Tuesday, February 21, 2023

SET PUASA SHAKLEE UNTUK RESET 5 MASALAH KESIHATAN WANITA KETIKA RAMADAN

Wanita adalah golongan yang sangat jaga soal ibadah puasa, malah dalam keadaan haid pun, mereka sanggup berlapar. Menjelang bulan Ramadan kali ini, berbaki kurang 30 hari saja lagi, sudahkah anda mula buat persediaan awal sambut Ramadan lebih produktif dan bermakna?

Ramadan adalah bulan berpuasa yang beri impak besar dalam kesihatan fizikal mahupun mental kita. Justeru, saya nak ajak kita menilai semula serta persiapkan diri dengan ilmu tentang kesihatan diri, masalah kesihatan di bulan Ramadan, punca dan cara untuk atasinya. Semoga apa yang akan kita lakukan nanti lebih baik daripada sebelumnya dari segi pemakanan dan kesihatan keseluruhannya.




5 MASALAH KESIHATAN WANITA KETIKA BERPUASA DAN BAGAIMANA CARA ATASINYA. 


1. PENING / SAKIT KEPALA DAN STRESS


Biasanya pening / sakit kepala ini berlaku pada awal Ramadan. Ini adalah kerana proses adaptasi terhadap puasa. Antara punca-punca yang dapat kenalpasti adalah

  • Dehidrasi.
  • Hypoglysemia (kurang kandungan gula dalam darah).
  • Perubahan pola tidur.
  • Stress yang disebabkan keadaan cuaca yang panas ketika waktu tengahari dan penat berfikir semasa kerja. 
Bagi sesetengah orang penyakit migrain mereka bertambah teruk sewaktu berpuasa. Mungkin tips berikut boleh bantu kurangkan pening kepala anda.

i) Kurangkan ambil makanan yang bergula, bergaram, berlemak serta berkafein.

ii) Tidur sekejap di waktu tengah hari. Rasulullah dan para sahabat biasakan diri dengan tidur sekejap ini sama ada sebelum zuhur atau selepasnya sekitar 15-30 minit.

iii) Kurangkan stres atau penat bekerja dengan lakukan senaman ringkas di pejabat atau gunakan teknik pernafasan rilektasi 5-8-8. 5 saat tarik nafas, 8 saat tahan dan 8 saat lagi hembus. Ulang selama 1 minit. Cubalah.

iv) Pastikan pengamblan air yang cukup semasa dan selepas berbuka puasa.

v) Elakkan juga cuaca yang panas / cahaya yang terang.

vi) Ambil Set Puasa Shaklee Untuk Sakit Kepala, Migrain dan Stress. Didoakan Ramadan 203 lebih bermakna. 

Set mampu milik, Jadi ahli lebih jimat 

2. DEHIDRASI 


Derhidrasi dalam bulan puasa adalah masalah yang biasa terjadi kerana kurang pengambilan air yang cukup kerana waktu yang terhad. Selain itu, pengambilan kafein semasa iftar atau sahur dan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam sebabkan kepekatan darah jadi pekat dan sebabkan dehidrasi berlaku.

Dalam bulan puasa tidak kira dewasa atau kanak-kanak, makanan tidaklah begitu penting namun air sangat penting. Tanda-tanda kekeringan air dalam badan antaranya bibir dan kulit kering, loya, berpinar, kurang buang air kecil atau air kencing jadi pekat, kekejangan otot dan dahaga yang melampau sehingga boleh membawa pengsan. Tanda-tanda ini boleh dielakkan jika kita minum air secukupnya.

Tip untuk dapat air yang secukupnya, iaitu 8 gelas sehari seperti berikut.

Sumber Facebook KKM

Dinasihatkan selepas berbuka sehingga bersahur, rancang untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong. Susah nak cukupkan 8 gelas air kosong? 

Keluarkanlah sedikit belanja untuk beli Set Puasa Shaklee Untuk Dehidrasi. Sudah jadi amalan kami sekeluarga, sebelum tidur saya akan bancuhkan satu tumbler Performance Drink untuk di minum seisi keluarga.  Ini untuk elakkan anak-anak alami hidrasi dan bagus untuk kelembapan kulit

Alhamdulillah memang rasa perbezaan yang ketara bila kami terlepas langsung waktu sahur yang mana bangun sahaja sudah azan subuh :( sudah pasti tidak sempat untuk bersahur. 

Dengan Set Puasa Shaklee - Performance Drink, minuman anda mengandungi formula opticarb yang 
  • bantu badan kita cergas sepanjang hari walau berpuasa
  • pastikan kandungan gula dalam darah dan bendalir dalam badan adalah seimbang. 
  • bantu ibu-ibu tidak dahaga sepanjang hari berpuasa disamping melaksanakan tanggungjawab tugas dipejabat, menjayakan penyusuan, anak mahupun  hamil sambil berpuasa.
Kini ada 2 perisa, Orange dan Lemon Lime. Ya Allah, sedap sangat tau, terutama yang Lemon Lime tuh! Cubalah. Apabila pengambilan air yang cukup, simptom dehidrasi dapat dicegah.

Set Puasa Shaklee - Dehidrasi


3. SEMBELIT


Sembelit juga sering berlaku kerana berpunca dari kekurangan air dan kurang pengambilan fiber. Ditambah pula jika kita bekerja di bawah terik matahari. Banyak peluh akan keluar. Mengambil minuman teh dan kopi juga boleh jadi penyebab kita kerap kencing. Ini cetuskan hidrasi badan semakin berkurangan.

Usus akan banyak serap air bagi gantikan peluh tadi, akhirnya konstitusi najis akan keras. Sembelitlah jadinya. 

Tips untuk elakkan sembelit adalah minum air secukupnya. Elakkan kerja-kerja luar di bawah terik matahari. Terpenting, semasa berbuka dan bersahur, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Serat yang terkandung dalam sayur dan buah itu boleh melembutkan najis dalam usus.

Sembelit boleh menjadi masalah yang sangat menggangu untuk muslim melaksanakan ibadah berpuasa. Cara elakkan adalah mudah. Antaranya:
  • Ambil air secukupnya semasa berbuka dan ketika bersahur.
  • Tambah makanan berkhasiat yang banyak buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet anda.
  • Tingkatkan kandungan serat daripada makanan anda.
  • Amalkan Set Puasa Shaklee - Sembelit

Set Puasa Shaklee - Sembelit

4. GASTRITIS / PEDIH ULU HATI


Masalah Gastritis atau gastrik ini sangat common berlaku dan sangat mengganggu bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa semasa berpuasa. Gastritis ini adalah gangguan atau keradangan yang berlaku pada lapisan permukaan perut, terutama apabila bahagian perut atas (berhampiran ulu hati) berasa sakit dan tidak selesa.

Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari berkata, sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan gastrik tetapi tabiat pemakanan semasa berbuka.
"Semasa berbuka, mulakan dengan makanan ringan seperti kurma, sedikit kuih atau buah-buahan, tunaikan solat maghrib dan selepas itu barulah ambil makanan lebih berat."
Dr. Malik berkata, sebanyak 80 peratus penderita gastrik disebabkan oleh bakteria dalam perut Helicobacter pylori (H. pylori) manakala selebihnya disebabkan oleh makanan, ubatan seperti ubat tahan sakit dan stres.

Penghidap gastrik sebenarnya masih boleh berpuasa dengan menitikberatkan beberapa perkara antaranya penjagaan pemakanan.
  • Elakkan pengambilan makanan yang datangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak serta makanan yang mempunyai asid tinggi seperti limau, oren dan tomato.
  • Elakkan makanan dalam tin kerana ia mempunyai kandungan asid yang tinggi.
  • Dari segi minuman, penghidap gastrik perlu kurangkan atau elakkan minuman yang mengandungi kafein, minuman bergas dan beralkohol.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya dua liter sepanjang malam pada Ramadan, dua gelas susu atau jus buah-buahan yang tidak berasid contohnya pisang ketika bersahur.
  • Berhenti merokok. Asap rokok juga beri kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.

Jadi, gastrik tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa, melainkan jika ia terlalu memudaratkan.

Ketika berpuasa, kita digalakkan untuk bersahur di akhir waktu dan tidak ambil makanan yang berkalori tinggi dengan kuantiti yang banyak ketika berbuka. Selain itu, jenis makanan juga akan pengaruhi risiko yang boleh sebabkan pesakit untuk galami masalah gastrik. Piih makanan yang bersesuaian untuk bersahur dan berbuka.

Gastrik ni bila datang menyerang Allahu, pedih amat dan sampai ada yang tak mampu nak bangun. Ada yang sampai muntah muntah. Nampak macam biasa sahaja, tapi bila yang sudah kena sahaja yang tahu azab nya. Jadi nak tak nak kena tahu dan cuba Set Puasa Shaklee - Gastrik sekarang.

Set Puasa Shaklee - Gastrik


5. OBESITI


Aneh, tetapi benar! Tak ramai yang berjaya menurunkan berat badan ketika bulan puasa, sebaliknya berat badan terus bertambah pula, lebih banyak berbanding sebelumnya.

3 punca berat badan naik ketika puasa yang biasa terjadi dan harus anda elakkan sejauh-jauhnya.
  • Makan tak ingat dunia semasa bersahur, berbuka dan moreh. Makan banyak bukan jaminan untuk kekal kenyang, sebaliknya kita hanya perlu makanan yang cukup nutrisi semasa bersahur dan berbuka. Misalnya, ambil protein dan serat dalam Set Puasa Shaklee, cukup untuk beri rasa kenyang semasa berpuasa.
  • Penurunan aktiviti fizikal. Kita jadi malas lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan banyak duduk. Tetap bergerak ya walau berpuasa. Lebih buruk ada yang gemar tidur semula selepas sahur. Cara ini bukan sahaja buatkan badan jadi lebih letih dan tidak bermaya, malah sebabkan masalah kegemukkan jadi lebih serius.
  • Minum air manis berlebihan. Siapa tidak suka air manis, ditambah pula dengan ketulan ais kan. Bergelas-gelas pun boleh dihabiskan. Tak kira sama ada berbuka atau ketika bersahur, ambil air manis yang berlebihan meningkatkan kadar kalori, dan beri kesan buruk kepada kesihatan seperti risiko diabetes, darah tinggi dan kencing manis. Hadkan 1 hingga 2 gelas air manis. Minum air kosong 6 hingga 8 gelas sehari.

Tips yang boleh diamalkan


Hati-hati ya kawan-kawan. Asal kita sedar untuk makan secara sederhana sepanjang bulan Ramadan dan beri perhatian kepada makanan sihat, kita pasti boleh dapat berat badan ideal walau berpuasa. Berjuangan!

KESIMPULAN


Apa pun, berpada-padalah ketika berbuka dan bersahur hatta semasa nikmati juadah moreh. Amalkan gaya hidup yang sihat, pilih makanan yang bernutrisi dan rebutlah peluang ketika Ramadan ini untuk beribadah. Puasa pada bulan Ramadan tidak datangkan sebarang kemudaratan malah dapat cegah dan sembuhkan pelbagai penyakit, asal kita sedar dan beri perhatian kepada pemakanan sihat dan bernutrisi seperti dalam Set Puasa Shaklee.

Mari kita manfaatkan sebaik-baiknya bulan yang penuh berkat ini. Agar kelak kita menjadi orang yang benar-benar mendapat kemenangan disisiNya. Amin.

Selamat menunaikan ibadah puasa.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

2 comments:

  1. Betul sangat! Day 1-3 biasanya ngantuk, letih sebab withdrawal effect pagi tak minum kopi 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni pastikan ambil Performance Drink bersama Cinch Tea Mix semasa penutup sahur . InsyaAllah bantu elak ngantuk letih sebab withdrawal tuh.

      Delete