Saturday, April 8, 2023

Vitamin Kulit Cantik Untuk Kulit Kusam Harga Rahmah

Ramai wanita mempunyai kulit wajah yang kusam dan tak berseri. Pelbagai jenis krim dan rawatan muka dicuba dan tidak ketinggalan ada yang ambil langkah sementara dengan memakai makeup yang tebal untuk menutup masalah mereka. Alangkah bahagianya jika tiada lagi keperluan menggunakan alat solekan untuk menutup kulit wajah yang kusam kan? 
Saya pasti setiap wanita mengimpikan kulit yang sihat, cantik dan berseri. Betul tak?

Masalah kulit kusam bukanlah perkara yang mustahil untuk diatasi dan tidak semestinya kita perlu jalani rawatan yang mahal untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik. Apa yang penting, kita harus kenal pasti tanda dan punca kulit kusam serta cara yang betul untuk atasinya.

5 ciri-ciri tanda kulit kita kusam adalah;
  • Kulit jadi kering
  • Kulit tak bermaya, banyak sel kulit mati
  • Gelap di bawah mata
  • Kulit kelihatan kasar dan kedutan
  • Kulit kelihatan lebih gelap daripada biasa

Selain berpunca daripada peningkatan umur, kulit kusam boleh berlaku disebabkan faktor luaran mahupun dalaman tubuh seseorang. Berikut saya kongsikan 5 sebab utama kulit jadi kusam yang perlu kita beri perhatian:

5 SEBAB UTAMA KULIT JADI KUSAM

1- DEHIDRASI 


Dehidrasi berlaku apabila kuantiti air di dalam tubuh badan tidak mencukupi. Dehidrasi boleh jadi punca terjadinya kulit kusam. Apabila kurang minum air, pori-pori dan garis kedutan kulit akan lebih jelas kelihatan. Kulit juga kurang bermaya.

2- MEROKOK & ASAP PENCEMARAN

Merokok menyebabkan seseorang kelihatan lebih tua daripada usianya. Kajian epidemiologi menunjukkan bahawa merokok adalah faktor utama penuaan kulit pada usia lebih muda. Rokok mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya yang mengganggu pengeluaran kolagen dan elastin dan rosakkan struktur kulit wajah. 2 bahan ini berikan kekuatan dan keanjalan kulit. Sebab itulah mereka yang merokok atau kerap terdedah kepada asap rokok mahupun asap pencemaran kelihatan lebih tua daripada usia.

3- KURANG TIDUR

Satu kajian dijalankan di Sweden untuk melihat sama ada tempoh waktu tidur mempengaruhi daya tarikan, kesihatan, riak wajah serta kebolehan seseorang melakukan interaksi sosial.

Hasil kajian dapati individu yang tidak dapat tidur yang cukup;

  • kelihatan letih
  • penampilan kurang menarik
  • tubuh badan kurang sihat
  • riak wajah mengantuk dan tidak bermaya
  • warna kulit wajah kelihatan kurang segar dan kusam
  • sistem ketahanan tubuh terjejas sehingga keradangan badan turut meningkat. Keradangan mempengaruhi pembentukan kolagen dan hyaluronic acid yang amat penting dalam kekalkan kecerahan dan kesegaran kulit.

Oleh itu, tidur dan rehat yang cukup adalah sangat penting untuk kulit sihat, segar dan menawan.

4- HORMON

Kesihatan kulit juga sebenarnya dipengaruhi oleh kadar hormon di dalam tubuh badan kita. Bagi wanita, paras hormon estrogen yang tinggi berupaya kekalkan kelembapan kulit dan kurangkan penghasilan minyak. Justeru, hormon estrogen yang berkurang pada hari-hari terawal seorang wanita didatangi haid jadikan kulit kita lebih kering dan tidak bermaya. Cuba korang check.

5- DIET TIDAK SIHAT & PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN

Tahukah anda lebih banyak gula dalam darah kita lebih cepat kulit jadi tua? Kajian dapati apabila bertahun kita ambil gula berlebihan, ia sebabkan proses glycation berlaku. Impaknya kulit jadi tua, berkedut dan serlahkan sisi hodoh yang mahu ditutup. 
Dengan ambil gula secara berlebihan, melemahkan dan rosakkan fungsi kolagen sehingga kulit jadi kurang anjal. Bahaya gula juga akan menarik air dari memasuki sel-sel kulit dan buatkan kulit wajah kelihatan begitu kering dan kusam. Keadaan ini menyebabkan kulit akan berkedut dan kekurangan nutrisi yang secukupnya untuk kekal sihat.
Bahaya gula berlebihan turut menyebabkan radang kulit. Gula akan melekat pada kolagen kulit dan menjejaskan fungsinya. Ketika kulit hilang keanjalan, ia akan kelihatan kendur, jerawat mudah timbul dan akibatkan radang kulit dan ruam. 

Tabiat ambil makanan manis yang tinggi kandungan gula juga akan meningkatkan kadar insulin dalam tubuh. Kadar insulin yang tinggi ini akan sebabkan pengeluaran sebum pada permukaan kulit.


BAGAIMANA CARA ATASI KULIT KUSAM?


Ramai wanita suka nak pakai krim sapu sapu saja, termasuk lah saya. Hasilnya kadang tak secantik sesihat kalau jaga dari dalam. Menurut Dr. Rizal, "Kalau mahu kulit cantik. Jaga yang dalaman".


Untuk kulit cantik, hilangkan jerawat, parut, jeragat, kedutan, hatta kulit kusam kita kena jaga lapisan kulit di dalam. Tepek tepek sapu, hanya jaga lapisan pertama sahaja, sedangkan lapisan hipodermis rosak, kotor dan jadi tak sihat. Sebab itulah untuk jangka masa panjang kulit boleh makin rosak. Nampak tak?

Kita adalah apa yang kita makan. Antara makanan yang dikatakan baik untuk kulit adalah makanan mengandungi antioksidan yang tinggi serta khasiat lain seperti vitamin A, C, E, Flavonoids dan Polyphenol. Asbab ini, saya memilih untuk tambahkan 4 nutrient untuk kulit dalam pemakan seharian saya selain penggunaan skincare Youth untuk luaran.

4 NUTRIEN UNTUK KULIT CANTIK BERSERI DARI DALAM



1- PROTIEN UNTUK BINA KULIT YANG SIHAT


25% daripada badan kita berasal/diperbuat daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein. 
Pengambilan ESP Protein yang cukup untuk kulit penting sangat kerana ia: 
  • Bekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita untuk fungsi kulit yang optimum. 
  • Galakkan penghasilan, pertumbuhan daan perkembangan sel-sel kulit yang baru dan sihat. 
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit serta hasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit, bina sel otot, sokong sistem imunisasi badan dan sokong kesihatan jantung dan prostat (lelaki).
  • Protein juga sokong penghasilan asid amino glutation yang bantu melindungi kulit sel-sel kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari dan UV. 
  • Protien melembapkan kulit serta bantu baiki tekstur kulit. 
  • Kolagen merupakan khasiat yang penting dalam kekalkan kelembapan serta keanjalan kulit. Dengan peningkatan usia, penghasilan kolagen oleh tubuh semakin merosot dan berkurangan. Protein bantu hasilkan kolagen dalam badan seterusnya bantu pastikan kesihatan dan kecantikan kulit sentiasa terjamin. 
  • Kandungan niacinamide dalam ESP shaklee bantu cerahkan kulit. 
  • Bukan hanya bantu dapat skin yang sihat, consume ESP Shaklee juga bantu you loss weight sekali, Best kan? Bonus gitu.

2- PERLINDUNGAN ANTIOKSIDA DENGAN VITAMIN C


Vitamin C, bertindak sebagai antioksida yang galakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan kita tidak berupaya untuk hasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C dari Shaklee bantu untuk :
  • Kurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
  • Galakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
  • Pertahankan kulit daripada radikal bebas.

3- TINGKATKAN KEANJALAN DENGAN KOLAGEN


Kolagen adalah struktur penting untuk kulit. Ia kekalkan keanjalan kulit kita dan halang daripada berkedut, berparut dan jadi kendur. Berita baiknya adalah badan kita boleh hasilkannya sendiri.
Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan kita kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk;
  • Kulit yang lebih anjal.
  • Mengurangkan kedutan.
  • Kulit yang lebih lembut, lebih padat.
  • Kurangkan dan pudarkan parut.

4- TINGKATKAN KELEMBAPAN KULIT DENGAN GLA COMPLEX


Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk Kekalkan kelembapan kulit dan juga 
  • kurangkan gatal dan kulit yang bersisik. 
  • Mengekalkan kelembapan kulit. 
  • Melawan keradangan.

TAMPIL YAKIN DAN BERSERI


Perkongsian dari Puan Ekin. Gambar sebelum - diambil pada tahun 2018, belum pernah lagi cuba Set Vtamin Kulit Cantik Shaklee. Nampak kulit beliau tak teruk sangat kan tapi tahu tak beliau ada masalah kulit berikut;
    • Kulit Super keringnya sampai boleh main kopek-kopeklah, pakai moisturizer apa pun tak jalan.
    • Pori-pori super besar katanya. Pakai foundation, rasa tak smooth dan rasa tak yakin nak make up. Tapi nampak macam orang sakit kalau tak make up langsung, katanya. Tak larat nak cover hari hari pakai makeup? 
    • Dalam masa yang sama, waktu tu Puan Ekin anti-suplemen.
    • Akhirnya buang ego, cari info sikit bab suplemen Shaklee and now her skin result. Since 2018 consume Set Vitamin Kulit Cantik Shaklee, Alhamdulillah, semua dengan Izin Allah. Beliau bersyukur Shaklee keluarkan produk yang selamat, semulajadi dan berkesan.
    • Kini, keluar mana-mana just pakai Youth Toner + Youth Moisturizer je. Kadang kadang saja add on Youth BB Cream. 
    • Beliau Love sangat dengan her skin sekarang.

Teruskan lagi lihat feedback pengalaman adik manis yang telah amalkan Vitamin Kulit Cantik Sihat ini di bawah. Paling ngeri bila dapat free parut chicken pox. Seram sangat. Namun, dengan Vitamin Kulit Cantik Shaklee setel dan sangat membantu. Alhamdulillah. Jom tengok.








Haa bagaimana? Teruja tak tengok pengkongsian mereka? Adakah rasa kembali yakin selepas melihat dan membaca kisah-kisah mereka? Kulit yang kusam boleh diatasi jika betul caranya. Ayuh kembalikan keyakinan diri kita dan tampil cantik berseri dihari Raya nanti. 
Dapatkan Vitamin Kulit Cantik dengan Harga Rahmah serendah RM3.30/sehari bagi setiap hidangan lengkapnya, boleh direct hubungi saya seperti dibawah ya.

1 Set ESP & Vitamin C atau Twinpack?
Lagi banyak lagi jimat! Kongsikan dengan keluarga, 
adik beradik dan sahabat handai. Benda baik kena sebarkan


GLA Complex atau 4 ESP & 4 Botol Vitamin C
Terlajak jimat sangat kedua-dua tuh gais


Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


6 comments:

  1. Wah...kena grab cepat ni..takut habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan yati, terlajak jimat sangat promosi bulan ni

      Delete
  2. Vitamin kulit yang saya suka.

    ReplyDelete
  3. Setuju! bab pulihkan kesihatan kulit dari dalam. Patut pilih supplement daripada bazirkan duit buat rawatan muka tapi takde hasil 🤭

    ReplyDelete
  4. bila kulit sihat dari dalam akan nampak glow glowing ditambah dengan penjagaan set skincare

    ReplyDelete
  5. Bestnya entry ni, very informative and saya setuju sangat2 dengan sis Alin yang kita memerlukan nutrient untuk atasi masalah kulit kusam ni.. syukur Shaklee ada promo Set Rahmah ni kan..kena grab cepat2 😍😍

    ReplyDelete