Wednesday, August 23, 2023

Doa Amalan Harian Wanita Perlu Ucapkan Pada Setiap Permulaan Hari

Wanita, baik yang single mahupun yang sudah berkeluarga, walau apapun yang kita hadapi, kejayaan atau ujian, ingatlah bahawa segalanya datang dari Allah SWT. Justeru, berdoalah dalam apa jua keadaan kerana pertolongan dan janji Allah swt itu pasti! 


MENGAPA KITA PERLU BERDOA?


Setiap hari, celik sahaja mata kita tidak dapat elakkan diri dari godaan dan hasutan syaitan serta kejahatan tipu daya manusia. Doalah merupakan pelindung dan senjata kepada setiap orang. Tiada satu senjata yang mampu melawan kuasa doa, walau sehebat canggih senjata dimuka bumi ini.

Dengan berdoa, ianya dapat menjadi ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahir mahupun penyakit batiniah seperti hasad dengki, irihati, bangga diri, riak dan seumpamanya.

Berdoa juga dapat mententeramkan jiwa. Berdoa menjadi penawar dan penenang kepada hati yang sedang bersedih dan ditimpa musibah. Firman Allah, Surah Ar-Ra'd, 13:28
"Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang".

Maka jika menghadapi sesuatu masalah atau musibah berdoalah padanya nescaya hati akan menjadi lebih kuat dan tenang dalam menghadapi ujiannya. 

Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Jika berlaku persengketaan atau pergeseran berdoalah untuk kedamaian kerana Allah swt akan memakbulkan. Sabda Rasulullah, 
"Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah." (H.R.Muslim)

Sebagai wanita ayuh kita ambil kesempatan setiap saat, mahupun setiap minit, jam, setiap hari, bulan mahupun tahun, untuk belajar dan amalkan doa-doa hebat yang ada di dalam Al Quran serta yang diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada kita.


DOA AMALAN HARIAN WANITA PERLU UCAPKAN PADA SETIAP PERMULAAN HARI 


1- Doa mohon perlindungan dari gangguan Syaitan


Amalkan dua ayat 97 dan 98 daripada surah Al Mukminun, dibaca berulang kali. Ayat ini adalah perintah untuk kita berdoa kepada Allah SWT agar dilindungi daripada gangguan syaitan dan yang seumpamanya. InsyaAllah orang yang amalkannya akan terhindar daripada bisikan atau godaan syaitan, sikap ragu-ragu dan was-was yang sentiasa menghantui fikiran kita.

Syaitan tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan manusia. Dia akan tetap mendekati kita umat manusia sekalipun kita sedang solat. Kerana syaitan itu tidak pernah berputus asa menyesatkan anak Adam. Baca, faham dan amalkanlah. Didoakan Allah bantu kita semua.



2- Doa elak 8 perkara yang boleh sebabkan terhalang atau lambat untuk bahagia dan berjaya dunia & akhirat.


Doa yang diajarkan Rasulullah kepada Abu Umamah, ketika sedang berdukacita dan diselubungi masalah hutang. Baginda bersabda: 
“Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang".

Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.” Riwayat Abu Daud (4/353).

Kawan-kawan, sama-sama kita amalkan. Bukan sahaja untuk elak masalah beban hutang, malah untuk elak sifat malas, sedih, pengecut, gelisah, lemah, kedekut, ditindas serta dijauhi sifat kelalaian yang merugikan.



3- Doa agar dimudahkan segala urusan


Doa Yang Diwasiatkan Kepada Fatimah, Puteri Rasulullah SAW. Dari Anas bin Malik r.anhu, ia berkata bahawa Nabi SAW bersabda pada Fatimah (puterinya),
“Apa yang menghalangimu untuk mendengar wasiatku atau yang kuingatkan padamu setiap pagi dan petang iaitu ucapkanlah
 


Jika kawan-kawan mahukan kelainan ketika berdoa, boleh juga ambil peluang untuk ‘upgrade’ doa kita dengan menyebut nama ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum’ untuk meraih peluang serta kelebihan yang telah Allah sediakan.


4- Doa agar dapakan kecukupan dalam hidup


Agar mendapat kecukupan dalam hidup, dianjurkan membaca doa ini. Doa tersebut merupakan petikan dari Surat At Taubah, 9 ayat 129.




5- Doa penyerahan segala Urusan


Doa ini mengandungi unsur yang melepaskan kekuatan seorang hamba dan serahkan semuanya kepada Allah S.W.T. Melakukan itu dengan penuh harap dan cemas. Hanya kepada Allah, manusia berharap dan takut.

Kita tidak tahu apa yang akan terjadi, bermacam-macam kemungkinan. Ketidaktahuan kita, seharusnya buatkan kita serahkan semua urusan kita kepada Allah S.W.T yang Maha Tahu ketidak mampuan kita. Sepatutnya semua ini menjadikan kita termotivasi untuk menyerahkan semuanya kepada Allah S.W.T, Tuhan yang Maha Berkuasa. 

Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, mendefinasikan makna dari tawakal itu ialah ‘menyerahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T’.



KESIMPULAN


Demikianlah antara doa yang bagus untuk wanita di setiap permulaan hari. Bersama-sama kita laksanakan ibadah harian ini sesuai ikut kemampuan diri kita. 

Biarlah sedikit asal berterusan dan diberkati olehNya. Semoga kita kekal istiqomah dan berusaha untuk pertingkatkan lagi amalan serta ilmu setiap hari. Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah amalan yang paling dicintai Allah s.w.t.

Semoga hidup kita diberkati, dirahmati dan lebih baik dari sebelumnya dalam mencari redha Allah menuju Syurga Abadi. InsyaAllah. 



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

#shakleethrive2023 | #shakleetriumph2023 | #blogmegashaklee | #SetRahmahShaklee2023

No comments:

Post a Comment