Thursday, February 9, 2023

Intermittent Fasting, Puasa yang boleh dilakukan oleh Wanita untuk keluar dari perangkap Obesiti

Kosmo melaporkan pada 24.1.2022

Mengejutkan, daripada jumlah 6.9 juta wanita Malaysia mengalami masalah obesiti terutama mereka yang berusia dalam lingkungan umur 30-an hingga 40-an.


Adakah anda termasuk dalam statistik tersebut? Tahukah anda stratergi kurus paling sihat, senang dan jimat adalah dengan melakukan Intermittent Fasting (IF).


Apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting = puasa secara berkala.

Ia bukanlah satu diet, sebaliknya lebih pada perubahan gaya hidup dan corak penstrukturan antara waktu makan dan waktu tidak makan. Dalam Intermittent Fasting, waktu tidak makan dipanjangkan dan waktu makan dihadkan.

Intermittent fasting juga dikenali secara ringkas dengan nama IF. Dalam mengamalkan IF, contoh tempoh masa berpuasa dari makan ada yang 12 jam, 16 jam, 20 jam, lebih daripada 24 jam pun ada!


Apa Beza Antara Intermittent Fasting dengan Puasa Ramadan?


Intermittent Fasting tidak sama seperti Puasa Ramadan atau Puasa Sunat Isnin dan Khamis sebagaimana dianjurkan Islam. Dalam protokol IF, makanan atau minuman tidak bergula/berkalori seperti air masak, air kopi & teh hijau dibenarkan diminum dalam tempoh ‘berpuasa’. Sedangkan dalam Islam, segala bentuk makanan dan minuman adalah tidak dibenarkan.

Selain itu, dengan Intermittent Fasting, kita bebas memilih waktu untuk berpuasa tetapi puasa dalam islam mesti mengikut waktu yang telah ditetapkan, iaitu dari subuh hingga maghrib. Begitulah.


2 Konsep Puasa, Dry Fasting (Islamic Fasting) dan Wet Fasting

Mengapa kita perlu lakukan Intermittent Fasting?

Menurut Dr. Norman Norawi, "sehari manusia makan sebanyak 14.5 jam sehari. Majoriti waktu kita berjaga adalah untuk maakan sahaja kerjanya. Baki 10 jam tolak tidur 8 jam tinggal 2 jam sahaja waktu berjaga yang kita tak makan.

Sebenarnya sistem badan manusia tidak dicipta untuk makan sentiasa. Akibat daripada makan tak berhenti-henti, sebab itu banyak penyakit berlaku sekarang. Solusi untuk kurangkan penyakit-penyakit yang telah berlaku atau akan berlaku adalah dengan cara berhenti kekerapan makan, melalui berpuasa."

Apa Manfaat Intermittent Fasting?


Tahukah anda, dengan Intermittent Fasting, banyak faedah terhadap kesihatan yang tidak ternilai. Paling utama yang berlaku adalah IF bantu tubuh kawal pengeluaran hormon insulin dengan lebih efisyen. Apabila pengeluaran Insulin terkawal, keradangan dalam tubuh juga akan terkawal seterusnya dapat bantu mengurangkan masalah kesihatan menjelma.

 

Bagaimana untuk memulakan Intermittent Fasting?


Untuk memulakan Intermittent Fasting, digalakkan bermula dengan kaedah 12/12. Maknanya 12 jam berpuasa dan 12 jam boleh makan dan minum.

Katakan kita memilih untuk mula IF pukul 8 malam sampai pukul 8 pagi. Kita tidur pada pukul 11 malam, maka dari pukul 8-11 malam kita hanya boleh minum air sahaja. Kemudian masuk tidur hingga pagi kita tidak akan makan. Esoknya, bangun dari tidur kita hanya boleh minum sahaja sehingga pukul 8 pagi. Selepas itu baru kita boleh berbuka puasa untuk makan dan minum. Jelas?

Apabila kita sudah boleh adapt dengan kaedah Intermittent Fasting, perlahan-lahan tingkatkan tempoh berpuasa kepada 14/10, 16/8 dan seterusnya.

  • Kaedah 16/8 :: Anda harus skip sarapan pagi dan hadkan tempoh makan kepada 8 jam.
  • Kaedah Diet 5:2 :: Anda perlu makan 500-600 kalori selama 2 hari dalam seminggu dan makan seperti biasa untuk 5 hari yang lain. Lebih afdal lakukan puasa sunat Isnin Khamis dan 5 hari makan seperti biasa.
  • Makan-berhenti-Makan :: melibatkan puasa selama 24 jam sekali atau dua kali seminggu.
  • Puasa Alternate Day :: Anda berpuasa setiap hari atau kurangkan pengambilan kalori anda dengan ketara.
  • Earrior Diet :: Anda berpuasa pada siang hari tetapi boleh makan besar pada waktu malam. Anda boleh makan buah-buahan mentah dan sayur-sayuran pada siang hari.
  • Skip makan secara spontan :: Maknanya anda tidak ambil sarapan pagi & makan tengah hari. Hanya makan malam dan anda hanya skip makan apabila ianya sesuai. Kira ikut suka hati gitu.

Ingat, paling penting pilih kaedah yang boleh anda ikuti secara konsisten!. Juga wajib berhati-hati dengan pemilihan makanan terakhir kita makan sebelum start IF. Coach Gula saya pesan, "
Pastikan end it with nutritious food, AVOID tepung, gula, fast food, instant food sebagai last meal.

Mengapa Walau Berpuasa tapi tetap ada Masalah Kesihatan dan Berat Badan tak berubah? 


Biasanya sesiapa yang rajin amalkan Intermittent Fasting, Puasa Ramadan hatta Puasa sunat Isnin Khamis, sepatutnya tubuh mereka lebih sihat. Namun, satu masalah yang paling utama yang ramai kita lakukan ialah ketika berbuka puasa suka mengambil makanan yang tinggi glisemik index, yang menyebabkan insulin mereka melonjak selepas berbuka puasa.

Jika anda ingin mendapatkan manfaat berpuasa secara maksimum, semasa berbuka puasa pastikan tidak mengambil makanan yang melonjakkan paras insulin seperti berikut:
  • Elakkan pengambilan makanan proses
  • Elakkan minuman bergula
  • Elakkan makanan-makanan tinggi GI seperti kuih muih yang manis, kek, pastri , aiskrim, jus buah dll.

Semasa berbuka puasa kita sepatutnya makan secara sederhana! Jika kita makan secara melampau, ditambah dengan pemilihan makanan tidak bernutrisi, maka kita akan mudah berdamping dengan masalah Obesiti dan kesihatan.

Siapa dulu tidak pernah terfikir langsung pemilihan makanan ketika berbuka dan bersahur boleh beri impak hebat kepada kesihatan badan kita. Kebanyakan kita hanya tahu puasa disiang hari hanya merehatkan usus yang sudah penat bekerja. Jadi, ketika berbuka kita boleh sahaja pulun makan apa sahaja yang kita suka.

Haaa baik mengaku siapa macam ni? Cuba kasi komen sikit kat bawah.

Kesimpulannya


Intermittent Fasting adalah salah satu pendekatan yang boleh digunakan untuk memperbaiki masalah kesihatan serta menurunkan berat badan terutama masalah obesiti dikalangan wanita. Ianya juga mudah dilakukan sebab semasa 'berpuasa' kita masih boleh minum air tanpa kalori.

Mahu mengubah yang biasa-biasa itu sukar diawalnya, berantakan di pertengahan, berjaya diakhirnya. Usahakan dan terus berjuang.

"Kalau mahu sihat, metabolisme naik, otak cerdik, berpuasalah secara Intermittent Fasting."


ps. 
Eh, bagi ibu menyusu juga boleh lakukan Intermittent Fasting tau. Boleh ikuti Journey Aisyah K disini ya. Jika beliau boleh, anda juga pasti boleh.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

No comments:

Post a Comment