Thursday, March 1, 2018

4 Rutin Jagaan Harian Wajah

Menurut Dr. Alina Hasni (Dermalene), disiplin dan konsisten harus ada pada diri agar kulit kekal sihat. Kalau tak? Huhu sendiri mau ingat la dik!

Apa rutin dan rejim penjagaan wajah yang diperlukan? Untuk buat rutin jagaan wajah ini, kita kena faham keperluan kulit. Maknanya faham jenis kulit adalah kunci yang utama untuk mudah lakukan rutin jagaan harian wajah.



(1) Fahamkan jenis kulit anda
  • Check kulit oily atau dry?
  • Untuk kulit oily - Masa tengahari check kulit kita bagaimana, kalau berminyak so kulit boleh dikatakan kita punya kulit berminyak.
  • Untuk kulit kering, siapa ada resdung, asma,ekzema semua ni boleh dikategori as kulit kering.
  • Analisa kulit secara klinikal based on mesin, tak bleh trust 100%, sebab dia akan ukur kulit pada waktu itu. Better amik tahu juga.

(2) Fahamkan keseimbangan kulit antara kering dan sangat berminyak

  • Ini sangat penting! Bila dah faham bleh faham dengan lebih baik lagi untuk pilih skin care rejim.
  • Kita kena aware bila kulit mula naik jerawat, kemungkinan kulit kita dah mula ke arah berminyak dan tidak seimbang. 
  • Pastikan kulit kita sentiasa kat tengah-tengah, tak terlalu berminyak atau tak terlalu kering ya.

(3) Konsep utama yang kena faham 

Tiada skin care untuk semua jenis kulit, sebab tiada satu kulit untuk semua orang. Kulit kita berbeza-beza, tone color, tekstur, pori besar atau kecik semua berbeza-beza.

(4) Rutin 

  • Untuk kulit kering - Kene cari yg tiada SLS, sebab SLS ini dikatakan buat kulit lagi kering. SLS ini guna untuk buat buih. Jadi, lagi banyak buih suatu produk itu, boleh buat kulit lebih kering.
  • Untuk kulit berminyak - elak guna produk yang sticky cam moisturizer, guna sunscreen. Perlukan pastikan produk yang digunakan ada bahan "keratolaktik" (keringkan kulit) untuk keluarkan kulit mati.
  • Paling penting - Sun Screen wajib tepek. Lindung kulit kita dulu !
  • Sel kulit kita renew setiap 28 hari. Fahamkan apa-apa yang kering kita nak lembapkan kulit, yang berminyak kita nak keringkan.
  • Kurangkan risiko untuk terdedah dengan benda-benda yang tak patut. Pastikan basuh muka selepas cuci rambut.
  • Untuk kulit kusam check semula exfolation kulit mati, ada buat scrub tak?


Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang.


No comments:

Post a Comment