Monday, January 1, 2018

Tahun Baru, Azam Baru, Kulit Baru!



Saya ucapkan Selamat Tahun Baru, semoga tahun 2018 menjadikan segala impian anda menjadi kenyataan. 

Wallaa, tak sabar untuk perlancaran produk YOUTH by Shaklee pada 3 Feb, 2018 ni. Look Younger, Longer tau! Inilah dia skin care baru yang bakal menggantikan Enfusselle dan NutriWhite. Hanya Leaders yang dijemput ke National Conference sahaja yang boleh dapatkan YOUTH produk Febuari ini. Jualan hanya dbuka kepada umum pada March 2018. Stay tune ya.



Bagaimana rangkaian skin care YOUTH berbeza dari produk lain dipasaran?

"Jika anda lihat trend sekarang ini, lelaki dan wanita yang inginkan kulit yang cantik dan sihat, mahukan produk yang berasaskan bahan-bahan semulajadi. Dan terlalu ramai pengeluar yang mengaku mereka juga menggunakan bahan- bahan semulajadi, namun pada kebanyakan masa, produk yang mengaku semulajadi ini tidak memberi hasil yang diinginkan oleh pengguna. Ya, semulajadi, tetapi tidak semestinya terbukti berkesan. Di sinilah YOUTH memenuhi impian pengguna, ianya SEMULAJADI dan TERBUKTI BERKESAN" - Chris Kyrou,  Vice President of Skin Care Research & Development at Shaklee Corporation and chief scientist behind the new YOUTH® Skin Care line. 

Semua produk-produk YOUTH direka tanpa 2,500 bahan kimia berbahaya dan bahan-bahan yang boleh dipersoalkan yang terdapat dalam banyak produk lain. Rujuk senarai Free of List ini kalau tak percaya.

Bertambah best, Skin Age Index digunakan untuk mengukur tahap sebenar usia dan rupa kulit kita termasuk dari segi 
  1. Kedutan di wajah
  2. Saiz Pori muka
  3. Tona kulit
  4. Ketegangan kulit
  5. Tekstur kulit
  6. Hyperpigmentation
  7. Kecerahan kulit

Cara penggunaan dan hasil yang luar biasa

Seramai 60 wanita Indeks Umur Kulit mereka diukur sebelum mereka mula menggunakan produk-produk YOUTH. Mereka menggunakan rejimen Anti Penuaan Advanced dua kali sehari seperti yang diarahkan dan mempunyai Indeks Umur Kulit mereka diukur semula selepas menggunakan YOUTH. Hasilnya luar biasa. 

Wanita mula menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kulit mereka seawal 1 minggu. 100% wanita dalam kajian menunjukkan peningkatan yang terukur dalam Indeks Umur Kulit mereka sebanyak 4 minggu, bermakna mereka mempunyai kulit wajah yang lebih muda berdasarkan data klinikal! Dan dengan penggunaan yang berterusan, dua pertiga wanita sebenarnya mengalihkan usia kulit mereka menjadi satu dekad yang lebih muda! 

Seiring peningkatan usia, kulit semakin berisiko mengalami perubahan. Garis halus & kedutan muncul tanpa dijemput. Ramai wanita yang hilang keyakinan akibat proses penuaan ini. Jadi mari kita kekal fokus dalam penjagaan kulit wajah agar sihat! Hala tuju & masa depan kulit, kita sendiri yang tentukan. Terus bersama blog kami untuk update terkini dalam pencarian kulit sihat 2018. 

Nantikan kesan apabila saya sendiri cuba Set Lengkap YOUTH. Barulah lebih wow wow wow. Stay tune okie!

❤ Terima Kasih ❤



No comments:

Post a Comment