Monday, December 1, 2025

6 Sebab Protein Sangat Penting untuk Wanita

25% daripada badan kita berasal/diperbuat daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein. 

Protein adalah elemen asas yang bantu tubuh berfungsi dengan baik dan penting untuk jaga kesihatan otot, kulit, rambut, pembaikan sel, penghasilan enzim, pengaturan hormon dan banyak lagi.

Protein boleh diperoleh dari pelbagai sumber makanan:
  • Haiwan: Daging, ayam, ikan, telur, dan produk tenusu seperti susu, yogurt, dan keju.
  • Tumbuhan: Kekacang seperti lentil, kacang bendi, kacang hitam, tauhu, tempe, dan biji-bijian seperti quinoa, chia, dan biji rami.


6 SEBAB MENGAPA PROTIEN SANGAT PENTING UNTUK WANITA 40 TAHUN KE ATAS


1. Protein Beri Makanan Bakteria Usus


Pengambilan protein berkualiti tinggi yang kaya dengan asid amino bantu beri makanan baik kepada bakteria seperti Lactobacillus dan Bifidobacteria dalam mikrobiom. Bakteria ini hasilkan vitamin, hormon, dan sebatian yang kurangkan keradangan di seluruh badan.

Dengan protein yang cukup juga bantu elakkan pertumbuhan bakteria berbahaya dan kekurangan protein, yang lebih biasa dialami selepas wanita berusia 40 tahun seterusnya beri kesan negatif terhadap kesihatan wanita keseluruhan.

2. Protein Memelihara Jisim Otot


Mulai peringkat pertengahan umur, wanita kehilangan 3-5% jisim otot setiap dekad. Ini disebabkan oleh penurunan semulajadi hormon estrogen dan hormon pertumbuhan manusia. Pengambilan lebih protein dapat berikan keperluan asid amino yang cukup untuk bantu elakkan kehilangan otot berkaitan usia serta kekalkan kekuatan untuk melakukan aktiviti seharian.

Bagi yang berusaha turunkan berat badan, biasanya anda juga turut kehilangan sebahagian jisim otot. Ia menyebabkan kadar metabolisme menurun. Apa yang diperlukan ialah kurangkan lemak badan dan bukannya jisim otot. Jadi pengambilan protein secukupnya boleh bantu bina otot, cegah penyusutan otot serta tingkatkan metabolisme, walaupun ketika berat badan menurun terutama apabila digabungkan dengan senaman latihan kekuatan

3. Protein Sokong Tenaga


Seiring usia, pelbagai faktor seperti kekurangan mitokondria dan peningkatan keradangan menyebabkan penurunan tahap tenaga. Pengambilan protein yang betul seimbangkan tahap glukosa serta elakkan kemerosotan tenaga.

Ini akan bantu badan menguruskan rasa lapar dan keinginan, kurangkan risiko peningkatan berat badan dan diabetes. Apabila wanita makan protein yang cukup, ia kekalkan tenaga yang konsisten kerana asid amino masuk ke dalam aliran darah dengan perlahan berbanding karbohidrat yang beri tenaga segera.

Fikirkan protein sebagai kapsul tenaga yang dilepaskan secara berperingkat!

4. Protein Sokong Kesihatan Tulang


Protein yang lebih tinggi bantu tubuh gunakan vitamin D dan kalsium dengan betul untuk kuatkan tulang dan elakkan osteoporosis pada masa hadapan. Wanita berumur 40 tahun ke atas kehilangan jisim tulang dengan lebih cepat, jadi dapatkan protein yang cukup tingkatkan penyerapan kalsium dan aktifkan vitamin D untuk kuatkan tulang dan elakkan osteoporosis khususnya dikalangan wanita.

5. Protein Mengatur Hormon Wanita


Protein mempengaruhi hormon estrogen, progesteron, kortisol, dan tiroid.

Perubahan paras estrogen dan progesteron semasa perimenopause dan menopaus boleh sebabkan simptom-simptom yang mengganggu seperti hot flash, susah tidur malam, mudah marah dan banyak lagi. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan protein yang lebih tinggi bantu optimumkan pengawalan hormon dengan berkesan, kurangkan keterukan dalam perubahan suhu badan dan perubahan emosi.

6. Protein Bantu Kawal Berat Badan Pertengahan Usia


Menurut kajian, pengambilan protein yang lebih tinggi adalah penting untuk kekalkan metabolisme yang sihat dan uruskan berat badan semasa kita melangkah ke usia 40-an dan 50-an. Protein yang lebih tinggi tingkatkan rasa kenyang sambil kekalkan pengawalan hormon lapar sepanjang hari.

Pengambilan protein dapat kurangkan paras hormon lapar iaitu 'ghrelin'. Pada masa sama, ia tingkatkan hormon kenyang seperti GLP-1 dan kolesistokinin yang kurangkan rasa lapar serta selera makan. Pengambilan protein juga tingkatkan metabolisme dan bakar lebih kalori. Protein mempunyai kesan termik makanan (thermic effect of food) tertinggi iaitu 20 hingga 30 peratus berbanding karbohidrat, sebanyak lima hingga 10 peratus dan lemak iaitu sifar hingga tiga peratus. 

Kajian menunjukkan diet tinggi protein bantu membakar 80 hingga 100 kalori tambahan setiap hari. Maka, pengambilan protein secukupnya bantu anda bakar lebih banyak kalori dan menurunkan berat badan. Suka ke suka sangat?


BERAPA BANYAK PROTIEN PERLU DIAMBIL?


Saranan pengambilan protein harian berbeza bergantung kepada umur, jantina, keaktifan dan faktor lain. Boleh rujuk sumber Hello Doktor berikut;

Sumber hello Doktor
Secara amnya, Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2017 menggalakkan seorang dewasa biasa mengambil satu gram (g) protein per kilogram (kg) berat tubuh setiap hari untuk kekalkan kesihatan yang baik. Jika bersenam untuk menurunkan berat badan, ambil satu hingga 1.2g protein per kg berat badan setiap hari bermanfaat bagi bantu pembinaan otot.

Perkara perlu diberi perhatian sebelum mengambil protein!

Protein tumbuhan mungkin tidak mengandungi sesetengah asid amino. Jika anda individu vegetarian, pastikan ambil pelbagai sumber protein tumbuhan supaya dapat pengambilan protein yang lebih lengkap.


KESIMPULAN


Badan kita tidak dapat hasilkan asid amino sendiri, jadi kita perlu dapatkan makanan yang mengandungi protein lengkap yang mengandungi kesemua asid amino ini, seperti daging, ikan, telur, atau sumber tumbuhan tertentu seperti quinoa dan soya.

Terdapat 20 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan untuk hasilkan protein, tetapi hanya 9 jenis asid amino yang dipanggil asid amino esensial yang perlu diperoleh daripada diet kita.

Protein adalah asas penting untuk kesihatan wanita 40-an, bantu kekalkan otot, perbaiki tisu badan, dan sokong keseimbangan hormon. Pengambilan protein berkualiti seperti dari rangkaian Shaklee dapat bantu anda capai kesihatan optimum, tingkatkan tenaga dan kekalkan kekuatan tubuh.




Pilihan protien tambahan harian saya. Pelaburan dalam kesejahteraan diri yang berpanjangan.



Salam Sayang, 
 Azlin M. Atan | Wasap. 019-2682709 | azlin.mohdatan@gmail.com 
#PengedarShakleeDenaiAlam 
 COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam

 * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment