Thursday, August 16, 2018

5 TIP CARA MENJAGA KULIT DAN RAMBUT SEMASA MUSIM JEREBU

photo kredit to modmeup.com


Jerebu datang lagi!!
.
Sedarkah anda, Jerebu terus jadi masalah lagi di Malaysia. Oleh itu penting kita cari jalan untuk jaga kesihatan - terutamanya apabila IPU (Indeks Pencemaran Udara) beberapa kawasan mula pergi ke tahap yang tidak sihat hari ini.
.
Berikut adalah beberapa petua tentang cara menjaga kulit yang sihat semasa Jerebu. Diharap info ini dapat bantu anda untuk memutuskan apa produk yang sesuai digunakan, terutama apabila anda banyak habiskan masa di luar rumah.
.
Sentiasa ingat untuk minum banyak air, dan cuba untuk kurangkan aktiviti di luar rumah jika boleh. Cuba juga melabur dalam topeng muka yang baik apabila di luar rumah ya.

.
Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang

Tuesday, July 31, 2018

Rutin Penjagaan Wajah yang diperlukan Wanita 30-an


Sumber : Google


Anda berusia 30an?
Sedar tak ada perkara yang mula berubah di kulit kita semasa menjejaki usia 30-an.

Pertama, orang kehilangan kolagen. Ini boleh disebabkan oleh penuaan, tapi ia juga boleh disebabkan oleh pendedahan cahaya matahari berpanjangan.

Kedua, kadar pembaharuan sel kulit menjadi perlahan. Ini bermakna kulit anda kelihatan kurang berseri dan kurang lembut. Garis halus boleh mula muncul, warna kulit tidak sekata, membosankan, kelihatan garis halus di muka atau kemunculan bintik hitam. Pengeluaran Minyak juga mula berkurang - berita baik untuk bebas jerawat tetapi berita buruk untuk kelembapan.

Pada usia ini, cari produk penjagaan kulit yang mensasarkan masalah kulit yang bukan sahaja MELINDUNGI, namun MERAWAT. Pastikan juga rutin harian anda paling kurang seperti berikut.

Rutin Pagi
(1) Cuci wajah anda
(2) Gunakan toner
(3) Gunakan Pelindung Matahari

Rutin Malam
(1) Cuci wajah anda
(2) Gunakan toner
(3) Gunakan Retinol
(4) Pelembap

"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"


ps. Boleh juga baca 4 Rutin Jagaan Harian Wajah


Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang



3 Kesalahan Cuci Muka yang sering Wanita lakukan

Sesibuk mana pun, penjagaan muka jangan diabaikan ya, Paling penting cuci muka!


Setuju?


CUCI PADA WAKTU PAGI


Semasa anda tidur, minyak dan sel-sel kulit mati akan terkumpul di dalam pori-pori anda. Mencuci muka anda sebaik sahaja bangun pagi akan menghilangkan segala yang terkumpul pada kulit semalaman, dan menghindarkan jerawat dan bintik hitam daripada terbentuk. Selain itu, mencuci muka ketika bangun pagi boleh membantu mengejutkan anda! Berasa segar tentunya cara terbaik untuk memulakan hari anda.

SEKALI LAGI CUCI PADA WAKTU MALAM


Jadi anda sudah mencuci muka pada waktu pagi. Mengapa perlu cuci lagi pada waktu malam? Sebabnya, anda tentu mahu menghilangkan segala kekotoran dan minyak yang terkumpul di dalam pori-pori anda sepanjang hari. Fikirkanlah. Adakah anda terdedah kepada pencemaran? Adakah anda memakai mekap? Adalah anda sering menyentuh muka anda, yang mendedahkan kulit anda kepada lebih banyak bakteria dan kotoran? Bayangkan jika anda meninggalkan segala kotoran ini pada kulit anda sewaktu anda tidur. Tak sanggup, bukan?

Namun, wanita sering lakukan 3 kesalahan semasa mencuci muka. Saya antaranya, namun kini saya sudah insaf!

(1) TIDAK CUCI TANGAN

Jangan pernah mencuci wajah dengan tangan yang belum dibersihkan, meskipun anda rasa tangan anda tidak kotor, sebaiknya cuci tangan terlebih dulu.

(2) CUCI MUKA BANYAK KALI, lebih daripada 3x sehari.

Mengapa ini tidak baik? Sebabnya, muka anda memerlukan sedikit minyak untuk kekal sihat dan lembap. Jika muka kerap dicuci, kulit akan jadi terlampau kering. Badan kemudian akan cuba atasinya dengan keluarkan lebih banyak minyak - yang boleh bawa kepada lebih banyak jerawat!

(3) CUCI MUKA SEBELUM CUCI RAMBUT

Selepas cuci muka, pori-pori muka terbuka. Cuci rambut selepas cuci muka akan sebabkan chemical syampu rambut masuk ke dalam kulit muka anda.
Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Kalau terkena pada muka, minyak tersebut meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat.

Marilah kita betulkan yang biasa & biasakan yang betul.

Azlin M. Atan
019-2682709
Mari berjuang

Monday, April 2, 2018

No Sugar Challenge Accepted


2 April 2018, officially saya jadi #GengNSC


Yeayyy! (sambil lompat bintang). Berguru bersama Coach Gula, Puteri Yusof.

Selama ini saya memang orang yang minum kurang manis. Haha, denial gitulah. Tak ngaku coach kata. Memang kesian kalau tiap kali saya yang bancuh air buat tetamu yang bertandang ke rumah. 

Saya kurang gemar minum air bergas dan sangat segan nak sentuh dessert, kecuali ada majlis ulangtahun baru la berkawan dan bermesra masuk tekak dengan gembira.

Haa mengapa sesusahkan diri dan gatal nak buat no sugar challenge?!

Masalah saya mungkin selalu tergegarrr Veganza setiap kali bila jumpa coklat. susah nak tolak walaupun hanya sebatang Kit Kat Huhu. Sungguh!

Selain dari itu, saya cuma nak belajar lagi, adjust dan bantu Mr. Perfect 10 serta anak-anak agar lebih bijak menikmati realfood walau dimana berada. Doakan saya.

Nerbess seh.
Moga dimudahkan. 
Bismillah, jalan.