Wednesday, August 9, 2023

Kenali CoQ10 dan Mengapa ia Penting Untuk Tubuh

Beratus-ratus kajian saintifik menunjukkan bahawa CoQ10 merupakan salah satu antioksidan yang paling cemerlang dan boleh bantu kekalkan jantung yang sihat, tekanan darah dan paras kolesterol yang baik!

Daripada semua organ dalam badan, jantung adalah yang paling responsif terhadap CoQ10 kerana 10 kali ganda lebih banyak CoQ10 dijumpai secara semulajadi di dalam jantung berbanding di mana-mana tempat lain dalam badan.


Jantung memerlukan CoQ10 untuk beri tenaga bagi mengepam darah dengan lebih cekap, di samping beri tenaga untuk mengendur dan tenaga yang mantap untuk mendenyutkan jantung secara berterusan. 


APAKAH ITU COQ10?


CoQ10 atau Coenzyme Q10 ialah vitamin larut lemak yang terdapat dalam hampir semua sel. Ia merupakan antioksidan semulajadi yang kuat yang bertanggungjawab untuk penghasilan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh hasilkan tenaga sendiri untuk berfungsi. Ia diperlukan dalam mitokondria (pusat penghasilan tenaga) dalam sel. Secara amnya – CoQ10 adalah untuk hasilkan tenaga dan juga lawan radikal bebas.

Tenaga yang terhasil di dalam mitokondria ini dinamakan Adenosine Triphosphate (ATP). Makin banyak nutrien CoQ10, makin mudah penghasilan tenaga ATP. Jadi badan akan bantu otot-otot jantung mengepam darah ke seluruh tubuh dengan lebih baik.

Namun, semasa penghasilan ATP, akan terhasil juga radikal bebas. Makin banyak tenaga, makin banyak jugaklah radikal bebas. Radikal bebas inilah yang akan merosakkan sel-sel otot jantung dan boleh menyebabkan penyakit jantung. Justeru, CoQ10 diperlukan untuk melindungi sel daripada kerosakan oleh radikal bebas.



MENGAPA BADAN PERLU COQ10 TAMBAHAN, JIKA BADAN BOLEH HASILKAN SENDIRI? 


Badan kita  secara semulajadi hasilkan CoQ10, namun ianya merosot seiring dengan gaya hidup dan usia. 

Berdasarkan satu kajian, tubuh kita berupaya hasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi diusia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung hanya berjaya hasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10.



Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah Statin, bagi rendahkan kolestrol boleh kurangkan penghasilan CoQ10 dalam badan sebanyak 40%! 

Dalam makanan juga, kita boleh dapat bekalan CoQ10, seperti daging organ, daging lembu, minyak soya, sardin, makarel dan kacang tanah. Namun, kadarnya sangat sedikit berbanding dengan jumlah harian CoQ10 yang badan kita perlukan. Kita kena makan dengan sangat banyak, untuk dapatkan kuantiti CoQ10 yang tubuh kita perlukan.

Jadi, pengambilan suplemen boleh bantu untuk kekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita.



BERAPA BANYAK COQ10 YANG TUBUH PERLUKAN DAN APA MANFAAT COQ10?


Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 berikan pelbagai manfaat kepada badan. Antaranya;

1- Kekal bertenaga


CoQ10 meningkatkan tahap tenaga, menambah stamina dan kurangkan kelesuan. Ia sokong gaya hidup aktif, kekal bertenaga sepanjang hari, tingkatkan kekuatan otot dan percepatkan proses pemulihan luka dan otot. Gabungan Polifenol dan CoQ10 umpama seperti berikut.




2- Memperbaiki peredaran darah 


CoQ10 paling banyak didapati di jantung kerana ia menggunakan paling banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan. CoQ10 banyak beri manfaat kepada jantung dari segi kuatkan otot jantung, peredaran darah yang sihat, kurangkan risiko penyakit jantung dan berikan tahap tenaga yang lebih baik untuk mereka yang ambil Statin, ubat kolestrol.

Banyak kajian menunjukkan CoQ10 berpotensi kurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan.

Tindakan CoQ10 sebagai antioksida yang kuat menghalang oksidasi LDL, Kolestrol Jahat dan halang dari melekat dan sumbatkan salur darah.


3- Kesihatan kesuburan


Berita baik untuk pasangan yang TTC. Untuk lelaki dan wanita, Coenzyme Q10 sangat-sangat bagus. CoQ10 bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sperma daripada kerosakan radikal bebas dan juga tingkatkan bilangan sperma. 

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10 membantu:
  • Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
  • Meningkatkan pergerakan sperma.
  • Meningkatkan kualiti ovum.

Cukup Coenzyme Q10, sperma jadi macam speedboat. Tak payah kayuh sampan dah. Laju dan cepat. Jadi, kesuburan lebih tinggi. 

Ujian klinikal yang dibuat ke atas 228 lelaki tidak subur. 
114 lelaki biasa dijadikan sebagai kawalan.
Keputusannya, JUMLAH dan PERGERAKAN SPERMA meningkat seperti berikut


4- Kulit berseri


CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya. la juga bekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak untuk memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit kekal berseri dan kelihatan lebih muda. 

Pengambilan CoQ10 juga bantu kulit agar lebih tegang, lebih cerah berseri, anjalkan kulit dan kurangkan kedutan serta tingkatkan tekstur kulit kelihatan lebih muda.


5- Ketajaman minda


Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 bantu kurangkan pembentukan plak amiloid, salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak. Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, jana fungsi sel otak yang sihat serta tingkatkan fokus.


6- Menghalang serangan Migrain


Kajian menujukkan CoQ10 mampu kurangkan kekerapan pening kepala sebanyak 30% dan kurangkan loya berkaitan pening kepala sebanyak 45% bagi dewasa. Pengambilan CoQ10 juga  kurangkan serangan migrain bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap CoQ10 yang rendah.

Bagaimanapun, CoQ10 tidak berkesan dalam rawatan migrain apabila ia telah terjadi.


7- Bantu pesakit Diabetes


Oksidatif stress boleh sebabkan kerosakan sel dan ini boleh bawa kepada penyakit metabolik seperti diabetes (kerintangan insulin berlaku). CoQ10 telah dicadangkan untuk bantu meningkatkan 'insulin sensitivity' dan kawal paras gula dalam darah.


SIAPA YANG PERLUKAN MANFAAT COQ10?


  • Semua orang  dewasa, baik lelaki dan wanita. Memandangkan penghasilan CoQ10 mula berkurangan bila usia melebihi 20, jadi mereka yang berusia 20 tahun ke atas dan ingin kekal sihat bolehlah disarankan untuk ambil CoQ10. Dos sesuai adalah 50mg-100mg sehari.
  • Orang yang lifestyle dia sangat sibuk, travel sana sini, kerja non stop workaholic, suka hiking, suka aktiviti lasak, perlukan tenaga yang sangat-sangat banyak juga sangat disarankan amalkan CoQ10. Dos sesuai adalah 50mg-100mg sehari.
  • Buat mereka yang aktif sukan, otot akan alami injury. Sel perlukan tenaga untuk repair balik dan ganti sel yang baru. Maka CoQ10 boleh bantu proses wound healing/pembaikpulih luka dengan lebih pantas. Dos sesuai adalah 50mg-100mg sehari.
  • Bagi mereka yang berusia 60 ke atas / mereka yang mengambil ubat statin, memerlukan dalam 100-200mg sehari.
  • Bagi pesakit jantung, darah tinggi, kolestrol mahupun mereka yang baru lepas pembedahan bypass jantung, dapatkan nasihat doktor sebelum ambil suplemen CoQ10.


KESIMPULAN


Sebagai ibu, hari-hari macam kerja non stop kan? Jadi, kalau badan rasa letih, tak larat, lesu, nak ke kita dalam keadaan macam ni berterusan? Cari sesuatu yang boleh tingkatkan tenaga kita. Bila kita ada cukup tenaga, kita boleh buat macam-macam. Tak sempat nak rasa letih, insyaAllah.

Serlahkan hidup anda dengan CoQ-Trol Plus dari Shaklee sebagai penjana tenaga utama anda!

Bukan hanya mengandungi CoQ10, tapi turut mengandungi Resveratrol dan Mixed Tocopherol (Vit E).

 CoQ-Trol Plus Shaklee ini mengandungi :

      • 100 mg Coenzyme Q10 (Ubidecarenone)
      • 5.5 mg Mixed Tocopherols
      • 2 mg Resveratrol (dari ekstrak akar Polygonum Cuspidatum)

Dengan peningkatan tahap tenaga yang lebih baik, kita mempunyai lebih ketajaman mental, berasa lebih bertenaga, sihat dan dapat lakukan lebih banyak perkara dalam satu hari. 

Sayangi kehidupan anda dan rasai sendiri manfaat CoQ10.
Dapatkan CoQ10 anda hari ini!



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023


No comments:

Post a Comment