Thursday, May 9, 2019

Bilakah masa terbaik untuk bercerai dengan gula?


Pagi ni refresh ilmu #NoSugarChallenge dan support Coach Gula Puteri Yusof di Menara Miti.

Bilakah masa
terbaik
untuk bercerai dengan gula?

Best time to reduce sugar, bila badan kita sedang tak sihat. Sebab, waktu ini badan kita sedang inflammation tinggi. Jadi bila reduce sugar, bantu badan kita recover lebih laju. Ya, kita ni tak boleh elak sakit, namun kita boleh usaha untuk kebah lebih cepat.

Bagi yang sihat pula, disarankan baiki lagi cara kita makan, cara pilih makanan. Takmoh fokus kat weight loss lagi. Fokus beli good food, real food. Tambah lagi sayur dan buah dalam menu harian.

Bila pergi shopping groceries tuh, rajinkan diri untuk tengok kandungan nutrisi, kandungan gula dan kenalpasti jenis makanan tuh makanan terproses ke atau ultra-proses. Jika kandungan gula tersenarai dalam top 4, laju laju la letak balik ya.

5 tanda anda perlu segera bercerai dengan gula.
Check please dan dapatkan support!

Tips lain.

Setiap kali kalau datang time rasa teringin benda manis, capai dulu apa-apa yang manis macam buah atau kurma. Otak kita ni sebenarnya tak tahu pun kita makan apa, yang dia tau dia dapat rasa manis itu.

Jadi, layan tapi trick your brain first. Pastikan elak diri dari terus pegi cari benda yang kita mengidam tu. Bulan Ramadan adalah bulan yang paling baik untuk kita bercerai dengan gula. Mari teruskan cipta cita-cita dan berjuang.

Thanks Coach Puteri

ps.
Saya Masih belajar lagi.

.

Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang


Tuesday, March 26, 2019

7 Sebab Mengapa Perlu Bersarapan dan Bersenaman


1
Jika bersenam dalam perut kosong, kalian akan hasilkan kualiti senaman yang lesu dan tak bertenaga.
2
Sarapan sebelum senaman tingkatkan pembakaran karbohidrat semasa aktiviti senaman dan cepatkan penghadaman selepas bersenam.
3
Seeloknya sarapan 1-2 jam sebelum bersenam. 30 minit juga memadai.
4
Ambil makanan berprotein seperti telur atau protein shakes.
5
Dengan bersenam hasilkan sel otak baru dalam hipocampus (tempat memori).
6
Bersenam lahirkan 3 hormon iaitu dopamin, sirotonin dan endophine yang bantu beri mood yang baik, bantu untuk belajar dan beri rasa seronok yak amat. Hormon ini boleh bertahan selama 8 jam tau.
7
Senaman yang mudah ialah berjalan laju.

Sarapan adalah keutamaan untuk tenaga. Badan kita perlukan makanan untuk bergerak dan kekal aktif. Bersarapanlah sebelum bersenam!

.

Azlin M. Atan
019-2682709

Mari berjuang 





Monday, February 11, 2019

2 DOSA BESAR yang sering Wanita buat dengan kulit! Berubah segera atau hadap kesan yang lebih teruk!



Survey: 
Mengaku jujur ja ya, apa kah "skin sins" yang kalian sering lakukan? 
Jawab yang mana satu nombor anda di ruang komen ya.

1. TIDUR TANPA MENANGGALKAN MAKE-UP

Yang tak make-up & tak cuci muka pun bleh jadi sama tau. Tahu tak? Tidur dengan muka yang makeup tidak dicuci akan menjadikan kulit MENUA 5x LEBIH CEPAT. Ngeerii la. Cuba bayangkan
  • Pemakaian primer ketika anda tidur, kulit wajah anda akan tercemar dan tidak dapat bernafas dengan baik. Jadi, kulit anda akan mudah dijangkiti jerawat.
  • Foundation yang tidak dicuci dengan baik akan buatkan partikel – partikel di dalam foundation itu jadikan pigmen kulit anda rosak. Ia juga akan ganggu proses pembaharuan sel kulit seterusnya buatkan kolagen anda rosak, kulit berkedut dan liang pori tersumbat.
  • Partikel dari maskara akan buatkan folikel pada kulit anda akan tersumbat seterusnya jadikan kulit anda gatal – gatal
  • Lipstik yang tidak dicuci juga akan buatkan bibir anda kering dan mengelupas. Bibir juga akan mudah jadi kusam sekiranya lipstik tersebut dibiarkan semalaman.

2. TIDAK MEMAKAI KRIM PELINDUNG MATAHARI

Cahaya matahari terbukti secara saintifik menyebabkan PENUAAN FOTO (photoaging). Apa yang anda lihat pada kulit wajah anda hari ini ialah kesan dari bagaimana anda menjaganya sejak beberapa tahun lepas. 

So, lepas ni jangan lupa pakai sunblock/krim siang/foundation.

"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"

Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang

Thursday, January 3, 2019

4 BASIC SUN PROTECTION YANG WAJIB TAHU


1. UVA

  • Cahaya gelombang yang panjang, menembusi sehingga ke Dermis kulit.
  • Ada tanpa mengira musim dan cuaca
  • Menembusi gelas pada waktu siang hari, Oleh itu pentingnya memakai pelindung matahari!
  • Kesan pada kulit: membentuk kedutan, memusnahkan kolagen dan boleh menyebabkan kanser kulit.

2. UVB

  • Menembusi sehingga ke epidermis kulit (lapisan paling atas) saja, maknanya kurang daripada UVA
  • Ada sepanjang tahun tetapi kurang kuat di iklim yang cerah
  • Kesan pada kulit: sinar matahari, perubahan warna dan kanser kulit.



3. SPF

  • SPF =Sun Protection factor / faktor perlindungan matahari
  • Mengukur tahap perlindungan dari sinar UVB. 
  • Kesan pada kulit: kulit terbakar dan gelap serta boleh sebabkan kanser (kesan jangka panjang).
  • Ingat untuk reapply semula pelindung matahari setiap 2-3 jam
  • Jenis-jenis SPF:
    • SPF 10 melindungi 90% dari sinar UVB
    • SPF 15 melindungi 93% dari sinar UVB
    • SPF 30 melindungi 97% dari sinar UVB
    • SPF 50 melindungi 99% dari sinar UVB

4. PA

  • Tahap perlindungan kepada sinar UVA. UVA boleh menembusi ke lapisan paling dalam kulit iaitu dermis. 
  • Kesan pada kulit: Kesannya kedutan, penuaan, jeragat dan melasma.
  • Jenis-jenis PA:
    • - PA+ perlindungan rendah
    • - PA++ perlindungan sederhana
    • - PA+++ perlindungan tinggi
  • Yang terbaik mestilah perlindungan yang tinggi. Seboleh-bolehnya cuba cari PA+++ ke atas. Atau paling rendah pun PA++.


***

SUNSCREEN/SUNBLOCK TERBAIK ELAK DARI JERAGAT MAKIN TERUK

Jika anda sedang mencari sunscreen yang bantu halang sinar UV dan dalam masa yang sama boleh baiki kulit akibat kesan uv, Pelembap dengan SPF50  inilah pilihan terbaik anda! 

Pilihan saya Youth Age Defense Moisturizer SPF-50
  • Bertindak dengan selamat dan tidak meninggalkan kesan putih pada wajah.
  • Mempunyai SPF 50 dan Broad Spektrum yang melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB.
  • Melindungi kulit dari terkena pencemaran sekeliling, seperti asap-asap kenderaan, debu, kotoran dan sebagainya.
  • Tidak mempunyai oxybenzone dan bahan kimia yang merosakkan kulit.
  • Mengandungi Vital Repair+® Complex yang halang kerosakan kulit akibat radikal bebas dan galakkan tumbesaran sel sihat. Best sangat ni!
  • Dilengkapi dengan Ekstrak Anggur Muscadine yang mampu baiki kerosakan DNA sel yang disebabkan oleh sinar UV. 
  • Grape Seed Extract– antioksida yang kuat yang menghalang enzim yang menyebabkan kemusnahan kolagen. Membantu kulit, mendapatkan kulit yang sihat dan tegang.
  • Krim yang bukan sekadar melindung, tetapi ia juga melembabkan kulit. Penting untuk kekalkan kelembapan kulit muka. Muka yang kering akan menyebabkan  tona kulit tidak sekata. Garis-garis kedut juga akan mudah kelihatan. Bila diusap pun terasa kasar. 
  • Bestnya, moisturizer ini mampu bertahan selama 16 jam!


TIP PANTAS :

  • Sila baca label produk sebelum membeli.
  • Jika sunscreen/sunblock hanya ada label PA++, ia tidak mempunyai pertahanan terhadap UVB. Hanya perlindungan terhadap UVA sahaja.
  • Broad Spectrum = Perlindungan penuh. Perlindungan penuh di sini bermaksud produk tersebut memberi kesan perlindungan terhadap UVA dan UVB. Jadi untuk dapat perlindungan yang sempurna lihat produk perlindungan yang dilabel ‘Broad Spectrum’.

Moga bermanfaat ya, buat sesiapa yang baru, sedang atau yang telah pun mengguna produk pelindung matahari. Ingat, 90% kulit kita boleh rosak disebabkan kulit terdedah kepada sinaran cahaya matahari (sinar UV) yang berbahaya.

"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"


Salam Sayang, 
Azlin M. Atan  |  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .