Apa Itu Bulan Haram?
Bulan-bulan haram yang empat adalah bulan Muharram, Rejab, Zulqa’dah dan Zulhijjah. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
Maksudnya : Sesungguhnya masa itu beredar seperti keadaan asalnya pada hari Allah menciptakan langit-langit dan juga bumi. Setahun itu ada dua belas bulan, dan ada empat bulan-bulan haram. Tiga yang berturut-turut, iaitu Zul Qa’dah, Zulhijjah, dan Muharram, serta bulan Rejab Mudhar yang berada di antara Jumada (al-Akhir) dan juga Sya’ban. - Riwayat Al-Bukhari (184)
Menurut bacaan saya dari page Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, bulan-bulan haram membawa maksud dua iaitu
- Bulan-bulan yang diharamkan untuk berperang di dalamnya.
- Bulan haram membawa maksud bulan yang sangat dihormati lagi dimuliakan.
Keutamaan Bulan Zulqa’dah
Bulan Zulqa’dah bulan penuh kemuliaan dan sejarah. Ia jadi pengingat akan pentingnya kedamaian, persiapan spiritual, serta momentum bersejarah dalam perjuangan dakwah Rasulullah SAW.
Merupakan bulan ke-11 dalam takwim Hijriah dan pembuka dari deretan empat bulan suci dalam Islam terdiri dari Zulqa’dah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab.
Dinamakan sebagai bulan haram karena pada bulan-bulan ini, Allah SWT melarang keras perbuatan dosa dan kezaliman. Umat Islam dianjurkan untuk perbanyak amal saleh, jauhi dosa, dan hormati kesucian bulan ini. Adapun firman Allah s.w.t dalam Surah At-Taubah, 9:36
Maksudnya : Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah sebanyak dua belas bulan, seperti yang ditetapkan pada hari Dia menciptakan langit-langit dan juga bumi. Antaranya adalah empat bulan haram. Yang demikian itu adalah agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi diri kamu di dalam bulan-bulan tersebut (bulan haram).
Bulan ini juga menjadi momen persiapan bagi jemaah haji, sehingga nilai spiritualnya sangat tinggi. Jika Anda ingin memaksimalkan ibadah selama bulan Zulqa'dah, fahami dulu apa saja yang dianjurkan agar setiap langkah anda bernilai ibadah di sisi Allah SWT.
Anjuran Amalan Bulan Zulqa’dah
Amalan Bulan Dzulqa'dah tidak hanya terbatas pada ibadah seperti solat dan puasa sunat, tetapi juga mencakupi perbuatan baik lainnya seperti
- Memperbanyak istighfar dan taubat.
- Jaga diri dari perbuatan dosa - Hindari maksiat di bulan ini lebih ditekankan dibanding bulan lainnya.
- Tingkatkan ibadah sunat - Seperti solat sunat, baca Al-Qur’an, bersedekah, dan berpuasa sunat.
- Eratkan silaturahmi dan perbaiki hubungan sesama insan - Ini sejajar dengan semangat bulan-bulan haram untuk hidup damai, penuh kasih dan berbagi kepada sesama.
Penutup
Sebagai umat Islam, sudah semestinya kita disarankan untuk isi bulan ini dengan perbanyak amal soleh dan jauhi segala bentuk kemungkaran.
Terkait dengan tajuk di atas, benarkah pahala dan dosa diberatkan dalam bulan bulan haram? Dapatan bacaan saya dari page Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan,
Ganjaran pahala serta dosa maksiat yang dilakukan di dalam bulan-bulan haram adalah lebih berat dan besar berbanding bulan-bulan yang lain. Ini bukanlah bermaksud dosa-dosa atau pahala tersebut digandakan seperti yang difahami sebahagian orang, bahkan ia merujuk kepada perkataan أعظم iaitu lebih berat. Wallahu A’lam.
Justeru, mari sama-sama kita pertingkatkan amalan soleh selama keberadaan kita di dalam bulan-bulan haram serta meninggalkan maksiat di dalamnya. Mudah-mudahan ia menjadi asbab istiqamahnya kita dalam takwa kepada Allah S.W.T dalam bulan-bulan yang lain.
Bantu kami Ya Allah.
Salam Sayang,
Azlin M. Atan | Wasap. 019-2682709 | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .


No comments:
Post a Comment