Salam sahabat-sahabat amazing,
Didoakan kalian sentiasa dalam limpahan kesihatan serta dimudahkan urusan.
Ramadan bakal tiba tak lama lagi, iaitu 13 hari sahaja lagi. Masih sempat untuk kita persiapkan diri untuk menghadapi Ramadan. Banyakkan berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan yang bermaksud,
Korang dah ready ke untuk Ramadan 2023? Teringat Alin kenangan semasa zaman penyusuan dan Ramadan bersama 4 orang anak. Kalau nak dibandingkan, masa bekerja dan mengepam dibulan puasa tuh lagi berat cabarannya berbanding menyusu secara direct dan bekerja dari rumah.
Paling terkesan ketika anak ke-2, Dzakirah. Zaman berjuang buat stok sebelum, semasa dan selepas Ramadan. Bayangakan cabarannya dengan PJJ bersama suami, tuntutan kerja yang selalu outstation dalam dan luar negara ditambah meeting bersama management dan client yang tak sudah. kihkihkih. Begitulah.
Didoakan kalian sentiasa dalam limpahan kesihatan serta dimudahkan urusan.
Ramadan bakal tiba tak lama lagi, iaitu 13 hari sahaja lagi. Masih sempat untuk kita persiapkan diri untuk menghadapi Ramadan. Banyakkan berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan yang bermaksud,
“Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”Inilah doa yang sentiasa diulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Jangan sia-siakan Ramadan kali ini.
RAMADAN YANG TERKESAN
Paling terkesan ketika anak ke-2, Dzakirah. Zaman berjuang buat stok sebelum, semasa dan selepas Ramadan. Bayangakan cabarannya dengan PJJ bersama suami, tuntutan kerja yang selalu outstation dalam dan luar negara ditambah meeting bersama management dan client yang tak sudah. kihkihkih. Begitulah.
MASALAH SUSU BADAN BERKURANG
Ramai ibu-ibu yang khuatir jika berpuasa sebabkan penghasilan susuibu merudum. Alin juga dulu fikir camtu. Hakikatnya berpuasa tidak ganggu penyusuan pun jika si ibu sudah mempunyai persediaan yang rapi, baik dari segi fizikal dan minda.
Apa yang perlu anda lakukan adalah pastikan tambah kekerapan pumping dan jangan ponteng sesi memerah semasa hujung minggu. Dari pengamatan Alin, 3 masalah yang sering dihadapi penyebab susu berkurang adalah :
- Tidak disiplin mengepam. Jangan sesekali "ponteng" sesi mengepam. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam, sebab masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Boleh gunakan teknik power pumping.
- Kurang minum air. Ibu menyusu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh jadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu.
- Stress. Tak ramai yang sedar. Stress terjadi bila kita terlalu banyak benda nak difikir/dibuat dalam satu masa, walaupun kita rasa “Eh, aku OK je”. Pernah Alin cuma dapat pam 18 oz sahaja (biasa average 24 oz). Pada hari itu memang meeting tak berhenti dan badan sangat penat tambah ngantuk lagi, sampai ada ketika tertidur semasa mengepam. Parah kan? Kihkihkih memang kenangan.
Sebab itulah, Alin memilih pengambilan supplement, Set Puasa Shaklee. Bagi Alin supplement itu sepatutnya up-front, bukan last resort. Bukan bila susu dah drop baru nak berperang berusaha cari solusi.
3 KESAN PENYUSUAN RAMADAN DENGAN SET PUASA SHAKLEE
1- Dengan Set Puasa Shaklee, badan kurang letih. Paling best tiada lagi rasa terbelit-belit. Hihihi sembelit laa. Lil Dzakirah juga semakin berselera minum EBM. Masa mula-mula berjauhan hanya minum 2-3oz saja. Sekarang 3.5-5.0oz mesti. Haza Min Fadli Rabbi, semuanya dengan izin-Nya.
2- Dengan set Puasa Shaklee, mudah disediakan dan jimat masa. Paling penting ia berkhasiat, padat nutrisi dan sedap. Jika bangun di saat akhir waktu imsak pun, kami hanya amalkan makan kurma 5-7 biji beserta segelas campuran ESP dan Performance Drink. Ia juga sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anaknya.
3- Dengan set Puasa Shaklee, bukan sahaja susu tidak merudum, malah susu Alin lebih pekat. Baby pun suka dan rasa kenyang.
SET PUASA SHAKLEE
Tahun ni Shaklee perkenalkan Set Puasa Shaklee yang baru, dikenali sebagai Set Puasa 1-2-3. Apa yang ada dalam Set Puasa Shaklee ni?
1- ESP Shaklee
Item pertama dalam Set Puasa Shaklee ialah ESP Shaklee. Protein soya, yang mengandungi 9 asid amino penting dan rendah lemak serta tiada kolesterol untuk memastikan anda mendapat tenaga yang banyak dan penghasilan susu ibu yang baik.
Tahukah anda, keperluan protien sangat penting kerana protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu maka keperluan protien oleh seorang ibu turut meningkat selain keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus.
Pengambilan ESP @ Energizing Soy Protein sememangnya diketahui percepatkan penghasilan susu badan, dengan syarat, anda mematuhi konsep asas penyusuan susuibu iaitu ‘supply and demand’.
Bagi yang sedang buat persediaan untuk berpuasa Ramadan, Alin sarankan sangat pengambilan ESP bersama Cinch Chocolate / Performance Drink. Ia sangat membantu perjalanan penyusuan kalian. InsyaAllah, sungguh. Alin cakap ni berdasarkan pengalaman Alin dan kawan-kawan semasa menyusukan anak-anak sepanjang Ramadan.
Baca juga >> Penyusuan & Hasil EBM Semasa Ramadan
2- Cinch Shake
Item kedua dalam set Puasa Shaklee ialah Cinch Chocolate Shake. Ia adalah minuman yang berasaskan protien untuk menggantikan makanan sepanjang kita berpuasa. Perasa Coklat adalah Cinch Shake yang
- Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian.
- Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
- Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting.
- Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan.
- Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda kurangkan berat badan. Bonus sangat ni.
3- Performance Drink Lemon Lime
Item ketiga dalam Set Puasa Shaklee ialah Performance Drink Lemon Lime, kaya dengan elektrolit untuk
- sokong fungsi otot
- kekalkan keseimbangan air dan cecair
- bantu tingkatkan tenaga
Minuman rehidrasi ini dapat bantu anda ketika cuaca panas, cirit-birit, bersenam, berpuasa, menyusu, sibuk bekerja atau yang selalu amalkan gaya hidup yang aktif. Pastikan badan anda sentiasa terhidrat supaya dapat kekal aktif dan sihat sepanjang hari.
Sesuai buat seisi keluarga. Anak-anak pun suka sampai pandai bancuh sendiri.
KESIMPULAN
Baik ibu bekerja mahupun surirumah sepenuh masa, Alin dah merasai pengalaman menyusukan anak dalam kedua-dua situasi. Ternyata bila makan vitamin semasa menyusu kita bukan bercerita tentang kualiti, sebab susuibu memang berkualiti. Namun, kita bercerita tentang nutrisi.
Kesannya bukan sahaja pada pertumbuhan dan pembesaran anak malah ibu juga turut merasai kesan yang positif lebih bertenaga dan mampu untuk punya mood yang baik dalam hasilkan susuibu yang cukup buat si anak.
Selagi mana kita mereka cipta alasan, tiada siapa yang dapat bantu kita. Niatkan menyusu anak syurga kita kerana Allah. InsyaAllah, Allah bantu dan permudahkan.
Lekas dapatkan Set Puasa Shaklee 123 ini. Ia amat membantu ibu-ibu yang menyusu dan berpuasa di bulan Ramadan. Alin doakan semua ibu-ibu menyusu diberi kemudahan untuk berpuasa dengan baik tahun ini, allahumma Aamin.
Harga 1 set hanya RM260 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran) untuk ahli. Harga asal RM410 tau. Super jimat Ya Allah. Ingat, dengan Set Puasa 1-2-3 Senang aje!
Salam Sayang,
Azlin M. Atan | Wasap. 019-2682709 | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee
Terima kasih perkongsiannya. =)
ReplyDeleteJazakillahu Khayran Mimi sudi singgah sini =)
Deletesahur ringkas, tapi zat padu dgn set puasa shaklee
ReplyDeleteyummy :)
Delete