Risaunya saya apabila Bonda mengadu mengalami rasa kebas-kebas, sesemut, rasa lemah dan sakit di bahagian jari dan telapak tangan suatu masa dulu, kini datang ziarah kembali. Paling merisaukan kali ini, setiap kali menulis Bonda akan rasa sakit yang amat sangat macam dicucuk-cuck benda tajam. Gejala-gejala ini biasanya berlaku di bahagian ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian daripada jari manis.
Allahu kesiannya Bonda.
Rasa kebas-kebas dan sesemut pun kita sudah rasa tak selesa, inikan pula ditambah rasa mencucuk. Setiap kali pegang benda seperti pen dan pensil pasti tidak selesa yang amat. Bonda juga kerap merasakan sakit di kawasan pergelangan tangan yang mana kesakitan ini meningkat pada waktu malam sehingga mengganggu tidur. Kadangkala, kesakitan juga berlaku pada waktu pagi.
Ikutkan sejarah, Bonda seorang yang sangat aktif menggunakan pergelangan tangan kerana tuntutan pekerjaan yang melibatkan menaip di type writer serta mengambil minit mesyuarat sepanjang di pejabat.
Kebas Disebabkan Carpal Tunnel Syndrome (CTS)
Rasa kebas merupakan keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation). Kebas biasanya berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periferi terhimpit. Lazimnya, rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan bahagian atas dan kaki.
Setelah rujuk kepada doktor, Bonda didiagnos alami masalah saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan atau juga dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome dan dinasihatkan untuk jalani pembedahan.
Melalui pembacaan saya, CTS ini merupakan sejenis penyakit yang jejaskan pergelangan tangan dan tapak tangan. Keadaan ini buatkan pesakit merasa kebas, kesemutan, rasa tajam atau mencucuk-cucuk dan rasa lemah di sepanjang pergelangan tangan sehingga ke lengan.
Maksudnya, CTS tidak berlaku sejurus selepas sesuatu pergerakan yang dilakukan pada pergelangan tangan menghimpit saraf Median. Tetapi, CTS berlaku apabila pergerakan ini berulang kali dilakukan dengan cara yang sama.
Rupanya, penyakit lain seperti hypothyroidism, rheumatoid arthritis dan diabetes juga boleh sebabkan CTS. Malah wanita mengandung juga didapati sering mendapat CTS kerana hormon mereka yang berubah dan mengekalkan cecair dalam badan. Perkara ini menyebabkan kawasan pergelangan bengkak dan menyebabkan carpal tunnel bertambah sempit.
Apa Perlu Lakukan Jika Sering Alami Kebas?
KEBAS menjadi penanda aras yang kita kekurangan vitamin B12 dan Paras mineral seperti KALSIUM dan POTASSIUM. POTASSIUM yang rendah juga sebabkan kehilangan deria rasa di kawasan hujung kaki.
Jika kita alami kebas tangan ketika tidur ataupun ketika duduk, besar kemungkinan ianya berpunca daripada pengaliran darah yang tidak teratur sehingga boleh menyebabkan kehilangan deria rasa.
Antara punca utama masalah ni adalah kerana kekurangan nutrisi. Bila badan kekurangan nutrisi penting daripada pemakanan, ianya akan melemahkan sistem saraf seterusnya kita akan mula rasa kebas tangan serta sesemut.
Bebas Carpal Tunnel Syndrome (CTS)
Alhamdulillah ala Kulli Hal, tahun ini masuk tahun ke-7 Bonda bebas dari masalah rasa sesemut dan kebas kebas jari dek CTS (2016-2023) tanpa pembedahan. Bonda menolak untuk lakukan pembedahan kerana dari pembacaan Bonda masalah CTS boleh berulang.
Dengan hanya konsisten amalkan 3 suplemen berikut, syukur dapat bantu Bonda senyum 10km kembali.
- Bcomplex (1 biji sehari / selepas makan)
Mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk B1, B2, B3, B5, B6, B12, 100% Biotin dan Asid Folik. Kesemua komponen penting untuk dapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Paling penting Vitamin B bantu pastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus melegakan kesakitan dan tekanan.
- OsteNutrix, Kalsium dan Magnesium (4 biji)
Bekalkan kalsium, magnesium dan vitamin D bagi kurangkan sakit badan, memperbaiki kekejangan, kebas-kebas, bantu kurangkan insomnia, kekalkan kadar degupan jantung serta cegah sakit sendi tulang dan gigi. Ia penting untuk bantu proses pengecutan pada otot dan saraf.
- Omega-3 (3 biji)
Bantu melancarkan perjalanan aliran darah ke seluruh badan. Bertindak sebagai anti radang yang bantu kurangkan sakit di sendi dan saraf. Omega juga bantu mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita, tingkatkan sistem imun serta pelihara fungsi sendi
Begitulah Testimoni Shaklee Bonda saya.
Hingga hari ini, Bonda saya masih terus amalkan makan 3 produk Shaklee di atas. Abang saya hulur jenama lain pun Bonda rasa kesannya tak sama. #ChooseHealthChooseShaklee. Semoga saya dapat hadiah istimewa buat Bonda tajaan www.anakkuwira.com
Meh join ahli dan dapatkan harga istimewa pembelian produk Shaklee. Hubungi saya untuk konsultasi percuma.
Salam Sayang,
Azlin M. Atan | Wasap. 019-2682709 | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023
No comments:
Post a Comment