Monday, December 16, 2019

7 Kesalahan Makan Buah yang Selalu Sangat kita Lakukan

 

Dua minggu lepas saya belajar sesuatu daripada Dr. Noordin Darus, tentang 7 kesalahan makan buah yang selalu sangat kita lakukan.

1- Makan buah selepas makan.

Yang ni ramai dah tahu tapi masih suka saja lakukan.
Terbaik
makan buah sebelum makan! Dalam buah banyak fruktose, jadi gula cepat hadam. Paling lama buah ambil masa 1/2 jam untuk hadam.
Bayangkan, bila kita makan dulu selain buah, ia akan ambil masa 3-4 jam untuk hadam makanan tadi. Masa jadi lebih lama. Bila kita makan buah kemudian, buah tadi akan stuck dan jadi fragmentation dan membusuk. Itu yang terjadi oksidasi, sebu perut, kembung perut dan macam-macam masalah.

2- Potong buah terlalu awal 4-5 jam sebelum nak makan.

Potong buah masa nak makan lagi elok. Buah ni dikatakan ada life enzim. So nak dapat manfaat life enzim ni follow kehh.

3- Minum jus buah dari makan kunyah buah.

Selain mengandungi serat yang lebih baik, makan buah secara kunyah dapat menjamu bakteria baik dalam perut dengan lebih padu dan optimum.

4- Campur buah dengan susu.

Buah dan susu ni bersifat berlawanan. Mencampur susu dengan buah seperti smoothie boleh cenderung menimbulkan efek reaksi sensitif atau alergi terutama mereka yang punya masalah pencernaan atau perut sensitif.

5- Suka makan buah waktu malam.

Buah sebaiknya dimakan waktu pagi hingga tengahari kerana frekuensi dalam pencernaan sangat baik ketika waktu ini.
Waktu malam frekuensi pencernaan lebih perlahan, berbanding waktu pagi.

6- Campur buah bersulam dengan makanan lain.

7- Makan buah tak cukup.

Digalakkan setiap hari pelbagaikan jenis buah yang diambil untuk dapat vitamin yang diperlukan daripada buah.


Begitulah.
Nak tahu cukup tak pengambilan buah kita setiap hari boleh kira guna formula berat x 10 = berat buah yang kita perlukan dalam sehari (g).

Cth: berat saya 50kg, jadi 50 x 10 = 500g. Jadi 500g ini adalah minimum buah yg saya perlukan dalam sehari.

Bagaimana?!
Tak boleh follow semua, jangan tinggalkan semua ya, terutama skali yang no (1) tuh.

Dapat sesuatu?

.

Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang

No comments:

Post a Comment