Kick-Start Projek Blog Mega Euphoria Shaklee |
Pernahkah korang terfikir kenapa korang tulis blog? Pejam celik pejam celik sudah hampir 14 tahun Alin kenal dengan dunia blogging. Allahu, MasyaAllah.
Terima kasih kepada blogspot sebab masih kekalkan blog ini. Hanya blogger tegar sahaja memahami perasaan ini. Ahakss.
- Bercerita tentang kehidupan & perkembangan anak pertama Damia sejak lahir sehingga membesar. Since suami ketika itu bekerja jauh di Penang & hanya bersama kami sekeluarga during weekend, segala coretan adalah ditujukan untuk suami tercinta supaya tidak terlepas mengikuti perkembangan anak pertama kami.
- Selain itu, saya banyak join blog entry contest/giveaway untuk anak-anak di samping menambah kenalan baru.
- Perjalanan sebagai ibu berkerjaya juga saya coretkan dalam blog MommaMia terutama perjalanan suka duka penyusukan anak pertama dan ke-2. Juga perjalanan oustation dalam dan luar negara demi menjayakan penyusuan anak-anak 2 tahun. Segala pengalaman pahit manis dicatatkan agar menjadi lesson learnt & memotivasikan diri serta ibu-ibu baru yang lain agar tidak mudah give up dan jadi lebih baik dalam penyusuan anak-anak mereka kerana setiap anak tidak sama. Setuju ke setuju?
- Keseronokan berblogging lebih terasa apabila dapat sertai sesi get2gether dengan blogger yang lain. Bayangkan bila selama ini hanya berjumpa dimedium blog, kali ini bertemu 4 mata. Indahnya ukhwah yang terjalin. Antara yang mula-mula kami join adalah Mom Blogger Planet (MBP). Sangat best waktu ni. Kini hanya segelintir sahaja yang masih berblogging.
Kemudian dalam Tahun 2011 dan Tahun 2012, fokus blogging bertambah dalam
- Ilmu parenting dalam membesarkan anak-anak. Maklum la anak sudah bertambah. Cabaran juga semakin meningkat. Jika tiada ilmu digali, mau stress dibuatnya. Dah lah PJJ parent waktu ni.
- Mula bernuffnang & beraffiliate. Sambil sharing sambil jana pendapatan. Walau sikit banyak, orang kata merasa juga ler cek Nuffnang & affiliate tuh. Alhamdulillah, tapi tak ler fokus sangat kira ada, ada ler. Gituuu.
- Selain itu Alin juga mula berkongsi tentang bisness part time "Shaklee". Berkongsi tentang kebaikan produk yang Alin gunakan sepanjang bekerja dan menyusukan anak serta peluang jana pendapatan tambahan yang ditawarkan Shaklee dan benefit lain yang boleh dicapai dengan bershaklee. Dari suka-suka berpart time lelama nampak jalan untuk capai "Dream Job" dengan bershaklee ni - WAHM sambil dapat bantu ibu-ibu yang lain jana pendapatan tambahan.
Tahun 2013 mood berblogging orang blogger selalu kata "mula ke laut dalam" hahaha... banyak sebab antaranya mungkin
- Pembawakan hamil anak ke-3, lain anak lain pembawakannya kan, alasan gitulah, ahaksss. Dulu semasa berpantang Damia & Dzakirah rasanya ada masa nak pegang laptop, namun masuk anak ke-3 ni, memang tak bagi peluang langsung. Dah masuk 4 bulan, baru leh bernafas di blog. Sebelum itu, update mostly update hanya melalui medium Facebook & instagram sahaja. Orang kata yg maner "dan" jer.
- Tahun 2013 adalah tahun yang paling mencabar diri. Sebab tahun 2013 selepas balik Umrah/Dubai Shaklee Allah tetapkan hati untuk hantar surat resign pada 31 May 2013. Pada masa yang sama Allah uji dengan dimurahkan rezeki untuk menerima mandat & kepercayaan tugas baru. Dilema woo, siapa yang tak sayang kan kerjaya sebab boleh dikira Alin "membesar" Di TriSystems, 1st job tuh, praktikal disitu, zaman gedik anak dara disitu, berkahwin semasa disitu sampai nak masuk anak ke-3 juga disitu. Bayangkanlah.
- Tapi kalau asyik fikirkan orang lain siapa yang nak fikirkan tentang kita kan?? Ahaksss... Terpaksa memilih antara kerjaya & anak2. Alhamdulillah Allah mudahkan. Syukur sangat Allah lorongkan hati untuk berpart time dengan Shaklee 3 tahun dulu. So kira 31 May 2013 hantar surat dan notice 3 bulan.
- Bulan July 2013 alhamdulillah Allah mudahkan untuk naik rank Master Coordinator in Shaklee. So dalam kesempitan ada kesempatan. Bulan Aug 3.8.13 selamat bersalinkan anak ke-3 lil Darwisyah dan pada 31.8.2013 selamat merdeka kan diri dari kerja hakiki dan dapat berpantang dengan tenang dan bahagia. Allahu, sangat cantik aturan Allah.
Kini, tahun 2023 kick start dengan sertai sacara berjemaah Projek Blog Mega Euphoria Shaklee 1.0, anjuran Master Norita. Excited uols. Seronok tau berblog ni once you sudah start. Trust me.
Justeru jika anda seorang yang suka berkongsi dan memberi, mari lah kita berblogging. Nak sharing lifestyle ke, ilmu parenting, resepi masak memasak hatta berkongsi tentang berbisnes.
ps.
Selalu muhasabah diri hari-hari, "Adakah kita sudah cukup memberi untuk melayakkan kita menerima?" Jangan lupa have faith in Allah.
Selalu muhasabah diri hari-hari, "Adakah kita sudah cukup memberi untuk melayakkan kita menerima?" Jangan lupa have faith in Allah.
Salam Sayang,
Azlin M. Atan | Wasap. 019-2682709 | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .
#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee
No comments:
Post a Comment