Wednesday, March 22, 2023

Keburukan Intermittent Fasting Yang Menakutkan Yang Ramai Tak Tahu

 
Alhamdullillah, Sabtu minggu lepas dimudahkan urusan untuk sertai kelas bersama Genomics Scientist, Dr Redza Rahman tentang Nutrivention (Nutritional Therapy Intervention), iaitu bagaimanan gunakan nutrition makanan tambahan sebagai bahan intervention  yang menyokong kesihatan kita, bertempat di Hotel Tabung Haji kelana Jaya. 

Topik kali ini adalah "Sihat, Sains dan Sunnah". Excited sangat sebab dapat belajar tentang teknik yang betul dan terbukti dari segi sains dan sunnah tentang "Fasting for Weight Loss" dengan evidence base. Best ke best?



FASTING FOR WEIGHT LOSS


Badan kita hanya akan berada dalam salah satu fasa sahaja setiap masa. Sama ada fasa makan atau fasa tidak makan. Kita tidak boleh keduanya dalam satu masa. Puasa dalam Intermittent Fasting bermaksud jarakkan atau melambatkan waktu makan untuk dapatkan kebaikan berpuasa. Intermittent fasting bukan berlapar.

Menarik apabila Dr Redza sentuh tentang topik the real intermittent fasting time line yang dibuat bermula dari puasa 4-8 jam sehinggalah puasa 72 jam. 

Kawan-kawan biasa buat Intermittent Fasting berapa jam? 
Rujuk rajah dibawah tentang apa yang berlaku dalam tubuh badan kita dan faedah yang diperolehi pada setiap jam.

Selain untuk turunkan berat badan, rata-rata yang buat intermittent fasting untuk aktifkan proses autophagy. Proses autophagy ini hanya diaktifkan apabila sumber glikogen dalam hati telah habis, sel akan mula 'makan' atau recyle bahagian-bahagian lain sel yang telah rosak untuk dijadikan sumber tenaga.

Proses kitar semula ini penting sebagai satu cara sel baik pulih diri dan bersihkan diri dari sel-sel yang rosak dari berubah jadi sel kanser.  Menurut Prof Dr Redza, beliau juga selalu buat proses untuk capai autophagy, sebab beliau ialah pesakit kanser tahap 4 yang tidak menjalani kemoterapi. Jadi, autophagy ialah salah satu rutin yang beliau buat untuk kekal sihat.



INTERMITTENT FASTING DAN AUTOPHAGY


Kita perlu berpuasa selama 18 jam untuk mula memasuki fasa autophagy dan apabila capai 36 jam berpuasa, tubuh akan lebih laju aktifkan proses autophagy sehingga meningkat kepada 300% seterusnya melonjak kepuncak apabila berpuasa sehingga 72jam.

Proses autophagy ini juga merangsang hormon pertumbuhan (HGH), sel-sel baru lebih banyak dihasilkan untuk pastikan fungsi sel yang lebih baik dan kurangkan risiko penyakit kronik.

Namun, suiz autophagy hanya akan berfungsi apabila tiada makanan untuk sel gunakan sebagi tenaga iaitu ketika berpuasa. Jika kita terus makan dan ambil snek setiap 2-3jam sepanjang hari tenaga akan sentiasa ada dan proses autophagy tidak akan diaktifkan sama skali.

Ramai yang suka melakukan Intermittent Fasting dalam misi menurunkan berat badan, stabilkan gula dalam darah, turunkan kolestrol dan banyak lagi. Tapi Awas ya. Ada beberapa keburukan Intermittent Fasting yang jarang kita diberitahu boleh beri kesan kepada tubuh kita tanpa kita sedari. 


3 KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING DAN BAGAIMANA CARA ATASINYA


1- Autophagy yang menyiksakan.


Untuk capai pembakaran lemak yang lebih efektif, 12 jam puasa sahaja tidak cukup kerana pembakaran lemak akan lebih efektif selepas 16 jam tanpa makan.  

Jika lihat kepada time line intermittent fasting pula, autophagy hanya bermula selepas berpuasa selama 18-20 jam, dan hanya mencapai kemuncak selepas berpuasa selama 72-jam (IF selama 3 hari, tanpa makanan dan hanya minum). Jadi tak mudah kan? Bayangkan 3 hari buat wet-IF. Menyiksa badan namanya. Hik hik hik.

Tanya diri kita, mampukah kita? Sudah pasti mereka yang mempunyai penyakit kronik juga tidak mampu untuk lakukan IF selama 72jam. 

Penyelesaiannya adalah mudah

a. Lakukan gabungan 4 perkara berikut
    • berpuasa  12-15 jam
    • ambil lemak sihat i.e avocado atau Omega Guard Shaklee
    • tidur yang berkualiti i.e boleh add-on ResV
    • exercise i.e boleh berjalan atau workout 1 jam sebelum waktu berbuka puasa

b. Suplemen terbaik, yang divalidated secara clinical untuk aktifkan autophagy adalah Resveratrol selain Astaxanthin, Berberine, Citrus Bergamot dan Turmeric.
 
Saya sangat sarankan kita ambil suplemen Resveratrol dari Vivix dan CoQ-Trol Plus. Kombinasi kedua-dua ini kuatkan lagi keaktifan autophagy sepanjang berpuasa di bulan Ramadan atau semasa membuat intermittent fasting & tanpa perlu berpuasa/buat intermittent fasting sehingga 72 jam. Wow, amazing kan? 
 
Ambil 2 produk ini sebelum azan subuh (ketika bersahur). Mudahkan?


2- Autophagy galakkan kemusnahan penghasilan kolagen dalam badan sehingga 90% (type1).



Kolagen adalah salah satu protein yang paling banyak dan penting dalam badan kita, dan membentuk sebahagian besar daripada komposisi kulit kita. Apa yang kebanyakan orang tidak tahu ialah pengeluaran kolagen badan kita mula berkurangan menjelang pertengahan 20-an. 

Kolagen semakin menurun 50% apabila kita berusia 60 tahun. Inilah yang akhirnya membawa kepada kedutan dan banyak masalah kulit dan sendi lain yang berkaitan dengan penuaan.



Selain itu, kolagen boleh musnah teruk dan rosak apabila terdedah kepada cahaya matahari berlebihan, merokok, minum arak dan pengguna gula yang tinggi.


Collagen more than skin deep


MENGAPA KOLAGEN PENTING?

Kolagen ada 28 jenis dan paling common adalah collagen type1, type2 dan type3. Sumber-sumber kolagen terdiri daripada yang berikut.

 

Jika kita buat autophagy, maka hancurlah kolagen-kolagen dalam badan kita. Kita akan mula rasai dan alami masalah-masalah seperti sakit sendi, sakit-sakit badan, kuku rapuh, rambut gugur dan masalah kulit.

Penyelesaiannya adalah mudah: 

Ambil suplemen kolagen yang akan bantu mengimbangi kehilangan kolagen (type1) semulajadi badan kita semasa berpuasa. Saya sarankan amibil Collagen Plus Powder 5g dari Shaklee jenis Collagen Peptide serta ada gabungan Vitamin C dan Vitamin B2 dan B6.


3- Pemilihan Pemakanan yang tidak membantu pembakaran lemak badan.


Intermittent fasting adalah mustahil dibuat tanpa nutrisi. Ramai orang puasa dengan cara yang salah. Bila cara salah, maka jadi masalah. Mood jadi tak berapa stabil. Badan cepat letih & lesuSampai bila waktu berbuka, kita tak dapat kawal selera makan semasa berbuka. Asyik terpelahap bila tengok makanan.

Jika kita mempunyai masalah insulin resistance, pembakaran lemak lebih mencabar. Penurunan berat tidak akan berlaku jika kita masih ambil makanan yang sebabkan paras insulin meningkat seperti makanan dan minuman manis, karbohidrat ringkas seperti roti, mee, burger, donut, popia dan kuih muih berasaskan tepung.

Makanan ini semua boyotkan perut. Sebabkan lemak berkumpul dengan bangga. Air bergas, ayam goreng, pisang cheese, kerepek masin, piza juga karbo ringkas. Yang suka pergi bazar boleh mula insaf ya. Ingat makan bukan nak sedapkan nafsu dan perut. Kita makan untuk nutrisi. Keperluan tubuh untuk kerja lebih lama. Mesti ada persoalan, habis tu nak makan apa?
Penyelesaiannya adalah mudah:

a. Protein penting untuk tubuh. Setiap hari diperlukan. Sumber terbaik dari tumbuhan. Protein penting sebab:
  • Bolehkan kita bergerak
  • Sokongan kepada struktur sel.
  • Berperanan transport kan molekul di dalam sel serta ke seluruh tubuh
  • Bertindak sebagai messenger dan menghantar signal kepada sel dan tisu.
  • Sebahagian dari sistem imun dan bertindak sebagai antibodi. Bertindak menyerang penceroboh yang cuba ceroboh sistem dalam tubuh.
  • Berperanan sebagai enzim. Penting sebagai catalyst kepada tindakbalas ribuan kimia di dalam sel.
  • Protein keluarkan tenaga untuk keperluan tubuh.
Ringkasnya ambil protein setiap hari. Kita jadi lambat lapar. Paling best craving pada makanan menipis jadinya. Tak terliur sangat bila tengok makanan.
 
Kurang protein beri impak buruk pada kesihatan. Hilang otot, letih, perkembangan terbantut dan lemah sistem imun adalah hadiah dari diet kurang protein. 
 


KESIMPULAN


Dasyatnya puasa dari sudut sains dan sunnah. Kalaulah kita tahu, pasti kita mahu rebut manfaat darinya kan? Puasa sebenarnya satu peluang untuk Biohack System kita! 


Apa kata kita ramai-ramai tanam azam untuk jadi lebih sihat dan bonus kita jadi in shape ketika Ramadan tahun 2023 ni. Rebutlah peluang untuk berpuasa, bukan sekadar dibulan Ramadan tetapi di luar Ramadan dengan puasa sunatnya. Semoga kita terus perbaharui sel, buang sel mati dan ganti sel yang rosak.

Seronok hadir kelas Dr Redza ini, sebab beliau akan tunjukkan dari A to Z bagaimana the mechanism of action (M.O.A) sesuatu itu, supaya setiap apa yang kita lakukan kita ada RTB - 'Reason to believe', mengapa ia bertindak. 

Teringat pesan dan kesan daripada beliau,
“So macam mana sekarang? Anda mahu berpuasa dengan cara yang diajar oleh Rasulullah 12-15 jam tapi masih boleh dapat manfaat dari proses autophagy tanpa perlu berpuasa sehingga 72 jam ATAU nak buat intermittent fasting sehingga 72 jam tapi tidak dapat manfaat autophagy sepenuhnya? Pilihan di tangan masing - masing untuk membuat pilihan."
Semoga perkongsian ini beri bermanfaat kepada anda yang membaca dan sebar-sebarkan kepada orang lain yang memerlukan maklumat ini. Boleh boleh?

Jika nak tahu lebih lanjut boleh hubungi Alin serta dapatkan cara makan yang berkesan untuk dapatkan result yang berkesan. Konsultasi percuma juga apabila anda dapatkan produk dari Alin.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

2 comments:

  1. Maknanya, pompuan memang kena ambil supplement yg boleh cover efek autofagi kalau taknak cepat kerepot.

    ReplyDelete
  2. kan Faz, kita kena selalu check bagaimana pemakanan seharian kita. if byk yg lopong2 nutrisi memang wajib amik suplemen

    ReplyDelete