Wednesday, October 23, 2024

Bantu Anak Pulih Cepat: Kelebihan Performance Drink Semasa Demam!”

Sekarang musim anak-anak demam batuk selsema. Musim demam, batuk, dan selsema memang mencabar, lebih-lebih lagi untuk anak-anak. Shaklee Performance Drink boleh jadi pilihan yang terbaik untuk bantu mereka kekal hidrat dan mempercepatkan pemulihan.



Berikut adalah cara bagaimana Performance Drink membantu percepatkan pemulihan:

  • 1. Mengelakkan Dehidrasi

Anak-anak yang demam mudah kehilangan banyak cecair melalui peluh, suhu tinggi, atau kurang selera makan/minum. Performance Drink berfungsi seperti electrolyte solution untuk menggantikan cecair, elektrolit (seperti natrium, kalium), dan mineral yang hilang.
 

  • 2. Memberikan Tenaga Cepat

Performance Drink mengandungi karbohidrat yang mudah diserap, bantu kekalkan tenaga, terutama jika anak-anak kurang makan semasa demam.

  • 3. Menyokong Sistem Imun

Formula tanpa gula tambahan dan kandungan elektrolit seimbang membantu tubuh anak berfungsi lebih baik semasa melawan virus. Bila tubuh tidak dehidrasi, fungsi sistem imun lebih efisien.
 

  • 4. Menenangkan Tekak dan Batuk

Bila diminum sejuk atau suam, ia boleh melegakan tekak yang kering akibat batuk atau bernafas melalui mulut semasa selsema.

 

 

Cara Pengambilan untuk Anak:


  • Campurkan dengan air suam (jangan terlalu panas supaya elektrolit tak terurai).
  • Sesuaikan kuantiti bergantung kepada umur anak. Contoh: Separuh sudu kecil untuk anak kecil (1-3 tahun).
  • Satu sudu kecil penuh untuk anak lebih besar (4 tahun ke atas).

Nota Penting
  • Pastikan anak minum air kosong secukupnya juga untuk melengkapkan hidrasi.
  • Performance Drink tidak menggantikan ubat atau rawatan doktor, tetapi ia menyokong proses pemulihan secara semula jadi.

Tips Tambahan untuk Anak yang Demam

  1. Berikan makanan lembut dan ringan seperti sup.
  2. Gunakan madu atau sup ayam suam untuk batuk (untuk anak berumur 1 tahun ke atas).
  3. Pantau suhu badan dan bawa berjumpa doktor jika demam berpanjangan atau semakin teruk.

Semoga anak-anak cepat sembuh dan kembali aktif! 😊


p.s
Jangan tunggu lagi, laju laju ketuk link wasap di bawah untuk Alin bantu dengan fast and furious. Cioa.


Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
 


Sunday, October 20, 2024

Waspada Banjir - Langkah Keselamatan dan Kesihatan Selepas Banjir


Banjir kadangkala berlaku tanpa diduga. Hujan yang tidak terlalu lebat pun boleh menyebabkan banjir jika berterusan dalam tempoh yang lama. Sungguh, kuasa banjir bukan jenaka. Kedalaman banjir akan cepat meningkat jika hujan turun dengan sangat lebat dan tidak berhenti.

Keadaan Banjir Di Tol BUkit Jelutong, Shah Alam pada Disember 2021

Aspek yang tidak boleh diabaikan semasa menghadapi bencana ini adalah pencegahan kepada kematian dan penularan penyakit berjangkit. Perlindungan terhadap golongan yang kurang berkeupayaan seperti kanak-kanak, wanita hamil dan warga tua perlu diberi perhatian.


APA YANG HARUS DILAKUKAN KETIKA BANJIR?


Amalkan 10 tips tetap sihat semasa musim banjir


LANGKAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN SELEPAS BANJIR




Pada fasa ini, isu kebersihan dan keselamatan dari segala aspek amat penting dititikberatkan terutama dalam aspek pemakanan dan penjagaan kesihatan diri. Jika tahap kebersihan tidak dijaga, penyakit berjangkit mudah merebak bukan sahaja dalam kalangan mangsa banjir yang menyentuh dan bermain air banjir, malah para sukarelawan juga turut terlibat.

Penjagaan kebersihan diri perlu ditekankan untuk kurangkan risiko penyakit berikut;






MASALAH PASCA BANJIR


Ujian sebenar bagi mangsa banjir adalah semasa pasca banjir. Banyak pemandangan yang menyesakkan mata berbanding pemandangan yang indah selepas banjir besar melanda.

Banjir akan menyebabkan sampah-sarap terkumpul dan turut menyebabkan haiwan dan tumbuhan mati. Suasana berdebu, sampah yang masih ada walaupun banyak sudah dibersihkan, urusan pembaikan rumah, pembersihan rumah sangat mencabar dan mengambil masa. Satu urusan yang terkadang dirasakan macam tiada penghujung.

Jiwa mangsa banjir terkadang terasa sesak tapi tetap meneruskan perjalanan harian. Majoriti mangsa yang terlibat terlalu ingin kembali pada keadaan sebelum kejadian banjir, namun mengambil masa yang lebih dari jangkaan.


3 KESAN BENCANA TERHADAP KESIHATAN DAN KESELAMATAN MANGSA BANJIR DAN SUKARELAWAN


1. Kecederaan

Mangsa banjir dan sukarelawan masing-masing berisiko dari segi keselamatan diri. Hal ini kerana, sering kali berlaku kecederaan kaki kerana terjatuh demi menyelamatkan mangsa bencana. Ada juga yang alami masalah sendi dan kesakitan pinggang sehingga ambil masa yang panjang untuk sembuh. Semasa sesi pembersihan disebalik longokan sampah juga, ramai yang berisiko berdepan dengan binatang yang berbisa serta ada yang terkena kaca dan paku.

2. Infeksi

Masalah kesihatan diri disebabkan oleh penyebaran kuman sering berlaku. Punca utama berlakunya penyebaran kuman adalah kekotoran.

Penyebaran kuman berlaku selepas kejadian banjir disebabkan oleh kesan debu. Majoriti mangsa banjir dan sukarelawan yang terlibat dalam bantuan banjir mudah terkena jangkitan penyakit yang berkaitan dengan alahan dan infeksi kulit iaitu gatal-gatal, luka berdarah akibat terpijak paku, kayu tajam dan serpihan kaca, malah tidak dinafikan ada dikalangan mereka turut mengalami batuk dan selesema yang mengakibatkan jangkitan saluran pernafasan.

Semua ini berkemungkinan berpunca dari faktor udara persekitaran yang berdebu, kualiti air yang kurang bersih serta sampah sarap yang ditinggalkan mangsa serta keadaan tandas yang kotor serta tidak terurus di pusat pemindahan mangsa banjir.

3. Keletihan

Rata-rata mangsa banjir serta sukarelawan juga keletihan kerana tidak mendapat tidur yang secukupnya. Keadaan tersebut telah menyebabkan masing-masing kekurangan tenaga.


SOLUSI KESIHATAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS BANJIR


Badan kita sebenarnya pandai melawan penyakit, namun kita kena bagi zat yang secukupnya.

Antara vitamin yang bantu tingkatkan sistem imun semasa musim banjir ialah pengambilan Nutriferon, suplemen yang diformulasikan untuk meningkatkan fungsi sistem pertahanan tubuh, selain mengandungi campuran tumbuhan eksklusif yang bertujuan untuk memperkuat imun.

Selain itu vitamin C bantu cegah penyakit berterusan. Sustained Release Vita-C Plus dihasilkan daripada ekstrak jagung jadi ianya sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang sensitif.

Asid lemak omega-3 pula adalah makanan anti-radang yang sangat penting untuk melawan jangkitan dan membaiki kerosakan di dalam badan. Ia boleh kurangkan pengeluaran molekul dan bahan yang dikaitkan dengan keradangan, yang dapat kurangkan sakit di sendi dan saraf, sama seperti ubat-ubat tahan sakit. Tapi yang bestnya kesan sampingan dia kurang berbanding ubat-ubat tersebut.




Semoga mereka yang terlibat dan terjejas banjir di permudahkan segala urusan oleh Allah dan sentiasa di lindungi mereka dari bencana jiwa dan juga wabak penyakit. Sama-sama kita doakan dan aminkan doa berikut untuk mangsa banjir. Bismillah.



Perlukan maklumat lanjut tentang set imun di atas? Hubungi saya dengan klik wasap di bawah untuk kita sembang dengan lebih lanjut lagi.



Salam Sayang, 

Azlin M. Atan  | Wasap.  019-2682709  | azlin.mohdatan@gmail.com
#PengedarShakleeDenaiAlam 
COD Shaklee : Shah Alam . Elmina . Denai Alam . Bukit Jelutong . TTDI Shah Alam .

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
#projeckBest