadi kunci anda untuk kelihatan lebih muda dan memperlahankan proses penuaan. Beberapa tip anti-penuaan seperti melakukan senaman dan pemakanan yang sihat, boleh menjadi sangat membantu.


Mari berjuang!

Azlin Mohd Atan
019-2682709

Monday, April 2, 2018

No Sugar Challenge Accepted


2 April 2018, officially saya jadi #GengNSC


Yeayyy! (sambil lompat bintang). Berguru bersama Coach Gula, Puteri Yusof.

Selama ini saya memang orang yang minum kurang manis. Haha, denial gitulah. Tak ngaku coach kata. Memang kesian kalau tiap kali saya yang bancuh air buat tetamu yang bertandang ke rumah. 

Saya kurang gemar minum air bergas dan sangat segan nak sentuh dessert, kecuali ada majlis ulangtahun baru la berkawan dan bermesra masuk tekak dengan gembira.

Haa mengapa sesusahkan diri dan gatal nak buat no sugar challenge?!

Masalah saya mungkin selalu tergegarrr Veganza setiap kali bila jumpa coklat. susah nak tolak walaupun hanya sebatang Kit Kat Huhu. Sungguh!

Selain dari itu, saya cuma nak belajar lagi, adjust dan bantu Mr. Perfect 10 serta anak-anak agar lebih bijak menikmati realfood walau dimana berada. Doakan saya.

Nerbess seh.
Moga dimudahkan. 
Bismillah, jalan.

Monday, February 26, 2018

10 Tips Mudah untuk Kurangkan Penggunaan Garam

Berapa banyak garam adalah terlalu banyak? Jika label produk anda mempunyai lebih daripada 400mg natrium setiap 100g produk - anda perlu RECONSIDER. #UnpackTheSalt
Tiada garam tambahan? Jangan biarkan label menipu anda. 75% garam kita berasal dari makanan yang diproses.

Garam terdiri daripada natrium dan klorida. Ia boleh ditambah kepada makanan untuk memenuhi banyak fungsi semasa pemprosesan. Natrium sebenarnya merupakan komponen HEAPS bahan tambahan makanan yang digunakan dalam makanan yang diproses. Ia adalah komponen natrium garam yang berbahaya, jadi cara yang paling selamat untuk melihat garam anda adalah untuk memeriksa senarai bahan untuk natrium.

Ia biasanya dijumpai di antara banyak perkataan yang mengelirukan kita. Tidak dapat mencari garam pada labelnya? Cari enam huruf kecil ini S O D I U M.


Semakin tinggi kandungan natrium yang ada dalam senarai ramuan, lebih banyak natrium dalam produk berbanding ramuan lain. Ketahui di mana ia bersembunyi. Kebanyakannya tidak datang dari shaker garam! Garam terlalu banyak adalah buruk pada tubuh.

Jadi apa alternatif yang kita ada?

Jom belajar tentang 10 tips mudah kurangkan natrium dalam makanan dan teroka cara baru untuk menyediakan makanan.

  • Baca Label Fakta Pemakanan - Baca Label Fakta Pemakanan untuk melihat berapa banyak natrium dalam makanan dan minuman. Kebanyakan orang perlu mengambil kurang daripada 100% daripada Nilai harian (atau kurang daripada 2,400 mg) natrium setiap hari. Semak label untuk membandingkan natrium dalam pelbagai jenis makanan dan minuman dan pilih yang lebih rendah dalam natrium.
  • Sediakan makanan anda sendiri apabila boleh - Hadkan campuran sos, dan produk "segera" (termasuk beras berperisa, mi segera, dan pasta siap sedia).
  • Masukkan rasa tanpa menambah natrium - Hadkan jumlah garam yang anda tambah pada makanan semasa memasak, membakar, atau di atas meja. Cuba campuran perasa garam dan herba dan rempah bukan garam untuk menambah rasa kepada makanan anda.
  • Beli segar - Pilih daging segar, ayam, dan makanan laut, dan bukan jenis yang diproses. Juga, periksa pakej pada daging dan ayam segar untuk melihat sama ada air masin atau garam telah ditambah.
  • Lihat sayur anda - Beli segar, beku (tiada sos atau perasa), atau natrium rendah atau sayur-sayuran tanpa garam yang ditambah.
  • Bilas natrium - Bilas makanan yang mengandungi natrium, seperti kacang, tuna, dan sayur sebelum makan. Ini membuang beberapa natrium.
  • "Kurangkan" makanan ringan anda -  Pilih natrium rendah atau tiada garam yang ditambah, bijirin, dan produk makanan ringan (seperti kerepek dan pretzels) - sebaliknya nikmatilah obak merah atau saderi.
  • Pertimbangkan perasa tambahan anda - Pilih perasa natrium yang ringan atau dikurangkan, masukkan minyak dan cuka kepada salad dan bukannya sos dari botol, dan gunakan hanya sebilangan kecil perasa daripada paket perasa dan bukannya seluruh paket.
  • Kurangkan saiz bahagian anda - Kurang makanan bermakna natrium kurang. Sediakan bahagian-bahagian yang lebih kecil di rumah dan kurangkannya apabila makan di luar - pilih saiz yang lebih kecil, memecahkan hidangan dengan rakan, atau mengambil bahagian dalam hidangan anda.
  • Buat pilihan natrium rendah di restoran - Minta hidangan anda disediakan tanpa garam dan minta agar sos sos dan salad dihidangkan "di sebelah," kemudian gunakan kurang dari mereka. Jika item atau hidangan restoran termasuk tuntutan mengenai kandungan nutriennya, seperti "natrium rendah" atau "lemak rendah," maka maklumat pemakanan untuk menyokong tuntutan itu perlu tersedia pada masa pembelian. 

Sumber : https://www.fda.gov/Food/LabelingNutrition/ucm315393.htm