Thursday, February 9, 2023

Intermittent Fasting, Puasa yang boleh dilakukan oleh Wanita untuk keluar dari perangkap Obesiti

Kosmo melaporkan pada 24.1.2022

Mengejutkan, daripada jumlah 6.9 juta wanita Malaysia mengalami masalah obesiti terutama mereka yang berusia dalam lingkungan umur 30-an hingga 40-an.


Adakah anda termasuk dalam statistik tersebut? Tahukah anda stratergi kurus paling sihat, senang dan jimat adalah dengan melakukan Intermittent Fasting (IF).


Apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting = puasa secara berkala.

Ia bukanlah satu diet, sebaliknya lebih pada perubahan gaya hidup dan corak penstrukturan antara waktu makan dan waktu tidak makan. Dalam Intermittent Fasting, waktu tidak makan dipanjangkan dan waktu makan dihadkan.

Intermittent fasting juga dikenali secara ringkas dengan nama IF. Dalam mengamalkan IF, contoh tempoh masa berpuasa dari makan ada yang 12 jam, 16 jam, 20 jam, lebih daripada 24 jam pun ada!


Apa Beza Antara Intermittent Fasting dengan Puasa Ramadan?


Intermittent Fasting tidak sama seperti Puasa Ramadan atau Puasa Sunat Isnin dan Khamis sebagaimana dianjurkan Islam. Dalam protokol IF, makanan atau minuman tidak bergula/berkalori seperti air masak, air kopi & teh hijau dibenarkan diminum dalam tempoh ‘berpuasa’. Sedangkan dalam Islam, segala bentuk makanan dan minuman adalah tidak dibenarkan.

Selain itu, dengan Intermittent Fasting, kita bebas memilih waktu untuk berpuasa tetapi puasa dalam islam mesti mengikut waktu yang telah ditetapkan, iaitu dari subuh hingga maghrib. Begitulah.


2 Konsep Puasa, Dry Fasting (Islamic Fasting) dan Wet Fasting

Mengapa kita perlu lakukan Intermittent Fasting?

Menurut Dr. Norman Norawi, "sehari manusia makan sebanyak 14.5 jam sehari. Majoriti waktu kita berjaga adalah untuk maakan sahaja kerjanya. Baki 10 jam tolak tidur 8 jam tinggal 2 jam sahaja waktu berjaga yang kita tak makan.

Sebenarnya sistem badan manusia tidak dicipta untuk makan sentiasa. Akibat daripada makan tak berhenti-henti, sebab itu banyak penyakit berlaku sekarang. Solusi untuk kurangkan penyakit-penyakit yang telah berlaku atau akan berlaku adalah dengan cara berhenti kekerapan makan, melalui berpuasa."

Apa Manfaat Intermittent Fasting?


Tahukah anda, dengan Intermittent Fasting, banyak faedah terhadap kesihatan yang tidak ternilai. Paling utama yang berlaku adalah IF bantu tubuh kawal pengeluaran hormon insulin dengan lebih efisyen. Apabila pengeluaran Insulin terkawal, keradangan dalam tubuh juga akan terkawal seterusnya dapat bantu mengurangkan masalah kesihatan menjelma.

 

Bagaimana untuk memulakan Intermittent Fasting?


Untuk memulakan Intermittent Fasting, digalakkan bermula dengan kaedah 12/12. Maknanya 12 jam berpuasa dan 12 jam boleh makan dan minum.

Katakan kita memilih untuk mula IF pukul 8 malam sampai pukul 8 pagi. Kita tidur pada pukul 11 malam, maka dari pukul 8-11 malam kita hanya boleh minum air sahaja. Kemudian masuk tidur hingga pagi kita tidak akan makan. Esoknya, bangun dari tidur kita hanya boleh minum sahaja sehingga pukul 8 pagi. Selepas itu baru kita boleh berbuka puasa untuk makan dan minum. Jelas?

Apabila kita sudah boleh adapt dengan kaedah Intermittent Fasting, perlahan-lahan tingkatkan tempoh berpuasa kepada 14/10, 16/8 dan seterusnya.

  • Kaedah 16/8 :: Anda harus skip sarapan pagi dan hadkan tempoh makan kepada 8 jam.
  • Kaedah Diet 5:2 :: Anda perlu makan 500-600 kalori selama 2 hari dalam seminggu dan makan seperti biasa untuk 5 hari yang lain. Lebih afdal lakukan puasa sunat Isnin Khamis dan 5 hari makan seperti biasa.
  • Makan-berhenti-Makan :: melibatkan puasa selama 24 jam sekali atau dua kali seminggu.
  • Puasa Alternate Day :: Anda berpuasa setiap hari atau kurangkan pengambilan kalori anda dengan ketara.
  • Earrior Diet :: Anda berpuasa pada siang hari tetapi boleh makan besar pada waktu malam. Anda boleh makan buah-buahan mentah dan sayur-sayuran pada siang hari.
  • Skip makan secara spontan :: Maknanya anda tidak ambil sarapan pagi & makan tengah hari. Hanya makan malam dan anda hanya skip makan apabila ianya sesuai. Kira ikut suka hati gitu.

Ingat, paling penting pilih kaedah yang boleh anda ikuti secara konsisten!. Juga wajib berhati-hati dengan pemilihan makanan terakhir kita makan sebelum start IF. Coach Gula saya pesan, "
Pastikan end it with nutritious food, AVOID tepung, gula, fast food, instant food sebagai last meal.

Mengapa Walau Berpuasa tapi tetap ada Masalah Kesihatan dan Berat Badan tak berubah? 


Biasanya sesiapa yang rajin amalkan Intermittent Fasting, Puasa Ramadan hatta Puasa sunat Isnin Khamis, sepatutnya tubuh mereka lebih sihat. Namun, satu masalah yang paling utama yang ramai kita lakukan ialah ketika berbuka puasa suka mengambil makanan yang tinggi glisemik index, yang menyebabkan insulin mereka melonjak selepas berbuka puasa.

Jika anda ingin mendapatkan manfaat berpuasa secara maksimum, semasa berbuka puasa pastikan tidak mengambil makanan yang melonjakkan paras insulin seperti berikut:
  • Elakkan pengambilan makanan proses
  • Elakkan minuman bergula
  • Elakkan makanan-makanan tinggi GI seperti kuih muih yang manis, kek, pastri , aiskrim, jus buah dll.

Semasa berbuka puasa kita sepatutnya makan secara sederhana! Jika kita makan secara melampau, ditambah dengan pemilihan makanan tidak bernutrisi, maka kita akan mudah berdamping dengan masalah Obesiti dan kesihatan.

Siapa dulu tidak pernah terfikir langsung pemilihan makanan ketika berbuka dan bersahur boleh beri impak hebat kepada kesihatan badan kita. Kebanyakan kita hanya tahu puasa disiang hari hanya merehatkan usus yang sudah penat bekerja. Jadi, ketika berbuka kita boleh sahaja pulun makan apa sahaja yang kita suka.

Haaa baik mengaku siapa macam ni? Cuba kasi komen sikit kat bawah.

Kesimpulannya


Intermittent Fasting adalah salah satu pendekatan yang boleh digunakan untuk memperbaiki masalah kesihatan serta menurunkan berat badan terutama masalah obesiti dikalangan wanita. Ianya juga mudah dilakukan sebab semasa 'berpuasa' kita masih boleh minum air tanpa kalori.

Mahu mengubah yang biasa-biasa itu sukar diawalnya, berantakan di pertengahan, berjaya diakhirnya. Usahakan dan terus berjuang.

"Kalau mahu sihat, metabolisme naik, otak cerdik, berpuasalah secara Intermittent Fasting."


ps. 
Eh, bagi ibu menyusu juga boleh lakukan Intermittent Fasting tau. Boleh ikuti Journey Aisyah K disini ya. Jika beliau boleh, anda juga pasti boleh.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

Wednesday, February 8, 2023

Beberapa Tahun Berlalu, Kini Saya Kembali Berblogging

Kick-Start Projek Blog Mega Euphoria Shaklee


Pernahkah korang terfikir kenapa korang tulis blog? Pejam celik pejam celik sudah hampir 14 tahun Alin kenal dengan dunia blogging. Allahu, MasyaAllah.

Terima kasih kepada blogspot sebab masih kekalkan blog ini. Hanya blogger tegar sahaja memahami perasaan ini. Ahakss.


Permulaan Alin berblogging dalam tahun 2009/2010 di blog MommaMia lebih kepada perjalanan seorang ibu baru
  • Bercerita tentang kehidupan & perkembangan anak pertama Damia sejak lahir sehingga membesar. Since suami ketika itu bekerja jauh di Penang & hanya bersama kami sekeluarga during weekend, segala coretan adalah ditujukan untuk suami tercinta supaya tidak terlepas mengikuti perkembangan anak pertama kami.

  • Selain itu, saya banyak join blog entry contest/giveaway untuk anak-anak di samping menambah kenalan baru.
  • Perjalanan sebagai ibu berkerjaya juga saya coretkan dalam blog MommaMia terutama perjalanan suka duka penyusukan anak pertama dan ke-2. Juga perjalanan oustation dalam dan luar negara demi menjayakan penyusuan anak-anak 2 tahun. Segala pengalaman pahit manis dicatatkan agar menjadi lesson learnt & memotivasikan diri serta ibu-ibu baru yang lain agar tidak mudah give up dan jadi lebih baik dalam penyusuan anak-anak mereka kerana setiap anak tidak sama. Setuju ke setuju?


  • Keseronokan berblogging lebih terasa apabila dapat sertai sesi get2gether dengan blogger yang lain. Bayangkan bila selama ini hanya berjumpa dimedium blog, kali ini bertemu 4 mata. Indahnya ukhwah yang terjalin. Antara yang mula-mula kami join adalah Mom Blogger Planet (MBP). Sangat best waktu ni. Kini hanya segelintir sahaja yang masih berblogging.


Kemudian dalam Tahun 2011 dan Tahun 2012, fokus blogging bertambah dalam
  • Ilmu parenting dalam membesarkan anak-anak. Maklum la anak sudah bertambah. Cabaran juga semakin meningkat. Jika tiada ilmu digali, mau stress dibuatnya. Dah lah PJJ parent waktu ni.
  • Mula bernuffnang & beraffiliate. Sambil sharing sambil jana pendapatan. Walau sikit banyak, orang kata merasa juga ler cek Nuffnang & affiliate tuh. Alhamdulillah, tapi tak ler fokus sangat kira ada, ada ler. Gituuu.
  • Selain itu Alin juga mula berkongsi tentang bisness part time "Shaklee". Berkongsi tentang kebaikan produk yang Alin gunakan sepanjang bekerja dan menyusukan anak serta peluang jana pendapatan tambahan yang ditawarkan Shaklee dan benefit lain yang boleh dicapai dengan bershaklee. Dari suka-suka berpart time lelama nampak jalan untuk capai "Dream Job" dengan bershaklee ni - WAHM sambil dapat bantu ibu-ibu yang lain jana pendapatan tambahan.


Tahun 2013 mood berblogging orang blogger selalu kata "mula ke laut dalam" hahaha... banyak sebab antaranya mungkin
  • Pembawakan hamil anak ke-3, lain anak lain pembawakannya kan, alasan gitulah, ahaksss. Dulu semasa berpantang Damia & Dzakirah rasanya ada masa nak pegang laptop, namun masuk anak ke-3 ni, memang tak bagi peluang langsung. Dah masuk 4 bulan, baru leh bernafas di blog. Sebelum itu, update mostly update hanya melalui medium Facebook & instagram sahaja. Orang kata yg maner "dan" jer.
  • Tahun 2013 adalah tahun yang paling mencabar diri. Sebab tahun 2013 selepas balik Umrah/Dubai Shaklee Allah tetapkan hati untuk hantar surat resign pada 31 May 2013. Pada masa yang sama Allah uji dengan dimurahkan rezeki untuk menerima mandat & kepercayaan tugas baru. Dilema woo, siapa yang tak sayang kan kerjaya sebab boleh dikira Alin "membesar" Di TriSystems, 1st job tuh, praktikal disitu, zaman gedik anak dara disitu, berkahwin semasa disitu sampai nak masuk anak ke-3 juga disitu. Bayangkanlah.
  • Tapi kalau asyik fikirkan orang lain siapa yang nak fikirkan tentang kita kan?? Ahaksss... Terpaksa memilih antara kerjaya & anak2. Alhamdulillah Allah mudahkan. Syukur sangat Allah lorongkan hati untuk berpart time dengan Shaklee 3 tahun dulu. So kira 31 May 2013 hantar surat dan notice 3 bulan.
  • Bulan July 2013 alhamdulillah Allah mudahkan untuk naik rank Master Coordinator in Shaklee. So dalam kesempitan ada kesempatan. Bulan Aug 3.8.13 selamat bersalinkan anak ke-3 lil Darwisyah dan pada 31.8.2013 selamat merdeka kan diri dari kerja hakiki dan dapat berpantang dengan tenang dan bahagia. Allahu, sangat cantik aturan Allah.


Begitu la sedikit sebanyak, suka duka bersama dunia blogging. Jazakillah khyran buat teman-teman yang selalu support dan sudi berukhwan dengan Alin masa berbloging dulu.


Kini, tahun 2023 kick start dengan sertai sacara berjemaah Projek Blog Mega Euphoria Shaklee 1.0, anjuran Master Norita. Excited uols. Seronok tau berblog ni once you sudah start. Trust me.

Justeru jika anda seorang yang suka berkongsi dan memberi, mari lah kita berblogging. Nak sharing lifestyle ke, ilmu parenting, resepi masak memasak hatta berkongsi tentang berbisnes.


    ps.
    Selalu muhasabah diri hari-hari, "Adakah kita sudah cukup memberi untuk melayakkan kita menerima?" Jangan lupa have faith in Allah.



    Salam Sayang, 

    Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
    #PengedarShakleeDenaiAlam 
    COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

    * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

    #shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

    Tuesday, December 28, 2021

    8 SEBAB KITA WAJIB DETOX

     


    Dari semua sebab diatas, korang skor berapa tanda2 diatas? Jika ada salah satu, silah jadikan permulaan tahun 2022 yang lebih sihat dan diberkati. Berjuang gais!

    Sertai Detox Queen dan jadi #cukupmanis. Berminat?


    .

    Azlin M. Atan
    019-2682709
    Mari berjuang

    Wednesday, December 15, 2021

    5 KESAN GULA BERLEBIHAN KACAU KESEIMBANGAN HORMON WANITA!

     


    1- Rintangan insulin adalah akibat yang sering berlaku. Insulin sangat dipengaruhi oleh diet. Pelbagai isyarat berlaku dalam badan dikawal oleh glukosa yang kemudiannya hasilkan tenaga. Apabila rintangan insulin berlaku, sel otot, lemak dan hati tidak bertindak balas dengan betul.

    Lama kelamaan, rintangan insulin cetuskan masalah serius, seperti diabetes, obesiti, kolesterol tinggi, penyakit jantung, dan juga strok.


    2- Ketidakseimbangan insulin juga boleh berlanjutan kepada keadaan yang lebih spesifik, seperti sindrom ovari polikistik (PCOS), iaitu apabila hormon pembiakan tidak seimbang. Gejala PCOS mungkin ringan atau bertambah teruk dari semasa ke semasa.


    3- Bermula dari jerawat, berat badan naik atau susah nak turunkan berat badan, pertumbuhan rambut berlebihan di muka dan badan, haid tidak teratur, hinggalah kepada masalah kesuburan dan kemurungan.


    4- Bagi wanita, pengambilan gula berlebihan aktifkan interaksi dengan hormon estrogen, yang bertanggungjawab dalam banyak proses dalam badan.

    Estrogen kawal sistem pembiakan dan bantu optimumkan kerja insulin, hormon yang kekalkan keseimbangan paras gula.


    5- Tanda-tanda lain ketidakseimbangan hormon juga sebabkan masalah emosi dari gangguan tidur, keletihan, kesukaran menumpukan perhatian, berasa cepat marah, murung, tertekan dan banyak lagi.


    Diri kita ada hak utk dijaga!
    Sama-sama berjuang gais.

    .

    Azlin M. Atan
    019-2682709
    Mari berjuang