Sunday, June 4, 2023

Motivasi Buat Baik dan atasi Rasa Down bila Tidak Dihargai

Bismillah.

“Jika kamu berbuat baik (bermakna) kamu membuat kebaikan untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu membuat kejahatan, maka (akibatnya) itu adalah untuk dirimu sendiri.” - [Al-Isra' 17:11]

“Sesiapa yang melakukan perbuatan sesuai dengan  PETUNJUK (ALLAH), maka sesungguhnya ia adalah untuk(keselamatan) dirinya sendiri; dan sesiapa yang tersesat maka sesungguhnya (akibat) itu adalah bagi dirinya sendiri.” -  [Al-Isra' 17:15]


Allahuakbar, kena selalu remind diri, bila ada peluang berbuat kebaikan, cepat-cepat buat! Bukanlah orang lain yang perlukan kebaikan itu, tapi diri kita sendiri yang sangat memerlukan perbuatan baik itu.



Sama juga bila buat kejahatan atau balas buruk kepada orang lain. Mungkin nafsu rasa puas hati, tapi sebenarnya kita sendiri yang akan menerima akibat buruk dari perbuatan itu. Astaghfirullah.


Bimbinglah kami Ya Rabb untuk sentiasa berbuat kebaikan.


Kata Allah lagi ;

“Tiada balasan kebaikan melainkan kebaikan” - [Ar Rahman, 55:60]


Sentiasa berniat baik, walau apapun orang buat, nak dengar cakap Allah, nak balas dengan kebaikan walaupun ada hati terguris kepada mana-mana pihak. Kata Allah;

“Dan tidaklah sama KEBAIKAN dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih BAIK, Maka tiba-tiba orang yang di antaramu ada permusuhan seolah-olah menjadi sahabat karib. Sifat-sifat yang BAIK itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang SABAR dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai KEUNTUNGAN yang besar (dari dunia dan akhirat)”. - [Fushilat: 34-35]

Allahu, rasa heling sangat rasa ayat ini untuk bantu tolak diri terus konsisten buat baik walau apapun berlaku kerana Allah. Allah Ada. Dia yang Maha memegang hati-hati manusia. Dia Maha Hebat. Power semua ada ditanganNya.


Tipulah kalau rasa mudah saja nak buat baik ni. Terpaling susah nak buat baik apabila orang buat tak baik kepada kita. Apatah lagi kalau kita rasa sudah banyak tolong orang, tetapi tidak dihargai. Setiap kali rasa down dengan lintasan hati rasa tak dihargai, saya suka ingat nasihat Allah dalam Surah Hud, 11:115.

Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.” - [Hud 11: 115]


Suka juga saya amibil ibrah dari perkongsian dari Ustaz Syaari Ab. Rahman (USAR) yang pernah saya dengar di IkimFM.


Kata Ustaz Syaari; 

“950 tahun, Nabi Nuh meluahkan isi hatinya kepada Allah. Kita ini, tak ada pengalaman 950 tahun, 70 tahun pun belum tentu. 950 tahun itu bukanlah usia Nabi Nuh, baginda hidup lebih lama daripada itu. Ia adalah jangka waktu baginda berdakwah buka mulut, selamatkan orang dengan tazkirah.

Allah Taala nak tunjukkan, kita kalau mahu ke syurga, kena ikut cara Nabi Nuh. Kena selalu berusaha untuk bantu orang jadi baik.
“Aku ni tak baik mana pun, menyibuk pula nak ingatkan orang. Kena kutuk semula, ada lah.”

Pernah ke kawan-kawan rasa begitu? Rasa diri terlalu banyak dosa hingga tak boleh nak memperingatkan sesama sendiri. Jangan sesekali fikir begitu! #pesanuntukdiri

USAR pesan nak masuk syurga, bagi tazkirah, seminit dua pun tak mengapa. Allah tak pandang pada berubah atau tidak orangnya itu.

Sebaliknya, Allah pandang kita buat kerja ke tidak?
Allahu, Maha Baiknya Allah kan?

Andainya KPI Allah pada Nabi Nuh ialah dengan meletakkan target tertentu orang yang berjaya didakwah, habislah. Kata ulama, ratusan tahun dakwah Nabi Nuh hanya berhasil ke atas kurang lebih 80 orang. Malah ada riyawat lebih ekstrem menyebut, hanya 12 orang sahaja. Sikitnya kan?

Tetapi Allah beritahu; Mahu ke  syurga, bagi peringatan. Sekadar satu ayat pun tak mengapa. Orang nak dengar atau tidak, itu bukan urusan kita. Hati manusia, tiada kuasa kita ke atasnya. Tugas kita hanya perlu sampaikan!

Begitulah.

Nasihat Allah pada saya hari ini untuk berbuat baik sebanyaknya. Kita tiada pilihan. Nak Allah sayang kena buat baik kerana Allah suruh bukan kerana individu tertentu sebab buat kerana makhluk pasti akan kecewa. 

Rabbi Yassir.
Bantu kami untuk sentiasa buat baik Ya Allah. #notetoself!

Baca juga Tazkirah :: Rebut 6 kelebihan Solat Dhuha yang dijanjikan dan akibat solat Dhuha




Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


No comments:

Post a Comment