Sesibuk mana pun, penjagaan muka jangan diabaikan ya, Paling penting cuci muka!
Setuju?
CUCI PADA WAKTU PAGI
Semasa anda tidur, minyak dan sel-sel kulit mati akan
terkumpul di dalam pori-pori anda. Mencuci muka anda sebaik sahaja bangun pagi
akan menghilangkan segala yang terkumpul pada kulit semalaman, dan
menghindarkan jerawat dan bintik hitam daripada terbentuk. Selain itu, mencuci
muka ketika bangun pagi boleh membantu mengejutkan anda! Berasa segar tentunya
cara terbaik untuk memulakan hari anda.
SEKALI LAGI CUCI PADA WAKTU MALAM
Jadi
anda sudah mencuci muka pada waktu pagi. Mengapa perlu cuci lagi pada
waktu malam? Sebabnya, anda tentu mahu menghilangkan segala kekotoran dan
minyak yang terkumpul di dalam pori-pori anda sepanjang hari. Fikirkanlah.
Adakah anda terdedah kepada pencemaran? Adakah anda memakai mekap? Adalah
anda sering menyentuh muka anda, yang mendedahkan kulit anda kepada lebih
banyak bakteria dan kotoran? Bayangkan jika anda meninggalkan segala
kotoran ini pada kulit anda sewaktu anda tidur. Tak sanggup, bukan?
Namun, wanita sering lakukan 3 kesalahan semasa mencuci
muka. Saya antaranya, namun kini saya sudah insaf!
(1) TIDAK CUCI TANGAN
Jangan pernah mencuci wajah dengan tangan yang belum
dibersihkan, meskipun anda rasa tangan anda tidak kotor, sebaiknya cuci tangan
terlebih dulu.
(2) CUCI MUKA BANYAK KALI, lebih daripada 3x sehari.
Mengapa ini tidak baik? Sebabnya, muka anda memerlukan sedikit
minyak untuk kekal sihat dan lembap. Jika muka kerap dicuci, kulit akan jadi
terlampau kering. Badan kemudian akan cuba atasinya dengan keluarkan lebih
banyak minyak - yang boleh bawa kepada lebih banyak jerawat!
(3) CUCI MUKA SEBELUM CUCI RAMBUT
Selepas cuci muka, pori-pori muka terbuka. Cuci rambut selepas
cuci muka akan sebabkan chemical syampu rambut masuk ke dalam kulit muka anda.
Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk
melembutkan rambut. Kalau terkena pada muka, minyak tersebut meresap ke dalam
kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat.
Marilah kita betulkan yang biasa & biasakan yang betul.
Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang
No comments:
Post a Comment