Ketika mengandung, adalah penting bagi wanita untuk memahami sepenuhnya keperluan mereka dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan kehamilan yang sihat dan selesa. Pemahaman ini akan bantu meminimumkan risiko dan memberikan pengalaman kehamilan yang lebih positif.
Tanda-tanda kehamilan
Apabila hamil, anda akan menyedari beberapa perubahan pada badan anda. Kenali dan bersedia untuk perubahan ini agar tempoh kehamilan anda berjalan lancar. Berikut beberapa perubahan fizikal yang biasa dialami ketika hamil:
- Tiada haid
- Degupan jantung lebih laju
- Pedih ulu hati
- Loya (dengan atau tanpa muntah)
- Berat badan meningkat
- Selera makan dan minum meningkat
- Buah dada membesar
- Kerap buang air kecil
9 SENARAI SEMAK KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG
Mengambil langkah yang betul bagi pastikan perkembangan janin yang sihat sama penting dengan persediaan hadapi perubahan fizikal ketika hamil. Senarai semak ini boleh jadi panduan anda.
1- Buat pemeriksaan antenatal.
Ini merujuk kepada pemeriksaan ketika hamil, apabila ujian dan pemeriksaan kesihatan rutin untuk ibu dan janin akan dijalankan. Ibu mengandung disarankan membuat pemeriksaan antenatal pertama dalam masa 12 minggu selepas disahkan hamil dan membuat 8 temujanji sepanjang kehamilan.
2- Menambah baik pemakanan.
Bagi menyokong perkembangan sihat janin, ibu disarankan agar kerap mengambil suplemen asid folik (Vitamin B9) sebelum hamil sehingga sekurang-kurangnya minggu ke-12 kehamilan. Ini sangat penting untuk bantu elakkan kecacatan kelahiran didalam otak dan tulang belakang bayi.
Tingkatkan juga pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien seperti vitamin C, vitamin D, zat besi, omega-3 dan kalsium.
Nutrisi lengkap untuk wanita mengandung amat penting untuk berat badan yang sihat, elak masalah tekanan darah tinggi, elak masalah kencing manis ketika hamil (GDM), tumbesaran bayi yang sihat, persiapan tubuh menghadapi proses kelahiran dan kurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.
3- Kekal cergas.
Bergiat aktif boleh bantu ibu hamil bersedia untuk bersalin. Walaupun senaman berat tidak dinasihatkan, senaman ringan seperti senaman lantai pelvis boleh menguatkan otot yang terlibat semasa bersalin. Ibu mengandung disarankan untuk kerap melakukan senaman ringan selama 15-30 minit, tiga kali seminggu.
4- Kerap minum air.
Ibu mengandung perlu kekal terhidrat untuk sokong perkembangan janin. Wanita hamil memerlukan antara 1 hingga 1.5 ml air mineral setiap hari. Tapi, kalau sudah masuk ke trimester kedua dan ketiga, jumlah air harus lebih bertambah kerana ia dapat menghalang dehidrasi dan keletihan.
Salah satu kelebihan air mineral adalah ia dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada saluran kencing semasa hamil, malah bantu pembentukan cairan amniotik dan memelihara sel darah yang sihat.
5- Berhenti merokok.
Merokok semasa hamil boleh menyebabkan kesan buruk pada janin. Dapatkan bantuan untuk berhenti merokok bagi pastikan bayi berkembang dengan sihat.
6- Bersedia secara kewangan.
Menjadi ibu bapa ialah tanggungjawab kewangan yang berat. Berbincanglah dengan pasangan anda bagi memastikan anda berdua telah bersedia.
7- Mendaftar kelas antenatal.
Kelas antenatal ini ada yang berbayar dan ada juga yang percuma. Tidak kisah yang mana pun anda pergi yang penting anda selesa. Apa yang penting ilmu yang diperolehi pasti amat berguna untuk anda.
Disebabkan itulah, ibu hamil terutama yang baru pertama kali hamil dinasihatkan hadir ke kelas antenatal untuk menggali sebanyak ilmu yang boleh terutama untuk persediaan bersalin dan berpantang nanti.
8- Mula rancang kelahiran.
Anda disarankan untuk merancang pilihan anda sebelum bersalin dan selepas kelahiran (cth: hopital untuk bersalin, nama bayi, ubat penahan sakit dan privasi untuk doktor wanita dll). Ini membantu bidan menjadikan proses bersalin lebih selesa dan mudah.
9- Persediaan berpantang.
Berpantang selepas bersalin memang sangat perlu bagi memastikan tubuh badan si ibu mampu pulih dan sembuh seperti sedia kala. Terpulanglah kepada anda sama ada ingin menggunakan cara berpantang moden atau cara berpantang tradisional, asalkan ia dilakukan dengan betul.
Jika anda tiada sokongan di rumah, anda mungkin perlu mencari pembantu atau rumah berpantang. Rancanglah lebih awal. Pastikan juga anda merancang untuk keperluan nutrisi sepanjang berpantang dan menyusukan anak.
Dalam kalangan masyarakat kita khususnya orang Melayu, tempoh ini kebiasaanya berlarutan selama 44 hari ataupun 100 hari – mengikut pilihan.
Pastikan
#1. Dapatkan rehat yang cukup
Semasa tempoh ini, perkara paling utama yang perlu wanita buat adalah berehat untuk menyegarkan kembali tubuh badan yang penat dan lemah. Antara tip yang mungkin kami boleh berikan di sini adalah untuk anda tidur pada waktu yang sama bayi anda tidur, sila cuba ya?
#2. Amalkan diet sihat
Wanita juga perlu untuk makan dan minum secara seimbang bagi dapatkan kembali nutrien yang mungkin sudah banyak kehilangan. ambil lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, serat, protein dan lain-lain untuk memastikan tubuh badan kekal sihat dan kuat. Buat anda yang menyusu badan, jangan lupa untuk minum lebih banyak air bagi menggantikan semula cecair dalam badan!
#3. Biasakan diri dengan perubahan!
- Pembengkakan buah dada - Untuk pengetahuan anda, payudara wanita akan membengkak dan membesar ekoran penuh dengan susu beberapa hari selepas bersalin. Ia adalah normal namun akan menyebabkan ketidakselesaan yang boleh dikurangkan dengan tuaman.
- Perubahan dinding pelvik - Kawasan di antara rektum dan faraj (perineum) biasanya akan mengembang dan terkoyak ketika proses melahirkan bayi secara normal. Bagi memulihkan kembali perubahan pada dinding pelvik ini, terdapat beberapa kaedah yang mungkin boleh anda cuba termasuklah:
- Senaman Kegel
- Duduk di atas bantal
- Tuam kawasan terbabit
- Elakkan sebarang aktiviti lasak seperti mengangkat barangan berat ketika ini untuk elak dinding pelvik menjadi lebih teruk.
- Sembelit - Adalah tidak pelik jika wanita hamil lepas bersalin itu mengalami sembelit selepas bersalin, jadi cara berpantang sendiri itu adalah sangat penting. Antara petua yang mungkin kalian perlu cuba adalah ambil lebih banyak serat dan air untuk merangsang aktiviti usus agar lebih lancar. Bersangkutan dengan dinding pelvik juga, Kegel adalah senaman terbaik yang boleh membantu menguatkan otot dan usus yang sudah lemah.
KESIMPULAN
Kehamilan ialah satu fasa penting dan mengujakan dalam hidup seorang Wanita Mengandung. Mengambil langkah yang tepat semasa setiap peringkat kehamilan akan memberi anda pengalaman yang lancar, selesa dan bebas tekanan.
Salam Sayang,
Azlin M. Atan | Wasap. 019-2682709 | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023
No comments:
Post a Comment