Wednesday, February 15, 2023

Set Kurus Shaklee Untuk Wanita Yang Serius Nak Turunkan Berat Badan

 
Wanita impiannya kurus, hobinya makan. Haha, siapa setuju? 

Kita sering fikir nak turun berat sebab nak kurus. Namun sebenarnya, beyond that. Jika kurus, tetapi sakit - mesti kita tak nak kan? Diet bukan tentang usaha untuk kurus, tetapi untuk hidup sihat dan tingkatkan kualiti hidup!

Ramai wanita tahu sahaja "RAHSIA"nak turun berat badan, iaitu
  • 80% Jaga pemakanan
  • 20% lagi bersenam dengan konsisten
Tetapi, mengapa ramai wanita struggle, rasa mencabar dan susah untuk kurus?


SEBAB UTAMA WANITA SUKAR TURUNKAN BERAT BADAN 


Dalam hal ini ketidakseimbangan hormon mungkin boleh dipersalahkan!

Ini kerana biologi asas wanita khususnya mempunyai kesan yang lebih besar dalam penentu sama ada usaha turunkan berat badan berjaya atau sebaliknya.

Apabila kita memahami aspek biologi wanita dan bagaimana mengawal atur hormon, insyaAllah penurunan berat badan lebih mudah, dan paling penting kita tidak perlu menyiksa diri untuk berlapar! Menarik bukan?

Berikut adalah 5 cara untuk ‘baiki’ hormon yang kawal berat badan wanita!
  • Hormon Insulin
Tahu tak Insulin merupakan hormon ‘penyimpan’ lemak nombor 1 dalam tubuh manusia! Jika kita ingin turunkan berat badan, pastikan jaga hormon insulin ini lebih berbanding hormon lain. Apabila Insulin meningkat, lebih banyak lemak akan disimpan.
 
Insulin sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Fungsi utama Insulin ialah untuk mengawal atur paras gula dalam darah.
 
Untuk keluar dari belenggu obesiti, setiap wanita perlu fokus pada diet yang bantu menurunkan paras insulin dan tingkatkan semula sensitiviti sel terhadap Insulin.
 
Elakkan makanan tinggi gula dan gula tersembunyi dalam karbohidrat ringkas. Pilih karbo yang lebih baik daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, bijian penuh serta makanan yang tinggi serat. Untuk penurunan berat badan yang lebih efektif, pilih makanan GI rendah dan sederhana. Elak makanan yang ada nilai GI yang tinggi.
 
  • Hormon Leptin
Hormon yang beri rasa kenyang. Apabila kita makan secara mindful eating, hormon Leptin akan keluar dengan lebih sensitif. Jadi kita akan boleh kawal nafsu dan selera makan dengan lebih stabil. Tak la over eating!

Kita kena selalu pastikan sensitiviti Leptin meningkat. Sebabkan ia bantu cepat rasa kenyang dan kurangkan makan dalam kuantiti banyak. Apabila sensitiviti dan fungsi insulin meningkat, pembakaran juga lebih efektif. Ini semua kita boleh dapat dengan melakukan Intermittent Fasting.

Pastikan elak makanan pencetus keradangan tubuh seperti gluten dan gandum, keju, mentega, krim keju, majerin serta mayonis merupakan antara produk berasaskan tenusu yang tinggi kandungan lemak tepu dan advanced glycation end products (AGEs) – yang diketahui sebagai pencetus keradangan paling besar dan perlu dihadkan pengambilannya. 
 
  • Hormon Ghrelin
Apabila Ghrelin tinggi, ianya menandakan kita lapar. Asyik minta nak makan sahaja. Ghrelin berkurang akan kurangkan rasa lapar. Kurang tidur adalah contoh yang jadikan Gherlin tinggi dan menaikkan selera makan. Jadi, pastikan kita tidur cukup 6-8 jam ya.
 
Dengan melakukan puasa Intermittent Fasting akan bantu baiki sensitiviti Ghrelin dan kurangkan craving. Best kan. Selain itu, pengambilan makanan lemak sihat Omega-3 dan kaya fiber kurangkan inflamasi dan kerosakan sel. Kesannya berat badan turun. Risiko sindrom Metabolisma juga menurun. 
 
  • Hormon Kortisol
Dikenali sebagai hormon Stres.
Kurang tidur sebabkan lambakan hormon stres esok hari. Kortisol ganggu lebih dari 600 genes yang dikaitkan dengan inflamasi.

Untuk atasi masalah ini, dapatkan tidur yang mencukupi, makan makanan lebih seimbang yang kaya dengan sayur-sayuran, dan cuba lakukan meditasi untuk tenangkan diri. Senyum juga boleh bantu turunkan stres hormon Kortisol, naikkan Dopamine dan Serotonin. Cuba senyum tengok.
 
  • Hormon Estrogen

Tahap hormon estrogen sememangnya jauh lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki. Apabila paras estrogen meningkat atau menurun, proses semula jadi yang menyebabkan kenaikan berat badan bakal tercetus, lantas menyebabkan kegemukan! Begitulah.

Jadi dalam usaha kita nak kawal semula paras estrogen, lebihkan makan makanan yang berasaskan serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin penuh seperti chia seeds dan psyllium husk.


ANDA SERIUS NAK TURUNKAN BERAT BADAN?




Untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan 5 hormon di atas dikalangan wanita, khususnya wanita lingkungan 30-an dan 40-an ke atas, amalkanlah Set Kurus Shaklee "HELLO NEW YOU".


MENGAPA WANITA PERLU SET KURUS SHAKLEE ~ HELLO NEW YOU


1. Cinch Mixed Soy Protien Chocolate Shake 


Cinch Shake adalah minuman yang berasaskan protien yang kaya serat dan bantu untuk gantikan makanan sepanjang kita berdiet. Saya sendiri sangat suka dengan Cinch Chocolate, saya jadikan ia meal replacement untuk gantikan nasi.

Perasa Coklat adalah Cinch Shake yang paling rendah Glisemik Index iaitu 16. Ini bermakna kita kenyang lebih lama.

Yang lebih best, Cinch Shakes perasa coklat ini mengandungi bahan yang dikenali sebagai Leucine. Lucine bantu kekalkan otot semasa penurunan berat badan tanpa risau efek gelebeh selepas kurus. Best kan? Maka pastikan ia ada dalam Set Kurus Shaklee kita.

Kenalpasti Mengapa Lusine ini sangat penting 
apabila nak turunkan berat badan.


Protien adalah amat penting untuk hormon wanita. Antara sebab protien penting untuk kesihatan hormon wanita adalah
  • Bekalkan asid amino yang kuatkan fungsi hati.
  • Asid amino juga untuk bantu keluarkan enzim pencernaan yang bantu pecahkan makanan yang kita makan. 
  • Bantu pertumbuhan dan pengekalan jisim otot. 
  • Bantu keseimbangan gula dalam darah. 
  • Meningkatkan metabolisme.
  • Bantu stabilkan semula Hormon Leptin dan Ghrelin.
  • Bantu sintesis hormon Tiroid, Melatonin, Insulin, Oksitosin dan banyak lagi.

Namun, elakkan pengambilan terlalu banyak protien kerana ia akan beri impak terhadap paras Insulin serta risiko membebankan hati dan buah pinggang. Bersederhana adalah terbaik.


2. Omega Guard


Bila kita cerita Set Kurus Shaklee, pastinya kita ada Omega Guard untuk bantu aktifkan Hormon Leptin yang bakar lemak. Hormon Leptin bantu sekat selera makan kita mahupun craving benda-benda manis. Maka, dapat kawal rasa lapar dan stabilkan paras gula dalam darah wanita. Suka tak?!

Bila paras gula terkawal, tiada rintangan insulin berlaku. Ini kerana apabila Insulin jadi tidak sensitif ini buatkan wanita mudah rasa lapar kerana sel anda tidak mempunyai glukosa. Akibatnya kita makan lebih banyak, berat badan meningkat dan saiz baju semakin mengecil.

Omega-3 adalah anti-Inflammasi yang terbaik. Lebih tinggi tahap inflammasi, lebih tinggi risiko untuk penyakit nak dekat dengan kita. Pastikan pilih omega-3 yang ada 
  • EPA yang tinggi lebih 400mg
  • DHA yang tinggi lebih 200mg
Omega Guard Shaklee ada kebaikan 540mg EPA dan 360mg DHA. Cubalah!


3. Herb-Lax


Set Kurus Shaklee mengandungi Herb-Lax sebagai bahan yang bantu bersihkan usus dan perut. Antara masalah yang biasa orang akan hadapi ialah masalah pembuangan. Maka Herb-Lax sangat membantu melawas.

Dalam Herb-Lax Shaklee mengandungi 9 jenis herba. Daun Senna dalam Herb-Lax mempunyai sifat yang galakkan proses pembuangan jadi lebih lancar dan pembersihan yang lembut. Tiada efek memulas-mulas sebaliknya very mild seperti "nature call" dalam 4-8 jam selepas pengambilannya.


4. Lecithin


Lecithin penting untuk proses hasilkan choline. Choline diperlukan untuk metabolisma lemak dalam badan. Tugasnya pecahkan lemak dari makanan menjadi molekul-molekul kecil, kemudiannya bertukar jadi asid lemak yang mudah dibakar oleh badan sebagai tenaga. 

Paling best Choline bantu mengemulsikan lemak dalam badan seperti kolesterol, dan halang penyimpanan lemak. Selain itu, aktiviti Choline turut bantu cegah gangguan seperti hati berlemak dan pengumpulan lemak darah. 

Metabolisma lemak yang cekap oleh Choline ini juga jadikan rasa kenyang lebih cepat dicapai. Dengan itu kita tidak makan secara berlebihan dan berat badan terkawal

Choline ini juga bahan yang powerkan Otak kita terutama memori kita. Jadilah kita "Women with Brain" gitu. Best kan?



5. Vivix


Saya juga nak cadangkan pengambilan Set Kurus Shaklee ini bersama Vivix Shaklee. 

Kenapa Vivix Shaklee? Tahukah anda Vivix Shaklee ini bersifat anti radang, anti diabetic, antioksidan dan anti angiogennesis kerana kandungan Polifenol dan Resveratrol di dalam Vivix. 

Bagusnya pengambilan satu sudu teh sehari Vivix dapat kurangkan rasa craving pada makanan manis. Selain ia juga bantu elakkan protien AGE terbentuk. Maka dengan ini sangat bagus untuk kita dapatkan berat yang ideal.

Tiada istilah terlambat untuk bermula. Mulakan hari ini!


KESIMPULANNYA


Hormon berfungsi secara bersama untuk tingkatkan atau kurangkan selera makan dan penyimpanan lemak. Sekiranya sistem-sistem ini tidak berfungsi dengan baik, wanita akan kerap berdepan dengan isu berat badan secara berterusan.

Mujurlah, perubahan diet dan gaya hidup boleh memberi kesan positif kepada hormon-hormon ini. Ingat, semakin banyak hormon yang berjaya dikawal dalam usaha turunkan berat badan, semakin besar peluang kita dapatkan berat idaman!

Take nota ya. Set Kurus Shaklee ini bukan produk "magic" untuk kita turun berat badan tanpa bersenam dan jaga makan. No. No. No. Kena jaga makan dan bersenam juga ya kalau kita nak kurus secara sihat & sustainable.

Berjuang gais!



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee

8 comments:

  1. Best! Nice sharing master Alin 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Faz sudi singgah dan tinggalkan jejak. Feel free to tekan butang Follow ya.

      Delete
  2. Wah..sangat informatif. Tq master..

    ReplyDelete
  3. Wah terbaikla sharing master azlin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dettis. Thanks you singgah sini. Sama2 kita berjuang ya

      Delete
    2. Sama². Semoga kejayaan milik kita

      Delete
  4. Seronok baca blog Master. Penuh info :)

    ReplyDelete