Thursday, December 19, 2019

Apa itu Usus Bocor atau Leaky Gut?



Malam tadi tonton red table talk, program informatif tentang makanan dan kesihatan. @drmarkhyman ada berikan penjelasan yang mendalam tentang apa itu usus yang bocor atau leaky gut.

Teringat dengan kawan gengNSC batch 1 yang juga ada mengidap masalah yang sama. Leaky gut ni biasanya berlaku bila ada keradangan usus. Ia menyebabkan badan jadi sensitif dan mudah bengkak, sakit dan gatal. Ia juga sebabkan gangguan mental dan emosi. Kita jadi fikir banyak-banyak, risau dan panik.

Itu sebahagian kecil saja petanda badan. Macam macam sebenarnya kesan kerosakan perut ni. Maklumlah perut ni dikatakan lubuk untuk punca pelbagai penyakit kronik.

Nak pulih, perlu ubah gaya hidup kita. Paling basic, elakkan gandum, susu, gula berlebihan dan makanan tinggi proses. Senang kata meh buat #sugardetox.

ps.
Worth watching! Sungguh!

.
.

Berjuang, 
#MakingHealthyHappen

Azlin
"Health is the foundation, beauty is the reflection and longevity is the reward"

No comments:

Post a Comment