Perut selalu kembung? Sembelit tak habis-habis? Letih sepanjang hari walau cukup tidur? Ramai tak sedar – masalah kesihatan ni sebenarnya mungkin berpunca dari usus yang tak sihat.
Usus bukan sekadar tempat hadam makanan. Ia juga pusat penyerapan nutrien, penghasilan hormon, sistem imun dan kesihatan mental. Bila usus kita "tersekat" atau tak seimbang, kesannya terasa pada seluruh badan.
Berita baik? Usus kita boleh dipulihkan dengan pemakanan harian yang betul, tanpa perlu produk pelik atau mahal. Beberapa jenis makanan boleh bantu baiki dan jaga kesihatan usus kita. Ia berfungsi dengan:
- Menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus (mikrobiom seimbang)
- Kurangkan keradangan (inflammation)
- Kuatkan dinding usus
10 MAKANAN & MINUMAN POWER YANG BANTU BAIKI & JAGA USUS SERTA DETOX DALAMAN
1. Makanan Fermentasi – Probiotik Semula Jadi
Makanan ni kaya dengan bakteria baik yang bantu lawan bakteria jahat dalam usus dan lancarkan penghadaman.
✅ Contoh: Yogurt aktif, Kefir, Kimchi, Sauerkraut, Miso, Kombucha
💡 Tip: Pilih yang rendah gula & tiada bahan pengawet.
2. Sayur & Buah Tinggi Prebiotik
✅ Contoh: Bawang putih, bawang besar, daun leek, asparagus, pisang, artichoke.
3. Sayur & Buah Tinggi Serat
Serat bantu usus bergerak dengan lancar dan tolak keluar toksin dari badan.
✅ Contoh: Bayam, timun, lobak, epal, pear, beri, lentil, kacang kuda, quinoa, oat
4. Asid Lemak Omega-3
Omega-3 bantu lawan keradangan dalam usus, sekaligus kurangkan simptom perut sensitif atau IBS.
5. Makanan Kaya Kolagen
Kolagen bantu baiki dinding usus yang rosak – penting kalau ada masalah ‘leaky gut’.
💡 Sup tulang homemade pun bagus sangat!
6. Sayur Pahit – Stimulasikan Enzim Penghadaman
Sayur pahit bantu tubuh hasilkan jus penghadaman yang cukup untuk cerna makanan dengan sempurna.
✅ Contoh: Dandelion greens, arugula, swiss chard
Teh halia bantu tenangkan perut, kurangkan angin, loya & bantu aliran usus.
✅ Minum waktu pagi atau selepas makan berat
8. Teh Hijau
Kaya dengan antioksidan dan polifenol, teh hijau bantu seimbangkan bakteria baik dan jahat dalam usus.
✅ Minum suam, elak tambah gula
9. Cuka Epal (ACV)
ACV bantu tingkatkan enzim perut dan penyerapan nutrien. Ia juga ada prebiotik untuk sokong usus.
✅ Campur 1 sudu dengan air suam + lemon. Minum sebelum makan utama.
10. Air Lemon Suam & Air Kosong
Minuman paling asas tapi paling penting. Usus tak boleh berfungsi tanpa cukup air. Lemon bantu rangsang hati & sistem detox.
✅ Minum 1-2 gelas waktu pagi & cukup air sepanjang hari.
MAKANAN & MINUMAN YANG PERLU DIELAKKAN JIKA INGINKAN USUS SIHAT
-
Ganggu bakteria baik
-
Tingkatkan keradangan
-
Lemahkan dinding usus
KESIMPULAN
Jaga usus, insyaAllah kesihatan pun menyusul. 🌿
No comments:
Post a Comment