Saturday, February 25, 2023

Review Blog Mega Shaklee 1.0 dan Kenapa Nak Lagi Blog Mega Shaklee 2.0?

Blogging sangat dekat dihati saya. Telah banyak tahun berlalu, walau mood menulis macam chipmore, "kejap ada, kejap tak ada", walau hanyut ke laut dalam sekali pun, namun semangat untuk berblogging sentiasa ada, cuma menunggu masa untuk dipetik suiz sahaja. Nak tulis ni pun mata berkaca. 

Teringat saya ketika jam sudah hampiri pukul 12 tengahari, laju-laju saya tekan jari mendaftar dan submit permohonan untuk sertai Projek Blog Mega Shaklee Euphoria 1.0. Alhamdulillah diterima. 

Ada 5 Perkara Yang Best Berblongging Secara Berjemaah dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0 

  • Cetuskan 'waves SEO' yang dicipta dalam google (search engine). Jadi, sama-sama kena beri kerjasama. 
  • Blogging sediakan tapak kedai maya jangka panjang. Ia  aset yang bukan biasa-biasa ditambah dengan memiliki SEO blog yang kukuh. Giler best!
  • Hanya 2 entry sahaja diperlukan untuk 2 minggu, berdasarkan tema yang ditetapkan. Jadi, semua peserta terlibat boleh menikmati kelebihan SEO yang kita sama-sama tanam. Nampak mudah kan?
  • Humak aih! Hadiah yang ditawarkan pun sangat eksklusif iaitu Vivix, Collagen Plus Powder dan Nutriferon. Semua 'signature' produk Shaklee, siapa yang tak teruja!
  • Semua peserta ada peluang yang sama. Tiada istilah terlambat untuk dikenali melalui blog, asal kita buat seperti yang disuruh. Tak percaya? Sila baca sampai habis.

Untuk tugasan pertama, kami perlu menulis tentang topik intermittent fasting. Walau topik IF ini sangat sinonim, saya lihat ramai peserta yang bersemangat sampai ada yang tidak tidur malam. Rata-rata rasa stres macam nak hantar assignment masa dekat uni. Termasuklah saya yang menulis ni.  Kihkihkihkih.

Tugasan pertama mencabar, biasalah. Tapi saya excited sebab dari tugasan pertama kami dapat jalingkan ukhwah dengan leader-leader Shaklee yang belum pernah saya kenal sebelum ni seperti Kak Fieza dan Dettis.

Untuk tugasan kedua pula, kami perlu kupas topik Set Kurus Shaklee. Anda serius nak turunkan berat? Jemput terjah baca 5 cara untuk ‘baiki’ hormon yang kawal berat badan wanita dalam Set Kurus Shaklee.


EH MENANG KE?


Apa pun projek ini best sebab semua berjaya menang hadiah. Didoakan Allah limpahi rezeki bagaikan air zam-zam yang tak pernah berhenti mengalir, buat penganjur iaitu Master Norita

Tahniah buat Team RISE, ada yang menang hadiah utama, Vivix dan Collagen Plus Powder. Bertuahnya rasa. Ah, rasa nak lap mata. Alhamdulillah. Makin sihat dan cantik berserilah semua lepas ini. Kihkihkih.


Untuk mak-mak, collagen & Vivix ni antara yang wajib amalkan


KENAPA NAK LAGI BLOG MEGA SHAKLEE 2.0?


Kawan-kawan, kita memang belajar semua perkara tapi tak semestinya kita tahu semuanya. Apa yang kita belajar perlu diasah pula dengan pengalaman. Kalau pengalaman tak bersatu dengan apa yang kita belajar, maka itu sekadar teori semata. 

Saya melihat dengan semangat baru yang berkembang untuk terus menulis blog, Projek Blog Mega Shaklee 2.0 boleh buka lebih besar peluang bisnes kepada semua leaders dan pengedar Shaklee bermula tahun 2023 ini. 

Dahulu saya juga bermula dengan blog. Asbab suka berkongsi pengalaman, cabaran ibu bekerjaya dan manfaat kesihatan sepanjang perjalanan penyusuan anak-anak 2 tahun, saya terjebak dalam bisnes shaklee. Asbab blog juga saya dipertemukan dengan ibu-ibu hebat yang berjuang menjayakan penyusan anak-anak mereka. Dari orang asing kami jadi kawan, bisnes partner hinggakan jadi kawan usrah. Syukurnya saya. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. 

Kawan-kawan, andakah anda geng suka menolong? Saya sangat alu-alukan ibu-ibu yang nak rasai pengalaman dan perubahan dalam kehidupan untuk bersama-sama kami bina kehidupan yang lebih baik. Inilah antara kelebihan apabila kalian berdaftar sebagai ahli Shaklee, kalian akan dapat kelebihan ilmu, sokongan dari team yang semuanya seiring ingin sama-sama capai kejayaan dan nikmati kesihatan yang lebih baik. 

Dengan hanya guna medium menulis percuma, sokongan tunjuk ajar yang jelas dan teknik yang sama juga telah buktikan ramai meraih kejayaan berganda-ganda. Ayuh rebut peluang ini sungguh-sungguh untuk capai segala impian anda dan keluarga, insyaAllah. 


KESIMPULAN


Pernah dengar tak, pepatah ada mengatakan
“Alone, we can do so little; together, we can do so much.”

Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, 
“Berdua lebih baik daripada sendiri, bertiga lebih baik daripada berdua, berempat lebih baik daripada bertiga, maka hendaklah kalian tetap bersama berjemaah, kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku kecuali atas sebuah petunjuk (hidayah).”
(HR. Ahmad)

Berdasarkan hadis tersebut, dapat kita fahami bahawa Islam sendiri ajarkan satu konsep secara berjemaah dalam melakukan sesuatu perkara atau kerja. 

Begitulah. #TogetherWeRise


.
ps. 
Sungguh Februari 2023 bukan sekadar bulan biasa-biasa. Bulan kelahiran orang Februari ni bertuah kan? Ah nak lap mata lagi. Alhamdulillah.


Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

No comments:

Post a Comment