Showing posts with label Health Awareness. Show all posts
Showing posts with label Health Awareness. Show all posts

Sunday, November 10, 2024

Kebahagiaan Wanita dan Hormon: Benarkah Gangguan Hormon boleh Mencuri Kebahagiaan Wanita Tanpa Sedar? Jika Benar Apa Solusinya


Kebahagiaan dan hormon wanita tidak boleh dipisahkan kerana hormon memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal emosi, tenaga dan kesejahteraan mental wanita setiap hari.  

Naik turun hormon yang berlaku sepanjang hidup wanita, seperti semasa haid, kehamilan, berpantang, menopause atau stres, tanpa sedar beri kesan kepada mood, emosi, tenaga, produktiviti, hubungan, keseimbangan hormon dan prestasi harian seorang wanita.

BAGAIMANA GANGGUAN HORMON BOLEH MENCURI KEBAHAGIAAN WANITA? 


1. Hormon Estrogen dan Mood: 


Tahukah anda, Estrogen memainkan peranan utama dalam mengawal mood wanita. Apabila tahap estrogen tinggi, seperti semasa fasa folikular (hari 1-13, sebelum ovulasi), wanita cenderung untuk merasa lebih cergas, ceria, positif, mood lebih stabil dan bertenaga. 

Namun, bila estrogen rendah, mood jadi turun naik macam rollercoaster, terutama semasa PMS, menopaus, atau ketidakseimbangan hormon, seterusnya menyebabkan perubahan mood yang ketara, termasuklah kemurungan, kerisauan dan rasa cemas (anxiety).

Estrogen juga mempengaruhi neurotransmitter seperti serotonin, yang bertanggungjawab untuk rasa bahagia. Oleh itu, gangguan hormon estrogen sering “mencuri” kebahagiaan seorang wanita setiap bulan.

2. Hormon Progesteron dan Keseimbangan Emosi: 


Progesteron adalah hormon yang berfungsi untuk menenangkan tubuh, tetapi perubahan tahapnya boleh beri kesan besar kepada keseimbangan emosi seorang wanita.

Semasa fasa luteal (selepas ovulasi), tahap progesteron meningkat. Semasa fasa ini seorang wanita boleh mengalami perasaan mudah marah, ketegangan, kerisauan dan keletihan mental yang turut kurangkan kebahagiaan wanita.

Wanita yang mengalami ketidakseimbangan hormon sering meluahkan perasaan kehilangan minat dalam aktiviti harian dan rasa susah untuk rasa gembira. Ketidakseimbangan ini “mencuri” kebahagiaan wanita. 

3. Kortisol dan Stres: 


Kortisol adalah hormon yang mengatur stres, metabolisme dan sistem imun. Ia dihasilkan apabila tubuh berhadapan dengan tekanan. Tahap kortisol yang tinggi, akibatkan stres kronik, turunkan kualiti tidur, tingkatkan kerisauan dan mengganggu keseimbangan emosi sesiapa sahaja.

Wanita yang mengalami stres berpanjangan lebih cenderung untuk mudah tertekan dan kurang bersemangat. Paling teruk, jika kortisol tidak dikawal, ia boleh menyebabkan 'cortisol belly'—lemak perut berlebihan yang sukar dikurangkan. Ini kerana kortisol meningkatkan selera makan dan memperlambatkan metabolisme, seterusnya jadikan penurunan berat badan lebih mencabar terutama wanita 40-an ke atas.

Bukan itu saja, pengumpulan Lemak viseral juga turut dirangsang di dalam rongga abdomen dan di sekitar organ-organ seperti hati, pankreas dan usus. Lemak visceral ini berbahaya kerana meningkatkan risiko bukan sahaja penyakit jantung, malah diabetes dan tekanan darah tinggi turut sama datang tanpa diundang. 

4. Oxytocin dan Ketenangan:


Oksitosin adalah hormon yang penting dalam tubuh wanita, terutamanya semasa proses kelahiran dan penyusuan serta bantu dalam penyembuhan selepas bersalin, dengan kurangkan pendarahan dan merangsang pengecutan rahim.

Oksitosin juga dikenali sebagai “hormon cinta” kerana ia memperkuatkan ikatan emosional antara ibu dan bayi serta dalam hubungan sosial, meningkatkan perasaan kepercayaan, kasih sayang dan keintiman. 

Dalam kurangkan stres dan rasa cemas, oksitosin bertindak sebagai agen penenang dan bahagia untuk memberi keseimbangan hormon dan kedamaian. Oksitosin juga berperanan dalam tingkatan hubungan sosial dan pengurusan emosi positif.

Namun, ketidakseimbangan atau kekurangan hormon ini terutama akibat stres atau isolasi sosial, boleh sebabkan perasaan kesunyian, kerisauan malah kemurungan. Wanita yang kurang oksitosin mungkin merasa lebih terasing dan kurang berhubung dengan orang lain, seterusnya mengganggu kesejahteraan emosi mereka. 

APA PERLU DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEBAHAGIAAN & MENGIMBANGI HORMON WANITA?


1. Pemakanan Sihat

Untuk keseimbangan Estrogen;
  • Pilihlah makanan yang tinggi fitoestrogen, iaitu sebatian tumbuhan yang menyerupai estrogen dalam tubuh. Contoh makanan seperti soya (tahu, tempe, edamame), flaxseeds (biji rami), biji chia, biji labu, kacang-kacangan, dan bawang merah mengandungi fitoestrogen yang boleh bantu menstabilkan paras estrogen.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti Delima dan anggur kaya juga dengan bahan fitokimia yang boleh bantu tingkatkan metabolisme estrogen. Sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis, dan kale mengandungi sulforaphane yang bantu proses detoksifikasi estrogen berlebihan dalam tubuh.

Untuk keseimbangan Progesteron;
  • Ambil makanan tinggi magnesium seperti Almond, bayam, kacang hijau, dan biji labu, yang penting untuk pengeluaran progesteron yang seimbang.
  • Vitamin B6: Makanan seperti ikan berlemak (salmon, tuna), pisang, kentang, dan kekacang membantu penghasilan progesteron.
  • Zinc: Daging tanpa lemak, biji bunga matahari, dan tiram adalah sumber zink yang penting untuk kesihatan hormon wanita.

Untuk kurangkan Stres dan tingkatkan Kesejahteraan wanita;
  • Tingkatkan makanan anti-radang seperti Ikan berlemak seperti salmon dan makarel yang kaya dengan omega-3, yang bantu kurangkan keradangan dan stres.
  • Alpukat dan kacang-kacangan, mengandungi lemak sihat yang boleh bantu stabilkan paras kortisol.
  • Dark Coklat (minima 70% koko) — ada flavonoid yang dapat bantu turunkan paras kortisol dan tingkatkan mood.
  • Teh hijau — Mengandungi L-theanine, yang bantu kurangkan stres dan turunkan kortisol.

Untuk tingkatkan rasa kasih sayang dan rasa ketenangan;
  • Ambil makanan kaya dengan probiotik, seperti Yogurt, kimchi, tempe, dan sauerkraut dapat tingkatkan kesihatan usus, dalam mempengaruhi pengeluaran oksitosin.
  • Ambil juga makanan yang meningkatkan serotonin, seperti Pisang, nasi perang dan oatmeal yang bantu tingkatkan paras serotonin dan rangsang pengeluaran oksitosin.
  • Dark Coklat  (minima 70% koko), bantu tingkatkan mood, merangsang pengeluaran oksitosin dan berikan rasa tenang.

2. Senaman

Aktiviti fizikal seperti berjalan, yoga, atau latihan kardiovaskular membantu kurangkan stres, tingkatkan endorfin (hormon kebahagiaan) dan stabilkan hormon seperti estrogen dan progesteron.

3. Pengurusan Stres

Teknik seperti meditasi, deep breathing, dan relaksasi bantu turunkan paras kortisol, hormon stres yang boleh mengganggu keseimbangan hormon lain.

4. Tidur yang Cukup

Tidur yang cukup adalah kunci untuk keseimbangan hormon dan mood yang stabil. Pastikan tidur anda cukup 7-8 jam, untuk bantu tubuh perbaiki sel badan dan stabilkan hormon, termasuk hormon insulin dan hormon ghrelin yang mengatur rasa lapar dan metabolisme.

5. Hubungan Sosial Positif

Berinteraksi dengan keluarga, teman, atau pasangan dapat merangsang pengeluaran oksitosin, hormon yang tingkatkan rasa kebahagiaan dan kurangkan rasa cemas (anxiety).

6. Kurangkan Pendedahan kepada Toksin

Bahan kimia dalam produk harian (seperti plastik atau bahan kimia dalam makanan, pencuci tandas serta pewangi) boleh mengganggu sistem endokrin. Elakkan bahan kimia berbahaya untuk jaga keseimbangan hormon wanita.

7. Suplemen atau Herba

Beberapa suplemen berikut boleh bantu seimbangkan hormon dan tningkatkan kesejahteraan mental wanita. Cubalah.








KESIMPULANNYA

Kebahagiaan wanita sangat bergantung pada keseimbangan hormon. Apabila hormon terganggu, emosi dan kesejahteraan mental turut terjejas. Oleh itu, menjaga dan mengurus keseimbangan hormon wanita adalah kunci untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup wanita secara keseluruhan. Setuju ke setuju?

Jika anda rasa info ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan dan keluarga anda ya.


Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
#ProjekBest

Saturday, March 25, 2023

Shaklee Fun Day & Bisnes Shaklee

Minggu lepas saya balik dengan penat ya amat dari kelas The Science of Nutraceutical. Nak singgah sebentar di Shaklee Fun Day di Home Office Sunway Geo pun tak sempat. Hanya mampu melihat kemeriahan dari kaca mata kawan-kawan sahaja dari kejauhan.

Kawan-kawan gembira, kita juga bahagia. Orang yang bahagia ialah orang yang bahagia melihat orang lain bahagia. Tak gitu!


Lihatlah sahabat saya, Kak Bee tuh memborong. Bukan main sakan shopping, sampai berbakul-bakul. Terpaksa pulang dengan bertroli berkotak-kotak. Tak cukup tangan dibuatnya. Muka juga ada banyak senyum. Seronok lihat orang dapat buat baik bantu mereka yang memerlukan.

Kak Bee ni adalah Shaklee pengedar Johor Bahru dan kawasan sekitarnya. Kawan-kawan area Johor boleh la cari Kak Bee ni tau. Service dia mantap, insyaAllah.


PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA


Saya suka bila Shaklee buat hari terbuka sebab semua orang berpeluang untuk lakukan pemeriksaan kesihatan terhadap Body Composition, Skin Analysis dan Bone check secara percuma. Seluru isi rumah kita boleh bawa, ibu ayah, anak-anak, jiran tetangga mahupun sedara mara. 

Untung sangat sebab bayangkan pemerikasaan Body Composition sahaja boleh mencecah lebih RM90, ditambah dengan pemeriksaan kulit dan tulang mahu mencecah 3-4 angka jumlah keseluruhannya jika kita buat diluar untuk seorang.


Saya sangat menggalakkan kita semua untuk lakukan pemeriksaan Body Composition setiap bulan supaya kita dapat monitor bukan sahaja berat badan malah dapat monitor total Body Fat Mass, Muscle Mass, Viceral Fat, Waist Hip ratio, jumlah air dalam badan, jumlah protien, mineral dan banyak lagi. Nak monitor progress penurunan berat badan dengan Set Kurus Shaklee juga lebih mudah dan bermakna.

Berminat nak lakukan pemeriksaan kesihatan di atas secara percuma? Hubungi saya.


PRODUK SHAKLEE PILIHAN RAMAI WANITA


Paling best tengok masa Shaklee Fun Day hari tu, selain set Puasa 1-2–3 Shaklee, ramai yang rebut promosi Youth Skin care. Menjelang raya kan, jadi ramai nak kulit sihat dan glowing Syawal nanti. Memang jimat banyak woo!

Saya nak kongsikan sebab mengapa kita semua wajib gunakan Youth Night Cream Shaklee. Nak tahu?

Semasa kelas The Science of Nutraceutical bersama Dr. Redza, beliau beritahu dalam Youth Night Cream ada 2 ‘good formula’, iaitu 
  • Beta glucan. Fungsi Beta Glucan dalam Youth Night Cream adalah buatkan kulit kita berpuasa dan jadi anti-aging. Berlaku autophagy dalam skin level. 
  • Superoxide Dismutase (SOD) - Ketika berlaku autopaghy di skin level, free radical akan meningkat. SOD akan bertindak makan semua free radical dalam skin kita. Jadi, pembaharuan sel kulit terhasil walaupun semasa kita tidur. Kesannya, kulit jadi lebih cerah, licin dan berseri. Suka ke suka?


Menarik bukan? 
Yang belum order tuh, lekas lekaslah ketuk pintu whatsapp saya ya.


BORONG ILMU


Walaupun tak dapat hadir ke Shaklee Fun Day, saya bersama komuniti bisnes Shaklee seronok dapat sertai workshop Shaklee Business Solutions bersama Master Naquib sesi pagi dan join kelas The Science of Nutraceutical bersama Dr. Redza sesi petang.

Apabila masuk ke dalam kelas, kita dapat bina ruang dalam kepala untuk terima dan serap ilmu serta terima perubahan.

Setiap hari kita kena letak dalam kepala untuk buka ruang belajar, terima ilmu, ruang terima teguran, ruang terima ujian, terima rezeki, ruang memaafkan dan ruang terima berbagai kebaikan dalam diri. Jika kita tak buka ruang, tak buka pintu, kita tak akan dapat belajar. Kita sombong dan ego dengan apa yang kita ada. Paling tak best, kita tak sedar pun kita sombong. Nauzubillah.

Bersama Master Norita dan Dr Redza Rahman

Kawan-kawan,

Kita berniaga adalah tentang bantu orang. Kita buka kedai secara online juga untuk bantu orang sekitar dapatkan solusi kesihatan dan beli barang dengan lebih mudah. Ramai orang bisnes hanya tumpu kepada duit, sedang duit takkan habis dikejar. Namun, jika kita fokus untuk bantu orang, hati kita lega, jiwa lebih tenang dan selesa. Pesanan ini lebih buat diri saya sendiri.

Teruskan senyum dengan ujian, hanya dengan cabaran dan halangan serta banyaknya bersilat akan buat kita kuat. Cedera sikit tak apa. Jika parah, mintalah bantuan. Allah kan ada.


ps. 
Berminat untuk order Shaklee dan / atau sertai team kami? Ketuk link wasap bawah ya.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

Wednesday, December 16, 2020

3 Perkara Tentang Gula Wanita Kena Tahu Sebelum Jayakan Misi Turun Berat Badan


Sebelum untuk jayakan misi penurunana berat badan, pastikan anda pegang 3 perkara berikut.
  • Gula berlebihan yang tak diguna oleh badan, disimpan oleh hati jadi lemakMakin berlebih gula, makin banyak lemak. Keradangan meningkat dalam badan. Badan sakit-sakit & jadi lemah lesu! Sebut nehi nehi pada gula.
  • Bagi yang sihat, disarankan baiki lagi cara kita pilih makanan. Fokus beli good dan real food. Tambah lagi sayur dan buah-buahan. Rajinkan diri tengok kandungan bahan. Jika gula tersenarai dalam top 4, laju laju letak balik ya. 
  • Bilakah masa terbaik untuk bercerai dengan gulaBest time, bila badan kita sedang tak sihat. Sebab, keradangan dalam badan tinggi. Bila reduce sugar, bantu badan recover lebih laju. InsyaAllah!

.

Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang